Baru ni, aku join ajakan geng hiking untuk buat aktiviti nightwalk di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) di Kepong.
![]() |
| Gadis Outdoor masuk FRIM! |
FRIM ni merupakan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB). Institut ni mempunyai kawasan seluas 545 hektar yang terletak bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong.
And aku baru tahu rupanya FRIM ni diumumkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada bulan Julai 2025! Malah, hutan ni merupakan hutan hujan tropika buatan manusia yang berusia lebih daripada 100 tahun tauu.
![]() |
| Briefing oleh 2 guide yang sangat banyak ilmu tentang hutan |
Nak buat forest night walk ni korang perlu booking dulu lah dan slot dia boleh pilih pada pukul 8.30pm, 9.00pm dan 9.30pm. Untuk aktiviti Forest Night Walk ni, bayaran masuknya adalah RM300 per group (maximum 20 orang). Means seorang bayar RM15 sahaja.
Aktiviti night walk ni basically cuma berjalan dalam hutan untuk tengok pokok-pokok, tumbuhan dan any wildlife yang terdapat dalam hutan ni. Macam kitorang haritu masuk jam 9 malam, around 11 pm baru habis aktiviti night walk ni.
![]() |
| Bau kayu ni macam kemenyan |
Selain tengok pokok, kita juga boleh jumpa dengan haiwan yg hanya memunculkan diri pada waktu malam. Macam kami malam tu baru lepas hujan, rezeki dapat jumpa katak dan kunang-kunang.
Kami jumpa jugak dengan tumbuhan yang beracun. Antara yang aku ingat ialah ubi gadong. Once kita makan ubi tu, boleh mati dalam masa 6 jam! Tips dari guide kalau nak tahu tumbuhan tu beracun atau tak, calit sikit tumbuhannya pada area yang sensitif seperti lengan atau belakang leher. Kalau rasa gatal-gatal tu, maksudnya tumbuhan tu tak selamat dimakan.
![]() |
| Spotted Litter Frog |
![]() |
| Anak ketam! |
![]() |
| Pokok Bertam - Rupa dia macam buah salak, tapi masam dan tak sedap! |












rasa gatal kat leher or lengan tu akan terasa dlm masa tu jg atau lmbt sikit?
ReplyDeletedalam masa yg sama selang berapa minit gitu jee
Deletemenarik aktiviti yg disediakan
ReplyDeleteharga mmg berbaloi sgt
tp nk cari 20 org tu jenuh jg
kalau buat rombongan sek ok jg tu😁
yeshh berbaloi sangat harganya. saya ni pun sebab orang ajak, dapatla mencukupkan 20 orang tu hihi
Delete(Facepalm) Tak cukup outdoor siang... sia outdoor malam pulak...
ReplyDeleteTapi FRIM ok lagi ... sebab ada 5G... hehehehe
ni jalan2 santai mcm kat mall je uncle :p
Deletehaa hutan yg ni, uncle boleh masuk. line internet ada tau
Saya pernah juga night walk dulu zaman belajar. Teringt dulu kena pegang tangan kawan2 sebab diorang jenis ada sixth sense, boleh nampak benda bukan bukan jadi kena berjaga- jaga. Risau kena sampuk lak. Kalau lemah semangat lagi kesian.
ReplyDeletepernah jugak join nightwalk zaman belajar. time tu dia suruh kita berjalan dlm hutan sejauh 50 ke 100 meter something. dupdap dupdap jantung xD
Delete2 tahun lepas anak² buat camping untuk penutup koko dekat sini..
ReplyDeleteAwat tak ajak sekali p night hiking.. hahaha.. dekat je Ngan spital Selayang tu, tapi boleh kira Ngan jari berapa kali je p berlari pusing dekat situ.. hahaha..
sini pun ada chalet n campsite jugak!
Deletealamak quota dah full lah malam tu xD memang luas betul kawasan FRIM ni. saya masuk malam tak nampak apa sangatlah
Tq share, menarik sangat ni ...
ReplyDeletePokok bertam tu kami buat batang kail. Daunnya buat atap. Buahnya pernah juga makan tapi Akk dah lupa rasanya camne 😆
oo kuat ye buat batang kail. ilmu baru ni!
Deleteguide lah kabo buah dia tak sedap!
menarik la aktivit gini esp utk muda belia...errr MZ geli tgk katak atas tapak tgn tuuuu
ReplyDeletemenarik kalau kita suka tgok2 pokok. banyak info yg guide share :D
Deletebestnya..teringat zaman muda2 dulu akak suka sangat join aktiviti mcm ni
ReplyDeletebolehla plan dgn kawan ofis pulak, kumpulkan 20 orang pergi FRIM ni :D
DeleteAktiviti menarik buat mereka yang cintakan hutan. Bagi yang penakut, night walk aktiviti yang agak mencabar. Hihi
ReplyDeletejalan kat dalam ni okay je. cuma sebab baru lepas hujan, lecak2 la sikit
DeleteFascinating post. I love all your photos. The frog is cute.
ReplyDeletei hate frog, but must admit that one is really cute xD
DeleteI understand. And I have never seen a baby crab before! How nice!
DeleteBestnya night walking di FRIM ni. Macam-macam binatang yang hanya keluar waktu malam boleh jumpa masa jalan-jalan malam-malam ini. Blogpost Mazni ini menggamit kenangan la pulanya sebab masa KSarie pernah joint berjalan di FRIM ini waktu siang, masih belum terlaksana hasrat nak night walking ni. Nampaknya kena usahakan cari geng untuk buat night walking dekat FRIM ini
ReplyDeletekalau siang orang ramai naik canopy walkway tu. next time kita kena cubalah!
DeleteAsik betul aktivitinya mbak. Menurutku ni salah satu yang jadi destinasi healing menarik bagi orang zaman sekarang, yang mungkin makin jarang bertemu dengan suasana serba hijau. Ikut acara ni, jadi makin banyak ilmu menarik yang bisa didapat.
ReplyDeleteSy takut liat kodoknya tu mbak. Takutnya beracun, hihihi.
Tapi kalau yang beracun biasanya berwarna cerah ya?
Sekarang healing2 di dalam hutan je mas. Lebih sunyi, tenteram dan udaranya nyaman.
DeleteKodok yang beracun biasanya berwarna warni
Lamanya tak pergi FRIM. Last pergi masa anak sulung masih baby lagi, skrg dia dah f4 😅 nampak seronok pulak aktiviti night walk ni tapi macamana nak kumpul sampai 20 orang tu 🫣 klu pergi 4 orang je tapi bayar RM300 rasa mahal sangat la pulak hihi
ReplyDeleteokayla tu at least pernah pergi, saya ni baru pestime haha!
Deletenak cari 20 orang tula maybe susah sikit kalau tk ramai kenalan hihi
Menarik juga aktiviti ni, bersahabat dengan alam. Siapa yang pegang katak tu?
ReplyDeletebest! yang pasti bukan sayalah pegang xD
DeleteAktiviti yang menarik ni Mazni. Akak suka!
ReplyDeleteTapi akak tak sampai tahap sanggup pegang katak tu lah 😄
Saya pun tak pegang katak tu. Tengok dari jauh je 😆
DeleteGood luck, hati2 ya..semoga lancar urusan di hutan..
ReplyDelete2 jam je dalam ni, hehe
Deleteberani die pegang frog...kalo akak dh melompat terkejut haha
ReplyDeleteHaha bukan sayaa!
DeleteMenarik juga night walk ni tapi kena dalam group ke.....eiiii seram bila tengok katak gitu....tapi muka dia comel. Kawan Dania yang ambil Bacelor Perhutanan dari hutan ke hutan kelas dia pergi belajar pasal pokok, daun dan hidupan liar.
ReplyDeleteYaa dalam group, kena kumpul2 orang lah. Muka dia cute dan saiz tak besar sangat.
DeleteWahh kawan dania boleh jadi renjer perhutanan ni!
Oh cuma ada malam hari ya? Saya sukaaa walking dalam hutan ini, tp dulu ikut yg pagi hari, JD saat terang . Memang menarik kalau diceritakan guide ttg jenis tanaman dan jejak hewan dalam hutan. Saya JD tahu bekas cakaran beruang etc.
ReplyDeleteBlm coba kalau malam. Di sini seingat saya rata2 pagi diadakan.
Siang pun ada juga kak. Tpi aktivitinya lain sikitlah. Malam ni khas utk tengok hidupan yg memunculkan diri waktu malam
DeleteTpi saya pun lebih prefer siang. Barulah nampak rupa hutan tu macam mana 🤣
Wah Mazni pegang benda-benda di hutan kena hati-hati supaya tidak kena gatal.
ReplyDeleteKena pergi ramai ta untuk sertai jalan laju malam.
Teruk betul typo. Ayat akhir nak tulis 'Kena pergi beramai-ramai untuk jalan waktu malam.'
DeleteRasanya dah kena gigit pacat kot. Sbb saya tk pakai stokin yg panjang haritu haha. Balik rumah nape macam gatal2 kakii
DeleteLupa hendak tanya, apa yang Mazni tunjuk pada gambar atas?
ReplyDeleteGambar atas daun keruing kipas tu ke?
DeleteTu gambar semut terperangkap dalam 'gel' pada pokok. Saya lupa apa istilah namanya
Haah gambar atas daun keruing kipas. Oh semut rupanya dalam gel pokok. Tq.
DeleteSeronok ni Mazni tapi takut la malam2 dalam hutan hehe.
ReplyDeleteRamai orang takpe. Sikit2 kita pun takuttt
DeleteWah.. menarik programnya. Akak pernah masuk FRIM, tapi siang. Bila balik, tengok ada pacat kenyang dalam stokin. Jalan malam dalam hutan agak menyeramkan, bagi akak.
ReplyDeleteBetullah tu, tk nampak apa2 benda yg masuk dalam kaki huhu
DeleteThe fireflies and animals make it seem really cool though, I’d actually wanna try it.
ReplyDeleteI've spotted a fireflies! Really beautiful seeing it glow in the dark
DeleteRespect dengan kaki naik gunung ni. Kuat2 stamina korang. Faa sekali je dalam hidup gi hiking, cukup lahh. Been there, done that and nooo return 🤭
ReplyDeleteMak saya pun cakap ni aktiviti menyusahkan diri hahaha. Tapi kitanya suka nak buat camne 🤣
DeleteAda staff FRIM follow sebagai guide?
ReplyDeleteAda. 2 orang guide
DeleteMenarik ni.. rasa boleh apply utk buat aktiviti under sekolah ni.. RM300.00 untuk 20 orang.. not bad la...
ReplyDeleteBudak2 sekolah mmng sesuai buat aktiviti ni. Tapi better pergi time siang lah :D
Delete