18 Jun 2024

Mi Sedaap Buldak cheese

Assalamualaikum.

Semalam aku beli barang kat Jaya Grocer niatnya nak ambil sepaket Mi Sedaap perisa ori, pastu nampak adik ni promote tester Mi Sedaap Buldak Cheese pulak. Mula-mula aku jual mahal taknak try, tapi sebab tengah lapar dan promoter tu pun dah offer, ambil jelah kan.

Bila makan tu eh sedap pulak. Maka aku pun belilah sebungkus pek mi perisa buldak cheese ni. Harga kat Jaya Grocer sekitar RM7.40 camtu (tak ingat). 

Inilah rupa mi tu. Rupanya perisa buldak ni dah ada sejak tahun lepas lagi, aku je yang baru tahu sekarang. Dalam 1 pek ni ada 5 bungkus macam biasalah. Kemudian didatangi dengan 4 pek perencah.


Personally pada aku, rasa dia macam Samyang cheese sikitlah dan aku lebih suka Mi Sedaap Buldak ni berbanding Samyang cheese. Sebab Samyang cheese tu terlalu pedass. Yang ni sedang-sedang je. 

Dari segi harga memang Mi Sedaap ni menanglah kan, harga bawah RM10 je. Samyang tu je harga sekitar RM20++. Kalau murah sikit dapatlah dalam RM17 gitu. Agak berbaloi kalau teringin nak Samyang cheese, tapi nak version bajet xD

Gambar first tu dengan cahaya outdoor, 2nd tu indoor. Melampau je gambar indoor tu nak merah-merah macam pedas menyengat sangat. Padahal tak pedas sangat pun haha.

Overall, sedap kena tekak dan boleh ke nak repeat lagi.

Korang dah pernah rasa ke belum?

10 comments:

  1. Nampak pedas sangat.

    Mazni, sorry baru perasan komen post Taiwan. Ada baca somewhere boleh je diorang bawa masuk pek makanan. Bawak cukup2 untuk makan In syaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pedas pun. Rasa dia sedap ala2 samyang xD
      Saya baru balik Taiwan, haritu satu beg penuh makanan dia kasi je masuk, asalkan declare. Nasib baik tak kena buang hehe

      Delete
  2. Tak pernah rasa sebab tak pernah nampak Mi Sedaap yang ini kalau pergi grocery stores.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kebetulan lalu je haritu. Mungkin tak semua pasaraya ada kot perisa ni

      Delete
  3. tak ada telur goreng ke? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kena letak telur kot. Nampak kosong sangat pulak 🤣

      Delete
    2. mmg pun. sy kalau mkn mi segera wajib ada telur... x kira telur goreng or telur rebus or telur separa msk. rs janggal kalau x de telur 😁

      Delete
    3. Haha tulah. Memula ingat macam tak kena sebab mee ni rasa cheese, pastu tetiba letak telur kan. Rasa pelik. Tapi sebenarnya tak pun 😂

      Delete
  4. Tak pasti laa pulak pernah rasa ke tak. Tengok ada kat dapur rumah mak, tapi tak pernah masak sendiri. Selalu duk cuit2 semulut dua yang adik bongsu masak je. Tak tahan pedas kalau duk try yang korea tu atau yang jenis pedas2 ni. Kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia ni tak pedas sangat. Kalau samyang tu saya tak letak habis pun dia punya cili, mi sedap ni semua perencah saya letak habis 🤣 not bad la

      Delete

Nak komen apa? silakan~