24 May 2021

Camping di Lepoh Waterfall


Assalamualaikum

Tahun 2020 aku dah banyak bergiat dengan aktiviti outdoor walaupun takdelah fit sangat haha. Daripada hiking, sekarang camping pulak. Me iz excited ya dah lama tak camping. Patutnya bulan 10 tahun lepas dah bayar duit untuk camping kat Pahang tapi ngam-ngam bulan 10 tu kembali PKP, pastu sampai kesudah bertangguh. Maka bulan 11 masa syarat PKP macam dah longgar sikit kitorang pegilah camping kat sini.

Btw, sebenarnya aku panggil nama tempat ni Lopo, tapi tengok orang eja Lepoh pulak, so mana-mana jelah nama dia. Lepoh Waterfall ni terletak di perkampungan orang asli di Hulu Langat. Ambil masa sejam perjalanan dari Bangi nak ke sini. Nak masuk sini sorang kena bayar RM 6. Disebabkan kami ni bermalam sini dia kira berapa belas ringgit entah, tak ingatt.


Untuk sampai ke waterfall ni memerlukan 4 km perjalanan dan dalam 45 minit. Tapi dah kalau ada warga emas macam aku ni, tidakla nak sampai dalam 45 minit. Nak dekat 2 jam rasanya xD Ni first time aku masuk hutan bawak load (beg berat) so memang tak tahan jugakla. Lagi-lagi tali beg aku tu buat jadi lagi tak selesa. 

Yes, aku paling muda antara kami serta akulah yang paling warga emas.

bahagi2 barang untuk diangkat

Masa awal-awal perjalanan tu macam banyak lagi landai, siap lalu kat estet. Tapi makin lama makin mencuram jugakla dengan gendong beg besarnya. Nak patah bahu cheq. Bila dah dengar bunyi air terjun tu tandanya nak sampaila tu.


Sebaik sampai, memang ramai betul orang haritu. Kitorang pilih port paling hujung sebab nak pasang khemah. Tak lama lepastu hujan renyai pulak. Selesai pasang khemah terus masak. Bukan biasa-biasa tau diorang ni bawak makanan, ayam sekor, ikan sekilo. Takut kebuluran katanya haha. Itu yang beg masing-masing taknak kalah besarnya xD

Roti penyet hasil keganasan dalam beg
makan malam lauk ikan goreng masak sayur lemak. Memang tak berlapar duduk dalam hutan seharian

Sepanjang sehari kitorang camping kat sini, memang sentiasa hujan. Jangan cakaplah sejuk dia macam mana. Waktu malam lagi menggigil. Lepas pengunjung lain semua dah balik, memang kawasan waterfall tu kitorang punyalah. Literally memang tinggal kitorang ber-10 je yang camping kat tengah2 hutan ni hahah. Risau jugakla tapi alhamdulillah okay je semua.

Malam-malam dok main kad pastu kena paksa habiskan makanan je

Suasana duduk dalam hutan memang tenang betullah. Sejuk je, dengar bunyi deruan air terjun pulak tu. Memang masa yang sesuai untuk tenangkan fikiran. Walaubagaimana pun, aku tak dapat tidur nyenyak sebab badan sakit akibat tanah tempat kitorang pacak khemah tak rata. Asal tidur je menggelongsor ke bawah.

Pagi esoknya, terus mandi cuci muka sebelum orang lain sampai. Bayangkan pukul 7 pagi dah mandi kat air terjun yang semalamnya baru lepas hujan? Menggigil bebb. Dalam pukul 8 camtu dah start ada pengunjung lain yang datang.


Disebabkan tengahari nanti nak gerak balik, Kitorang gigih habiskan semua makanan yang ada dalam beg sebab nak kurangkan berat. Tu pun masih tak habis semualah. Nilah kesilapan bawak banyak sangat makanan haa, macam bekalan duduk seminggu dah wei XD


We had so much fun there. Start dari sini aku kenal 6 orang baru. Dan lepastu kitorang masih giat merancang aktiviti2 hiking dan camping ikut plan diorang ni. Seronok bila ada kawan outdoor yang power-power blake. Aku jela segan sikit sebab paling tak fit kat situ haha!

Till next entry!

24 comments:

  1. Bestnyaaaaaa camping macam ni! Rindu pulakk. Last camping tahun 2014 kot :') Sekarang lagilah susah kann nak camping macam ni, musim pandemik covid19 sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kitorang pun dah lama takde aktiviti outdoor sejak pkp 3.0 ni. Gemuk dah rasa haha

      Delete
  2. omg bestnye. I really miss camping!

    ReplyDelete
  3. bestnyaa, teringin nak camping macam ni. best pulak dapat tengok air terjun <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air terjun ni umpama kawan baik dah sejak join diorang hiking. Setiap kali plan tempat mesti cari yg ada air terjun xD

      Delete
  4. Dkt mne nak carik geng2 outdoor ni ya? Dah lama tak camping and dah lama tak pergi air terjun. Sedih jugaklah lagi2 bila terkurung dekat rumah ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya abang saya join group hiking ohana, kat situ ramai peserta lain join, dri situ dia kenal orang. Pastu dri orang tulah bertambah-tambah member yg dia bawak xD

      Delete
  5. Alalhu. Rajinnya Mazni pergi camping macam ni. Kagum sangat dengan orang yang suka buat outdoor activities ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang mco semua terperap duduk rumah n jadi gemuk xD

      Delete
  6. Your story remind me of my trip to Gunung Tahan ๐Ÿ˜‚ btw pernah hiking jugak dekat lata lepoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ada buat entry tak kat Gunung Tahan tu? sebab kitorang target nak hiking situ gak nanti :D

      Delete
    2. Masih dalam draf. Hahaha. Maaf ye kalau komen guna salah akaun. Maklum la banyak nauu account google ๐Ÿ˜‚

      Delete
    3. okay niceee. tak sabar nak baca!

      Delete
    4. Okay done, tapi baru day 1 ๐Ÿ˜‚

      Delete
  7. Kali terakhir camping waktu sekolah dulu. Winduu. Sekarang COVID-19 tak reda2 hanya mampu baca throwback2 orang di media sosial je

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama lagilah nampaknya covid nak nyah dari mukabumi ni T__T

      Delete
  8. Dari dulu teringin nak camping. Tapi bila ada peluang Ai messti tak pergi sebab tak larat nak bawa bagpack.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun haritu tak larat gak haritu, pastu kawan-kawan lain offer utk angkat separuh barang yg mebebankan bahu haha. slow2je, kalau dah terbiasa bawak bagpack nanti mesti dah biasa

      Delete
  9. lepoh..rindunya nak camping lagi

    ReplyDelete
  10. Wahh best ni dh lama tak mandi air terjun. Cantik air. Best dan meriah

    ReplyDelete
  11. wow, tak sangka dkt camping boleh ada byk makanan sedap2 xD last camping pon masa darjah 6, tapi camping tepi padang je la

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~