Assalamualaikum
Pada 6/5/2021 baru ni, aku ada sesi interview di Hospital UiTM Puncak Alam sebagai jawatan Pembantu Perawatan (U11). Hospital UiTM ni baru je dibuka dan memang haritu banyak jawatan kosong yang ditawarkan. Hospital baru ni cantik gila yaa.
Tengok dari luar pun cantik, masuk dalam dia, fuhh. Tiba-tiba rasa nak sakit pastu admit kat sini hahah
Disebabkan ini jawatan daripada UiTM, cara-cara nak memohon dia ialah perlu beli nombor pin dahulu di BSN. Lepastu log in laman UiTM tu. Lebih kurang macam nak daftar UPU jugakla. Jawatan pembantu perawatan ni adalah kelayakan PMR sahaja. Gaji permulaan yang ditawarkan ialah RM 1204 dan maksimum ialah RM 3001 tak termasuk elaun. Ada kenaikan gaji bagi setiap tahun juga.
Memandangkan interview ni masa bulan puasa, lepas solat subuh tu terus gerak dari Bangi ke Puncak Alam. Takut jem. Dahla sesi ni start pukul 8. Aku sampai tu pukul 7.50 am, pastu tersesat kat dalam tu dalam 10 minit hahaha. Padahal dewan berkumpul tu kat bawah, taktau kenapa mata aku terhijab sampai pergi naik tingkat 3.
Calon yang hadir bagi ni adalah dalam 90 orang gitu. Ramai kan even jawatan taraf PMR je? Ok so kat bawah ni aku listkan dokumen yang perlu dibawa untuk interview ni,
Double check semula fail korang dan susun elok2 dalam satu fail, senang interviewer nak tengok. Dokumen salinan tu silalah susun ikut list sebab diorang akan ambil yang salinan punya. Kalau ada dokumen yang tak lengkap dia akan panggil kita suruh lengkapkan.
Sesi Interview
Ni kira first time aku interview kerajaan, so nervous tu lain macamla jugak :p
Kat sini ada 2 tapisan, dimana kalau tak lepas tapisan pertama, tak boleh pergi ke tapisan kedua. Atau kata lain dia dianggap tak berjaya lah. Tapi rasanya semua orang lepas je tapisan pertama ni sebab dia macam takde apa-apa sangat pun. Dia suruh perkenalkan diri, tanya pasal latarbelakang, apa skop kerja sebagai UPKK dan kenapa berminat nak kerja sini.
Sebagai orang yang langsung takde background kesihatan, aku cakap je berminat kerja sini sebab saya suka tengok suasana bekerja di hospital sebab banyak nila-nilai murni seperti tolong-menolong, kerja secara teamwork dan ambil berat tentang orang-orang di sekeliling. Boleh juga bagi sebab kerana nak berkhidmat pada masyarakat. Pandai-pandaila goreng bagi sedap ayat.
Setersnya masuk ke tapisan yang kedua pulak. Ada 5 orang calon dalam bilik interview tu termasuk aku. Panel pula ada 4 orang. Sekali lagi kena perkenalkan diri seringkas-ringkasnya. Calon-calon lain yang interview sekali dengan aku ni kebanyakannya ada latarbelakang kerja as bidang kesihatan, so aku agak tenggelam disitu xD
Macam biasa, interviewer memang akan psycho korang sebab dia nak cari orang yang terbaik. Ada soalan yang buat aku terkedu sikit, masa dia tanya "kenapa awak nak sangat kerja kat sini, jujur je sebabnya kenapa".
Bila dia kata jujur tu jangan terlalu jujur sangat. Macam ada calon ni tercakap sebab dia tak minat kerja hospital tapi family dia suruh mohon sini. Lepastu memang masaklah kena soal bertubi-tubi pasal kenapa mohon kalau tak minat, kenapa itu kenapa ini. Kesian jugakla, tapi aku rasa dia gugup after interviewer desc kerja UPPK ni macam susah sangat sampai kena tengok darah bagai kot.
Aku pula jawab macam biasalah, sebab saya nak berkhidmat pada masyarakat blablabla, sekali dia cakap "saya tahu ni bukan jawapan awak, takpe awak jujur je kenapa nak kerja sini". Pastu aku pun jawab jelah jawapan jujur aku iaitu nak berkhidmat sebagai penjawat awam. Dia tanya pulak, "kenapa nak jadi penjawat awam" yang tu aku dah blur gila wey. Aku jawab je jadi penjawat awam ni ada banyak kelebihan dan secure sikit.
Tu jujur paling baikla aku bagi tu. Aku rasa rata-rata yang mohon jawatan ni pun sebab alasan yang sama. Tipulah kalau siapa cakap dia tak teringin nak berkhidmat as penjawat awam kan. kahkahkah. Honsetly, bukanlah jawapan yang bijak ya xD Calon lain bolehla goreng lebih sikit sebab diorang ada background kerja klinik-klinik.
Gambar mak depan HUiTM
Interviewer juga ada tanya pasal pernah join aktiviti luar ke tak. Aku pernah join volunteer dulu, so aku boleh relatekan pengalaman aku berdepan dengan masyarakat and membantu orang awam semasa volunteer untuk di aplikasikan dalam skop kerja UPPK ni. Kena pandai-pandai relate je point yang korang bagi tu dengan kerja yang korang mohon ni. Barulah dia boleh nampak yang kita ni pandai bercakap dan nampak ada minat nak kerja sini.
Bila dia cakap ada soalan atau tak, seeloknya tanyalah 1 ke 2 soalan. Aku tanya berapa lama keputusan interview ni untuk tahu kita diterima atau tak. Diorang jawab lebih kurang 2 bulan camtu. Tempoh yang agak lamalah jugak.
Itu je benda yang aku nak share harini. Dapat atau tak tu belakang cerita, yang penting dah goreng elok2. Kalau dapat syukur Alhamdulillah, kalau tak dapat pun takpa. Mungkin ada calon yang lagi bagus masa sesi interview tu.
Thanks for reading!
UPDATE : Takde apa2 jawapan selepas interview so saya consider tak berjaya