22 Sept 2023

Part 2 : Mendaki Kinabalu - Timpohon Gate to Panalaban

 

Assalamualaikum

entry yang lepas --> Part 1

24/08/2023 - Khamis

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, iaitu hari untuk kami mula mendaki Gunung Kinabalu. Seawal subuh lagi aku dah keluar dari bilik. Dan Subhanallah, tergamam tengok view yang sangat indah di depan mata. Pemandangan pagi ku disambut dengan view Gunung Kinabalu disinari cuaca yang sangat clear dan cantik tanpa ditutupi kabus. Thanks to hujan rahmat last night, dapatlah cuaca yang cantik untuk memulakan pendakian pagi ni!

Masa ni around 5.50 am dan matahari tengah naik
Bila cuaca dah start cerah tu, lagi clear view gunung. Semua kabus-kabus dah nyahh! Apalagi, selfie dulu!


Semalam Acai suruh kami berkumpul 6 pagi, tapi beliau belum kelihatan pulak. Maka kami menggunakan kesempatan ini untuk bergambar sakan dan susun-susun beg.

Lihatlah betapa banyaknya beg-beg yang kitorang bawak ni. Belum termasuk lagi semalam dah beli air botol se-karton. Yang menjadi masalah disini, setiap item beg yang nak disimpan di Locker Sutera Sanctuay Lodge (SSL) nanti akan dicas RM12 per 1 item. So kitorang pun terpaksa tinggalkan air mineral sekotak tu kat drebar xD

sampai je di Kinabalu Park, cuaca memang cerah cantik bakhang! Seakan-akan Kinabalu menyambut kedatangan kami
Pukul 7 pagi, van terus gerak ke Kinabalu Park untuk pendaftaran. Sebaik saja mendaftar, pendaki akan diberikan tag nama. Tag nama ni umpama IC lah kat atas sana. Takda tag ni, dianggap anda menceroboh Gunung Kinabalu tanpa permit. Perlu sentiasa dibawa ke mana-mana even nak pergi ke kafe sekalipun. Anggap saja ni IC kita untuk 2 hari pendakian ni.


Selepas tu kami keluar pergi makan sarapan jap kat restoran yang berdekatan dengan Kinabalu Park ni. Kat situ terus beli lunch pack siap-siap. Makanan dia okay-okaylah walaupun mahal sikit. Portion banyak tau. Dapat tengok kucing dengan anjing husky besar lagi hahaha.



Lepas breakfast, kami kembali semula ke Kinabalu Park dalam pukul 9 camtu, lengang dah depan office tu. Orang lain semua start naik pukul 8.30, kami 8.30 masih makan lagi xD Selepas pukul 10.30 am, pendaki takkan dibenarkan naik ye.

Kemudian masing-masing pun pergi timbang beg untuk gunakan khidmat porter. Cerita lawaknya, aku ni punyalah training bawak load setiap kali pergi hiking tau. Paling berat aku pernah bawak adalah 7kg dengan perjalanan sejauh 3km. Konon-kononnya dah cukup fit lah nak angkat beg sendiri. Tapi at the end, terpaksa jugak guna porter sebab takut tak larat. 

Guide pulak racun aku, dia cakap tak payah penat-penat badan bawak sendiri, kasi saja sama porter. So upah porter jela. Aku pun takdela sesak nafas sangat nak bawak beg sendiri kan. Load aku haritu cuma 6kg saja dan total RM84. 


Lepas timbang beg, kami pun naik van transfer untuk pergi ke Timpohon Gate. Lebih kurang 10 minit jugalah. Memang dejavu di Kinabalu betullah naik van ni, aku masih rasakan perasaan yang sama macam waktu kali pertama datang sini. Masih cuak!

Hello helloo dia punya selamat mendaki tu tu masih seram
sesi briefing daripada guide. Guide yang ni namanya encik Hasni. Kitorang group paling last naik untuk harini. Pukul 10 ye baru naik haha!
Pukul 10 am, group kitorang pun memulakan pendakian sejauh 6 km untuk ke hostel. Kami disarankan untuk tiba di hostel sebelum pukul 7 pm sebab restoran akan tutup pukul 7. Anggaran mendaki 5-6 jam so takdelah rushing sangat. Finally, hai tangga-tangga menyakitkan hati yang aku rindukan, akhirnya ku hadap semula tangga ni :p

Sebelum kami plan nak pergi sini, Lily tanyalah aku trek Kinabalu ni macam mana. Aku cakaplah trek dia kena layan tangga sampai muntah jelah. Sekali memang beliau muntah betul-betul ye masa kat KM 2 camtu! Di Timpohon Trail nak ke Laban Rata ni hampir 75% trek nya bertangga. Memang perlu ready mental dan fizikal.

Tips hiking Kinabalu: jangan pandang atas, nanti mental koyak bila tengok tangga-tangga ni xD

Pondok kedua selepas Pondok Kandis
Sebelum melepasi papan tanda KM1.5, kita akan jumpa dengan trail yang open view seakan-akan bridge. dan perlu merentasi laluan yang kiri dan kanannya adalah gaung. Jika cuaca baik, boleh nampak puncak gunung.

Trail di KM4 kebawah kebanyakkan nya hutan dan takde open view. Ni jelah satu-satunya open view di KM1.5
Tengok abang-abang porter ni bawak tong gas, barang-barang keperluan di Laban Rata. Nampak je diorang ni nak lalu segera beri laluan. Orang biasa macam kita ni average time untuk naik dalam 4-6 jam, diorang ni 2-3 jam turun naik ye. Memang hebat dan laju!

hujan renyai selepas rehat di Layang-Layang Hut. Dah melepasi KM4, jalan dia start berbatu
Jumpa tupai Kinabalu yang cute dan gemuk kat Layang-Layang Hut (KM4)
Bila nampak pokok-pokok semakin rendah camni, bermakna ada lagi 1KM saja nak sampai di Panalaban. Terus rasa semangat lepas nampak bangunan warna putih tu dari sini. Aku jalan berdua dengan Aida, pastu saing pulak dengan group abang-abang dari Subang ni. Sampai ke Panalaban lah asik saing dengan geng diorang ni. 

Lepas KM5 ni memang hujan je. Aku cubalah nak selamatkan kasut ni daripada basah kuyup, tapi disebabkan trail dia dah kurang berpokok, memang terdedah dengan hujan lah ceritanya. Dah alang-alang basah tu, aku percepatkan terus langkah sampai ke hostel. Tak sabar nak mandi air ais!

Pondok Paka, KM5.3. Pondok terakhir sebelum sampai Panalaban

The last 700 meter before sampai Panalaban ni memang menguji kesabaran. Dia akan letak papan tanda untuk remind bahawa ada berapa meter lagi before sampai Panalaban dan benda tu macam psiko otak aku yang dah penat. Dia tulis ada lagi 200 meter tapi 200 meter tu pun macam jauh gilaaa ibarat lagi 2km!

Waras Hut. Awass ya kamu, saya tengah tak waras dah ni. Dahulunya pendaki boleh menginap disini tapi sekarang dah tutup. Taktau kenapa dia tutup sebab nampak elok jee 

Alhamdulillah pukul 3.30 pm aku pun sampai di Panalaban. Lepas sampai tu hujan pun dah stop. Tapi tulah, kasut basah lencun teruk ni macam mana nak pakai untuk esok...

Timing saya 10 am - 3.30 am (5 jam setengah)

Sampai je bilik, aku terus bersihkan diri dan tukar baju. Macam biasa, time nak mandi tu memang menjerit macam kena dera lah sebab mandi air sejuk. Rezeki kitorang duduk kat Kinotoki hostel ni dapat bilik yang sama macam tahun lepas. Rindunya bilik no. 1 niii! Boleh baca entri tahun lepas untuk rupa bilik --> Penginapan di Panalaban

Lepastu barulah sorang-sorang yang lain pun sampai. Paling lambat sampai pun pukul 6.15 pm. Masa 2 orang yang last tu sampai kitorang semua bersorak sebab yang sorang tu ada masalah kesihatan sikit. Rasa macam great achievment untuk beliau yang mampu hike di ketinggian 3200 meter ni walaupun ada asthma dan sensitif cuaca sejuk. Dia macam 50-50 ye nak pergi haritu due to her conditions, nasib baik doktor kasii T__T


Makanan kat sini memang sedap. Menu untuk haritu ada kambing ala-ala pakmat western, ayam, telur dadar, wedges, mee goreng, sayur bayam campur and got desert bubur kacang! Semua aku bedal sebab dah lapar. Sikit pun tidak dibazirkan, yummeh!

Pukul 6.30 camtu sunset pun menjelma. Aku sanggup stop makan sekejap untuk keluar ambil gambar. Subhanallah, majestic view! 


Lepas makan semua pun masuk bilik, packing barang dan get ready untuk tidur. Pukul 1.30 am esok dah kena supper dan siap-siap untuk summit attack.

Digalakkan kemas barang sebelum tidur sebab jika dikhuatiri esok turun lewat melebihi 10.30 am, boleh kena penalty RM100 untuk setiap jam yang lewat tu. Kalau ada kawan-kawan yang dah turun awal tu, diorang boleh tolong checkout kan beg kita. Takdelah nak susahkan orang pulak kena pack our stuff pulak kan, kalut jadinya.

Pukul 8 je, lights off! Tak boleh tidur pun cuba paksa jugak untuk tidur. Aku dapat lelap mata 4 jam, terasa lama dah tuu. Debaran kian terasa. Macam mana agaknya cuaca esok pagi? Dapat tak kami menakluk lagi Kinabalu tahun ni untuk menebus kekecewaan tahun lepas? 

Akan disambung di next entry.....

Thanks for reading!


12 Sept 2023

Part 1 : Percubaan Kedua Menawan Gunung Kinabalu

 

Assalamualaikum

If korang ada baca entry aku yang mendaki Gunung Kinabalu tahun lepas, tahun ni aku sekali lagi berangkat ke Sabah untuk tebus balik kekecewaan yang tak dapat sampai ke puncak. Boleh baca entry-entry Sabah yang lepas di;

Pertama kali jejak kaki ke Sabah

Mendaki Kinabalu

Penginapan di Panalaban

Puncak Kinabalu Yang Tidak Kesampaian

Kami pergi ke Sabah pada 23-27 Ogos 2023 dan climbing date adalah pada 24-25 ogos. Trip kali ini 4 orang dari group yang tak berjaya sampai puncak last year (termasuk aku) repeat sekali lagi, manakala lagi 4 adalah ahli baru yang join tahun ni. Cumanya ahli baru yang sorang tu dah pernah sampai Kinabalu juga tapi nasibnya sama seperti kami berempat jugak, cuaca tak mengizinkan. So cerita mudahnya, 5 orang dah pernah naik Kinabalu, lagi 3 orang belum pernah naik Kinabalu.

(Dari kiri): Kak Sarah(2nd time repeat), adik aku(2nd time repeat), Lily(1st timer), Aida(1st timer), Kak Dilla(2nd time repeat), aku(2nd time repeat), Kak Alia(1st timer), Kakngah(2nd time repeat)

23/8/2023 - Rabu

Kami 3 beradik gerak dari rumah lebih kurang 4.30 am dan tiba di airport 6.15 gitu. Janji jumpa yang lain-lain ni pukul 7 sebab flight 8.40 am. Disebabkan trip Kinabalu kalini pergi dengan kakngah aku dan officemate-nya, semangat jugaklah 2 orang officemate kakngah aku yang tak join tu hantar kitorang. Padahal japlagi nak kena masuk kerja tu, haha! Dan Kak Sarah pulak ditemani oleh family dia.

Oh, sorang team kami iaitu kawan adik aku, Lily flight dari Penang. Flight dia bertolak awal dan dia sampai awal sejam dari kami yang dari KL ni. Rasa sebersalah gila kat agent kitorang sebab kena sidai 2 jam.


Sampai saja di Kota Kinabalu Airport, kami terus dibawa untuk makan tengahari oleh agent kami. Untuk kali ni punya pendakian, kitorang ikut trip daripada SomebodyOutdoor di Facebook. Agent yang uruskan kitorang namanya Acai. Sangat sporting dan agak berpengalaman dalam dunia hiking ni. Banyak tips hiking yang diberikan oleh Acai before kami mulakan pendakian.

Rasa macam private trip pulak ek pergi berlapan je. Last time naik Kinabalu kena campur dengan group-group lain. Memang kemainlah kitorang mintak Acai tolong amikkan gambar, rekod video. Maklomla gegurls only.


Aku memang dah letak dalam list untuk makan lokan bakar ni sebab agak glemer di Sabah. Kebetulan pulak Acai bawak makan kat sini, terus orderlah. Tak ingat nama kedai, tapi dia gerai-gerai tepi jalan je di area Tuaran. Memang banyak gerai yang jual lokan dan kelapa bakar di sepanjang jalan tu. Alhamdulillah, tempat yang kami pergi ni tak ramai sangat orang waktu tu tapi makanan dia memang sedap. Kami order tomyam kelapa, tomyam biasa, sayur campur, sotong tepung dengan lokan bakar. Tomyam dia pun sedap jugak, kuah pekatt. Total untuk 8 orang makan, RM146. Memang kenyang tersandar lah citer dia.

Next location adalah di Kundasang pula untuk jalan-jalan dan terus ke tempat penginapan. Btw, cuaca di Kota Kinabalu dengan Tuaran memang panas gila, tapi sampai je Kundasang hujan. Sejuk berkabus. Ada satu jalan tu sampai jadi teh ais..


Destinasi di Kundasang ni cuma pergi ke Desa Dairy Farm je sebab sampai pun dah lewat. Dahla lambat, pastu hujan pulak tu. Lembu pun takde, view pun kabus tak nampak apa. Boleh dikatakan petang tu agak kosong dengan pengunjung jugaklah. Sebabnya, Desa Dairy Farm ni tutup pukul  5pm sebenarnya, tapi kami 4.30pm baru sampai.


Kat Desa Dairy Farm ni adalah tempat dimana mereka produced any produk tenusu fresh Sabah. Kalau datang sini memang wajib makan aiskrim gelato dia yang cuma berharga RM6. Haritu aku beli aiskrim perisa coklat, tapi sebenarnya perisa yogurt putih tu lagi sedap. Tambah pulak dengan topping oreo, lagi ngam.

Kitorang pun beli jugak yogurt, susu dia sikit untuk minum. Ada 3 perisa untuk susu iaitu susu segar putih, susu coklat dan susu pisang. Yogurt tu pulak ada plain yogurt, blueberry, strawberry dan mango. Semua sedap dan harga tak mahal pun. Susu yang bersaiz kecil hargnya cuma RM2++ manakala yogurt yang saiz kecil RM3++. 

Hujan pun mula reda, maka view Gunung Kinabalu pun samar-samar memunculkan diri. Walaupun masih sedikit berkabus tapi bolehlah dari tak nampak langsung kan.

Hiii esok nak panjat saya kan? Takut tak? Goodluck okay hehehe

Habis melawat Desa Dairy Farm, Acai bawak pegi solat dan singgah beli barang-barang di Bataras. Kalau kat Semenanjung ada Giant, kat sini hypermarket utama dia ialah Bataras. Singgah beli air minum dan kudap-kudap je. Lepastu pergi makan malam dan masuk homestay.

Sayap Ayam Madu Wak Ali yang glemer di Sabah. Kat Sabah punya chicken wings ni rasanya lebih special dari Semenanjung sebab sos dia. Datang Sabah kena cuba tau!

Homestay kami untuk malam tu adalah di d Puncak Homestay Kundasang. Ini dah termasuk dalam pakej Acai tu so aku taktau berapa harga per malam. Okaylah tempat dia, depan tu terus ada restoran, ada kedai nak beli barang dan betul-betul menghadap Gunung Kinabalu. Cuma ngerinya water heater tak function time tu, menggeletar mandi air sejuk.


Lepas makan dan masuk bilik, Acai suruh berkumpul semula pada pukul 9 untuk briefing tentang pendakian esok. Aku expect briefing tu paling lewat habis sejamlah, sekali pukul 11 malam baru habis. Barai gila ni dengan barang banyak nak kena kemasnya haha.


Banyak jugak input yang Acai share dan kitorang yang dah naik tahun lepas ni dah pandai sikitlah hahaha. Starting tahun Januari 2023 ni rate permit, guide, entrance fee untuk mendaki Gunung Kinabalu semuanya dah naik. Untuk porter pula, tahun lepas RM13 per kg, tahun ni jadi RM14 per kg. Tapi weolls okay je sebab porter memang deserve pun untuk dibayar mahal. 

Cuma haritu aku tengok tiktok porter Kinabalu, diorang angkat load yang beratnya 30-40 kg untuk barang-barang masak dan keperluan hostel tu casnya cuma RM5 per kg. Padahal barang-barang masak tu lagi berat dari beg-beg pendaki. Harap sangat pihak diorang ni naikkan lah cas porter untuk barang keperluan hostel. Asyik mintak pendaki je bayar lebih, tapi korang sendiri nak bayar porter murah. Ceiitt!

Mt Kinabalu website Sabah Parks

Malam tu debaran kian terasa... Kitorang ni trauma dengan cuaca hujan. Semoga esoknya dipermudahkan urusan untuk mendaki Kinabalu.

Stay tuned!

16 Aug 2023

Life updated

 Assalamualaikum

Kemain sangat life update kan, padahal blogger picisan entah siapa-siapa je.. Glamour pun tidak. Pageviews jangan cakaplah, sejak sekarang ni dah tak ramai orang guna blog, memang jatuh merundum teruk. Rindu era blog waktu dulu-dulu dimana bila kita tulis entry tahpape pun ada je yang baca dan comment.

Memandangkan kita telah berada di pertengahan tahun 2023, (cepat kan masa berlalu?) mungkin aku rasa nak buat recap tentang kejadian menarik/rutin baru dari awal tahun hingga kini. Kita buat summary jela sebab nak singkat-singkat jurr.


Pertama kali pergi konsert

Aku ni memang tak pernah pergi tengok mana-mana artis menyanyi secara live di konsert walaupun betapa minatnya aku dengan penyanyi tu. Tapi masa bulan Mac haritu adalah kali pertama aku pergi konsert. Tapi bukan konsert blackpink tau walaupun aku ni Blinks. Tak mampu tengok Blackpink dan serabut kat tempat yang terlalu ramai orang.

Aku pergi ke konsert Feby Putri, penyanyi dari Indonesia. Nama Feby Putri mungkin namanya tak se-gah macam Mahalini, Keisya Levronka, Rizky Febian, dan artis-artis Indonesia yang lain, tapi lagu-lagu dia semuanya kena dengan jiwa aku. Ala-ala lagu self-healing la. Aku kenal Feby Putri ni pun lepas pertama kali dengar lagu dia yang tajuk "Runtuh" feat dengan Fiersa Besari tu. Sejak dengar lagu Runtuh tu terus suka suara dia.

Memang seronok! Aku pun sakanlah menyanyi, dah memang hafal semua lagu-lagu dia kan. Tak vibe la Shielaaa kalau pegi konsert rakam untuk content je!


Pertama kali beraya tanpa opah di kampung

Tahun lepas pada 1/9/2022 opah pergi tinggalkan kami semua. Aku ada cerita dalam entry ni --> Recap 2022. Biasanya tiap-tiap tahun kitorang akan balik kampung 2 hari sebelum raya untuk Aidilfitri. Tapi tahun ni balik waktu raya kedua sebab ayah aku bertugas kat masjid. Balik kampung tahun ni sunyi je, sebab adik beradik abah pun ramai yang pergi beraya belah spouse diorang. Memang raya tak jalan sakan langsung tahun ni, banyak duduk kat kampung je.

Gambar before nak gerak balik Selangor, sebelum dibiar tinggal tak berpenghuni buat seketika.

Open House

Keluarga aku tak selalu pun buat open house, ni pun kami buat setakat panggil family dan jiran-jiran terdekat je. Malas nak jemput ramai-ramai. Jemput sikit ni pun berkicap bebb. 

Mak kata tahun ni last lah buat open house camni, renyah nak masak banyak-banyak. Nak harapkan kitorang anak-anak dia ni manalah power sangat masak banyak-banyak. Setakat tolong disebalik tabir bolehlah :p

Laksa, mee kari dengan rendang je air tangan ibuku. Satay belii


Lepastu kawan hiking jemput datang rumah dia untuk makan-makan. Sedap gila diorang buat nasi ayam and macam-macam lagilah. Pastu sebab dah lama tak jumpa kan, banyaklah jugak bercerita pasal plan-plan hiking diorang. Pastu baru tau yang sorang kawan aku ni travel solo kat pulau di Sabah waktu bulan puasa haritu xD Beliau takde update sebarang story kat Instagram langsung. Seronok la dengar cerita dia gerak solo.


Mula follow ilmu-ilmu kewangan

Aku dah aware pasal financial ni dari tahun 2021 lagi, tapi aku baru mula berdisiplin sejak tahun lepas. Tahun ni pula aku banyak follow akaun-akaun Twitter yang cerita pasal kewangan, baca buku pasal kewangan dan try hadam sikit-sikitla.

Haritu ada baca buku "Bergaji & Pokai" daripada Suraya Zainudin, penulis Ringgit Oh Ringgit. Ni pun sebab kakak aku yang rekomen blog RoR ni. Kakak aku pulak beli buku dia tu, kita ni tumpang baca jelah. Aku suka point dan isi dalam buku tu. Banyak tips-tips kewangan yang relevant untuk orang-orang yang bergaji biasa-biasa macam aku ni. Penulis takde pun judge/perli orang yang lambat mulakan simpanan sebab tak semua orang berada dalam kasut yang sama kan? Better late than never lah orang kata~

Semoga berjayalah untuk capai status financial stable suatu hari nanti.


Dah start buat 2 kerja

Lepas baca buku "Bergaji & Pokai" tu, dia ada highlight untuk tambah pendapatan dan jangan selasa mengharapkan duit dari satu sumber. Sebenarnya aku paling pishang cara-cara nak tambah pendapatan tula. Memang zaman sekarang ni orang cakap senang nak jana income. Cuma buat content, affiliate, bisnes online atau kerja-kerja online seperti data entry, freelancer etc. Yang tu confirm side income dia masyuk kalau kau pandai dan rajin. Even tulis blog ni pun sebenarnya boleh je dapat duit dengan adsense gitu.

Cuma aku sangatla tak reti bab-bab buat duit online ni. So aku pun buat cara lama, cari kerja part time kat kedai-kedai je. Memang dia tak sebanyak macam orang yang buat side income online, tapi bolehlah daripada takde kan. Mana tau nanti aku nak try buat freelance pulak ke? Saya kan grafik designurrr xD

Aku siap download apps yang boleh buat Gig Jobs secara online, end up tak reti guna sangat. Akhirnya menggunakan cara tradisional dengan mencari kerja part time melalui Facebook. 

Oh kerja part time ni aku start buat masa bulan puasa haritu, buat part time weekend je. Time raya aku stop sekejap dan bulan 6,7 dan 8 ni sambung balik. Penat sebenarnya sebab aku dah dikira takde cuti on weekend. Tapi kita yang pilih jalan hidup hustle ni kan, hadap jelah. So far okay je, kawan-kawan part time semua baik-baik.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dari segi kewangan...


Setiap minggu wajib masak bekal

Untuk melakukan penjimatan dan kurangkan membeli, tahun ni aku juga cuba konsisten untuk masak bekal tiap-tiap hari pergi office. Setiap hari aku dengan adik aku gilir-gilir masak. Apa yang kitorang bawak pun memang lauk-lauk simple yang kitorang reti buat jelah, kehkeh.

Rupanya seronok jugak ya masak bekal hari-hari pergi office ni. Rasa cam puashati masak sendiri walaupun menu kita taklah sedap macam kat kedai, at least improve jugakla skill memasak aku yang tak pro sangat ni. Kena rajin bangun awal.

Ada hari yang malas, kitorang beli jelah makanan luar.

Masak yang simple2 je sebab kitonya bukan pro sangat pun

Tiap-tiap minggu wajib training hiking

Dalam entry Kinabalu yang tak kesampaian ni, aku ada cakap yang tahun ni aku akan naik Gunung Kinabalu sekali lagi. sedar tak sedar minggu depan dah nak pergii! Kitorang dah start training Gunung ataupun bukit sejak lepas raya haritu. Better training 3 bulan sebelum la kan, biar tak kalut. 

Untuk sebulan terakhir ni, aku akan cuba training bawak load, sebab kat sana nanti aku nak angkat beg sendiri jekot. Last time pergi sana kena bayar RM90 upah porter. Tahun ni upah porter dah naik RM14 sekilo beg. Sebab nak jimat, aku akan cuba kurangkan load bawah dari 7 kg dan cuba angkat beg sendiri sampai ke Hostel sana.




Jejak kaki ke Genting Highlands setelah 15 tahun

Pertama kali aku pergi Genting masa darjah 4, now I'm 26 baru datang sini balik dengan family n bawak anak buah. Sebenarnya aku cam pelik jugakla bila tengok kat Tiktok, IG atau Twitter ramai je yang selalu pergi Genting. Ada yang tiap-tiap bulan kalau boleh mesti nak pegi Genting. 

Bila aku naik, sebenarnya takde apa sangat pun rupanya. Just shopping mall high-end brands dan taman tema dia je rasanya. Selain dari tu nak tengok benda-benda nature, bunga-bunga ke rasanya takdee. So lepasni kalau nak pergi Genting tu mesti datang dengan tujuan nak pergi main taman tema dia atau shopping beg Michael Kors kot. Kalau jalan pusing-pusing tak buat apa tu rasa macam bosan sikit. Cameron Highland lagi menarik. Atau mungkin kita ni dah tua?

Best part masa pergi Genting sebab ni jekot. Dapat tengok view cantik


Mencari air terjun

Mencari air terjun ni masih berada di bawah subtopik hiking jugalah. Tapi tahun ni aku pergi air terjun yang sebelum ni kami belum pernah pergi lagi dan pendakian dia agak jauh. Biasa pergi air terjun yang berjalan tak sampai 30 minit pun, kalini hampir 3 jam berjalan cari air terjun.

Nanti aku akan cuba update satu entry khas untuk air terjun ni. Oh tempat tu namanya Lata Medang, terletak di Kuala Kubu Bharu.

Sebenarnya banyak jugalah cerita, tapi mostly pasal hiking jelah. Cumanya aku ni malas nak buat entry untuk setiap satu cerita tu, maka aku compile kan jelah sekaligus kat sini. 

Sekarang ni bertarikh 16/8/2023, bermakna tinggal lagi 1 minggu tarikh climb date aku untuk ke Kinabalu. Duit trip semua dah buat full payment, barang-barang pun 90% dah lengkap, stamina dah 70% so far. Nervous youuu nak panjat sekali lagi. Harap sangat dipermudahkan!

Anyway terima kasih sudi baca entry ni. So far korang punya separuh perjalanan tahun 2023 ni macam mana? Ada discover benda yang menarik tak?