Sambungan daripada --> Ladang Nira Nipah Napiah
Sebenarnya tahun lepas aku pernah makan kat restoran Big Stone dekat Lembah Bujang ni. Dalam satu kawasan yang sama je rupanya, masa nak balik tu baru perasan ada muzium. So tahun ni alang-alang kat Merbok, kita mai singgah sini untuk menyelami sejarah Kedah Tua.
Tudiaaa ayat macam sejarawan terunggul kan?
![]() |
one with Candi Bukit Batu Pahat |
Kalau baca buku sejarah, mesti kita tahu rata-rata penduduk tamadun awal di Semenanjung Tanah Melayu menganut agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam. Sebanyak 50 buah tapak-tapak candi telah ditemui di Lembah Bujang. Candi-candi tersebut dianggarkan dibina antara kurun Ke-4 hingga kurun Ke-12 masehi.
Selain berfungsi sebagai pusat penyebaran agama, Lembah Bujang ni juga merupakan pusat perdagangan penting yang menghubungkan Cina dan India. Kawasan ini merupakan laluan pintas melalui jalan air Sungai Merbok ke Kelantan dan ke Laut China Selatan. So tak hairanlah kenapa penyebaran agama meluas kat situ.
![]() |
replika eskavasi yang dijalankan di Lembah Bujang |
Aku jadi berminat nak pergi Lembah Bujang ni sebab penyelidik ada jumpa penemuan baru pada tahun lepas, iaitu arca Buddha bersaiz hidup di Bukit Charos. Dianggarkan arca tu wujud di sekitar abad ke-5 masehi dan merupakan tamadun tertua di Asia Tenggara. Sekaligus usianya lebih tua dari Angkor Wat. Korang boleh baca beritanya di sini --> Arca Buddha di Bukit Choras.
Kat sini ada muzium arkeologi di mana dia tempatkan hasil penemuaan macam tembikar ke, patung-patung kat dalam muzium. Mohler tatap gambar-gambar kat bawah ni yepss.
![]() |
tempayan untuk simpan air yang dibuat dari bongkah granit |
![]() |
gelang teracotta. Berfungsi sebagai pengikat keteguhan tiang candi![]() |
Habis tengok-tengok artifak kat dalam, kita pergi luarlah pulak. Kena panjat tangga sikit untuk sampai ke tapak candi-candi purba tu sebab duduknya di kawasan yang agak berbukit.
Btw, bukanlah semua candi yang ada kat situ asalnya dari Lembah Bujang tau, ada yang dieskavasi dan dibina semula.
![]() |
"Selamat datang ke Lembah Bujang. Anda sedang meneroka tamadun kurun ke-2 hingga ke-14 Masehi" |
![]() |
Candi Pendiat. Tapak asalnya kat kampung Pendiat, tapi di reconstructed semula di Bukit Batu Pahat, Merbok |
![]() |
Candi Bukit Batu Pahat yang boleh nampak Gunung Jerai dari belakang |
![]() |
contoh lakaran awal pembinaan candi Bukit Batu Pahat |
Candi Pengkalan Bujang, dijumpai pada tahun 1960-an |
Peminat sejarah boleh la ni datang. Seronok jugak tengok tinggalan sejarah dulu2.
ReplyDeleteJadi wonder dgn zaman purba tanah melayu waktu dulu2 😁
DeleteTak pernah sampai lagi ni. .dah duduk Perak kang, boleh la cuti hala² utara nanti
ReplyDeleteSenang nak jalan2 arah utara pasni
DeleteMenarik tempatnya. Dapat lihat tinggalan sejarah. Akak tak pernah sampai sini lagi, walaupun pernah tinggal di Kedah, 2 tahun. Cantik pemandangan candi yang di belakangnya nampak Gunung Jerai tu.
ReplyDeleteMmng nampak belakang gunung jerai. Orang2 purba dulu mmng buat candi2 ni berdekatan gunung. Gunung kan mcm ada semangat mengikut kepercayaan dorang
DeleteOh? Sana pun ada Batu Pahat jugak? Ingat kat Johor je
ReplyDeleteTula saya pun igt ada kt johor je hahaha
DeleteAkk pernah sampai masa lepas SPM dulu. Sbg anak Kedah rasa bangga la bila perihal candi ni disebut dlm buku teks sejarah dulu
ReplyDeleteBetul tu, antara tamadun tertua di asia tenggara 😁
DeleteBetul2 ada kesan sejarah lalu di Tanah Melayu, arca atau binaan sebegitu..ingat kan di Mesir atau di tanah arab ja ada begitu ..di Malaysia ada juga tinggalan sejarah yang harus di lihat..harap x ada yang menyembahnya dek..
ReplyDeleteKalau di borneo agaknya ada tak cikgu?
DeleteHarap takde yg sembah lah haha. Tapi tmpt ni mesti dijaga dan lestarikan utk orang awam
Wak pnh smpi lembah bujang ni dulu kt gunung jerai kann
ReplyDeleteHaah wak, dekat jugak dgn gunung jerai ni
DeleteSaya suka sejarah, tapi tuh lah, kalau ttg candi nih ntah kenapa agak susah tertarik. Pernah saat ke Siam Rep, saya lebih memilih wisata ke tonle sap, daripada angkot wat. Sampai2 petugas hotel heran kenapa saya tak nak ke angkot wat 😅😅.
ReplyDeleteMasalahnya, candi di Indonesia pun banyak sangat, tapi cuma Candi Borobudur yang saya pernah datangin, itupun cukup sekali, tak nak lagi 😂.
Tapi setiap kali mendengar penemuan artefak begini, saya tertariknya, bagaimana para ahli arkeologi ini bisa tahu barang2 yg mereka jumpai dibangun saat abad ke 5 atau abad manapun. Hebaaat pengetahuannya sampai bisa menentukan hal sedetil itu 👍👍👍
Angkor wat n candi borobudur saya teringin nak pegi! Sebab pernah baca dalam buku sejarah
DeleteHaah betul kannn. Tak tahu alat apa yg dia pakai utk tengok usia artifak tu 😆
Pernah belajar dalam subjek Sejarah. Tapi belum berkesempatan nak tengok live.
ReplyDeleteDatang kedah nnti bolehla singgah sini sambil mandi2 sungai
DeleteMacam ni kena masuk list lah kalau ke Kedah. Tempat menarik wajib singgah. Masuk pun percuma. Rugilah kalau tak masuk kan. Dah masuk tempat sejarah, bahasa pun ala-ala sasterawan gitu. hihi...
ReplyDeleteSiapa yang minat sejarah sesuailah pergi tempat macam ni. Selain dapat ilmunya dapat juga tengok secara dekat segal artifak tinggalan sejarah. Sukalah tengok replika mini tu.
Cerita pasal candi mesti teringat candi borobudur. Tak sangka, di Malaysia pun ada candi. Agaknya kalau siap ikut pelan asalnya mesti lagi menarik kan.
Best juga tu ada sungai. A'ah nampak macam bersih je tu. Celup-celup kaki pun syok juga. Batu tu macam landai ke curam sikit? Kalau air banyak nampak macam air terjun lah kan.
kan, tengok candi mesti teringat borobudur. tapi yang tu berganda-ganda lagi besarlah.
Deletekalau tengok gambar lakaran, rasanya tulah rupa asal candi tu dari awal. dah roboh sebab bumbung2 dia tu pun diperbuat dari kayu je. sekarang yang tinggal cuma tapak je.
batu tu curam kak, menggelongsor gitu. nampak best utk slide kan? :p kalau hujan lebat, mmng jadi air terjun tu
Candi Borobudur tu kalau nak explore mengah juga kan. Tak pernah sampai lagi. Tengok pun dah tahu luas tempatnya dan candi pun besar. Sayangnya runtuh kan. Kalau tidak dapatlah kita tengok yang sebenar.
DeleteNampak best untuk slide tapi risau betul kalau ada yang mencuba. Seram tengok kalau curam. Ada kepala air ni lagi seram dibuatnya. Ghisauuu...
hah blajar sejarah dlu ingt la psl lembah bujang ni..ada sungai juga ye...cuaca panas dpt celup2 kaki kt sungai nyaman
ReplyDeletesungai dia nampak best walaupun tak luas sangat. kawasan banyak batu, so air dia nampak bersih je
DeleteTeringat di sekolah dulu belajar tentang Lembah Bujang, dah tak ingat dah hehe. Cantik, ada sungai, ada candi.
ReplyDeletelepas pergi muzium boleh main air pulak, hehe
DeletePernah sampai sekali je dulu. Lama dah. Seingat akak lepas masuk muzium bawak anak² gi sungai.
ReplyDeletekat situ pun ada kedai makan :D
DeleteIsshhh.. kenapalah saya belum sampai sini lagi padahal Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Pulau Jawa sudah dilawati! Dari dulu selalu hanya baca sahaja tentang candi di Lembah Bujang. Semoga ada rezeki untuk berkunjung ke sini.
ReplyDeleteKalau datang kedah, masukkan lah candi ni dalam list. Free je pun tempatnya. Tapi mungkinlaj tak secantik candi kat luar negara sana, sebab kat lembah bujang ni cuma base bagi tapak candi tu je
DeleteTempat macam ni rasa sacred je. Pernah masuk buku sejarah pasal lembah bujang ni.
ReplyDeleterasanya tak boleh buat aktiviti keagamaan kat sini sebab tak boleh pijak bekas tapak candi tu.
Deletelembah bujang ni memang terkenal
pertama dan kali terakhir sy ke sini kalau tak silap 2013...
ReplyDeletems tu dia punya bahang panas... adoiii....
nak berlama-lamaan kat candi tu pun tak dpt...
pd hal sebelum dtg mmg dah excited nak round kat situ...
kedah memang standard kalau panas. kami datang ni alhamdulillah tak panas sangat, tapi lecak jugakla ketiak sebab kena panjat tangga2 tu
DeleteCLB ni kalau betul2 dikomesial kan konpem ramai yg dtg... tempat bersejarah mcm ni sebenarnya ramai yg suka... kat negara luar, wpn tempat bersejarahnya kecil tp menderu2 pelancong dtg...
ReplyDeleteyang ni setuju. tapi mungkin juga sebab tempatnya yang jauh dari KL, pelancong tak seramai macam di melaka. padahal lembah bujang punya sejarah lagi menarik!
Deletemy hubby suka la tmpt2 yg ada elemen sejarah gini...contrast dgn MZ hehhe
ReplyDeletehaha kalu tak minat sejarah takpe, sini ada port lepak makan dan sungai jugak MZ :p
DeleteSingah sini lagi, ni lah kehebatan blog ni ada Sejarah lalu, menarik orang suka baca,..
ReplyDeleteHadir membaca.
ReplyDeleteAkak tau Candi lembah bujang ni masa belajar sejarah sekolah menengah je dulu...lepas tu x tau laa....hahaha...x pernah sampai sini gak..kalau ada geng ok gak kan...
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi kawasan lama kedah tua ni.. teringin tapi tu nun jauh kat atas sana huhu..
ReplyDelete