1 Mar 2026

Rutin weekend di bulan Ramadan & dapat hadiah dari Blogger Mulan

Harini dah masuk hari ke-11 berpuasa. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.


Pagi ni, aku pergi briskwalk kat taman tasik je. Last week jalan 5 km, harini buat 4 km jela sebab by pukul 8 am tu matahari dah terik sangat. 

Kalau nak dibandingkan, minggu ni lebih ramai orang berbanding last week. Sebenarnya puasa ni bukan alasan untuk tak beriadah. Elok je aku tengok sorang abang ni lari kemain laju, pastu ada group siap berzumba loncat-loncat lagi youu. Suka tengok warga sihat camni!

Next week macam nak try join je akak-akak ni berzumba

Kalau bulan-bulan biasa, aku akan hiking setiap weekend. Tapi bulan puasa ni mampu briskwalk leha-leha jelah. Asalkan badan bergerak dan berpeluh. Bukan apa, kita ni kerja office asyik duduk je manjang. Badan tak banyak bergerak, pinggang sakit, badan sakit.

Duduk terlalu lama pun tak sihat untuk badan. Dengan seharian mata kita asyik tenung PC je dari pagi sampai petang.. Hari weekend jelah masa yang ada untuk kekal aktif. Ewah.


Kalau weekend time bulan puasa ni, biasanya kitorang akan masak untuk berbuka. Err tapi taste masak aku ni, benda-benda western atau benda viral jelah, haha.

Mak aku dari haritu lagi craving nak makan benda berlemak ni. Beli lasagna dari Zus untuk mak, dia cakap sedap tapi tak puas makan. So kita pun buatlah satu bekas penuh ni dengan inti daging dan sos yang melimpah. Ni jelah makanan berbuka semalam.

Kitorang jenis tak makan nasi time berbuka. Makan benda berlemak ni je dah kenyang. 

Last week buat lasagna dumpling
Tambahan, adik aku buat quesillo Khairulaming

Petang semalam, dapat parcel dari Poslaju. Malaslah nak berpura-pura terkejut ni parcel dari siapa, sebab kita takde beli barang online pun. Hakikatnya memang dah tahu dari siapa. Pemberinya adalah dari Blogger Mulan

Saya dapat email pada 12 Feb, tapi 19 Feb baru reply. Punca lambat reply, sebab termasuk dalam spam! Saya tersenarai sebagai top commentators di blog beliau sepanjang tahun 2025. Alhamdulillah.


Hadiah dibungkus dalam kotak bercorak bunga yang cantik. Dalam ni dapat tudung, keychain dari Korea, pot holder bercorak lemon, fridge magnet comel dari Taiwan dan kurma ajwa. Kurma tu, tinggal lagi 4 bijik je. Tadi sahur dah telan separuh dari paket.

Tiba-tiba nak mengenang kembali macam mana saya rajin mengomen di blog Puan Mulan. Saya jumpa blog beliau masa tengah cari info pasal Taiwan pada bulan June 2024. Lepastu tak sangka pulak blogger Mulan reply pertanyaan saya kat komen tu. Ingatkan semua orang is blogger spesies sekejap ada, sekejap takde macam saya ni haha.

So sejak tu saya suka baca entry dari blog beliau, sebab banyak bercerita tentang travel dan masak benda-benda sedap. Gambar-gambar dalam blog pun cantik!

Terima kasih untuk hadiah ni, blogger Mulan. Semoga murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, serta bahagia bersama keluarga! 

Gambar takde motif. Saja nak tunjuk dua beradik ni saling bersayangan

Anyway, marilah kita berdoa supaya tidak berlaku perang di Timur Tengah. Begitulah setiap kali bulan Ramadan, ada setan yang tak pernah diikat ni suka cari pasal dengan negara lain.

"Only that country can bomb a school in Iran killing students, hit southern Lebanon, and keep Palestinians trapped in Gaza".

Which country is that? You know the answer.