Assalamualaikum
2018, merupakan tahun yang merubah persekitaran aku, diri aku. Taktaula nak kata tahun ni macam mana. Dia ada campuran sedih, seronok, penuh pressure dan malas, haha.
Bila baca kat twitter, ramai orang kata 2018 ni antara tahun yang paling sakit sekali dan nak 2018 cepat berlalu. Hm kalau aku ni nak kata sakit, taklah sakit sangat. Eh apapun marilah kita ceritakan kronologi tentang apa yang berlaku sepanjang 2018 ni.
Januari
Diploma selama 3 tahun dah tamat
Yang ni memang yang paling berat hati nak tinggalkan. Sebak sebaldi lah masa habis diploma tu sebab fikir mesti susah nak jumpa dah lepasni. Wish you all the best!
Boleh baca entry KAT SINI
Dinner FSSR (Fakulti senilukis senireka)
Ini kira first and last dinner sepanjang 3 tahun belajar kat UiTM ni (kecuali yang sambung degree, nanti ada lagi dinner) Kalau fakulti lain buat dinner tiap2 tahun, tapi kitorang ni jarang. Bila dah jadi bakal graduan baru merasa pre-grad dinner ni haha.
Boleh baca entry KAT SINI
February
Bulan melancong habis-habisan.
Boracay
Tak pernah terdetik pun nak pergi Phillipines sebelum ni. Berminat nak join kakngah travel dengan kawan-kawan dia ni pun sebab tengok google, Boracay ni pulau yang cantik. Uhuu siapa je tak suka tengok air laut yang cantik camni kan~
Japan
Tercapai hajat nak pegi negara yang paling di idam-idamkan sejak dari dulu lagi. Kalini pergi dengan satu family include abang ipar :D
Entry untuk Jepun ni belum tulis habis lagi (ya ampun entah bilalah nak habisnya) tapi boleh baca KAT SINI
March
Melangkah masuk ke alam degree yang suasananya totally different. Aku banyak sangat menangis sejak-sejak masuk degree ni haha tahpape kan? -__-
Well, takkan selamanya bersedih. Zaman gembira masa diploma tu sudah tinggal kenangan, apa kata kita try buat kenangan untuk degree pula walaupun classmate degree ni tak berapa rapat macam diploma dulu. Aku masih ada separuh kawan degree yang friendly jugak misalnya seperti mereka-mereka dalam gambar dibawah.
Thanks korang sebab sudi nak berkawan dengan kitorang ni walaupun kami masuk lambat 2 sem huhu.
April
Tiada apa yang menarik, hidup macam biasa je dengan siapkan assignment
May
Dapat anak buah pertama, kini aku telah bergelar makcik! Ahmad Yahya lahir tepat masa 1 Ramadhan :D
gambar masa sebulan baru lahir vs 7 bulan. Cepatnya membesarr
Jun
Takde apa yang berlaku. Cuma sambut hari raya di Bangi saja.
July - August
Cuti sem gi cari kerja. Lepastu jadi rapat pulak dengan diorang semua ni sampai nak berpisah pun sedih kemain. Pestime tau aku nak berenti kerja jadi sesayu ini haha
Entry boleh baca KAT SINI
Semptember
Masuk sem baru
October
- Dah naik umur 21 tahun
- Dah konvo diploma
Last dapat jumpa kawan-kawan diploma aku, sobs sobs T^T
Entry boleh baca KAT SINI
November
- Sambung stress siapkan assignment
- Pegi petrosains, hiks
December
Bulan sakit otak dan lesu gila tapi akhirnya berjaya habiskan sem 4 ini, dan sekarang tengah cuti sem.
Tapi... Ada satu assignment yang aku kategorikan sebagai assignment yang paling enjoy bila buat, iaitu packaging! Suka ni pun sebab aku rasa agak puashati dari segi design. Tapi taktaulah kalau lecturer nilai macam mana kan. Kira syok sendiri je ni haha.
Tapi... Ada satu assignment yang aku kategorikan sebagai assignment yang paling enjoy bila buat, iaitu packaging! Suka ni pun sebab aku rasa agak puashati dari segi design. Tapi taktaulah kalau lecturer nilai macam mana kan. Kira syok sendiri je ni haha.
So... Aku kira banyak jugaklah kejadian penting yang berlaku pada tahun ni. Terima kasih untuk kenangan manis dan pahit sepanjang tahun ni. Walaupun rasa tahun ni aku paling banyak jahat, harap cubalah berubah tahun depan, haha. Dah tua dah Mazniiii, tahun depan dah masuk 22 tahun dahh
Tahun depan aku target macam nak cuba capai pageviews 700k keatas. Nak target sejuta tu macam tak mampu kerana blog saya amatlah sendu serta mempunyai kekangan masa dan halangan semasa menulis blog (alasan!) Maybe i'll try to blog more and taknak bagi nampak kosong? (ini azam setiap tahun tapi selalu tipu) ;P
Tahun depan aku target macam nak cuba capai pageviews 700k keatas. Nak target sejuta tu macam tak mampu kerana blog saya amatlah sendu serta mempunyai kekangan masa dan halangan semasa menulis blog (alasan!) Maybe i'll try to blog more and taknak bagi nampak kosong? (ini azam setiap tahun tapi selalu tipu) ;P
Thanks for reading!
Saya punya 2018 pun agak haru biru rasanyaa. Rasa macam tak berapa nak ingat apa yg dah jd dengan tahun nii. Haha
ReplyDeletesaya start haru biru tu masa tengah2 bulan haha. pening
Deletesemoga 2018 menjadi kenangan paling manis dlm hidup mazni . dan semoga rajin berblog 😁
ReplyDeleteterima kasih sis! you too :D
Deletewahhh banyak perubahan menarik untuk kehidupan seorang mazni tahun 2018 nie kan. hehehehe :D
ReplyDeleteehhh comelnya tony tony chopper tuuu XD
azam untuk blog tu betul sangat untuk setiap tahun, nak update tiap hari :3
banyak jugaklah perubahan cuma tahun ni boleh dikategorikan tahun yang agak sendu xD apapun bersyukur utk segala pengalaman :3
Deletehehe thankyouu!
saya harap sangat boleh rajin berblog -_- seminggu 1-2 entry pun jadilah
Bestnya gi Jepun! My travel wishlist jugak huhuhu tapi nampak gaya kena tunggu lepas grad which is lambaaaaaaaatttt lagiiiiii T^T
ReplyDeleteyess jepun memang best. rasa macam tiap2 tahun nak repeat kalau berduit T__T
DeleteAll the best untuk tahun 2019 nanti! Hehehe :3
ReplyDeletethankyou kak nini, you too! :D
DeleteWahhh banyak aktiviti menarik Mazni buat tahun 2018. Syoknya pergi Jepun. :D
ReplyDeleteFatina Mudz
hehe tulah banyak jugak kejadian yg berlaku tahun ni :3
DeleteKak Nad baru planning Recap 2018 nak tulis apa, Mazni dah siap type dah. Pehhh. Laju giler, haha. Ehh, ke kak Nad yang lambat hehe. Btw sama lah, azam nak naikkan traffic blog selalu terbengkalai hahaha.
ReplyDeletesebab bosan haritu, saja buat awal. kalau lewat lewatkan alamat tak publishlah nampaknya :p
Deletebusy kan kita ni sampai selalu mengabaikan blog sendiri haha
cantiknya design packaging tu mazni!
ReplyDeletebest gila dapat travel! at least aktiviti tahun 2018 mazni ni best tau hahaha kalau sy punya pulak alahai sendu gila sbb byk habiskan waktu kat asrama je HAHAHA xD
masa awal2 tahun tu mmng best tpi masuk tengah2 tahun smpai kehujung tahun agak stress huhu
Deletetapi saya harus bersyukur dgn semua yg berlaku utk tahun ni hehe :3
Semoga dipermudahkan dalam setiap sesuatu yang diusahakan. Selamat cuti sem dan selamat tahun baru 2019 yang bakal menjelma
ReplyDeleteamin insyaAllah. zumal pun sama, semoga dipermudahkan segala urusan :D
Deletelebih tepat lagi kalau ucap selamat intern ahahha. happy new year too!
Chopperr! Fuh.. teringin gak nak travel. Tapi entahlah, bila entah nak ada free time and moneyhh ahaha
ReplyDeletehabis belajar kita travel jumm haha
DeleteUntung sangat dapat pergi Boracay before Boracay tutup sebab katanya sekarang walaupun dah buka balik, dah banyak restrictions kan.
ReplyDeleteOn another note, how's your alam percintaan? eh #kakakkepochi
yes seronok sangat! diorang terpaksa buat mcmtu sebab nak jaga kebersihan huhu
Deletehahaha all is well :p
tahun yang penuh cerita kan 2018.. seronok dapat jalan2 hhe..
ReplyDeletesemoga tahun ni lebih jauh melangkah.
dah tengok video tu dah subscribe jugak. sudila subscribe utube channel akak pulak =P
alhamdulillah <3 akak punya pengalaman 2018 pun apa kurangnya :p banyak jalan tuu haha
Deletedah subscribe lama dah tau kak xD