Cuti Maulidur Rasul awal bulan haritu, kami pergi ke Ajil Terengganu bagi memenuhi undangan kahwin kawan masa ke Gunung Kinabalu. Sebenarnya, bride ni kawan kepada adik aku. Tapi kitorang jadi bestie pulak sebab family kami semua kenal dia. Dah supo anak ke-enam lah kiranya.
Aktiviti hari pertama tu cuma check in homestay, pergi kenduri je. So tak perlulah aku nak story mory kat sini kot. Kita skip ke second day, jalan-jalan di Kuala Terengganu!
Negeri yang paling aku suka di Semenanjung Malaysia ni, tak lain dan tak bukan adalah Terengganu.
![]() |
Pantai Penarik |
Terengganu terkenal dengan pantainya yang cantik, spot sungai dan air terjun yang jernih, hasil kraftangan seperti songket dan ukiran kayu yang masih dilestarikan, serta makanannya yang sedap-sedap! (This is pantai timur bohh, memang makanan sedaplah). Kalau tiap-tiap tahun repeat Terengganu pun kita tak kisah sebab tempatnya best sangat.
Dari homestay Kuala Berang menuju ke Kuala Terengganu, perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit. Alhamdulillah traffic clear je. Takleh bayangkan kalau kitorang datang masa cuti Malaysia baru ni, mesti jem terukk! (cuti umum bersambung + cuti sekolah)
![]() |
datang Terengganu patutnya makan nasi dagang, tapi tetaplah cinta mati dengan nasi kerabu :p |
Lepas sarapan, kita memulakan misi pengeluaran duit iaitu tak lain dan tak bukan SHOPPING! Just like typical tourist, mestilah kita pergi Pasar Payang untuk shopping sakan. Aku dah cakap kat diri sendiri, taknak beli apa-apa sangat pun. Tapi tengoklah japlagi apa yang kita bawak balik..... hahaha
![]() |
Perkara biasalah bila jem kat Pasar Payang ni |
![]() |
sayang betul Bazaar Warisan yang cantik ni tak dijaga. Seni ukiran yang ada pada bazaar ni susah nak dapat kat mana-mana tau |
Masuk je Pasar Payang 1. Aku terjumpa kedai nama Anggeris Cottage kat level bawah. Shop ni jual barang-barang handmade comel macam bookmark, fridge magnet. Aku tertarik dengan fridge magnet yang berbentuk nasi dagang. Harga seketul pulak RM15.
Ada banyak lagi design comel-comel macam kuih tradisional, ketupat sotong. Tapi dah nama pun datang Terengganu, mestilah kita ambil design nasi dagang!
![]() |
hasil shopping pertama. Tapi magnet ni hilang taktau ada kat mana. Nak nangissssss sebab bukan senang nak jumpa magnet handmade macamni! |
Niat di hati nak beli fridge magnet handmade seketul je. Tiba-tiba dihasut oleh kakak dan adik aku untuk beli baju kelawar. Kisahnya, kalau beli sehelai harga dia RM55, tapi bila beli 3 boleh dapat RM120.
Disebabkan baju kelawar ni original batik lukis dan cantik, aku redha jelah beli sehelai buat kenangan. Tapi maaf, lupa ambil gambar kedai yang kitorang shopping ni.
Tapi pekedai tu happy betul bila kami shopping kat sini. Dia cakap orang luar yang banyak support kedai-kedai yang ada kat Pasar Payang ni.
![]() |
songket tenun asli yang starting price dari RM600 - RM2000 |
Lepas puas bershopping tak ingat status kewangan, kami pun macam tak tahu nak pergi mana dah sebab masa tu baru pukul 12 pm. Awal lagi. Nak pergi makan sotong celup tepung, tapi masih kenyang dengan nasi kerabu pagi tadi. Lagipun kedai celup tepung Pok Nong yang glemer tu buka pukul 3pm. Ajak naik Jambatan Angkatan Terengganu, diorang ni taknak pulakk.
![]() |
lalu bawah jambatan angkat |
Mak cakap nak singgah beli keropok lekor. So kita pun geraklah pergi kampung Losong yang jaraknya tak jauh mana pun dari bandar Kuala Terengganu. Hampir setiap tempat di Losong tu ada je orang yang jual keropok lekor.
Kat rumah dah banyak sangat stok keropok keping, so kita beli keropok lembut je. Kat Terengganu ni memang antara benda wajib dibawa balik adalah keropok lekor sebab isi ikannya banyak berbanding beli kat mana-mana entah, tepung lagi banyak dari rasa ikan.
Nanti sambung kat next entry. Babai!
Kalau ke KT tak singgah Pasar payang tu sama macam tak pegi KT lah kan? heheeheh
ReplyDeletebenar sekali!
DeleteMagnet Fridge tu buat aku tertarik. Rasa-rasanya ada tak jual kat shopee?
ReplyDeletesayang sekali takde :( saya jumpa FB Anggeris Cottage je. mungkin kena pm owner direct n beli dari situ
DeleteWeekend baru ni sepupu suami cakap nak pi Pasar Payang jem takde parking. Tak jadi pi katanya.
ReplyDeleteyg cuti sekolah tu ke? memang penuh tuu. saya ni nasib baik pegi before cuti sekolah, dapatlah jugak parking belah2 dalam tu
DeleteKlik blog ni, nampak Pasar Payang yang pernah saya datang beberapa tahun lalu, tak ingat tahun berapa..memang meraiah tempat ni dek..saya raound semua tempat..kami ke bawa ke sini oleh drive bas yang kami naik..selepas ke Arfah ke tu..tak ingat nama..huuu menariknya ..alhamdulillah nampak ni teringat ke T'ganu tau..
ReplyDeletesekarang pasar payang ni dah berwajah baru, lagi besar :D oo batik noorarfa tu ke? situ antara yg glemer dgn tourist tu
DeleteMaaf, kadang kala tak sempat baca catatan di blog, insyaAllah semoga akan dapat klik lagi ya..
ReplyDeletetakpe cikgu. saya pun kadang2 tak sempat nk blogwalking dekat semua blog
DeleteTrip famili hari tu pi pasar payang 1 je tak dan pi pasar payang 2. Kalau tak emmm lagi banyak melontar
ReplyDeletetempat bahaya ni. lagi lama duduk sini lagi banyak duit mengalir hahaha
DeleteCantik fridge magnet nasi dagang tu. Miniature. Susah nak buat. Sayang, hilang ye, Mazni.
ReplyDeleteAkak pernah pergi Pasar Payang sekali je dulu, time kecik-kecik. Bila la nak mari lagi ni.
iyee sedih betul magnet tu hilang :(( cari kt tiktok n shopee takde pulak. nk gi balik pasar payang tu jauh sangat pulakk
DeleteCuti sekolah baru ni ramai serbu KT kan...
ReplyDeleteMacam tipu la kan kalau masuk Pasar Payang tak shopping hihi
Akk pun suka kepok lekor dan kepok keping Ganu, sedap.
Nak2 pulak cuti bersambung, memang syokla orang jalan2 ganu. Masuk pasar payang tu mmng wajib shopping. Kalau nafsu tak kuat, mengalir duit hahaha
DeleteAnggeris Cottage itu nampak menarik dan comel je. Terengganu ni memang cantik teruk kan. Pantai-pantainya molek cantik. Makanan pelbagai. Vibes santai dan welcoming. Patut la dinobatkan sebagai negeri paling tenang dan bahagia di Malaysia ye
ReplyDeleteBarang2 kat dalam tu semua comel! Kita sukalah benda2 miniature bentuk makanan tradisional ni.
DeleteSaya kena cari orang ganulah gini.. Nanti dah tua nak duduk ganu je ahakss
bestnya pi Ganu...bila la akak nak bawak PZ pi Ganu ni..dia memang dah sebut2 dah tu
ReplyDeletePZ mesti suka kalau datang ganu! Cuti deepavali nanti boleh pegi kak. Time tu bukan cuti sekolah π
Deletecraving kepok lekor la plak...magnet tu cute sungguh!
ReplyDeleteCute kan π
DeleteUnik FM tulah, kreatif! Lain daripada biasa.
ReplyDeleteTerengganu memang best - makanan tradisinya sedap, alam semulajadinya cantik.
Entah bila nak pergi jalan-jalan ke sana lagi.
Jarang kan orang nak buat magnet style miniature makanan tradisi. Kalau ada pun, harga mahal. Ni dapat rm15 kira berbaloi sangat
DeleteTak pernah bosan datang terengganu
Itu yang seronoknya kalau kita rapat dengan keluarga sekali kan. Semua kenal.
ReplyDeleteSaya pun suka Terengganu, negeri paling bahagialah katakan. Pantai tu tak perlu disangkal lagi, suka tengok pantai disana. Air laut membiru dan jernih. Makanan pun sedap!
Tudiaa cinta mati dengan nasi kerabu sampai tak sanggup nak cuba nasi dagang. Tak Ganu lah gitu.
Pasar Payang ni jenuh tau nak cari parkir. Kalau ada kosong tu satu rezeki sangat.
Comelnya fridge magnet tu. Harga boleh tahan juga. Tak makan nasi dagang, beli fridge magnet nasi dagang pun bolehlah ye.
Dia macam tulah "kau beli, aku beli". Hihi..murahlah tu beli tiga,s ehelai dapat RM40. Untung jugalah. Umangaiii mahal betul harga kain songket tu.
Dah sampai sana, banyak je tempat jual keropok lekor kan. Tak susah nak cari.
Nasi dagang kita dah makan 1st day, 2nd day makan cikkabu la π
DeleteKitorang lucky sangat pusing 2 kali kat area pasar payang tu, dapat parking betul2 dalam area pasar!
Tu yg terbeli tu kakk. Memikirkan harga dia RM40 sehelai, n original batik lukis. Padahal saya jenis tak pakai baju kelawar sangat pun π€£
Selamat datang ke Ganu. Negeri cantik, budaya menarik, orangnya pun baik-baik. π
ReplyDeleteSaya setuju utk ketiga-tiga tu!
Deletesaya merupakan pengemar keropok lekor
ReplyDeleteSini syurga keropok lekor π
Deletepasar payang yg baru ni tk pernah sampai...last pegi lokasi lama thn 2012 time outstation dlu..dkt area pantai teluk ketapakng tu pernah jmpa blogger bw mkn menu celup tepung
ReplyDeleteUish lama gak dari 2012 tu. Sekarang dh banyak yg berubah π
DeleteMasuk Pasar Payang wajiblah beli walaupun tak banyak kan. Rasa nak angkut semua. Bazaar Warisan tu sayang terbiar tak terjaga. Tak tau apa lah masalahnya. Senibina cantik. Moga ada pihak yang dapat manage Bazaar Warisan ni nanti.
ReplyDeletesayang kan... tapi nampak gaya macam nak demolished dah tu :(
Deleterasa seperti dah baca tapi takde pula komennya.
ReplyDeleteblm pernah lagi sampai sini, teringinnya laaahaiii walhal kampung belah mertua, Kemaman.
maunya ku tak keluar dari pasar tu.
kemaman jauh sikit nak ke KT ni. tapi boleh je lajak sikit kann hehe
Deletemak2 memang shopping sakan lah kalau masuk sini
sempat cari tak keropok gemok yg viral tu?
ReplyDeleteWaduh kopok apa yg viral kak π€£ kita makan benda2 normal je hahaha
Deletelaa hilang kat mana FM tu?
ReplyDeletejgn tercicir kat sana sudah laa....
Saya rasa macam tercicir.. masa tangan ni dok seluk2 dalam handbag.. mungkin dia jatuh. Sedihh
DeleteSaya rasa macam tercicir.. masa tangan ni dok seluk2 dalam handbag.. mungkin dia jatuh. Sedihh
DeleteBahagianya dapat pergi Terengganu. Angggeris Cottage tu maxam saya tak nampak pula. Dua tahun lepas kami ke situ, tapi saya tak puas di sana, hanya sempat bermalam di hotel dekat Pasar Payang. Petang dan pagi esoknya memborong macam-macam.
ReplyDeletePasar payang 1 ni baru buka tahun lepas tak silap. Kedai2 dalam tu pun semuanya baru
DeleteLaaa.... baru baca entry ni.. kalau tak boleh akak beli handmade FM Nasi Dagang tu. Comel betul. Masuk PP yang jual souvenir tu tak beli pape pun sebab nampak patung penyu je banyak. Nak beli pun anak² bukan minat dah sekarang. Jalan kat bawah je tak naik atas sebab dah penat. Cari² jajan rupanya kat sebelah satu lagi. Tu yang terus ke sana.
ReplyDeleteNampaknya ada alasan lah nak gi sana lagi ni.. alasan cari FM nasi dagangπ
Saya sampai harini masih terkenangkan FM yg hilang tu. tak redha betul ππ
DeleteTeringat dulu masa nak kahwin, minta kawan belikan sampin kahwin songket suami kat Terengganu ni la. Suka tengok batik Terengganu ni. Uihhh kuih akok bersusun je tu.
ReplyDeleteSongket terengganu mmng lawa! Kaler dia pun banyak yg lembut2
DeleteCita2 saya harus bisa ke Terengganu, hanya karena nak puas2 makan keropok Lekor ππππ. Memang SUKAAAAAA AMAT SANGAAAAT ππ. Makanya dah plan nak kesana, tp blm ketemu waktu pas π.
ReplyDeleteWahh kalau dah caps lock ni, maksudnya memang suka amat ni kak π€£ keropok lekor terengganu memang sedap!
DeleteRindu Ganu....
ReplyDeleteSaya baru pegi ni pun dah rinduu
Delete