28 Apr 2016

Trip WA : Chinaman's beach and sunset


Assalamualaikum

Kitorang pun geraklah dari Red Bluff ke tepi pantai yang dekat2 dgn area apartment. Memang plan asalnya keluar ni sebab nak tengok sunset. Sebagai pecinta sunrise dan sunset, memang aku suka betul bila dapat peluang nak tengok sunset ni <3 <3

Ok sebelum nak tengok sunset tu, kitorang singgah kat satu lookout ni untuk tengok murchison river. Aku pun taktau kenapa, tapi laut ni dipanggil murchison river. Kalau ikutkan gambar kat atas ni, katanya itulah pertemuan antara murchison river dengan laut. Sorry kalau salah ;-;

murchison river mouth

Sebenarnya time ni kasut aku basah tau sebab main air tadi, so aku keringkan kasut kat situ sat, tapi tak sempat nak kering pun. Habis busuk kasut aku bau stokin. Benci betul bila kasut basah, huaaaa ;-;
Peneman dikalaku sunyi

Lepas dah singgah sini, kitorang balik apartment dulu sebab rasa macam awal sangat kalau nak tunggu sunset tu pun. Balik rumah aku terus tukar pakai selipar je, tak kuasa nak pakai kasut basah-basah jalan kat pantai. Nanti lagi parah pasir dok melekat-lekat kat kasut, haha.
rumah siapalah yg besau sangat ni.. Rasa macam nak rompak je


Kitorang main celup2 kaki kat air. Ya rabbi bestnyaaa, sejuk je air dia. Rasa tenang sebab tak ramai orang. Sambil menghadap sunset lak tu. 

Time ni berlaku saat2 yang paling mendebarkan dimana kitorang tengah merakam detik2 jatuhnya matahari yang comel tu, ada mat salleh ni approach kitorang. Dia bawak anjing, anjing dia ni nakal tau. Nak dekat2 dengan kitorang pulak.

Time aku mengelak dia ingat aku nak main dengan dia, so anjing tu pegi kejar aku. Gigih iolls lari pusing2 keliling sampan tu. Makin suka lak dia kejar, amboi aktif betul. Yang si mat salleh tu boleh pulak dia gelak tengok aku kena kejar dengan anjing dia. Hmm mesti dia ingat aku takut anjing, oh my ohh well i ain't! Aku nampak dia baru main kat air tadi, malaslah nak samak.

Ni yang benci ni bila tangkap gamba objek yang jauh. Apa yang kita nampak tak sama macam apa yang kamera captured. Aku rasa dslr pun kalah dengan kamera biasa. Uncle Saf pakai kamera bukan dslr pun tapi zoom dia baek punyaa T__T Oh my camera!
credit; cuti perth

Dan malam tu pula, takde apa-apa aktiviti. Kitorang makan malam lauk stew kambing yang telah dipanaskan sambil tengok running man. Pastu ingatnya nak tengok milky way sebab aku penah google, Kalbarri ni antara tempat yang terbaik nak tengok milky way ni.

Time tu kitorang keluar pukul 9.30 - 10 pm camtula. Depan apartment kan pantai so cuma jalan kaki je pegi area situ. Memang gelap sangat time tu, takut jugaklah. Bukan takut sebab hantu (australia ada hantu ke?) takut kalau ada orang mabuk ke apa sebab ada orang buat karaoke dengan minum2 kat situ. Well mat salleh kannn~ Kitorang pegi area yang takde cahaya, sebelah war monument. 
credit; google

Aku ada amek gambar monumen ni waktu tu, tapi hilang kemana entah...Maybe dah terdelete sebab gegar kot. Memang malam tu kamera tak memberikan kerjasama yang baik. 

Monument ni adalah untuk memperingati orang2 yang terkorban dalam perang. Eh tetiba kan, bila aku naik je atas monument tu nak duduk2 kat kerusi rasa semacam je tau. Seram sejuk pulak haha. Dahla depa tulis perkataan 'they died'. 

So lepastu kitorang jalan pegi bahagian hujung yang lapang sikit. Kat situ memang takde sebarang cahayalah, maka 2 beradik ni pun mulalah mendongak ke langit nak cari kelibat milky way. Nak patah tengkuk aku. Tapi Subhanallah, memang lawa sangat bintang2 time tu. Nampaklah juga milky way tu sikit2.

I tried my best untuk amek gambar langit ni, tapi hasilnya macam tak nampak apa pun... Ke ada yang nampak macam kelemumur je? Nak amek gambar milky way ni kena ada lense yang sesuai tapi malang sekali, kami takde benda2 tu semua, kahkah! Time tu barulah rasa bertuah sebab ada mata. Kakngah kata, "sebab tu Tuhan cipta mata manusia lagi hebat dari kamera". *nangis* T_____T

Itu je aktiviti untuk 7/2. Esoknya 8/2 dah kena tinggalkan Kalbarri ni. *nangis lagi sekali*

Thanks for reading!

9 comments:

  1. hikhikhik...tak nampak cam kelemumur pun, tapi bila dah sebut tu tengok balik, ha'ah laa...:D

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...cantikkkkkkkkkk sangat sunset!!! =D

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cantik sangat :)))

    Part kelumumur tu takleh blah r serius hahaha

    ReplyDelete
  4. Subhanallah indahnya suasana sunset tu...

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaa. subhanallah. untung mazni dapat tengok permandangan cantik2 :D
    tu baru gambar. XD
    mesti langit penuh bintang cantik sgt kan? :)

    ReplyDelete
  6. Gambar2 stunning! Cantik cantik! Buat poskad cantik nih!

    ReplyDelete
  7. Subhanallah. Cantiknya sunset!

    ReplyDelete
  8. subhanallah cantiknya.. hehe akak pun ritu ada anjing mai nak mesra gitu katanya..
    sempat juga berlari pusing2 dahla dia kejar akak je.. spupu akak rilek je..

    tapi tuan dia alert tngk kami macam terkejut dia panggil balik anjing dia.. then said sorry.. tapi kesian muka anjing tu macam sedih sbb kami xnak main2 ngn dia..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~