Assalamualaikum
Sambungan dari --> Jalur Torean Rinjani - Hari terakhir di gunung
Pagi tu lepas bersarapan, kami berjalan kaki dari homestay untuk ke air terjun Tiu Kelep dan Sendang Gile yang terletak di Senaru. Ini adalah one of air terjun tercantik di Lombok dan ianya berasal dari mata air Gunung Rinjani sehinggalah terjadinya air terjun yang sangat tinggi dan cantik ni. Jika kita mendaki gunung Rinjani dari pintu Senaru, jaraknya hanya 15 minit dari Sendang Gile ni.
Kalau korang join group hiking, mesti akan dibawa datang sini punyalah. Terjumpa pulak dengan group dari Malaysia yang kami selisih masa di Torean semalam. Gigih masing-masing panjat beratus-ratus anak tangga walaupun semuanya sakit kaki. Berjalan pun macam ketam dah.
 |
nampak gunung Rinjani. Huaa dah rindu! |
 |
sawah padi bertingkat. Banyak sangat ladang dan tanaman di sekitar kaki gunung ni |
Air terjun pertama yang kami jumpa adalah Sendang Gile. Air terjun ni kecil dan tiada tempat untuk mandi berendam pun, sekadar pancuran air terjun je.
Dulu terdapat seekor singa yang sering buat kacau di desa ini. Orang-orang disini memanggilnya Senggang Gile yang bererti 'Singa Gila'. Masa tengah cari singa tu, penduduk kampung terjumpa air terjun ni.
Seiring dengan perjalanan waktu, nama Senggang Gile tu disebut Sendang Gile dan sehingga kini lah namanya melekat sebagai air terjun Sendang Gile.
Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke air terjun Tiu Kelep dan perlu trekking lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sana. Perjalanannya boleh tahan jugakla perlu panjat tangga, panjat batu, redah sungai. Fuh menangis kaki aku yang masih belum fully recover ni!
 |
selepas naik tangga, lalu jambatan ni pula |
 |
dan lalu di tepi-tepi sungai |
Air terjun Tiu Kelep ni setinggi 42 meter dan tidak digalakkan untuk berada betul-betul di bawah air terjun tersebut kerana current yang kuat. Ini adalah antara waterfall tercantik yang aku pernah jumpa!
Sejujurnya aku sangat menyesal tak berposing sakan dan ambil gambar kat sini. Air terjunnya memercik sampai kabur kamera so.... malaslah... End up aku yang rugi sebab lepas tengok gambar kawan-kawan yang lain, cantiklah pulak...
 |
nasib baik ada group photos, terselitla jugak gambar aku dengan Tiu Kelep ni |
 |
tengok anak-anak main air jelah haha |
Selain lihat 2 air terjun ni, ada lagi aktiviti yang famous disini iaitu water tubing dalam longkang! Dia bukanlah exactly air longkang kotor yang busuk tu tau, cuma air sungai je. Starting point bermula selepas jambatan dan akan turun hingga ke tempat ojek. Bayaran pula Rp75k.
 |
perlu pakai life jacket dan akan diberi pelampung |
Bagi aku agak mahal jugakla sebab 4 minit je nak sampai bawah tu, sudahlah gelap tak nampak apa sangat. Tapi sebab nak ghaso-ghaso je, kita trylah sekali. Bila lagi nak dapat pengalaman mandi longkang kan?
Alang-alang tu tak payah turun pakai kaki sendiri, hikss.
 |
screen capture daripada video je mampu |
muka-muka happy before dan after telan ayaq longkang, haha
Tak puas rasanya mandi longkang ni sebab sekejap sangat! Apapun, lepas dah settle aktiviti melawat air terjun ni kami perlu bergerak ke homestay dan siap-siap packing barang untuk checkout pula.
 |
Jalan nak balik homestay pun berbukit tonggek lah pulakk |
Lepas zohor macam tu, group yang pergi airport akan gerak dulu manakala lain-lain yang stay lebih hari akan gerak kemudiannya. Maka berpisahlah kita disini, sobs..
Flight pukul 8 malam, so kami dibawa pergi shopping souvenir dan makan dulu sebelum dihantar ke airport. Dari Senaru nak ke airport saja memakan masa hampir 2 jam, makanya agak rushing sikitla nak ke 2 tempat tu.
Kami diberi masa 30 minit saja untuk shopping. Pehh rasa tak puas tau tak dapat belek barang lama sikit. Dahlah kedainya besar dan barang cantik-cantik pulak tu.
Lombok Exotic ni macam kompleks yang menempatkan segala macam souvenir daripada tshirt hinggalah kraf tradsional Lombok. Sebab nak cepat, aku tak pergilah di bahgian belakang yang ada jual batik dan barangan kraf yang nampak mahal tu. Target aku memang nak cari tshirt, fridge magnet dan benda-benda kecil yang lain.
Susah jugak nak buat pilihan terutamanya kat tshirt sebab designnya banyak sangat! Daripada kain yang murah hingga kain high quality. Yang high quality tu ada tulis tag Lombok Exotic dan kain dia serious best! Design pun lebih cantik dari yang lain.
Kalau datang ke Lombok dan malas nak survey tempat shopping banyak-banyak sangat, pergi je Lombok Exotic. Jimat sikit masa.
Selepas tak puas shopping, kami dibawa pergi makan ke Bakso Pak Majid. Restoran ni luas jugakla sampai 2 tingkat, parking di luar pun luas. Walaupun nama je bakso, tapi di dalam ni ada juga menu nasi.
Disebabkan lapar tahap kritikal, aku pilih ayam sambal ijo dan semestinya jus alpukat! Nak menangis aku makan ala-ala ayam gepuk ni dapat harga Rp22k, nasi tambah Rp5k dan jus alpukat Rp20k. Lumayan murah lah sebab totalnya lebih kurang RM12++?? Kalau kat Malaysia, ayam tu saja mungkin sampai RM12.
Bakso pulak harganya mahal sikit dari nasi, Rp32k. Sampai sekarang aku wonder macam manalah rasa bakso tu sampaikan member sebelah dah tambah mangkuk kedua untuk bakso beranak tu.
Cuma porsi makanan di sini tidaklah terlalu besar. Untuk aku cukuplah makan sepinggan, tu pun nasinya ambil separuh je. Budak lakilah tukang perabiskan nasi-nasi ni semua. Apapun rasa makanannya sedap jugaklah, at least the food lagi better daripada restoran hari pertama masa kami sampai tu, lolz!
 |
Muka gelap berlemoih dah semua orang haha |
Tamat sudah cerita Rinjani. Rasanya aku dah jatuh cinta dengan pulau Lombok ni kerana keindahan alam semulajadi dari laut hingga ke gunung. Tak dapat explore tempat-tempat menarik di sini but for sure, aku akan datang Lombok lagi!
Thank you Rinjani sebab berikan pengalaman yang maniss sangat. Pahitnya cuma pada kaki tapi aku tiada penyesalan sepanjang naik gunung ni. Maklumlah, dari 2022 kita target nak naik kan, dia macam an answered prayer lah hehe.
Repeat? Maybe not... and maybe yes! Tengoklah macam mana rezekinya di kemudian hari. Mulut kata taknak repeat, tapi dalam hati dah rindulah pulak :p
 |
Thank you team yang awesome! |
Total damage;
Flight AirAsia KUL-LOP-KUL = RM738 + 59.76(extra hand carry)
Package trip Gunung Hub = RM910
Personal porter = Rp1 juta 50k ÷ 2 = Rp525k
Ojek Kandang Sapi to Pos 2 = Rp200k
Ojek Dusun Torean to Kg. Torean = Rp80k
Mandi Longkang Tiu Kelep = Rp75k
Total semua ni lebih kurang RM1900++. If termasuk duit shopping, beli jajan, makan pada first dan last day dan tipping guide totalnya tak melebihi RM2200 pun.
Episode yang lepas;
Saya terpesona memandang foto Air Terjun Tiu Kelep itu Mbak. Terlihat sangat deras aliran airnya...pastinya udara sekitar air terjun itu sangat dingin ya Mbak.
ReplyDeleteKalau dibaca, harga makanan disana relatif murah untuk daerah wisata. Biasanya harga di daerah wisata itu agak mahal. Tapi harga semangkuk bakso itu mahal. Ah, Mbak tak coba makan mie bakso ya?
Terima kasih Mbak cerita tentang Lombok dan Rinjani nya.
Salam,
Udara di air terjun tu sangat segar, airnya juga sejukk!
DeleteResto bakso pak majid itu bagi saya agak murah. Baksonya sedikit mahal berbanding harga nasi. Tapi mungkin juga kerana rakan saya ambil bakso beranak, kalo bakso biasa cuma Rp25k saja 😁 sata lebih memilih makan nasi pak soalnya lapar bangett hehe
Terima kasih sudi baca!
Subhanallah cantik betul air terjun tu!
ReplyDeleteSeronok tengok padi bertingkat² tu, nampak lawa sangat pemandangannya. Dan selalu rasa orang² dekat sini mesti sihat je kan, udaranya segar dan bersih je. Kehijauan pulak dimana²
Saya first time tengok padi bertingkat-tingkat ni masa kat bali, tak sangka kat lombok pun ada 😄
DeleteBetul tu, rasa cemburu betul dgn kehidupan org2 sini. Hirup udara segar, jauh dari hiruk pikuk kota, hari2 dapat tengok pemandangan yg cantik!
waduhhh nikmatnya dapat bersiram dgn air terjunnnn
ReplyDeleteterasa mcm dah lamaaa tak mandi air terjun ni hehehe
Musim panas best kalau mandi air terjun, segarrr
Deletepackage trip tu ada berapa? maksud sy yg harga ni yg biasa punya atau ada yg lebih 'mewah' daripada sedia ada?
ReplyDeleteKalau kebanyakan trip dari malaysia 3 hari 2 harganya lebih kurang camni je 😁 kalau yg mewah tu kena deal dgn local porter sana, makanan dia sedap sikitlah dan ada disediakan meja ngan kerusi healing lagi. Ada jugak pakej 4 hari 3 malam
DeleteMasya-Allah, lawa air terjun dia. Handphone kena letak dalam plastik water proof la kan, sebab buat aktiviti air. Lepas habis satu event, cakap tak mahu repeat. Nanti bulan depan, pergi sign-up trip lain pula. Itu biasa, sama je macam runners masuk event. Nasib baik zaman akak dah berlalu. Apa pun, seronok baca pengalaman Mazni. Terima kasih, atas perkongsian, ye. Sangat cantik, gunung, hutan, air terjun. 🥰
ReplyDeleteHaah kena letak dalam waterproof case tu. Tapi last2 terpaksa keluarkan jugak sebab pakai case tu lagi kaburr 🤣
DeleteKami dah plan trip gunung indonesia lain pulak tahun depan hehe
Terima kasih kak nur sudi baca cerita rinjani saya!
kosnya sgt murah laaa dan experience nya priceless!
ReplyDeleteBagi saya agak mahal cost atas RM2k untuk pergi indonesia ni 🤣 tix flight mahal benauu. Harga trip pun dah naik sikit dari 2 tahun lepas huhu
DeleteBut yes experience dia priceless!
Cantiknya air terjun tu. Best jugak dapat mandi air terjun.
ReplyDeleteBestt nak rawar urat2 kaki yg terkehel ni heheh
DeletePengalaman yang sangat luar biasa.. Basah dikit wnggak apalah.. Kapan lagi ke air terjun ini sis😄kapan-kapan kalau ke Lombok lagi.. Main ke pantainya sis.. Cantik"pantainya dan air sangat jernih.
ReplyDeleteMulanya taknak basah sebab nanti berat luggage, tapi memikirkan sudah sampai... kasi basah sajalah 🤣
DeleteIya siss nanti kalau mau ke lombok lagi memang saya nak pergi main pulau!
subhanallah view air terjunnya tu cantik sungguh! hilang semua penat lelah ye Mazni? hehehe
ReplyDeleteHilang penat lepas nampak air terjun cantik ni!
DeleteWah ada Lombok Exotic, dulu kami pergi tak ada lagi kot. Subhanallah cantiknya air terjun, sungai, view semuanya lah. Thanks for sharing Mazni. Makanan pun sedap, rindu Ayam Taliwang tu hhmm pergi Lombok 4 malam dulu naik 3kg.
ReplyDeleteNampak bangunan kedainya pun lawa lagi, tapi barang2 kat dalam tu buat rambang mata. Banyak sangat tshirt!
DeleteSaya pun tk sempat sangat nak JJCM kat sini. Kalau tak, naik berat jugak ni hehe
Uishhhh Air Terjun Tiu Kelep tuh nampak menggoda sungguh. Kalau KSarie mau berendam tak mau menguit ke mana😅Seronok KSarie baca perkongsian sesi berjimbaan Mazni bersama kawan-kawan ni. KSarie ada geng untuk minum jus alpukat selepas ni. 30 minit je untuk shopping....ala ini agak tragis
ReplyDeleteSaya tak mampu nak have fun sangat kat air terjun tu sebab jalan supo robot dah. Duduk setempat je 🤣
DeleteJus alpukat kat sini murahhh m creamy lemakss
Sangat tragis.. time tulah otak kena cepat fikir nak bagi souvenir kat sapa. Tak puas shopping!
Uncle terus gugel... ada tak habitat singa di lombok atau indonesia.... hehehe
ReplyDeleteSo ada ke uncle? Hehehe
DeleteSaya perasan kalau pengunjung ke Lombok mesti akan pergi di air terjun ni. Jenis yang tak pernah hiking tu jenuhlah nak berjalan jauh. Tapi jambatan tu cantik. Suka dengan permandangan dan suasananya. Next time kat mana-mana kena bergambar. kalau tidak, rugi lagi. hihi...
ReplyDeleteOkay sangat tu turun dapat meluncur laju. Dapat screen shot video jadi gambar pun bolehlah. Pengalaman yang menarik dapat jelajah tempat menarik yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.
Especially yg datang ke area sembalun dan senaru, memang kena pergi air terjun ni 😁
DeleteHuhu sangat rugii. Padahal before pergi sana lagi dah buat rujukan kat ig dah nak ambil gmbar macam mana. Last2 tak bergambar pun
Lombok is indeed paradise island!
Pernah pada tahun 2019, ada gempa bumi kemudian tanah runtuh di air terjun Tiu Kelep ni. Kawasan air terjun pun nampak cantik. Makanan kat Indonesia ni memang sedap sangat la.
ReplyDeleteOhh taktahu punn. Lepas google baru tau ada rakyat malaysian meninggal kat situ juga :(
DeleteYe makanan memang best!
Ah ah ada tapi tak sebut la kat sini. Entah tanah mana yang runtuh tu tak tahu la...tapi view dia tu mahal sebenarnya.....
DeleteKawasan air terjun ni risikonya tinggi sikitlah bila berlaku gempa sebab tempatnya berbatu batu dan tanah licin mudah tergelongsor
Deletemesti pedas kan pergi lombok.. eh (lawak orang jawa 😂)
ReplyDeleteAlaa serious tak faham joke ni, pestime dengar. Sila translate joke ni! 🤣
DeleteEnvyyyyyy 😍😍😍😍😄. Saya kalo naik Rinjani, memang tak akan. Sadar diri soalnya tak mampu🤣. Tp kalo trekking lihat Curug saya sukaaaaaa. Pulau Jawa , Bali dan NTB memang banyaaaak Curug atau air terjun. tapi tuhlah mesti effort trekking.
ReplyDeleteAir terjun yg bisa dilihat tanpa harus treking ada jug, tp bisa hitung jari.
Naik tubing tuh kalo nak panjang di Jogja kak. Ada banyak juga di sana.
Saya pun kalo malas cari2 souvenir di banyak tempat, mending ke 1 tempat macam nih. Memang kadang pricey sikit, tp dia bagi kenyamanan dan lengkap barangnya. Tak buang waktu
air terjun ni kalau lebih banyak kita trekking ke dalam, semakin cantik rupanya. kalau air terjun yang tak perlu trekking tu sesuai sebagai rekreasi keluarga hehe
Deletejogja kat mana kakkkk? manalah tau nanti saya ke jogja pulak ke xD
bestnya tgk air terjun tu..lama tk mandi manda kt air terjun....opismate ada tgh pegi rinjani juga....ahad aritu bertolak
ReplyDeletebest sebab tinggiii! wahh ada opismate naik rinjani jugak ya :D
DeleteMasyaAllah cantik sangat air terjunnya. Macam deretan air terjun.
ReplyDeleteBiasanya gitulah, kalau kita rasa malas nak ambik gambar, lepas tu mesti menyesal. Jadinya setiap kali trip kena rajin bergambar walau rasa penat, tak best ke apa. Demi sebuah memori 😀
Teringin jugak nak melihat Lombok, tapi tak mau hiking. Dah lama pencen 😄
tula kak, menyesal sangat. layankan sangat sakit kaki ni sampai takde gambar sendiri :') kena repeat lagilah nampaknya
Deleteishh kat lombok banyak tempat healing-healing tak payah hiking okk. orang datang mandi pulau, kami je buang tebiat pergi sakitkan kaki haha
cantik air terjun tu.. rasa macam pernah nampak orang post video air terjun tu kat tiktok..
DeleteRamai orang buat tiktok kat sini. Antara air terjun hotspot di lombok 😁
DeletePerghhh... memang serius cantik air terjun tu..
ReplyDeleteDulu akak agak skeptikal tentang Lombok ni. Kan ada kisah gadis Malaysia diseludup ke sana.
Namun sekarang ia antara tempat pelancongan yang menarik.
Pernah dengar jugak cerita tu dulu2. Sekarang banyak pelancong dtg main laut atau naik gunung 😁
DeleteAir Terjun singa gila.. berketinggian 42 meter.. best nyer.. harga mahal tapi sebab nak ngasho ngasho bayar jer lah kan hihii..
ReplyDeleteTu pun sebab nak habiskan duit je, malas nk bawak balik malaysia. Alih2 tak guna habis pun duitnya
Delete