Assalamualaikum
Bersama saya Mazni, kita playing tourist lagi di Kuala Lumpur dan semestinya saya akan ke tempat yang tidak berbayar kerana saya sendiri sengkek. LOL.
Kalini pergi kat tempat lain pulak. Tarikh pergi pun lain-lain je ni. Aku rasa aku akan cuba explore semua tempat-tempat free kat KL kot, tapi kita buat entry secara berperingkat-peringkat okay kan geng? Hahaha
Masa bulan puasa haritu, aku gi jenjalan kat Central Market, Pasar seni. Walaupun kat entry lepas aku ada pegi Pasar Seni jugak, Tapi kalini aku masuk dekat the real Central Market. Haritu datang sebab nak tengok bunga je dan mata terhijab daripada Central Market ni.
Btw, gigih tak gigih berjalan masa bulan puasa? Haha
Bagi peminat kraft atau suka benda-benda antik, tempat ni memang sesuai untuk korang. Ada macam-macam barang seperti batik, songket, pakaian tradisional, ukiran, lampu-lampu, wau, bakul rotan dan macam-macam lagi.
Ingatkan barang-baang kat sini lebih kepada barangan tradisional Melayu tapi sini ada jugak Chinese straits, Indian straits dan ada barangan tradisional dari luar negara seperti Kashmir, Turkey. Semua cantik-cantik!
Datang sini bestla untuk cuci-cuci mata. Nak beli buah tangan untuk kawan-kawan foreigner korang pun best jugak, mesti diorang suka.
Nama pun pasar seni, mesti ada lukisan-lukisan kann. Setiap lukisan ni berbeza mengikut jenis size dan lukisan yang dihasilkan, price starting from RM 100 tak silap. Aku ada tengok uncle tu tengah melukis. Lawa dia lukis. Aku ni punyalah terkial-kial guna akrilik, dia buat cantik je. Rasa macam nak menuntut dengan uncle tu je.
Btw thank you awak yang teman saya jenjalan haritu. Memang buang tebiat je kitorang ni tanpa ada motif untuk berbelanja, hahaha. Konon-konon je nak cari baju raya.
Baru-baru ni pulak, aku keluar dengan kawan sekolah aku untuk ke Perdana Botanical Park. Taman ni serious cantik gilaaa dan luas. Aku tak ingat orang tu kata berapa hektar entah tapi yang aku tahu, luas taman ni 4 km. Rasanya macam dah pusing habis, tapi ada certain tempat yang kitorang sekadar lalu gitu je sebab berlengas teruk, tak larat nak jalan haha.
Benda yang paling best kat sini tempat untuk ambil gambar. Serious banyak ootd spot okayy. Kalau nak buat pre-wedding kat sini pun lawo.
Walaupun hampir semput jalan kat sini, tapi disebabkan banyak pokok-pokok hijau yang memberi oksigen, takdelah aku terasa nak mati di pertengahan jalan haha. Kitorang datang waktu tengahari, memang cari mautlah citer dia kan. Nasib baik banyak pokok-pokok untuk berteduh.
Laman Perdana. Antara sebab-sebab utama kitorang datang sini, cantik kann |
|
Gambar kiri ni kat spot yang paling aku suka. Dia macam jalan yang dipenuhi dengan pokok-pokok. Best gila lepak kat situ. Gambar sebelah kanan ni pulak bersama kawan saya, Fatinn.
|
Tadaaaa! Ini mac n cheese tu. Serious hat ni memang sedap weyh aku tak tipuuu. Aku dahla suka gila dengan mac n cheese. Rasa dia tak terlalu muak pun. Harga untuk mac n cheese ni RM 14, berbaloi dengan kesedapan!
Yang ni pulak kawan aku order creamy tomato, RM12. yang ni pun sedap jugak! Aku rasa macam nak cuba semua menu yang ada tapi duit tak berapa nak adalah pulak hahaha. Akan di repeat lagi kalau ada masa!
Itu saja kot, thanks for reading!