5 May 2017

Trip WA : Fremantle and goodbye Perth


Assalamualaikum

12/2/2016 - Friday

Hiiii! This will be the last entry untuk summer trip di Perth tahun lepas. Setahun lebih jugaklah aku ambil masa nak completekan cerita Perth ni, punyalah lama kann. 

Disebabkan haritu hari Jumaat, jadi kitorang dah deal dengan Uncle Saf nak pegi Fremantle after solat jumaat. Pagi tu pulak ikut Aunty Ilah jalan-jalan kat mall. Aku pulak nak cari kasut baru sempena menggantikan kasut yang dah terkopak masa kat entry ni. So, dapatlah saya kasut baru dan kitorang melepak kat cafe The Coffee Club. 


Jadi, lokasi terakhir kami adalah di Fremantle! Fremantle ni memang kira tempat yang wajib pegilah kalau ada kat Perth. Kat sinilah tempat orang nak beli souvenir murah-murah. Kat sini terkenal dengan cottesloe beach, Fremantle markets,  Fish n' chips, Arts Centre, muzium dan lain-lain lagi.

Tempat pertama yang kitorang pegi ialah E-Shed Markets. Kat situ jual souvenir yang memang murah-murah. Ada satu kedai uncle Singapore ni memang popular dengan orang Malaysia, Singapore dan Indonesia. So aku cadangkan korang terus memborong kat sini je sebab kedai ni memang agak murah kalau nak dibandingkan dengan yang lain.


senang je nak jumpa kedai ni, masuk-masuk entrance je memang dah terus nampak :D
Makin banyak korang beli, makin kuranglah harga yang ditawarkan.

i'm in love with fremantle town... 

Lepastu kitorang pegi Fremantle Markets pulak. Fremantle Markets ni dah berusia ratusan tahun dan sangat besar. Kitorang memang tak mampu nak explore habis-habisan kat sini. Yang bestnya kat sini ada jual fresh local product, makanan, barang-barang antik, sovenir dan macam-macam lagilah.

But kalau nak beli barang kat sini quite pricey sikitlah kot sebab ni memang tempat tarikan pelancong.

dah lama nak beli dream catcher! Saiz kecik $5, besar $10 je!

Nougat. Candy yang paling glemer kat Aussie. Ada yang lembut dan keras.


Dah sampai Fremantle, haruslah try Fish n' Chips yang fresh kat Fremantle Harbour nii. Ada 2 restoran fish n' chips yang glemer kat sini, Kaili's dan Cicerello's, dua-dua restoran ni menghadap boat harbour.


Mulanya kitorang ingat nak makan kat sini, tapi tiba-tiba rasa macam tak selesa sebab ramai orang maka kami pun take-away jelah. Kitorang pilih traditional fish n chips, $15. Dia kasi 2 fillet, fries dengan tartar sauce, kongsi 2 orang je dah cukup. Kenyang gila i tell you, sampaikan fries tu pun aku siap bungkus bawak balik malaysia lagi engko ghasee?

lol sorry, dah cubit dulu baru nak amek gambar

Bila dah gelap sikit tu, kitorang pegi South Perth dimana tu adalah tempat yang sama masa 1st day kitorang datang sini dulu. Boleh baca kat entry ni. Sobs.. So sedih... kali terakhir kitorang tengok view malam di Perth City TT

Masa 1st day datang sini haritu, lampu kat bangunan tak semeriah macam ni sebab kitorang datang lewat. Kali ni datang awal dalam pukul 8, so dapatlah tengok lampu kat setiap bangunan tu menyala. Time-time camni memang ramai photographer datang amek gambar.


Sepatutnya malam tu ada Fireworks sempena Australian Day, tapi disebabkan nak kejar masa maghrib, kitorang terpaksa balik je.. Maka, tamatlah trip 8 hari kat Western Australia ni. Tu kali terakhirlah kitorang jumpa Uncle Saf sebab dia tak hantar kitorang pegi airport esoknya. 

Sampai sekarang takleh lupa dengan jasa baik Uncle Saf ni. Bawak je kitorang pegi mana-mana, tempat pun semua yang best-best, jauh-jauh lak tu. Memang seronok ikut servis tour guide dengan Cuti Perth ni, tanpa Uncle Saf memang percutian Perth kitorang ni jadi krik krik jekot. ada rezeki kita jumpa lagii.

13/2/2016 - Saturday

Pagi tu dalam pukul 4 pagi kitorang dah gerak pegi airport, flight pukul 6.30. Aunty Ilah dengan Hj. Yon hantar kitorang betul-betul sampai depan departure hall. Masa ucap terima kasih dan salam-salam tu memang sebak jugaklah, sikit lagi nak nangis. Haha tapi masa dah berlepas tu memang dah nangis dalam flight ponn. Cengeng gila aku ni *wipe tears*

yang akan selalu dirindui <3

Jumpa lagii.. Walaupun cuti 8 hari je tapi sampai sekarang takleh lupalah dengan orang yang jaga kita, bawak kita pegi jalan-jalan selama 8 hari kat sana, huhu. Faham kan feel dia bila kita rasa dah sayang tapi terpaksa tinggalkan orang tu yang jauh beribu batu TT Taktaula bila lagi boleh jumpa huaaaa

Anyway, a big thanks kepada sesiapa yang setia ikuti perkembangan trip WA yang dah basi sejak kurun keberapa ntah. Sorry aku ambil masa setahun lebih nak habiskan entry ni, hehe. Maafkan diatas segala info kalau ada yang tersilap, gaya bahasa yang macam syok sendiri dan lain-lain lagi. 

Entry ni aku tulis hanyalah untuk pengalaman dan kot-kot boleh beri cadangan tempat untuk sesiapa yang nak pegi ke Perth <3

20 comments:

  1. nanti nak baca dari mula..belum sampai perth lagi.tapi Fremantle tu memang selalu dengar orang kata wajib pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu!
      tak perthlah kalau x pegi fremantle hehe

      Delete
  2. Mmg satu pglmn yg berharga sgt, sy pun boleh tengok gak gmbr2 yg mazni post ni. Mmg terbaik post mazni ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tomo, awaklah yg paling rajin puji gambar2 yg saya tangkap hahaha. terharu jap xD

      Delete
  3. the night view though,cantik gilaa. mesti happy kan dapat tangkap gambar byk2 hehe
    finally habis jugak post ni,tak sangka pulak lebih dari 10 post sebab selama ni baca macam sikit je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni je antara gamba malam yg cantik sikit, yg lain semua shaky lol

      tulah, lama gila nk siapkan entry ni. sebenarnya cerita dia sikit je tpi memandangkan dalam sehari tu saya pegi banyak sgt tempat, so saya pecah2 kan entry tu setiap bahagian supaya tak panjang sgt :D

      Delete
  4. It's okeyy. Sayapun biasanya akan nangis kalau nak brpisah macamni. Tambah2 klau kita tau kmungkinan utk takkan jumpa dah tu sgt besar. Huhu

    Bestnyaa nampak fish nchips tuh. Hmmm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal T__T susah nk jumpa dah

      Delete
  5. Fish n chips tu drooling sangat okehhh! Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan 1 pieces tu pun dh kenyang kot!

      Delete
  6. Siqah berkenan dengan dream catcher tu! Plan nak beli satu, nak letak dalam kereta. Cantik2 kan :)

    Seronok baca kisah pengembaraan Mazni. Nanti Siqah terjah juga entri yang lain ye. Banyak nampaknya entri tu. Hihi.

    Kadang-kadang kita baru kenal orang tu, tapi dah anggap dia macam keluarga sendiri. Dan bila nak meninggalkan orang tu, pasti rasa sedih kan. Tanda menghargai orang itu juga :)

    Tahniah MAzni berjaya siapkan entri WA!! :D

    Mazni,, siqah tak boleh komen kalau BW guna phone. Ni siqah guna laptop baru nampak button komen.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak saya pun beli satu letak dlm kereta, saya beli letak kat bilik!

      aww thankyouuuu, haha sorry memang banyak sbb pecahkan setiap part xD

      exactly! lagi2 bila org tu berkemungkinan susah utk kita jumpa balik. Thanks again for reading n comments!

      Delete
  7. Bestnya ada peluang pergi tmpat orang. Insya Allah one day :)

    ReplyDelete
  8. uishh dia punya entri bersiri tu macam dah boleh diterbitkan dalam bentuk buku dah tu XD

    lawanya australiaaaaaaaaaaa <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terbit buku comfirm2 takdak yg nk beli, banyak info yg tertinggal x'D

      aussie mmng lawaaaaa next time nk try pegi region lain pulak kalau ada rezeki!

      Delete
  9. bestnyeee... pray for us sampai sana jugak!Insyallah

    ReplyDelete
  10. Sis JM pun borng kat kedai megabes ni..femes kesai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. saya baca jugak entry akak masa pegi perth tu, mmng pakcik singapore yg sama haha

      Delete

Nak komen apa? silakan~