24 Sept 2025

Jalan Kuala Terengganu - Pasar Payang & keropok lekor

 

Cuti Maulidur Rasul awal bulan haritu, kami pergi ke Ajil Terengganu bagi memenuhi undangan kahwin kawan masa ke Gunung Kinabalu. Sebenarnya, bride ni kawan kepada adik aku. Tapi kitorang jadi bestie pulak sebab family kami semua kenal dia. Dah supo anak ke-enam lah kiranya.

Aktiviti hari pertama tu cuma check in homestay, pergi kenduri je. So tak perlulah aku nak story mory kat sini kot. Kita skip ke second day, jalan-jalan di Kuala Terengganu!

Negeri yang paling aku suka di Semenanjung Malaysia ni, tak lain dan tak bukan adalah Terengganu. 

Pantai Penarik

Terengganu terkenal dengan pantainya yang cantik, spot sungai dan air terjun yang jernih, hasil kraftangan seperti songket dan ukiran kayu yang masih dilestarikan, serta makanannya yang sedap-sedap! (This is pantai timur bohh, memang makanan sedaplah). Kalau tiap-tiap tahun repeat Terengganu pun kita tak kisah sebab tempatnya best sangat.

Dari homestay Kuala Berang menuju ke Kuala Terengganu, perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit. Alhamdulillah traffic clear je. Takleh bayangkan kalau kitorang datang masa cuti Malaysia baru ni, mesti jem terukk! (cuti umum bersambung + cuti sekolah)

datang Terengganu patutnya makan nasi dagang, tapi tetaplah cinta mati dengan nasi kerabu :p 

Lepas sarapan, kita memulakan misi pengeluaran duit iaitu tak lain dan tak bukan SHOPPING! Just like typical tourist, mestilah kita pergi Pasar Payang untuk shopping sakan. Aku dah cakap kat diri sendiri, taknak beli apa-apa sangat pun. Tapi tengoklah japlagi apa yang kita bawak balik..... hahaha

Perkara biasalah bila jem kat Pasar Payang ni
sayang betul Bazaar Warisan yang cantik ni tak dijaga. Seni ukiran yang ada pada bazaar ni susah nak dapat kat mana-mana tau

Kami target shopping kat sini 2 jam je. Kat sini ada 2 Pasar Payang . Untuk bahagian makanan samada kering atau basah, boleh cari di Pasar Payang 2. Manakala Pasar Payang 1 menjual pakaian, batik atau barangan kraft.


Kami tak shopping banyak barang sangat pun kat Pasar Payang 2 ni. Cuma beli belacan, sos dengan keropok sikit-sikit je. 

Masuk je Pasar Payang 1. Aku terjumpa kedai nama Anggeris Cottage kat level bawah. Shop ni jual barang-barang handmade comel macam bookmark, fridge magnet. Aku tertarik dengan fridge magnet yang berbentuk nasi dagang. Harga seketul pulak RM15.

Ada banyak lagi design comel-comel macam kuih tradisional, ketupat sotong. Tapi dah nama pun datang Terengganu, mestilah kita ambil design nasi dagang!

hasil shopping pertama. Tapi magnet ni hilang taktau ada kat mana. Nak nangissssss sebab bukan senang nak jumpa magnet handmade macamni!

Niat di hati nak beli fridge magnet handmade seketul je. Tiba-tiba dihasut oleh kakak dan adik aku untuk beli baju kelawar. Kisahnya, kalau beli sehelai harga dia RM55, tapi bila beli 3 boleh dapat RM120.

Disebabkan baju kelawar ni original batik lukis dan cantik, aku redha jelah beli sehelai buat kenangan. Tapi maaf, lupa ambil gambar kedai yang kitorang shopping ni. 

Tapi pekedai tu happy betul bila kami shopping kat sini. Dia cakap orang luar yang banyak support kedai-kedai yang ada kat Pasar Payang ni. 

songket tenun asli yang starting price dari RM600 - RM2000

Lepas puas bershopping tak ingat status kewangan, kami pun macam tak tahu nak pergi mana dah sebab masa tu baru pukul 12 pm. Awal lagi. Nak pergi makan sotong celup tepung, tapi masih kenyang dengan nasi kerabu pagi tadi. Lagipun kedai celup tepung Pok Nong yang glemer tu buka pukul 3pm. Ajak naik Jambatan Angkatan Terengganu, diorang ni taknak pulakk.

lalu bawah jambatan angkat

Mak cakap nak singgah beli keropok lekor. So kita pun geraklah pergi kampung Losong yang jaraknya tak jauh mana pun dari bandar Kuala Terengganu. Hampir setiap tempat di Losong tu ada je orang yang jual keropok lekor.

Kat rumah dah banyak sangat stok keropok keping, so kita beli keropok lembut je. Kat Terengganu ni memang antara benda wajib dibawa balik adalah keropok lekor sebab isi ikannya banyak berbanding beli kat mana-mana entah, tepung lagi banyak dari rasa ikan.

Nanti sambung kat next entry. Babai!


51 comments:

  1. Kalau ke KT tak singgah Pasar payang tu sama macam tak pegi KT lah kan? heheeheh

    ReplyDelete
  2. Magnet Fridge tu buat aku tertarik. Rasa-rasanya ada tak jual kat shopee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang sekali takde :( saya jumpa FB Anggeris Cottage je. mungkin kena pm owner direct n beli dari situ

      Delete
  3. Weekend baru ni sepupu suami cakap nak pi Pasar Payang jem takde parking. Tak jadi pi katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg cuti sekolah tu ke? memang penuh tuu. saya ni nasib baik pegi before cuti sekolah, dapatlah jugak parking belah2 dalam tu

      Delete
  4. Klik blog ni, nampak Pasar Payang yang pernah saya datang beberapa tahun lalu, tak ingat tahun berapa..memang meraiah tempat ni dek..saya raound semua tempat..kami ke bawa ke sini oleh drive bas yang kami naik..selepas ke Arfah ke tu..tak ingat nama..huuu menariknya ..alhamdulillah nampak ni teringat ke T'ganu tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pasar payang ni dah berwajah baru, lagi besar :D oo batik noorarfa tu ke? situ antara yg glemer dgn tourist tu

      Delete
  5. Maaf, kadang kala tak sempat baca catatan di blog, insyaAllah semoga akan dapat klik lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe cikgu. saya pun kadang2 tak sempat nk blogwalking dekat semua blog

      Delete
  6. Trip famili hari tu pi pasar payang 1 je tak dan pi pasar payang 2. Kalau tak emmm lagi banyak melontar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat bahaya ni. lagi lama duduk sini lagi banyak duit mengalir hahaha

      Delete
  7. Cantik fridge magnet nasi dagang tu. Miniature. Susah nak buat. Sayang, hilang ye, Mazni.
    Akak pernah pergi Pasar Payang sekali je dulu, time kecik-kecik. Bila la nak mari lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee sedih betul magnet tu hilang :(( cari kt tiktok n shopee takde pulak. nk gi balik pasar payang tu jauh sangat pulakk

      Delete
  8. Cuti sekolah baru ni ramai serbu KT kan...
    Macam tipu la kan kalau masuk Pasar Payang tak shopping hihi
    Akk pun suka kepok lekor dan kepok keping Ganu, sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak2 pulak cuti bersambung, memang syokla orang jalan2 ganu. Masuk pasar payang tu mmng wajib shopping. Kalau nafsu tak kuat, mengalir duit hahaha

      Delete
  9. Anggeris Cottage itu nampak menarik dan comel je. Terengganu ni memang cantik teruk kan. Pantai-pantainya molek cantik. Makanan pelbagai. Vibes santai dan welcoming. Patut la dinobatkan sebagai negeri paling tenang dan bahagia di Malaysia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang2 kat dalam tu semua comel! Kita sukalah benda2 miniature bentuk makanan tradisional ni.
      Saya kena cari orang ganulah gini.. Nanti dah tua nak duduk ganu je ahakss

      Delete
  10. bestnya pi Ganu...bila la akak nak bawak PZ pi Ganu ni..dia memang dah sebut2 dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PZ mesti suka kalau datang ganu! Cuti deepavali nanti boleh pegi kak. Time tu bukan cuti sekolah πŸ˜†

      Delete
  11. craving kepok lekor la plak...magnet tu cute sungguh!

    ReplyDelete
  12. Unik FM tulah, kreatif! Lain daripada biasa.

    Terengganu memang best - makanan tradisinya sedap, alam semulajadinya cantik.
    Entah bila nak pergi jalan-jalan ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang kan orang nak buat magnet style miniature makanan tradisi. Kalau ada pun, harga mahal. Ni dapat rm15 kira berbaloi sangat

      Tak pernah bosan datang terengganu

      Delete
  13. Itu yang seronoknya kalau kita rapat dengan keluarga sekali kan. Semua kenal.
    Saya pun suka Terengganu, negeri paling bahagialah katakan. Pantai tu tak perlu disangkal lagi, suka tengok pantai disana. Air laut membiru dan jernih. Makanan pun sedap!
    Tudiaa cinta mati dengan nasi kerabu sampai tak sanggup nak cuba nasi dagang. Tak Ganu lah gitu.
    Pasar Payang ni jenuh tau nak cari parkir. Kalau ada kosong tu satu rezeki sangat.
    Comelnya fridge magnet tu. Harga boleh tahan juga. Tak makan nasi dagang, beli fridge magnet nasi dagang pun bolehlah ye.
    Dia macam tulah "kau beli, aku beli". Hihi..murahlah tu beli tiga,s ehelai dapat RM40. Untung jugalah. Umangaiii mahal betul harga kain songket tu.
    Dah sampai sana, banyak je tempat jual keropok lekor kan. Tak susah nak cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dagang kita dah makan 1st day, 2nd day makan cikkabu la 😜
      Kitorang lucky sangat pusing 2 kali kat area pasar payang tu, dapat parking betul2 dalam area pasar!
      Tu yg terbeli tu kakk. Memikirkan harga dia RM40 sehelai, n original batik lukis. Padahal saya jenis tak pakai baju kelawar sangat pun 🀣

      Delete
  14. Selamat datang ke Ganu. Negeri cantik, budaya menarik, orangnya pun baik-baik. πŸ‘

    ReplyDelete
  15. saya merupakan pengemar keropok lekor

    ReplyDelete
  16. pasar payang yg baru ni tk pernah sampai...last pegi lokasi lama thn 2012 time outstation dlu..dkt area pantai teluk ketapakng tu pernah jmpa blogger bw mkn menu celup tepung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish lama gak dari 2012 tu. Sekarang dh banyak yg berubah 😁

      Delete
  17. Masuk Pasar Payang wajiblah beli walaupun tak banyak kan. Rasa nak angkut semua. Bazaar Warisan tu sayang terbiar tak terjaga. Tak tau apa lah masalahnya. Senibina cantik. Moga ada pihak yang dapat manage Bazaar Warisan ni nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan... tapi nampak gaya macam nak demolished dah tu :(

      Delete
  18. rasa seperti dah baca tapi takde pula komennya.
    blm pernah lagi sampai sini, teringinnya laaahaiii walhal kampung belah mertua, Kemaman.
    maunya ku tak keluar dari pasar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemaman jauh sikit nak ke KT ni. tapi boleh je lajak sikit kann hehe
      mak2 memang shopping sakan lah kalau masuk sini

      Delete
  19. sempat cari tak keropok gemok yg viral tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh kopok apa yg viral kak 🀣 kita makan benda2 normal je hahaha

      Delete
  20. laa hilang kat mana FM tu?
    jgn tercicir kat sana sudah laa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa macam tercicir.. masa tangan ni dok seluk2 dalam handbag.. mungkin dia jatuh. Sedihh

      Delete
    2. Saya rasa macam tercicir.. masa tangan ni dok seluk2 dalam handbag.. mungkin dia jatuh. Sedihh

      Delete
  21. Bahagianya dapat pergi Terengganu. Angggeris Cottage tu maxam saya tak nampak pula. Dua tahun lepas kami ke situ, tapi saya tak puas di sana, hanya sempat bermalam di hotel dekat Pasar Payang. Petang dan pagi esoknya memborong macam-macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasar payang 1 ni baru buka tahun lepas tak silap. Kedai2 dalam tu pun semuanya baru

      Delete
  22. Laaa.... baru baca entry ni.. kalau tak boleh akak beli handmade FM Nasi Dagang tu. Comel betul. Masuk PP yang jual souvenir tu tak beli pape pun sebab nampak patung penyu je banyak. Nak beli pun anak² bukan minat dah sekarang. Jalan kat bawah je tak naik atas sebab dah penat. Cari² jajan rupanya kat sebelah satu lagi. Tu yang terus ke sana.
    Nampaknya ada alasan lah nak gi sana lagi ni.. alasan cari FM nasi dagangπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sampai harini masih terkenangkan FM yg hilang tu. tak redha betul 😭😭

      Delete
  23. Teringat dulu masa nak kahwin, minta kawan belikan sampin kahwin songket suami kat Terengganu ni la. Suka tengok batik Terengganu ni. Uihhh kuih akok bersusun je tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Songket terengganu mmng lawa! Kaler dia pun banyak yg lembut2

      Delete
  24. Cita2 saya harus bisa ke Terengganu, hanya karena nak puas2 makan keropok Lekor πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Memang SUKAAAAAA AMAT SANGAAAAT πŸ˜πŸ˜‚. Makanya dah plan nak kesana, tp blm ketemu waktu pas πŸ˜„.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kalau dah caps lock ni, maksudnya memang suka amat ni kak 🀣 keropok lekor terengganu memang sedap!

      Delete

Nak komen apa? silakan~