9 Aug 2026

Ziarah Taif - Masjid Ibn Al-Abbas & pasar buah Taif


10 Disember 2025 - Rabu

Pagi ni kami akan keluar agak jauh sikit dimana jaraknya kira-kira 90 km dari Mekah, iaitu di Taif. Ada beberapa persinggahan yang kami akan lawati di sana dan program ziarah ke ini sudah include dalam itinerari oleh Andalusia.


Mesti korang pernah dengar kisah pasal Nabi dibaling batu oleh penduduk kampung sehinggakan kasut baginda penuh dengan darah kan? Peristiwa menyayat hati ni berlaku di Kota Taif lah. Kota yang menolak dakwah Nabi secara kasar, sehinggakan malaikat pun offer pada Nabi untuk hempapkan gunung di atas kota tersebut.

Namun, Rasulullah menolak tawaran malaikat dan langsung tidak menunjukkan dendam walaupun disakiti oleh mereka. Tetapi sebaliknya mendoakan agar suatu hari nanti penduduk di Taif beriman kepada Allah. Buktinya hari ini, bumi Taif ni sangat subur dengan segala tanaman, cuaca yang sejuk, penuh keberkatan dan penduduknya juga beriman kepada Allah.


Sebaik masuk ke kota ini, kami jumpa dengan pintu gerbang Abdullah bin Abbas. Dari pintu gerbang ni juga tak jauh untuk pergi ke Masjid Ibnu Abbas, antara lokasi wajib yang akan dilawati oleh jemaah ketika berada di Taif.

Masjid Ibnu Abbas ini telah dibina pada tahun 592 Hijrah dan dinamakan sempena nama sepupu Nabi Muhammad, Abdullah bin Abbas r.a. Beliau merupakan seorang yang sangat berilmu pengetahuan dan ulama besar dalam tafsir Quran. Beliau banyak menghabiskan hayatnya untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu agama dengan bersungguh-sungguh sehinggalah akhirnya meninggal dunia di bumi Taif ni pada tahun 68 Hijrah.


Makam Ibnu Abbas berada di sekitar kawasan masjid ini dan diletakkan tembok. Rekaan masjid ni simple je, bentuk petak dan takde kubah grand-grand pun. Kami sendiri pun tak dapat masuk dalam masjid sebab terlalu ramai orang.


Bukan tu je, malah bersebelahan dengan masjid ni pun ada perpustakaan.

Perpustakaan Abdullah Ibnu Abbas ni merupakan perpustakaan wakaf tertua dalam dunia Islam. Dalam ni ada manuskrip, buku dan sastera Islam lama dari zaman awal percetakan Arab. Perpustakaan ni sering jadi tumpuan bagi para ilmuan, penyelidik atau ulama yang nak mempelajari ilmu. (kredit)


Kami pun tak dapat masuk ke dalam perpustakaan ni sebab ditutup pulak. Mungkin dia bukak untuk masa-masa tertentu jekot.


Di luar perkarangan masjid ni, ada banyak jualan peniaga. Antaranya buah-buahan, minyak, sejadah, coklat dan macam-macam lagilah. Aku perasan kalau pergi mana-mana masjid kat Arab Saudi ni mesti ada je orang berjual jual kat perkarangan masjid.

Betullah 9 dari 10 rezeki tu datangnya dari berniaga kan.


Kat sini kitorang beli minyak zaitun 250ml yang harganya 15 riyal sebotol, so belilah 2 botol sebab murah! Sampai harini tak habis guna lagi, haha. Mak aku beli souvenir macam beg, purse, harga okaylah.

Mari mari, coklat timbang ada, minyak zaitun ada!
Unik warna mata kucing ni. So prettyyy

Selesai lawatan di masjid, kami singgah ke pasar buah Taif.

Taif ni merupakan kawasan tanah tinggi yang sejuk. Tanahnya sentiasa subur dan sesuai untuk tanaman buah yang segar, sayur dan bunga-bunga.

Penuh dengan jemaah dari nusantara je :p
Pomegrenate

Rambang mata tengok buah-buahan segar kat sini. Aku pulak first time tengok buah tin segar. Dia kaler hijau, tapi kalau dah masak nanti jadi warna purple kemerahan. Orang kedai kasi tester untuk rasa, serious sedap dan manis buahnya!

Buah tin segar

Aku jarang makan buah tin sebenarnya. Kalau pernah pun, dulu parents aku ada bawak balik dried figs masa diorang baru balik haji. Makan yang tu pun aku rasa sedap, bila makan yang fresh ni lagilah sedappzz!

Tapi korang jangan tanya iolls lah dia punya rasa tu macam buah apa. Aku boleh describe buah ni watery, crunchy sebab ada biji-biji tu, manis dan boleh ditelan sekali dengan kulitnya. Terus jatuh cinta dan beli sebungkus hehe.


Harga buah kat sini murah jugak. Any buah yang dibungkus dengan plastik dan polisterin tu 5 Riyal je you alls. Aku amik yang harga 5 riyal tu 3 bungkus. Wajiblah ambil strawberry sebab tu my favourite!


Kalau yang di wrap dengan kotak tu mahal sikit, dalam 15-25 Riyal tak silap. Tapi buah yang dalam kotak tu nampak lebih premium dan segar lah. Memikirkan kami pun lagi beberapa hari je kat sini, takut rosak pulak buah tu. So kita beli yang sekadar cukup untuk makan je.


Di pasar ni semuanya berderet jual buah-buahan je dan harganya lebih kurang sama je untuk setiap kedai. Kalau datang Taif, memang kena singgah beli buah-buahan kat sini :D

Next --> Ladang bunga rose & makan nasi arab dan kunafa

46 comments:

  1. Sedap lah buah tin... tak tau lah ada beza ke tidak rasanya dengan yang kat Malaysia. Jiran pernah bagi yang dia tanam.
    Manis ke buah strawberi Taif tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah makan yg malaysia punya. bestnya tanam sendiri!
      campur, ada masam ada manis. tapi lebih banyak masam :p

      Delete
  2. Uncle pernah borong buah banyak kat Taif ni.... Tak lupa juga teh pudina panas dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa tamak beli buah kat taif ni, sampai dah lembik2. tapi tetap juga habiskan before balik malaysia huhu.
      ada jugak minum teh kat taif. tapi tak ingat teh pudina ke, teh biasa

      Delete
  3. Lovely photos, and the cat 🐈 is beautiful and sweet. I am very happy to see your post.

    ReplyDelete
  4. Saya sukaaaa sangat dengan Thaif 😍😍😍. Tp dulu kesini di luar dari ITIN. Sebab nya 1 jemaah rombongan kami meninggal dunia saat tidur. Jadi 1 hari tuh kecoh lah guide utk mengurus semua pemakaman beliau di tanah suci. Akhirnya hilang 1 hari kan. Lalu setelah selesai, dia suggest Krn plan berubah, nak ke Thaif tak, tp bayar lagi per orang sebab di luar planning. Semua setuju tambah per orang USD100. Apalagi sedang winter, memang sukaaa cuacanya..
    .pas ke pasar buah apalagi. Beli delima, maniiiiis sangaat. Tp sayang tak nampak buah tin segar. Saya pernah coba yg dried, tp jujur tak suka.

    Memang lah kalau bisa umroh lagi, saya nak yg ada Thaif 😍. Rindu balik sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taif memang sejuk. saya sukaaa! saya pulak tak merasa delima fresh tu huhu menyesal pulak.
      rasa nak repeat je lagi Taif ni

      Delete
  5. meriah bergmbr ramai2 kt pintu gerbang tu..akak dlu posing sorang2 je...sbb time kami sampai tkde la ramai org ...suka tgk org jual buah kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng2 mak kiah. apa2 mesti group photo hahaha

      Delete
  6. Wahhh rambang mata tengok macam-macam buah yang segar-segar. Murah pula tuh. Memang mengundang shopping sakan kalau KSarie ni😅. KSarie pun tak pernah makan buah tin yang segar, biasa makan yang kering je. Nampaknya kena siasatan di Shopee ada jual tak buah tin yang segar bugar. Ala sayangnya perpustakaannya tutup. Buku-buku di dalam tuh sure awesome. Bila baca kisah Taif ni memang mengundang sebak sebab betapa kasihnya Rasulullah saw pada umatnya tak dibagi untuk dihukum, didoakan supaya akan mendapat hidayah nanti. Sayangnya la Nabi Muhammad saw pada umatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kat shopee lagi best. tpi risau benyek jelaa kalau kena panas.
      dengar cerita pasal peristiwa Nabi di baling batu tu memang sedih betul kan. bila sampai sendiri kat tempat tu, barulah kita hayati sejarahnya dgn lebih mendalam

      Delete
  7. Mata kucing tu sama dgn seekor stray cat yg menumpang di rumah Akk ni. Kami namakan BK sbb matanya sebelah biru, sebelah kuning :D

    Akk belum sampai ke Taif tapi dengarnya disana sejuk ye Mazni? Suka buah² fresh gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bk ingatkan bola katok hahaha.
      yaa sejukk. dalam belas2 jugak kot suhunya, sedap je cuaca. buah pun manis2 :D

      Delete
  8. Pernah dengar kisah tu. Nabi ni apa yang orang buat kat dia pun tak pernah berdendam atau balas. Malah orang yang buat jahat dengannya pun dibalas dengan kebaikan. Betapa mulianya sikap baginda.

    Alhamdulillah..umat Islam dapat merasainya sampai kini. Macam-macam jualan ada kat sini. Kalau dah murah tu mesti borong lebih sikit. Bolehlah buat oleh-oleh.
    Kucing putih ni ada namanya kot. Tak ingat baka apa tapi memang warna dia sebelah biru dan sebelah kuning. Rare lah tapi.

    Kita pun geram kalau tengok buah segar-segar ni. So far tak pernah lagi makan buah tin segar ni. Pernah makan jenis buah kering tu je. Tak ingat dah rasa dia.

    Rugilah kalau tak membeli sebab murah-murah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita ni diuji macamtu, mesti rasa nak balas dendam jekan. lelagi bila malaikat sendiri yg offer.. tula beza sikap kita dengan Nabi.
      cuma kucing warna putih je yg boleh ada odd eye macamni. cantik!

      datang Taif memang kena belilah buah2 segar dia :D

      Delete
  9. Template ziarah trip umrah ni lebih kurang je mana2 TA pun hehe. Pergi Taif pastu pergi ladang ros, makan nasi unta, beli buah, beli madu. Tapi kita suka je, kiranya dapat belajar tentang budaya org kat sana jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betull! kami pun terclash gak dgn group umrah dari Malaysia la, Indonesia la, Uzbek laa

      Delete
  10. Masjid Ibnu Abbas di Taif ini memang sarat sejarah. Kagum dengan perjuangan dakwah Abdullah bin Abbas r.a.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insan yang banyak berjasa pada agama. banyak hadis riwayat Nabi Muhammad yang beliau tafsir

      Delete
  11. Murah buah-buahan jual 5 riyal je. Masa ini boleh rasa buah tin segar. Tidak pernah lagi cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah sangat. kalau ikutkan nak je beli setiap satu, rasa semua buah tu hehe
      buah tin memang sedap

      Delete
  12. dapat pergi sendiri tempat bersejarah, membuatkan kecintaan pada Rasulullah lebih banyak..insyaAllah.
    segar2 buahnya.. delima tu memang kak linda suka la.. kalau buah tin, memang bukan pilihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sendiri dapat tengok peristiwa Nabi bersusah payah dakwah pada umatnya. naik bas nak ke Taif ni je dah rasa jauh, zaman Nabi dulu naik unta berhari-hari. dah sampai sana, dilayan dgn kasar pula :(
      kak linda kena rasa sekali buah tin tu, sedapp

      Delete
  13. masyallah, seronoknya dapat pijak bumi arab ❤❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang seronok dpt ke bumi Anbiya'

      Delete
  14. buah meriah kan..kalau pergi sana buah strawberry wajib beli tiap hari sebab geram tengok besar dan murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga pulak murah, memang tak kisah kalau beli hari2 hehehe

      Delete
  15. selalu dengar juga yg taif ni kalau part buah-buahan memang meriah. ramaiiiii yg 'angkut' bawa balik ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun plan nak bawak balik malaysia jugak. tpi risau tak tahan jee. sbb flight kita dahla lama. pastu masa ni pulak berbaki lagi 3 hari utk balik malaysia. takut rosak buahnya

      Delete
  16. kalau tempat yg ada kaitan dengan Rasulullah SAW pasti jadi tumpuan ramai apatah lagi tokoh yg amat rapat hubungannya dengan baginda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekaligus ada darah pertalian keluarga dengan Rasulullah. memang orang2 yg mulia

      Delete
  17. 3 tahun lepas masa pegi umrah, kami x ke thaif.. maybe next time kalau ada rezeki umrah lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah next time repeat umrah, pergi Taif pula:D

      Delete
  18. Kisah Nabi SAW dan penduduk Thaif tu memang hafal. Since dari sekolah rendah dengar Sirah. Sangattt lahh menyentuh hati 🥹 Akhirnya penduduk Thaif menerima Islam and the rest is history 🩷

    Btwww, Faa nampak buah pomegranateee !! nakkkk hahaha. Kat Perth dah takde musim. Sob sobb

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan kisah tu.. teringat kita belajar dri zaman sekolah lagi..
      saya pulak menyesal tak beli pomegrenate tu huhu

      Delete
  19. Tenang tengok gambar pertama tu, pemandangan bukit-bukau berbalam.
    MasyaAllah cantik mata si bulus tu. Geram tengok.
    Kemain murah ya buah di Taif, banyak gitu 5 riyal aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang perjalanan tu cantik je berbukit bukau :D
      si bulus yg mencuri perhatian para jemaah. serbasalah pulak tak bawak makanan masa tu.. dahlah dia tgh bunting..

      Delete
  20. Freshnya buah2. Moga kami diizinkan ke Taif, belum pernah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dalam bas je dah tinggal separuh hhehe. InsyaAllah moga ada rezeki datang Taif

      Delete
  21. beli madu kat sini. dorang berniaga sempoi ja~

    ReplyDelete
    Replies
    1. madu saya tak beli pulakk. harga madu mahal sikit kalau tak silap

      Delete
  22. Salfok sama buahannya. Nampak cantiikk betul ya mbak mazni, berwarna warni aneka rupa.
    bahkan ada buah tin jugaaa.. teringat langsung dengan surat at-tin.

    Disana penjualnya banyak orang indonesia kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram kan tengok aneka buah warna warni tu. saya pulak 1st time makan buah tin segar, memang layan :D

      kalau kat gerai buah ni tiada penjual Indonesia. tapi di gerai2 makanan biasanya ada staff indoensia

      Delete

Nak komen apa? silakan~