13 Sept 2026

Mendaki gunung Merbabu - Campsite

Sambungan dari --> Tiba di Basecamp Merbabu

Start naik pukul 10 am, masa tu matahari tegak atas kepala cuy. Nak cepat sampai campsite, tapi kena hadap another 5 to 6 hour.. So begitulahh xD

Seperti yang aku mention pada previous entry, Jalur Suwanting ni merupakan jalur paling cepat untuk sampai ke puncak tapi kena tempuh perjalanan yang jauh. Trek dia pun terkategori as menanjak jugaklah walau tidak sedahsyat seperti gunung-gunung di Malaysia.

Awal-awal rasa nak putus nafas beb 
Nanti banyak jumpa trek camni xD

Lepas hampir sejam berjalan, akhirnya kami tiba di Pos 1 Cemoro (10.57 am). Rehat jap kat sini sambil tunggu yang lain-lain sampai. hiking dengan diorang kalini, tunggu semua orang sampai kat checkpoint baru kita gerak sama-sama. So that takdelah masing-masing tertinggal gap yang jauh dari group.


Dia punya pos tidak terlalu luas, tidak terlalu kecil. Kami rehat around 20 minit gitulah dan sambung perjalanan sampai ke next point pulak. Dia punya trek ni masih mengucap panjang, tapi apa boleh buat. Jalani setiap langkah dengan penuh tabah jela haha.

Banyak pokok di kiri dan kanan, so tak terasa panas sangat
Benda yang paling aku anti setiap kali hiking, trek bertangga macam ni
Mas Danny yang setia menemani 3 manusia siput ini
Reached Lembah Mito at 12 pm

Ni Lembah Mito yang berada pada ketinggian 2018m dari aras laut. Ingatkan ni pos 2, rupanya nak sampai pos 2 tu ada lagi sejam. Kat Lembah Mito ni luas dan lebih landai berbanding  pos 1 tadi.

Sepanjang hike ni ada satu benda yang aku tak suka, which is setiap kali kitorang rehat kat mana-mana pos je mesti akan bau rokok yang sangattt kuat. Kita hiking ni untuk hirup udara fresh. Lepas dah penat-penat memanjat dan baru nak amik nafas, tetiba tersedut asap rokok pulak aduh spoil mood.

Maybe it's their culture lah, kitonya tak biasa dan tak suka bau rokok kat tempat nature cenggini huhu.

Suhu dah start sejuk i looikeee!
Pos 2 - 12.46 pm

Memula ingat nak makan kat Pos 2, tapi agak ramai orang dan tempatnya pun tak rata sangat. Kena naik sikit lagi around 15 minit sampai di Lembah Manding untuk makan. Lunch ni kami rehat selama 45 minit. 

Lauk lunch yang simple serta bergambar dgn ahli group (with view kertas A4 :p)

Then sambung perjalanan.. Aku malas nak cerita panjang-panjang, so letak a picture with caption jelah ek.

Allahuuu ini apa miska?!
Ini namanya penyesalan!
Lagi penyesalan
Cuci mata tengok bunga comel
Posing dengan kehijauan
Rehat sebab masing-masing dah pewai
Kayu lumut yang sangat cantik! Memang wajib ambil gambar kat sini
bunga edelweiss dan Mazni

Bila kita dah naik makin tinggi, pokok-pokok pun makin berkurangan. View pun makin open. Sikit demi sedikit kami melepasi paras yang lebih tinggi dari awan, sampailah nampak beberapa puncak gunung yang diselimuti lautan awan gebu tu.

Gunung Andong kalau tak salah, belakang tu lupa gunung apa

Ralit aku tengok penampakan gunung kat belah kiri, rupanya bila toleh belakang, nampak gunung Merapi yang lagi cantik! Dia macam sipi-sipi sikitla sebab masih bertutup lagi. Tunggu lewat petang nanti dia belanja clear view! Subhanallah taktau nak cakap macam mana cantiknya pemandangan yang tersaji depan mata ni.

1x zoom
30x zoom

Sebelum sampai campsite, kita akan lalu kat pos air. Kat sini bolehla topup air fresh dari gunung, memang heaven gilers. Silap pulak sebab kitorang bawak air botol banyak, end up tak habis minum pun.. Air topup gunung tu jugak yang habis dulu xD

Tapi nak turun ke tempat mata air tu agak licin dan curam sikit so silalah berhati-hati.

Jalan turun ke pos air. Ada sorang mamat ni terjatuh, tak sempat aku nak rakam aib beliau
Sakan topup air. Padahal ada 2 botol air besar belum bukak dalam beg dia :p
Porter-porter gagah usung air untuk sediakan makan malam yehaaa!
Tanjakan terakhir boleh tahan pacak jugak..
Sambil layan pacak, dapat tengok keindahan ini

Dari pos air ni dah tak jauh nak sampai camspite, sekitar 15-20 minit je. Kitorang pulak belum solat zohor dan asar lagi waktu ni padahal dah pukul 4 petang. Maghrib kat sana around 5.30 pm. Kalutlah nak cepat-cepat sampai dan solat. 

Khemah sudah tersedia, kita tinggal masuk cuci kaki je. Aku cop khemah yang duduk kat corner lot, so that kalau malam nanti terdengkur kuat, at least takdelah kedua-dua jiran kiri dan kanan terseksa dengar dengkuran ku kan wahaha.

Nak tunjuk sikitlah rupa campsite dia camne.

camping di atas awan you alls, memang 5 stars!
hai khemah tandas yang dirindui~
The sun is setting down
And the sky turns colorful
Then, it went dark
Pisang goreng sedap dan merasmikan mug yang Kak Fanny bagi!

Lepas solat maghrib tu aku tertidur pulak sebab penat sangat then barulah bangun makan. Malam tu diorang masak sup kuah lodeh, teh hangat dan goreng pisang je. Porter gunung kalau masak selalunya sedap2 tau! Lepas makan tu telan lah segala jenis ubat selesema la, ubat tahan berak, ubat Acute Mountain Sickness. 

Then lights out sebab esok nak mula summit attack pukul 1.30 am. Seksa jugaklah nak tidur malam tu sebab sejuk sangat! Rasanya aku dapat tidur 3 jam jekot 

Next --> Summit attack gunung Merbabu

13 comments:

  1. Apa pulak anti tangga tu? Uncle kalau boleh nak ada escalator....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya gunung kat china je yg ada escalator :p

      Delete
  2. Subhanallah cantiknya pemandangan! Rasa nak lompat terjun atas awan tak? hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nakkk! Tapi nanti ke alam di sebalik mata pulak 🤣

      Delete
  3. Cantiknya semua pemandangan matahari terbenam, gumpalan itu dan kawasan menghijau di sana sini. Membaca entry ini teringat pada seorang cousin yang sakan hiking di sana sini macam Mazni juga. Ayat yang dia selalu sebut bila dia tunjukkan gambar dia hiking katanya 'masa dalam perjalanan tu, udah rasa menyesal terasa macam kenapa la aku susahkan diri memanjat sana sini baik aku rehat dekat rumah tengok Neflix. Semakin mencabar trek nya semakin menyesal tetapi bila udah sampai ke puncak tengok sunset, sunrise, awan nano segala terus rasa bahagia gila dan terus plan hendak panjat gunung lain pula nanti😅'. Begitulah ceritanya pada KSarie selalu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merbabu ni mmng terkenal dgn kehijauan! Tu yg cantik.
      Kikiki cousin akak sama je mcm saya. Tgh hiking menyesal, balik hiking dah plan nak naik gunung mana pulak Lepasni

      Delete
  4. Subhanallah cantiknya sangat view dari atas gunung. Dengan awan carpet, warna warni langit bertukar waktu. Thanks for sharing Mazni. Nak naik memang tak lepas dah. Tumpang tengok semuanya Alhamdulillah. Penyesalan namun mahalnya kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langit warna warni tu memang priceless. Subhanallah cantik sangat 🥹

      Delete
  5. Ada plak yg smoking ye.. Spoil btul.. Cantiknya view awan tu..

    ReplyDelete
  6. Sampai sana auto terus loghat sana ek. Terhibur baca cuy tu. Nasib baik dah tahu maksudnya.
    Umangaii lama betul nak hadap 5-6 jam tu. Mampuihhh!
    Trail dia bersih je dan luas. Suka tengok trail bertangga tu. OOTD pun cantik situ. Kita nak hiking pun rasa best. Tempat rehat pun bersih je. Kira okaylah tu kan tak luas dan tak sempit sangat ruangnya. Ngam-ngam sedang elok.
    Lahh kenapalah ada yang merokok. Mencemar udara je. Kannn..kita nak hirup udara segar penat-penat hiking ni.
    berkabus tebal jugak kat atas tu. Sejuk-sejuk tu yang best.
    Masya-Allah cantiknya awan karpet dan permandangan di sekelilingnya. Rezeki awak Mazni dapat menyaksikan keindahannya. Dah berjaya hiking sampai ke puncaknya. Inilah hasil yang kita dapat kan. Alhamdulillah..Tahniah!
    Cantiknya langit pelbagai warna tu. Dah macam lukisan. Merasalah camping di atas tu sekali. Pulak tu dapat makan sedap-sedap juga. Kagum dengan geng-geng porter juga. Dahlah angkat beban, kena sediakan makanan juga.
    Pengalaman tu yang mahal, kan Mazni.

    ReplyDelete
  7. lereng gunung dgn awan-awan tu tampak 2 dunia yg berbeza
    sangat cantik

    kiranya memang tak jauh laa dari kawasan gunung merapi ya?

    ReplyDelete
  8. khemah tandas tu apa beza warnanya? biru utk mandi hitam utk buang air besar ke apa? ;-)

    ada berapa khemah kat campsite tu?
    nampak banyak juga tu?
    maknanya kawasan kat situ agak luas laa kan?

    ReplyDelete
  9. tak pernah tak kagum lah dgn semangat dan fitness all hikers! view awan tu memang breathtaking sgt!! ada eh ubat tahan berak...so jadik sembelit ker camner plak tuuuu

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~