Sambungan daripada entry Nurul Resort & Homestay, esoknya kami pergi berjalan dan cari makan. Antara tempat makan best kat Merbok ni adalah minum ayaq Nira Nipah fresh! Ni merupakan kali kedua kami pergi Ladang Nira ni.
![]() |
| suasana tempat makan yang dikelilingi pokok nipah |
Air nira nipah ni terhasil daripada tandan buah pokok nipah. Untuk orang yang buta agriculture macam aku, rupa pokok ni ada iras-iras sikit dengan pokok kelapa dan buahnya pulak dah macam buah sawit. Pokok ni hidup subur di kawasan paya bakau.
Ladang Nira Nipah Napiah ni duduknya di area bendang. Kat bendang kan kawasannya berair dan berlumpur, sebab tulah sesuai untuk diorang tanam pokok ni.
![]() |
| buah nira nipah |
Dah sampai sini, memang tak sah kalau tak cuba air nira nipah yang fresh tu. Rasanya lebih kurang macam air kelapa, manis. Tapi ada rasa masam-masam sikit berbanding kelapa. Nak kata macam tapai pun ada jugak. Harga secawan kami minum ni tak sampai RM5.
Selain rasanya yang refreshing dan manis, banyak jugak benefit bila consume nira nipah ni. Antaranya boleh melawaskan proses pencernaan, membantu mengurangkan demam dan boleh menambah tenaga pada badan.
Suasana makan kat sini pun memang cantik dn redup je sebab dikelilingi oleh pokok-pokok. Kat sini ada kolam yang disediakan sampan dan basikal air. Pengunjung boleh je naik sampan tu tak payah bayar pun. View untuk bergambar pun cantik juga sebab boleh nampak sawah padi dan Gunung Jerai.
![]() |
| Cik Piyah menangis bila pak dia ajak naik sampan |
![]() |
| Gunung Jerai |
Untuk makanan, ada pilihan mee udang, sate, char kueyteow, laksa, dan set nasi lauk ikan bakar atau ayam. Makanan disini dijual as ala carte je semuanya, dia takde set lauk-lauk yang macam kita selalu makan kat kedai tomyam tu. Sebab highlight tempat ni kan adalah air nipah.
Aku pulak memang teringin nak makan mee yang berlaukkan seafood sejak sekian lama. Nampak pulak ada mee udang besar-besar, kita ambillah jugak walaupun harganya sampai RM17. Tapi sedap dan alhamdulillah kenyang!
Kalau korang datang Merbok, jangan lupa masukkan Ladang Nira Nipah Napiah ni dalam list okeyy!
F104, Jalan Kampung Sungai Pial, Kampung Huma, 08400 Merbok, Kedah








Lain sangat tu buah sawit dengan buah nipah...
ReplyDeleteKalau daun je, orang boleh confius..Hihihi...
Kak Linda pernah pergi dekat Perlis, kedai makan dalam jenuh Nipah macam nie juga.
Sebab buahnya tumbuh kat celah2 pokok tu, nampak macam sawit gakla kan π
DeleteEish. Dalam kebun nipah
ReplyDeleteOh perlis ada jugak ye. Nanti saya boleh gi sana pulak
Deletelaaa dengan kuali sekali naik atas meja. Tapi udang dia nampak yummy. Cantik lah tempatnya
ReplyDeleteTanjat jugakla datang dengan kuali2 sekali π tempat ni mng cantik!
DeleteKalau balik Kelantan, suami akak selalu beli nira kelapa. Air nira nipah tak pernah cuba.
ReplyDeleteCantik, pemandangan ada sawah padi dan latar belakang gunung. Aman damai rasanya.
Oh haah kadang2 lalu jalan kampung kan selalu nampak orang jual air nira ni. Kami ada jugak beli. Cuma tak perasan nira nipah or kelapa
DeleteDua tahun lepas dalam perjalanan dari Baling ke Kora Bharu, singgah tepi jalan beli etok salai. Sempat beli air nira kelapa dan nipah. Ada beza dua jenis air tu. Nira kelapa habis saya minum. Nira nipah ada rasa masam sikit.
ReplyDeleteHaah nira kelapa manis sikit, nipah ni mcm ada masam2. Tapi dua2 saya suka je sebab refreshing
DeleteTempat ni antara tempat yang saya nak datang. Pernah viral dulu kan. Tapi belum kesampaian lagi nak sampai sini.
ReplyDeleteMenarik tempatnya banyak tempat cantik untuk bergambar. Suasananya sangat menarik. Makan with view. Dapat pulak tu guna sampan percuma. Berposing sakan lah kan kalau kita rajin. Tapi kolam tu dalam ke tidak agaknya ye, risauuu..sebab saya aquaphobia.
Banyak juga menu yang ada. Harga pun boleh tahan juga tu, tapi okaylah banyak juga udang. Porsi mi pun macam banyak. Mujur sedap dan kenyang. Alhamdulillah...
Tak pernah rasa air nira, kena datang juga ke sini kalau ke Kedah. Nak pergi Gunung Jerai jugak. Saya pun tak pakar bab agriculture ni, kalau tak nampak buah tu saya mesti fikir ni pokok sawit. kah!
Saya taktahu tempat ni pernah viral, tapi kalau tengok review kat google, agak tinggi jugak. Tempat pun unik sebab makan betul2 kat dalam ladang nipah tu kan, mmng orang sukalah experience macamni.
DeleteDatang merbok mesti kena singgah sini!
Segar-bugar buahnya. Untung dapat tengok depan-depan dari pokoknya.
ReplyDeleteKalau ada info tentang cara bukak tu lagi menarik π
Deletetk pernh minum air nira....mee udang lama tk mkn ..mahal sedap tkpe..jgn mahal tk sedap kn
ReplyDeleteNasib baik berbaloi dgn kesedapan. Udang pun besar2 hehe
DeleteBest nya tempat ni. Bila la nak boleh jalan² Kedah. Asyik balik kampung pusing² rumah sedara mara je hikhik
ReplyDeleteBiasanya camtulah, kalau rumah kita kat area2 situ memang takde selera nak berjalan kat tempat sendiri π€£ lebih suka explore negeri orang
Deletewahh sedapnye nmpk mee udang besar itu., hehe
ReplyDeleteSedap rasa umami!
DeleteMenarik dan unik ls tmpt ni!boleh masuk my wishlist niiiii
ReplyDeleteUnik sebab makan kat ladang nira ni!
DeleteMenarik tempatnya, dapat pengalaman baru tengok sendiri rupa pokok dan buah nipah.
ReplyDeleteAkak pernah try minum air nira nipah, mampu teguk sikit je sebab tak kena selera π. Kalau ke tempat gini akak akan cuba minum lagi, mana tau yang fresh gini boleh diterima tekak.
Ada orang takleh terima sebab rasa dia yg masam2 dan sedikit kuat tu. Kena try lagi sekali minum kat sini pulak π
DeleteTeringin nak bercuti ke Kedah. Pernah pergi Langkawi je 2x masa bujang dulu.
ReplyDeleteWuihh lama betul tu. Selagi kita dalam semenanjung, mohler jalan2 utara pulak π€
DeleteKerap gak lalu tempat ni bila balik kampung tok husband tapi tak pernah singgah. Lagi satu... selalu lalu gerai jual mee udang kat sana, pun sama... asben tak nak singgah sebab dia tak begitu gemar udang.. sabar je lah.. satu hari nanti akak nak guna kuasa veto lahπ€
ReplyDeleteKalau ada kampung area2 situ, senanglah boleh singgah. Lain kali kena guna kuasa veto ni π
Deletekalau tak silap tempat ni pernah masuk majalah 3.... dia share fasal pokok nipah dan khasiatnya...
ReplyDeleteOhh patutlah kak fiza cakap pernah viral
Deleteinsya allah bln dpn sy ke SP boleh laa panjangkan kaki pergi ke merbok ni...
ReplyDeleteSP dengan merbok pun tak jauh mana. Boleh sangat tu nak singgah π
DeleteBoleh explore kat tempat ni juga, selalu saya pergi ke Nira Nipah Ismail Che Kaq ja dekat Yan, sebab dekat dengan sekolah anak.
ReplyDeleteAda jugak beberapa tmpt macamni kat sekitar kedah ye. Saya pulak jarang2 gi yan tu. Selalu kalau dtg kedah ni pergi SP, kulim, merbok, loqstaq je π€
DeleteSelalu jugak makan dekat sini ... Makanan pun sedap not bad ..tapi kalau weekand memang penuh orang
ReplyDeleteMasa saya sampai tu tak penuh sangat. Lepas ambil order je terus ramai orang. Padahal kita dtg lewat jugak time tu hehe
DeleteSalam singah..catatan blog yang sangat hebat..Nipah tu hidup dalam air pula kan..
ReplyDeleteHaah, nipah tu mmng hidup dalam air. Rasanya ada nipah yg hidup atas tanah kering juga
DeleteBaru kali ini saya lihat buah dan pohon nira πππ. Pernah minum airnya, saat di Gresik, Jawa Timur. Disajikan dalam botol bambu. Sukaaaa sangat sayaa apalagi kalau sejuk πππ.
ReplyDeleteKalau dikampung saya, Tapanuli, atau daerah Sumatera Utara lainnya, yg mayoritas Kristen, nira difermentasikan sehingga menjadi Tuak, minuman keras dengan alkohol sangat tinggi.
Makanya kadang jika ada yg menjual di JKT, saya harus pastikan ini nira yg segar, atau sudah berfermentasi
Haah betull, ada yg dijadikan air tuak. Biasanya orang dayak atau iban kat sarawak minum air ni bila ada perayaan. Atau orang asli yg bukan islam pun ada minum juga
DeleteAir nira nipah ni memang sedap kalau minum sejuk2!
Mee udangnya tempting sangaaaat kak πππ. Trakhir saya makan mi udang di Batu Feringgi, dengan teman2 kuliah π π. Lama sangat dah
ReplyDeleteRasa manis2 dari udang buat kuah tu sedap! Kat belah2 penang, kedah ni mmng banyakla mee udang ni
DeleteNampak pun sedap Mee Udang besar2, berbaloi harga nya.
ReplyDeleteUniknya tempat ni. Balik Kedah nanti boleh singgah. Kat kawasan nipah tu kadang ada ikan karin (ikan laga).
ReplyDeleteSuasananya asyiiiik bangat!
ReplyDeleteAkak terliur dengan mee udang tu..besar2 udangnya...mahal harga tapi sedap xpe kan...ok masuk wishlist gak la...
ReplyDeleteBlm pernah try lagi air nira walau pernah juga di offer oleh beberapa org sebelum ni..
ReplyDelete