4 Jan 2014

Cara kesan jin dalam badan


Assalamualaikum

Haritu ada ternampak bekas senior saya tweet tentang cara nak kesan jin dalam badan. Memula tu rasa macam takut nak try tapi kalau tak cuba macam mana kita nak tahu kan. Amek masa 2 hari jugaklah baru ada keberanian untuk cuba.

Macam-macam cara sebenarnya untuk kesan jin ni, tapi setakat ni yang orang selalu test ialah dengar bacaan Ruqyah Syar'iyyah. Boleh cari kat youtube ye bacaan tu. Kat bawah ni aku copy dari youtube langkah2 untuk mengesan jin dengan mendengar ayat Ruqyah.

"Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1

Play RUQYAH SYAR'IYYAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai... Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk."



Moga kita dijauhi dari gangguan jin dan syaitan dalam badan.
Assalamualaikum :)


31 comments:

  1. salam...very nice info...tq share ye ('',)

    ReplyDelete
  2. Akak , kita dah lama jumpa benda ni tapi x berani lagi nak try .. Yg tak boleh ikut dalam hati tu camane , nnti comfirm terikut .. Tu yg kita takut nak try tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..nk try wt p takut law tol2 ada...

      Delete
  3. salam. terima kasih share. tapi takot lak nak try

    ReplyDelete
  4. saya pernah scan badan guna Ayat Ruqyah, tanda ringan ada gangguan jin, masa dengar akan rasa mengantuk, pastu, tetiba rasa nervous serba tak kena, kalau tengah study pasang Ayat Ruqyah, confirm nak tidur lepas tu...tu tanda yang biasa la, standard semua orang akan rasa cami...just sharing :)..alhamdulillah, tak da la sampai tahap histeria :)

    ReplyDelete
  5. Nak try but banyak alasan yg sya bagi kat diri sendiri. kkk.. Headphone/earphone tak de, anak buah tgh bersuka-ria di bilik air, sekarang mmg tgh rsa mengatuk so tkut salah fhm plk. hehehe..

    ReplyDelete
  6. kenapa macam seram pulak nak buat ni -_-'

    ReplyDelete
  7. kalau tengok bayangan, selalu sangat. hehe lagipun akak suka benda2 seram.. tapi, entah kenapa rasa bimbang pulak nak cuba sorang2. kalo buat ramai2 dalam 3 4 org boleh tak ? huahaha yang langkah 2 tuu macam mana ? walaupun kita tak hafal ayat tuu, tapi kita mesti terikut2 kan ? T_T adoii.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..perkongian berilmu ni..akak sebelum ni kerap juga aplikasikan dik..scan diri sendiri..mula-mula teragak-agak juga..tapi tawakkal pada Allah.insyaAllah boleh..

    ReplyDelete
  9. nice sharing... tapi rasa takutlah pulak,huhuu...

    ReplyDelete
  10. nice sharing dik. kak hana nak try. tp maybe take time kot. sebab tak berani sangat. huhu

    ReplyDelete
  11. ish mazni niii :(
    hihiihi takut lah hehe besok siang qila nk cari headphone nak dengar kuat kuat.
    Aduh mazni, bila mazni ckp jgn ikut lagi lah qila nk ikut hoohooho ;D <3
    thanks wakkk!! nnt kalau adik beradik, friends, relatives qila mcm tak betul boleh check :))))

    ReplyDelete
  12. bagus sharing ini adik.. akak pernah temankan mak akak ke pusat rawatan islam sinar zamdurrani (ustaz sharhan).. memang seram apabila mendengar bacaan ruqyah dan jeritan orang yang sedang dirawat di situ..

    ReplyDelete
  13. perkongsian yang bermanfaat, moga kita dijauhi dari gangguan :)

    ReplyDelete
  14. info terbaru nie..thanks share,,,

    ReplyDelete
  15. Nice sharing. Ayat ruqhyah memang bagus untuk diamalkan. Jin yg mengalir dalam darah kita Insha'Allah akan keluar kalau dengar ayat ni. Tapi kalau nak buat time duk sorang2 tu baik xpyh la. Nanti mengamuk kat situ kan susah plak. Better ada guidance.

    ReplyDelete
  16. hurmmm.. nak cuba tapi ada rasa takut2 sikit...

    ReplyDelete
  17. saya pernah dengar cara ni.. terima kasih sebab share :)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum awak. sheila mohon share dekat fanpage sheila ye. ilmu yang berguna ni. nanti nak try buat :)

    ReplyDelete
  19. good info. tapi seram sejuk baca hehe ><

    ReplyDelete
  20. terima kasih berkongsi.

    Ya ALLAH.. Nak cuba. =)

    ReplyDelete
  21. nice info...tanx ye.. nak cubalah.. tapi takot2 jugak kan...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum semua.....

    Saya eina, pesakit gangguan jin. Saya dah buat ni, saya dapati banyak x henti2 benda berjalan2 bawah kulit, pening, loya, rasa nak marah, nak jerit pun ada. Ada masa2 tu ngantuk tahap mengalir air mata. Saya nak bagitau sume, baik korang xyah ikut2 rasa takut tu, sbb tu jin yg takut, bukan korang. So bila korang x lawan rasa takut, jin tu menang lah. Sbb xyah dia nak rasa 'sakit' dengar ruqyah. Jadi, dia akan terus hidup beranak linak dalam badan korang. So baik korang dengar ruqyah, then kalau ada tanda2 tu, terus gi berubat k. Sbb gangguan jin yg dasyat ni, sy dah hilang ramai kawan, ramai org fikir buruk sume. N sy tau benda ni yg mudaratkan kesihatan badan sy. Sy x reka cerita tau, sy ckp berdasarkan pengalaman. So guys, jgn tggu2 tangguh2, terus buat ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul .. Saya sokong...

      Delete
    2. Betul Azreena, saya pun hilang ramai kawan dan dibenci krn sikap panas baran yg melampau2, yg mmg xmasuk akal atas kehendak diri saya sendiri..

      Delete
  23. ._. Sumpah rase tk selesa mase denga

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~