Assalamualaikum
Ok sambungan daripada entry
Kalbarri National Park tu, lepaih bangun daripada tidoq, pukul 4 terus siap nak pegi Red Bluff atau lebih digelar sebagai Red Bluff point lookout.
Kat Red Bluff nilah tempat yang orang selalu tengok whale. Time kitorang datang ni bukan musim whale keluar sebab dia pegi melawat kat laut lain. Paling afdhal nak tengok whale ni antara bulan may - august.
Tutup cerita pasal whale. Bukannya engko jumpa whale tu pungg.
Red Bluff lookout berada pada ketinggian 100 metres daripada aras laut. Kat sini kita boleh nampak pantai Kalbarri yang sangat luas bangat tu. Bagaikan tiada penghujung, ewahh! Memang tipulah kalau aku cakap kat sini tak lawa kan. Bagi seorang thalasspohile macam aku, memang pemandangan laut tu tak pernah mengechiwakan!
Sebab tu aku lagi suka duduk Kalbarri berbanding perth city. Sini banyak lautt. Bila balik kat Perth, rasa macam separuh hidup aku kat Australia ni dah hilang. Padahal masih berbaki 5 hari lagi kott masatu, haha.
|
aku rasa kalau terjun tengah laut tu mesti badan melecur sbb matahari terik nak arwah |
|
saja snap gamba pokok ni sebab terkejut rupa dia macam momok |
|
Mazni telah belajar dari kesilapan lalu, kini dia dah pandai pin tudung kat belakang. |
|
gamba ni dah lawa kalau takde jari tu -__- |
|
batu2 putih yang agak tajam.. |
Lepastu, kitorang turun bawah pulak. Tapi still di kawasan yang sama.
|
Tadi kitorang ada kat atas sana tu! |
Uncle Saf penah cite, dulu dia pernah bawak kereta kat sini nyaris-nyaris nak termasuk laut. Sebab uncle kata dia parking kereta betul-betul dekat gigi pantai tu. Sekali nak reverse kereta, haa takleh sebab tayar tersekat dekat batu2 tu. Jangan main2 nak parking kereta kat sini, batu dia berlobang-lobang. Maka buat kali kedua, parkinglah jauh sikit dari air laut..
Sementara uncle pegi memancing, 2 ketul budak ni pun pegi merayap untuk cari spot yang baik untuk bergambar. Nasib baik kitorang pusing2 jauh sikit, jumpa banyak batu-patu yang unik.
|
ingatkan air dia panas, sejuk kott! |
|
cari objek tersembunyi |
Pastu ada terjumpa 1 batu besar ni. Batu tu macam menghempap tepi cliff. So terjadilah terowong semulajadi~ Sekali tengok bentuk batu tu nampak macam comet baru jatuh dari langit. 2 kali tengok macam batu besarlah.
To be continued....
Thanks for reading!
pokok macam momok pon boleyhh hahahaha
ReplyDeletebestnya wuuuuuu. haritu plan nak kesini tp nampaknya terpaksa tunda nak buat trip ke wa >.<
ReplyDeleteSebiru hari ini~ *eh, ternyanyi pulak tengok gambo laut dan langit membiru tuu*
ReplyDeletePsst, posing acah2 Titanic ke tu? Hihi
Lawanyaaaa !
ReplyDeletesubhanallah cantik sangat langit kan tempat nie T^T
ReplyDeleteCantiknya.. Tengah survey tempat nak explore untuk Aussie trip sebenarnya.. Prefer outskirt macam ni since tak minat sangat jalan2 dalam bandar.. tapi tak berani drive.. Acano tu
ReplyDeletejalan kt aussie tkdelah susah mana pun sbb banyak kawasan lapang. lagipun pemandu kat sana berhemah. rasanya mmng selamat nk drive sendiri.
Deletetpi kalau tak berani bolehla amek tour guide macam kami ni :D
Oh ok.. Will read more on your entries bila ada masa lapang nanti.. Make sure update k.. hahaha.. dah bookmark ni..
DeleteSubhanAllah cantiknya.. salam kenal dari Mama Jue
ReplyDeletewww.mamajue.com
kawasan dia macam dekat Yehliu Geopark yg kak Sally g masa kat Taiwan harituu..huhu
ReplyDeleteCantik nya... SubhanaAllah.. Kemain terik lg matahari tgh laut tu.. Huhu
ReplyDeleteYa Allahhh lawanya view! Bila kita nak sampai Australia ni hahaha.
ReplyDeletesubhanallah super nice view..nk juga kesini...*<
ReplyDeleteCantiknya, Subhanallah... Kalau dapat snap whale lagi best kan ^-^
ReplyDeleteSubhanallah cantik tempatnya! Paling suka gambar akhir tu. hehe
ReplyDeleteE ehh,..pokok to memang eerie sikit. Indahnya langit!
ReplyDeleteSuka tgk foto ni
ReplyDeletecantik !! akak rasa setiap ceruk WA pantai diorang lebih kurang sama. tapi still cantik guano pun cantik.. penuh lalang pun cantik.. ahaha..
ReplyDelete