8 Mar 2025

First week of Ramadan & menang giveaway dari Cuya

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tahun ni masih berpeluang untuk bertemu bulan Ramadan. Know know dah seminggu kita berpuasa yerr. Macam biasa, asal bulan puasa je mesti panas membahang lain macam. Barulah dugaan berpuasa yedok? Apapun, jaga kesihatan ya semua dan selamat istiqamah untuk memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ni (pesanan untuk diri sendiri jugak).

Aku taktahu lah kenapa, tapi Ramadan tahun ni aku tersangat amatlah busy dengan kerja-kerja kat office. Selalunya kalau bulan puasa ni santai tau, job tak banyak. Ini tiba-tiba macam terkejar pulak.. In fact, aku start busy dari bulan 12 tahun lepas lagi! Yihh geramm!

Bila dari pagi sampai petang memanjang tenung PC, balik dari kerja tu memang idokler saya nak bukak laptop update blog mahupun blogwalking. Harapkan hujung minggu jelah. Tapi hujung minggu pun kadang-kadang malas juga, camne tu?

puasa tidak menjadikan alasan untuk tidak beriadah!

So untuk minggu pertama puasa ni takde perkara menarik pun yang berlaku. Pagi ni pun aku baru lepas briskwalk kat stadium je buat bakar-bakar lemak. Ingatkan takde orang yang beriadah, rupanya ada beberapa manusia jugak kat situ. Siap berjogging lagi. Kita ni mampu jalan jelah, tu pun pusing 6 round je xD

Anywayyy, baru ni aku menang giveway Kerajaan Kelapa yang dianjurkan oleh Cuya! Boleh baca entry --> SINI

sampul raya, keychain nama iolls n minyak wangi

Ingatkan dapat sampul raya je, rupanya ada hadiah lain jugak! Sampul tu pun dapat semua design rupanya dan each design Cuya bagi 2 pieces. Ni bukan setakat takyah beli sampul tahun ni je, tahun depan pun boleh guna lagi. Maklomla tahun ni kita tak balik beraya pun, hahaha.

paling suka design klasik-klasik yang warna pastel tu! Sijil cuti raya tu pun lurvee

dan dapat keychain handmade yang Cuya buat sendiri. Cute kan combination warna of pink and blue

Terima kasih blogger Cuya! Tak sangka pulak ada luck untuk menang giveaway ni. Kira rezeki first week of Ramadan agaknya kan :p

Thanks for reading!


28 comments:

  1. congratsss! best jugak hadiah tuuu

    ReplyDelete
  2. Tahniah menang giveaway.
    Cantik-cantik hadiahnya.
    Saya pun seminggu dua ini agak terhad berblogging. Banyak kerja hakiki yang dibawa balik ke rumah. Harapkan hari cuti sahaja untuk tulis entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq puan amie! Kann... bz dengan kerja hakiki, tkde masa nak buka blog hari weekday. Tambah bulan puasa ni lagilah tak sempat dgn nak memasaklah, solat tarawih la

      Delete
  3. Tahniah atas kejayaan di kerajaan kelapa.. cantik sampul sampul tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Lawa kann, colorful semuanya 😁

      Delete
  4. Tahniah!
    Dah tau ye pemenangnya? PH terlepas ni hihi..

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Masheh join GA Cuya... akan datang join lagi tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you cuya ratu kerajaan kelapa! Hehehe

      Delete
  6. Oh? stadium tu memang bukak untuk publik setiap hari cam tu ke? Untung lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa bukak je. Ramai slalu jogging sini atau main futsal. Dalam tu pun ada court badminton skali 😁

      Delete
  7. Tahniah hadiah dari Kerajaan Cuya! Sampul raya tu cantik. Keychain pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak betul sampul tu, kitonya tahun ni tk bagi duit raya kt ramai orang pun haaha

      Delete
  8. Alhamdulillah Tahniah. Bagus tu stadium dibuka untuk riadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmng dibuka tiap2 hari. Tgh renovation pun buka jugak ni hehe

      Delete
  9. alhamdulillah tahniah!!! rezeki ramadan tu

    ReplyDelete
  10. keychain tu nnt boleh laa gantung kat beg👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tpi cuya cakap fragile keychain ni. Kena gantung kt beg yg saya jarang2 pakai. Kalau beg harian pegi keje ni mau tercabut beads dia hahaha

      Delete
  11. Bagusnya, boleh riadah dalam trek stadium. Saya pun jalan je di bulan puasa, tapi dalam rumah. :)
    Tahniah, menang giveaway Cuya. Cantik-cantik sampul raya, dan keychain juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla jalan dalan rumah pun, asal kaki bergerak jugak haha
      Cute kannn

      Delete
  12. Bagus2 hadiah dari Cuya. Saya pun kadang beli amplop raya bisa habis beberapa kali raya. sebab memang tak banyak yg dikasih 😅.

    Selama puasa ini saya rutin gym dan pilates. Tapi memang lah yaa, ada beda dari segi tenaga 🤣.

    Gym angkat beban sayavtak masalah. Walau puasa ttp kuat. Tapi pilates ya Allah, memang rasa tak kuat kak. Pilates nih dilihat santai, tp tenaga yg dibutuhkan lebih banyak dr angkat beban 😂😂😂. Kemarin tuh saya stop di tengah sesi, tak sanggub, dah lemas sangat. Takut pingsan pula 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, saya dapat banyak sampul raya ni, rasanya raya tahun depan belum habis lagi xD belum campur dgn sampul raya yg ada banyak kat rumah tu haha

      Wah bestnya pilates! Teringin nak cuba. Tapi tengok mcm sakittt

      Delete
  13. Alhamdulillah rezeki kita di Kerajaan Kelapa itu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi pun dapat ya? Rezeki ramadan kita heheh

      Delete

Nak komen apa? silakan~