Assalamualaikum dan haiii!
Walaupun sekarang ni masih lagi kategori awal tahun, tapi entah kenapa minda aku ni membuak-buak rasa nak pegi menghilangkan diri, atau dengan erti kata lainnya, nak travel.
Kamonn, korang pun kenal kan aku ni jenis suka travel kan hahah. Yela, aku baru je lepas habis belajar, sakit lagi kepala ni ha. Nak jugak rehatkan minda ni kat tempat yang cantik. Tapi tulah, duit pun belum beranak lagi lulz.
Cakap je pasal travel, mesti kita ni imagine tempat-tempat bersejarah, kawasan berpantai yang cantik, nak foodhunting makanan sedap dan tempat shopping. Tapi jarang orang highlight kan kawasan semulajadi misalnya macam flora dan fauna yang masih dipelihara kat sesetengah tempat kan?
Kat seluruh dunia ni mesti akan ada lokasi yang masih menjaga flora dan fauna ni, salah satu daripadanya ialah taman-taman negara. Tbh, Seronok sebenarnya pegi taman negara ni sebab memang penuh dengan alam semulajadi. Siapa je tak suka kan? Disebabkan Mazni ni seorang pencinta nature dan dia juga sedang memasang niat untuk menjejakkan kaki ke Europe suatu hari nanti, so aku nak share dengan korang beberapa taman negara popular yang ada kat benua Eropah yang aku baru je jumpa info ni tadi.
Kita ni dari Malaysia nak ke Europe boleh cecah hampir 20 jam perjalanan jugaklah, termasuk transit ya. Kalau korang pun ada niat nak ke Europe, better korang naik Emirates je! Biasanya orang yang nak ke Europe memang akan naik airlines ni je sebab rating dia tinggi dan harga flightnya pun okey. Boleh cuba survey harga dia kat Traveloka dan bandingkan dengan website yang lain! Selain sesuai dari segi bajet, Emirates airlines ni juga mengutamakan keselesaan penumpang dengan menghidangkan makanan yang lazat dan tempat duduk yang selesa. Kita nak fly jauh kot, so mestilah kena ambil airlines yang selesa. Barulah tak jadi cacing kepanasan duduk atas tu hahaha.
Yang ni cerita pasal luar negara, but if korang just nak bercuti dalam negara je, boleh juga cuba book tickets from Kuala Lumpur to Langkawi online di website Traveloka. Boleh pilih harga yang sesuai dengan bajet korang!
Oki, sambung balik cerita Europe tadi, meh dibawah ni aku senaraikan 5 Taman Negara yang terbaik di Eropah!
Jotunheimen – Norway
Jotunheimen yang membawa maksud ‘Home of Giants’ adalah satu taman negara yang terletak di Norway dan mempunyai lebih kurang 250 pergunungan yang mencecah sehingga ke 2000 meter dari paras laut dan sekaligus meletakkan Galdhopiggen sebagai gunung tertinggi dengan ketinggian 2469 meter. Apa yang menarik mengenai taman negara ini ialah ia menawarkan keindahan pemandangan yang menghijau di sekitarnya. Dekat sini boleh buat aktiviti seperti bebrasikal, hiking, ski atau pun berehat di boutique hotel yang disediakan di dalam taman negara itu. Bolehlah berbasikal sambil menghirup udara segar sambil mendengar bunyi derusan air sungai yang sejuk. Taman Negara yang cantik nilah menjadi kebanggaan bagi masyarakat Norway.
haihh ya Allah lawanyee. ni kalau hiking sampai patah pinggang pun takpe bila dapat tengok view cenggini |
Bavarian Forest – German
Bavarian Forest terletak di di sempadan German dan Republik Czech. Dengan keluasan 24,250 hektar, ia menjadi taman negara pertama yang wujud di German. Hutan Bavarian ini juga dikatakan antara hutan yang terbesar yang ada di benua Eropah. Dengan memelihara lebih daripda 10,000 spesis haiwan yang menjadikannya habitat, taman negara ini sering dilawati oleh pengunjung. Taman negara ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk para pengunjung dan diantaranya ialah lawatan ke muzium, guide tour, hiking, jungle trekking, menunggang basikal, mengenali haiwan dan banyak lagi. So if one day sampai ke Taman negara ini, jangan lupa untuk mengambil gambar sebanyak mungkin kerana taman negara ini mempunyai pemandangan yang sangat indah.
Gran Paradiso National park – Italy
Salah satu taman negara yang paling popular di Itali. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memelihara dan memulihara kawasan-kawasan serta biodiversity yang ada di sekitarnya. Habitat haiwan yang menjadi keutamaan bagi taman negara ini ialah kambing liar (Capra Ibex) yang tinggalnya di pergunungan Alpen Eropah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah lawatan ke kawasan pergunungan, ski, mendaki dan berbasikal.
Vatnajokull – Iceland
Taman negara Vatnajokull merupakan 1 daripada 3 taman negara yang terletak di Iceland dan taman negara ini merangkumi glasier atau salji. Jika sukakan alam semulajadi dan kesejukan, ini adalah tempat yang sesuai. Selain daripada glasier, terdapat beberapa lagi ciri-ciri landskap yang menjadi tumpuan pelancong iaitu air sungai yang sejuk serta gunung berapi.
Cairngorms – Scotland
Ia merupakan taman negara yang terletak di tengah-tengah Dataran Tinggi di Scotland. Taman negara ini menawarkan banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga antaranya berbasikal, watersport, mengenali hidupan liar, jungle trekking menggunkana denai yang telah disediakan dan juga berpeluang untuk menginap di dalam taman negara ini dengan melihat bintang-bintang pada waktu malam, boleh nampak milky way! Siapa yang rasa nak lari daripada arus kemodenan bandar bolehlah kesini~
Itu lah dia 5 taman negara yang terbaik yang aku boleh senaraikan bagi yang nak meneroka alam semulajadi di Eropah. German dan Scotland, kedua-dua negara ini mempunyai ciri-ciri landskap alam semulajadi yang unik dengan view yang sangat mengagumkan.
Korang tertarik nak pergi yang mana? :D
Bila nak ada rezeki untuk jejak Europe ni T_T
ReplyDeleteeurope antara area yg sy nk pergii klu ada peluang, ruang dan wang
ReplyDeleteharap dapat merasa pergi europe satu hari nanti! view nature kat sana memang antara the best :D
ReplyDeletecantiknya!!
ReplyDeletehttp://www.liyanajasmi.com/
tak tahuuula bila dapat kesana lagi. ongkosss pun ong ong je skrang ni..
ReplyDeletesadis tol tengok saving.
the view cantik gila !!! I can't imagine myself being there. It would feel like a dream.
ReplyDeleteteringin nak pi italy. tp covid dah ðŸ˜
ReplyDelete