2 Aug 2025

Spring Raya : Mutianyu Great Wall, we're coming!

 Assalamualaikum

Sambungan dari --> Jalan di Wangfujing Street

4 April 2025

Hari ke-empat di bumi Beijing, highlight of the trip haruslah pergi ke Great Wall of China. Tanyalah mana-mana orang yang pergi Beijing, semuanya mesti akan letak Great Wall of China ni dalam senarai tempat yang wajib dilawati. Kalau tak pergi tu rasa macam tak lengkap je Beijing kita ye dak?

Untuk trip harini, kami akan dikutip oleh travel agent dari hotel. Takyah penat-penat kena travel by bus mahupun metro. Mak akulah orang yang paling suka sekali bila tak payah kena jalan-jalan ni, haha.

bestnya harini tak payah berjalan guna kaki sendiri :p

Abang aku yang jumpa travel agent ni dari Klook Nak contact dia perlu thru wechat. Nama TA kitorang ni Peter, lelaki berbangsa Cina yang boleh speak english really well sebab dia pernah duduk kat negara mat salleh. Aku ada ambil gambar Peter ni, lepastu dikantoi oleh beliau, dan dia cakap tak suka orang ambil gambar dia. So aku merajuk, terus padam gambar dia on the spot hahaha.

Amende tah buat bisnes travel, tapi nak berahsia muka. Macam mana orang nak kenal kalau gini?

Tapi ikut sukati dia la kan. People do not give you a consent, so ko siaperr nak ambil-ambil gambar dia serupa paparazzi melodi wahai Mazni? Ok done ceramah diri sendiri.

antara yang join tour pada haritu. syukurnya tak ramai orang  sangat

Lepas semua peserta dah sampai, maka kami semua naik bas. Dalam bas tu Peter ceritakan sikit pasal sejarah Great Wall ni dan dia cakap harini jalan agak sesak dengan traffic. Tak silapnya, hari tu ada cuti Festival Qingming kat China, so memang gasaklah ramai manusia.

Anggaran masa untuk sampai Mutianyu tu biasanya 2 jam, tapi disebabkan jalan jem, hampir 3 jam jugaklah baru sampai sana. Kerja aku main phone,  tidur, pastu bangun dan tengok pemandangan dari dalam bas dan ternampak ada lelaki ni tengah meludah haktuih kat tepi jalan pulakk. Rosak pemandangan hahaha.

cuci mata tengok bunga

Untuk ke Great Wall kat Beijing ni ada 2 tempat tau. Satu Di Badaling dan satu lagi di Mutianyu. Kalau nak lebih senang access by train, boleh pergi di Badaling yang ambil masa 1 jam je dari center of Beijing.  Tapi kami ni pergi kat Mutianyu yang jauh sikit sebab kononnya tak terlalu sesak macam di Badaling Great Wall. Tapi dah namanya datang waktu cuti umum diorang, memang ramai oranglah di celah ceruk mana pun.

Selain tu, punca utama nak pergi Mutianyu ni adalah sebab nak naik toboggan! Kami nak naik atas great wall tu guna cable chair dan turun dari great wall by sliding down je, weheeee! Oh btw, untuk harga tiketnya + tour aku listkan kat bawah. 

Mutianyu Great Wall Day Tour ticket = RM6

Harga trip by tour agent = RM73

Untuk harga cable chair dan toboggan tu dikira asing dari tiket dan harga tour,

Cable chair + toboggan = RM83.25 (140 RMB)

Haritu agak rush sebab sampai kat sana pukul 11.30 am which is nak masuk tengahari dah. Tour guide dah pesan yang kami perlu ada dalam bas pukul 4 pm. Bayangkan lah betapa kalutnya nak mengejar masa ye dan semua benda nak kena cepat. Berjalan pun nak kena cepat-cepat sampai tak terkejar kitorang, yihh! Ni yang tak best bila travel ikut orang kan, kita sentiasa terikat dengan waktu.

Again, nak buat camne. Siapa suruh datang time cuti umum xD

deretan kedai souvenir di sepanjang jalan. Tempting betul rasa nak tengok-tengok je, tapi Peter dah pesan awal-awal kita takleh shopping sebab nak kena que kat tiket huhu

Sampai je tempat tiket, mak aiii panjangnya que! Kami beratur kat sini je dah sejam lebih, serious banyak masa terbuang camtu je :(

deretan manusia yang terlalu ramai

Mengikut peta ni, tour guide cakap perlu turun di tower 6. Kat tower 6 ni memang yang paling ramai orang lah sebab dia is the first tower yang akan stop dulu dan jika kita turun guna toboggan, memang ada di tower 6 saja.

Kalau nak naik belah-belah yang tinggi tu pun boleh jugak tak silap, cuma aku tak tahu apa perubahan untuk harga tiketnya ke tak. Apa yang aku tahu, selain ada cable chair dan toboggan, kat sini ada jugak cable car. Cuma harganya lebih mahal sikit.

walaupun dah dapat tiket, tetaplah tak boleh masuk sebab nak kena scan bagai hahaha
taktau siapa pakcik ni dan kenapa dia dijadikan tugu. Ntah-ntah ni antara komander yang lawan tentera dari Monggol kot

Finally setelah sejam menunggu, kitorang dapat naik cable chair ni. Adalah dalam 15 minit jugak nak sampai atas tu. Kalau orang nak naik great wall dengan berjalan kaki pun boleh, lebih kurang 30 minit ke 1 jam juga. Dulu kakak aku pernah naik Great Wall by foot (tapi dia naik dekat Badaling), boleh dapat sijil katamya. Kalau we have enough time kan, memang aku dengan abang nak naik guna kaki je tau. 

Sepanjang naik tu, boleh nampak orang yang tengah turun guna toboggan slide. Aaaaa tak sabarnya nanti nak main mende tu pulak!


Great Wall dari kejauhan dah semakin dekat. Tak sabar nak pijak tembok yang penuh sejarah dan memakan masa selama 2000 tahun untuk disiapkan ni. Tersenarai sebagai 7 Wonders of The World, memang tak boleh tercapai dek akal macam mana orang zaman dulu boleh buat tembok besar yang sangat panjang macamni di lereng-lereng pergunungan kan?

Akan bersambung di next entry

41 comments:

  1. Bila baca entri Mazni ni, akak terus google berapa panjang Great Wall Of China ni. Panjang dia, 21,196 kilometer. Masya-Allah. Patut 7 wonders of the world pun. Seronok Mazni, dapat tengok depan mata, antara 7 keajaiban dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tercapai jugak impian nak tengok salah satu 7 wonders ni. adakah patut mengejar cita-cita nak tengok lagi 6 pulak? hehe

      Delete
  2. Saya dulu juga lewat mutianyu saat ke great wall 👍😄. Tp booked tur nya lewat hotel tempat kami stay. Dan Krn winter , jadi sepiiiii sangat kak.

    Waktu itu sempat ragu, Krn saya sedang hamil 4 Minggu. Perut blm kliatan besar. Tapi Krn saya nak sangat main toboggan, jadi tetap ikut. Lagipun saya yakin kuat saat itu. Cuma ketika makan yg disediakan, tak sanggub menelan makanan berkuah, langsung tak napsu Krn hamil Waktu itu saya JD tak suka makanan berkuah 🤣.

    Aneh memang guidenya, nama pun ada travel, biasanya tak keberatan untuk difoto, bisa jadi promosi juga untuk dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay noted, lepasni kna datang musim winterlah. saya lebih rela bersejuk kat atas tu daripada bersesak sampaikan nak ambil gambar pun ramai orang xD

      wahh hebat kak fanny main jugak toboggan tu walaupun pregnant. nasib baik kandungan kecil lagi masatu

      Delete
  3. Terkejar-kejar. Mesti bosan tunggu masa beratur masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosan sangat. nak jalan kat kawasan sekitar pun tak boleh, nanti orang ambil line kita :(

      Delete
  4. Aduh tak sanggup nak beratur huhu ... Tapi rugi pulak kalau dah sampai tapi tak jejak kaki ke sini kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beratur tu jelah bosan sikit dgn kena berdirinya. kerana terpaksa, ku relakan jua

      Delete
  5. Sebenarnya masa naik tangga kat Great Wall, akak tak naik. Dania naik dengan ayah dia. Masa tu Dania 5 tahun. Ummi dia seram tengok tangga yang makin lama makin tinggi. Gayat sangat. Pastu ayah dia dan Dania siap naik Llama ke unta entah atas tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada haiwan jugak ye atas tu? kami pergi ni ada kucing je haha

      Delete
    2. Ada. Cina tu bawa Llama atas tu. Bayangkan Llama tu naik tangga.

      Delete
    3. letih dia berjalan.. tapi great wall ni mcm sempit sikit ruangnya. kat mana diorang letak llama tu

      Delete
  6. Asyik juga naik cable chair itu ya Mbak. Bisa melihat jauh pemandangan.
    Wah...sudah terlihat Great Wall nya dari kejauhan...
    Jadi penasaran bagaimana rasanya berjalan diatas Great Wall... ah, jadi mesti tunggu di next entry ya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takut tinggi jangan lihat bawah! hehe
      next entry saya masuk banyak gambar yaa

      Delete
  7. Hah? Gondola terbukak macam tu? Takde la uncle nak naik! Takuuutttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa sekejap je uncle, 15 minit je tergantung gitu :p

      Delete
  8. Great Wall inilah satu-satunya objek yang boleh dilihat dari bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh menarik! saya terus google pasal benda ni

      Delete
  9. Peter tu tak buat personal branding tunjuk muka. Hihi. Bestnya pengalaman tengok depan mata tembok cina tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye agaknya. sebab biasa orang china ni sporting dan suka masuk kamera. tapi hat ni menjaga muka pulak kikiki

      Delete
  10. Sangat menarik..traveling. Amazing..Bertuah dapat pijak ke negara luar ni dek

    ReplyDelete
  11. Jarang jugak org xnak diambil gambar eh, lebih2 yg kerja dgn manusia mcm ni, mungkin dia xnak viral kot, viral positif or negatif.. hak dia kan, kita respek je lah

    Benar, ke beijing x sah x ke greatwall, dlu ingat dh tercapai impian nk tgk greatwall depan mata tp tiket burn pulak bila pkp & covid.. tp xpe masih dpt tgk dan baca dr blogger yg suka travel ni.. tq yaa share

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betull, lesson learned utk saya sebab tak semua orang yg buat servis perkhidmatan ni suka gambarnya diambil huhu

      Allah rugi camtu je... harap dapat refund lah. semoga ada rezeki nanti kakmim dapat pergi tgok great wall jugak!

      Delete
  12. Mintak Peter tu pakai face mask kalau tak nak orang ambil gambar. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kekal mysterious sepatutnya wakakaka

      Delete
  13. Salam kenal Mazni. Baru jumpa blog ni, akak follow sekali. Wah... bestnya dapat jalan-jalan ke Japan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, nanti saya singgah blog ya :D bestt, tapi ni kat china bukan japan tau hehe

      Delete
  14. Cantiknya view semasa spring kat sana.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikk! tapi habuk bunga masuk hidung xD

      Delete
  15. best baca ur travel entry! pic bunga tu cantikkkkk rindu plak i nak travel abroad heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. say pun rindu nak travel jugak. tapi apakan daya, setahun quota travel luar negara boleh pergi 2 kali je. tahun depanlah pulak yee hahaha

      Delete
  16. Ala siapa pula patung yang mungkin pahlawan melawan Monggol tuh ye. Udah KSarie tertanya-tanya😅Bila berjalan masa cuti umum memang kena bertabah hati ye. Bila mengejar masa ni memang jenuh ye. Terpleot rasanya. Semoga ada rezeki untuk KSarie berjalan di Great Wall. Tapi kenapa Peter tak bagi ambil gambarnya kan? Adakah dia sehandsome Zhu Yilong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun gigihlah google siapakah gerangan patung tu. nama dia Qi Jiguang, jeneral dari dinasti ming. dia yg pertahankan china masa serangan tentera Mongol, tepat tekaan saya!

      memang laju pun ksarie, sian mak saya susah nak kejar deme tu sebab takleh jalan laju2. oh sebab peter tu cakap pernah nampak orang masukkan gambar n video dia kat tiktok n fb. so dia tak suka dijadikan content gitulah. kita hormati jelah huhu

      Delete
  17. bila naik cable chair tu , dpt tgk view tu cantik cuma akak pasti gayat...biasa naik cable car je

    ReplyDelete
  18. Betul kalau sampai Beijing mesti lah ke Great Wall kan. Bestnya trip Mazni, moga kami sampai sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahun je boleh cecah 10 juta orang pelawat. semoga kak mulan n family boleh sampai sini jugak soon!

      Delete
  19. Betul tu, kalau pergi China tak lengkap kalau tak naik Great Wall of China ni. Peter oh Peter, bagitahulah siap-siap jangan ambil gambar dia kan. Takpun pakai mask. Biasa jenis TA tak kisah sebab dah memang dengan geng travel, nak tak nak ada-ada masa akan nampak muka juga kalau orang ambil video dan gambar. Spoil mood pulak kan.

    Fuhh..ramainya orang. Silap timing pulak pergi masa orang tengah cuti. Kalau dengan kawan-kawan boleh juga jalan dan hiking gitu kan. Tapi takpelah, pengalaman dengan family tu paling berharga walaupun banyak masa menunggu. Next time boleh plan datang lagi pada waktu yang lebih sesuai.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~