Ahad last week (12/7/26) aku pergi hiking gunung Kerunai dengan geng-geng Merbabu. Perjalanan dari Selangor ke Gerik memakan masa 5 jam termasuk stop untuk rehat. Kami gerak hari sabtu lepas zohor, dan sampai Gerik sekitar maghrib jugakla.
Oleh kerana kita ni geng akak-akak yang memerlukan rehat, kami sewa rumah untuk satu malam dan tidur sekejap sebelum diseru naik ke gunung pada pukul 1 pagi. Diorang yang lain tu kebanyakannya gerak petang-petang sikit dan memang tak tidur langsung. So janji untuk jumpa geng-geng yang lain kat meetpoint.
Pukul 1.40 am, naik lori untuk ke starting point dan memakan masa setengah jam perjalanan. Aku sangkakan jalan dia ala-ala macam offroad yang tanah tak rata tu. Rupanya jalan dia semua bertar dan lalu kat kawasan kebun dan kampung orang je. So jangan risau pasal sakit pinggang atau terhentak kuat sampai hilang punggung okay?
Kami diberikan breifing oleh guide dan buat regangan badan sebelum mula mendaki. Gunung Kerunai mempunyai ketinggian 1,000 meter serta perjalanan sehala sekitar 3km yang akan memakan masa 2-3 jam.
Walaupun terkategori tidak susah dan jauh, tetaplah gigih panjat gunung pagi-pagi buta ni sebab nak dapatkan view sunrise with awan karpet!
 |
| Sesi breifing bersama abang Sobri |
Oh sebelum tu, kami naik bersama Gerik Silver Outdoor. Organizer ni buat hiking service untuk gunung-gunung di Gerik which is Alai, Kerunai, Bubu dan lain-lain lagi. Bolehlah usha instagram dorang okayy.
Kami mula mendaki pada 2.30 am. Awal pendakian lagi dia dah bagi pacak-pacak hahaha.
Trek Gunung Kerunai ni jenis berbatu serta agak teknikal sikit. Tapi no worries, sepanjang pendakian tu memang disediakan tali. Better takyah bawak hiking pole la sebab biarkan tangan kita free hand je supaya senang berpaut pada tali.
Ada 4 checkpoint di sini dan perjalanan nak menuju dari satu CP ke satu CP memakan masa 20-30 minit sahaja. Bagi aku just nicelah, setiap 30 minit tu boleh stop jap untuk ambil nafas.
Sampai puncak tepat pukul 5 am, pastu bentang flysheet dan tidur berjemaah. Sejuk dia boleh tahan jugaklah sampaikan merengkot macam udang sebab tak bawak sleeping bed atau kain batik as selimut, huhu. Dapatlah lelap mata dalam sejam.
Disebabkan takleh tidur lepas subuh tu. Aku tercongok di balik pokok untuk tunggu sunrise memunculkan diri serta sakan klik-klik camera buat ke-1000 kali. Rezeki kami sebab semalamnya hujan lebat, pagi ni terus dapat awan karpet gebu-gebas yang menyeliputi alam!
Mehlah layan dulu gambar-gambar sunrise ni yekk.
 |
| Bagai bulan bintang |
 |
| Sunrise yang sudah mula memunculkan diri di balik langit |
 |
| Beberapa banjaran gunung yang diselimuti awan |
Sementara ramai orang bergambar di bahagian depan, kitorang pergi belah belakang untuk tengok the other side. Kalau di bahagian depan cuma ada view awan karpet terbentang luas, di belakang pulak menghadap gunung Kenderong.
Both gunung Kerunai dan Kenderong ni dipanggil sebagai K2 Malaya sebab bila dilihat dari jauh, macam twin peak! Beza ketinggian antara 2 gunung ni cuma 200 meter je.
 |
| Mount Kerunai checked! |
 |
| Meet the genk! |
 |
| With bestieq! |
 |
| With me, myself, and i. Kasi chance la posing seketul-dua :p |
 |
Aerial view of Kerunai peak
|
 |
| Puncak dia yang luas. Boleh pacak khemah |
 |
| Apa gebu gebas sangat ni? Baring kang baru tahu! (pastu mati) |
 |
| Group photo dengan awan pulak! |
Pukul 8.30am tu kami dah kena start turun sebab taknak panas.
Ayat biasa waktu turun, "eh jalan ni ke kita lalu tadi? kenapa curam sangat ni?!". Maklumla, naik waktu gelap tak nampak apa, time turun tu terbentanglah jalan batu-batu tajam yang engkorang naik pagi tadi. Sesiapa yang trauma dengan batu memang banyak turun mengesot jela, haha.
Bersepai jugaklah lututku. Jalan batu-batu banyak di antara CP4 sampai CP2. Sesekali tu ada juga trek yang landai..
Sepanjang turun Kerunai ni, banyak jugak open view. Biasa kalau lebih pukul 9 pagi dah takde awan-awan ni, tapi waktu turun tu kami masih nampak awan karpet lagi. Abang Sobri pun cakap awan karpet harini agak lama dari kebiasaan. Memang rezeki sangat.
 |
| Pokok yang batangnya warna kemerahan |
 |
| Antara tumbuhan yang dapat dijumpai di gunung ni |
 |
| Dari CP2 nak ke CP1 banyak lalu jalan hutan dan kurang berbatu |
 |
| Eh know-know sampai! |
Aku sampai bawah pukul 10.30 pagi, which is 1 jam 30 minit. Kami kena tunggu semua orang sampai dulu pastu barulah boleh naik lori untuk ke meetpoint. Masa kitorang datang sini kan tengah musim buah, geram je tengok buah durian la, rambutan la bergayut-gayut kat pokok.
 |
| Muka masing-masing menahan panas |
Sampai je meetpoint, tuan tanah sediakan air anggur sejuk dengan sebaldi rambutan yang manis! Alhamdulillah rezekii.
Apapun, gunung Kerunai ni memang best. View cantik, tidak terlalu tinggi dan sesuai untuk intermediate hiker. Yang penting kena berhati-hati lah sebab treknya berbatuan yang tajam dan sedikit curam.
Summary;
Beautiful photos
ReplyDeleteWhat a great place. Thank you so much for sharing. 😊
Very beautiful place ♥️
Deletesubhanallah...cantik nya awan karpet tu.. Kebesaran Allah, tiap kali tengok(dalam ambar jelah) terus terbayang awan terbang Goku.. hihihi...
ReplyDeletekiranya puncak gunung lagi tinggi di awan la ye?
Memang cantik kan. Haah gunung lagi tinggi dari awan hihi. Sebab malam sebelumnya hujan lebat, tu yg pagi meriah dgn awan karpet
DeleteWah rajin betul seorang Mazni ni hiking tak berhenti. Hebat betul jenis tak tidur tu, boleh tahan dorang ek banyak energy. View pagi dan awan karpet tu yang kita nak kejar tu kan. Cepat juga sampai tu. Masih fit okaylah hiking tinggi-tinggi ni. Kekalkan momentum, syok boleh hiking gunung-gunung tinggi.
ReplyDeleteMasyaAllah cantiknya view awan karpet tebal. Terima kasih share. Kita nak sampai puncak tu entah bila. Lesen hiking dah tamat tempoh. hihi...Terangnya dan cantik suasana pagi dalam hutan tu.
Tahniah Mazni and the geng!
Diorang yg muda2 tu steady je tk tidur, saya geng kakak2 kena tidur 🤣
DeleteTulah rasa awal pulak sampai atas sebab sempat tidur sejam lagi before subuh.
Alhamdulillah cuaca haritu cantik sangat2!
best sgt u dpt posing2 dgn awan carpet tu..i kan pencinta awan! tak pernah tak kagum dgn geng2 hiker ni sbb sgt gigih dan fit bab2 panjat gunung!
ReplyDeleteRezeki tengok awan gebu2 😁 ni fit pun sbb masih dalam mood2 merbabu, rentak belum hilang lagi haha
DeleteWaaa bestnya.. lama dah tinggalkan dunia hiking sejak ada hypertension dulu..
ReplyDeleteRindu bau alam, best betul dulu.. tapi takpelah.. ikut kemampuan kita kan..
Selagi sihat teruskan aja okayy, jaga diri..
Tak apa tak dpt hiking, boleh briskwalk kat taman2 penuh pokok pun masih dpt connect with nature 😁
DeleteTahniah girl 💪🏻
ReplyDeleteCantiknya awan karpet tu. Sekilas pandang macam air sungai pulak di mata Akk :)
Haah kan macam air!
DeleteCantiknya awan tu. View semua cantik. Tengok gambar orang jela. Tak pernah terfikir nak hiking walaupun sekali.
ReplyDeleteKita tukang share gambar je hehe
DeleteCantiknya awan cam tu... Unlce bayangkan Peter Pan sedang terbang atasnya sambil sebelah tangan usik sikit mengganggu awan yang tenang tu....
ReplyDeleteKalau boleh terbang, rasanya saya yg nk jadi Peterpan tu main2 ngan awan!
DeleteOmg, cantiiiiiknyaaaa karpet awan itu 😍😍😍😍. Memang beruntung Mazni bisa dapat. Terkadang nak dapat karpet awan di puncak nih susah juga.
ReplyDeleteKalau melihat karpet awan tebal begitu, memang rasa2 NaK melompat lalu berharap bouncing lah kan 🤣🤣🤣.
Betull. Nak dpt awan karpet ni bergantung pada cuaca sebenarnya. Kadang2 biasa dpt view kabus je hahaha
DeleteSubhanallah, cantiknya pemandangan karpet awan tu! Gambar dgn group berlatar belakangkan awan tu marvellous sangat. Teringin pulak nak pergi tapi kalau Mazni yg lutut masih gagah tu pun dah bersepai lutut masa turun, takut lutut akak yg dah out ni terkehel pulak otw turun huhu.
ReplyDeleteMemang cantik sangat kan. Huhu sebenarnya saya agak lemah turun gunung.. sebab dia banyak guna lutut n brek kaki kan. Teknik saya salah kot
DeletePatutlah orang panggil awan carpet. Memang rupa cantik macam carpet pun, gebu gebas. Terima kasih Mazni, share gambar yang cantik dengan kami orang tua yang rasanya tak kan sampai la atas gunung tu. Cantik sungguh kejadian Tuhan. 🥰
ReplyDeleteCarpet putih gebu gebass. Sangat indah ciptaan Tuhan, Subhanallah 😍
Deletex dinafikan sgt cantikkkkk lbh2 lg dpt tgk hamparan awan mcm ni kat negara sendiri
ReplyDeleteMalaysia pun tak kurang cantiknya dgn negara lain kan
Deletetangga tu memang dah tersedia ya kat situ?
ReplyDeleteIyaa memang ada je kat situ. Pahala amal jariah utk siapa2 yg sediakan tangga tu hehe
DeleteCantik sekali sunrise-nya.
ReplyDeleteMemang cantik 😍
DeleteNaik gunung selain bisa untuk olahraga, melihat sunrise, juga bisa melihat tanaman (dan jadi refreshing).
ReplyDeleteAnyway, jadi ingat buku (plus film) berjudul 5 CM yang bertema naik gunung, kakak sudah baca / nonton?
Sebab itu saya suka naik gunung. Senam, hirup udara segar! Saya belum tengok lagi... Ada cuba cari di YouTube, google pun tak ada
DeleteSubhanallah. Cantik gunung dan awan karpet itu. Ada teman yang suka naik gunung satu nikmat juga.
ReplyDeleteNasiblah diorang semua onz je!
DeleteSubhanallah cantiknya view sunrise. Kudos Mazni. Thanks kongsi semuanya.
ReplyDeleteCantik kan 🥰
DeleteYang tengok gambar ni pun dah rasa kagum apatah lagi Maz yang melihatnya.
ReplyDeleteCantik sangat view awan karpet tu.
Rasa nak baring je 🥰
DeleteTengok Kerunai dan Kenderong dari bawah pun dah cukup kagum dengan keindahannya. Setiap kali lalu mesti sibuk akak snap gambar puncaknya tu.
ReplyDeleteTumpang seronok tengok Mazni dapat sampai ke puncaknya. Cantik sangat view lautan awan.
Puncak dia tu memang ikonik sangat!
DeleteTerpaku dengan gambar hamparan awan. Macam gula kapassss. Sumpahh laa cantikkk! View mahal !
ReplyDeleteCantik view sunrise.. Awan gebu gebas tu
ReplyDeleteCantik betul pemandangan sunrise itu. Geram tengok awan gebu gebas. Kalau cerita kartun sure dah loncat-loncat dari satu awan ke satu awan. Lawa semua view nya
ReplyDeleteSubhanallah. Memang cantik betul awan karpetnya. Banyaknya tempat indah di negara kita. Tahniah Mazni. Hobi yang berbaloi.
ReplyDelete