21 Dec 2018

End of 2018. What's good?


Assalamualaikum

2018, merupakan tahun yang merubah persekitaran aku, diri aku. Taktaula nak kata tahun ni macam mana. Dia ada campuran sedih, seronok, penuh pressure dan malas, haha.

Bila baca kat twitter, ramai orang kata 2018 ni antara tahun yang paling sakit sekali dan nak 2018 cepat berlalu. Hm kalau aku ni nak kata sakit, taklah sakit sangat. Eh apapun marilah kita ceritakan kronologi tentang apa yang berlaku sepanjang 2018 ni.

Januari

Diploma selama 3 tahun dah tamat
Yang ni memang yang paling berat hati nak tinggalkan. Sebak sebaldi lah masa habis diploma tu sebab fikir mesti susah nak jumpa dah lepasni. Wish you all the best!

Boleh baca entry KAT SINI

Dinner FSSR (Fakulti senilukis senireka)
Ini kira first and last dinner sepanjang 3 tahun belajar kat UiTM ni (kecuali yang sambung degree, nanti ada lagi dinner) Kalau fakulti lain buat dinner tiap2 tahun, tapi kitorang ni jarang. Bila dah jadi bakal graduan baru merasa pre-grad dinner ni haha.

Boleh baca entry KAT SINI

February

Bulan melancong habis-habisan.

Boracay
Tak pernah terdetik pun nak pergi Phillipines sebelum ni. Berminat nak join kakngah travel dengan kawan-kawan dia ni pun sebab tengok google, Boracay ni pulau yang cantik. Uhuu siapa je tak suka tengok air laut yang cantik camni kan~


Boleh baca entry KAT SINI


Japan
Tercapai hajat nak pegi negara yang paling di idam-idamkan sejak dari dulu lagi. Kalini pergi dengan satu family include abang ipar :D

Entry untuk Jepun ni belum tulis habis lagi (ya ampun entah bilalah nak habisnya) tapi boleh baca KAT SINI


March
Melangkah masuk ke alam degree yang suasananya totally different. Aku banyak sangat menangis sejak-sejak masuk degree ni haha tahpape kan? -__-

Well, takkan selamanya bersedih. Zaman gembira masa diploma tu sudah tinggal kenangan, apa kata kita try buat kenangan untuk degree pula walaupun classmate degree ni tak berapa rapat macam diploma dulu. Aku masih ada separuh kawan degree yang friendly jugak misalnya seperti mereka-mereka dalam gambar dibawah.

Thanks korang sebab sudi nak berkawan dengan kitorang ni walaupun kami masuk lambat 2 sem huhu.

April 

Tiada apa yang menarik, hidup macam biasa je dengan siapkan assignment

May

Dapat anak buah pertama, kini aku telah bergelar makcik! Ahmad Yahya lahir tepat masa 1 Ramadhan :D

gambar masa sebulan baru lahir vs 7 bulan. Cepatnya membesarr

Jun

Takde apa yang berlaku. Cuma sambut hari raya di Bangi saja.

July - August

Cuti sem gi cari kerja. Lepastu jadi rapat pulak dengan diorang semua ni sampai nak berpisah pun sedih kemain. Pestime tau aku nak berenti kerja jadi sesayu ini haha


Entry boleh baca KAT SINI 

Semptember

Masuk sem baru

October
  • Dah naik umur 21 tahun
  • Dah konvo diploma
Last dapat jumpa kawan-kawan diploma aku, sobs sobs T^T


Entry boleh baca KAT SINI


November

  • Sambung stress siapkan assignment
  • Pegi petrosains, hiks

December

Bulan sakit otak dan lesu gila tapi akhirnya berjaya habiskan sem 4 ini, dan sekarang tengah cuti sem.

Tapi... Ada satu assignment yang aku kategorikan sebagai assignment yang paling enjoy bila buat, iaitu packaging! Suka ni pun sebab aku rasa agak puashati dari segi design. Tapi taktaulah kalau lecturer nilai macam mana kan. Kira syok sendiri je ni haha.


So... Aku kira banyak jugaklah kejadian penting yang berlaku pada tahun ni. Terima kasih untuk kenangan manis dan pahit sepanjang tahun ni. Walaupun rasa tahun ni aku paling banyak jahat, harap cubalah berubah tahun depan, haha. Dah tua dah Mazniiii, tahun depan dah masuk 22 tahun dahh

Tahun depan aku target macam nak cuba capai pageviews 700k keatas. Nak target sejuta tu macam tak mampu kerana blog saya amatlah sendu serta mempunyai kekangan masa dan halangan semasa menulis blog (alasan!) Maybe i'll try to blog more and taknak bagi nampak kosong? (ini azam setiap tahun tapi selalu tipu) ;P

Thanks for reading!


18 Dec 2018

Semester 4 telah berakhirrr


Assalamualaikum

Haluuu all! Finally, habis juga semster yang sangat mencabar ni. Sangat stress ya amat sebab banyak gila kerja dan banyak gila duit keluar. Mental betul hadap satu sem ni dengan serabut fikir tempat nak intern tau. But Alhamdulillah, berjaya jugaklah tamatkan semester ni walaupun sangat kelibut.

Oh, sem ni aku takde final exam. Aku jenis student yang tak payah hadap buku, tapi project kau kena submit hahaha

Kisahnya, masa awal-awal sem dulu, selalu gak cuti dan lecturer pun tak kasi keje lagi. Tapi dah masuk hujung sem, kalau boleh setiap subjek tu akan dapat esaimen, test. Minggu yang paling dahsyat masa minggu 13 dan 14, itulah tarikh submission, presentation, test pastu tambah lagi dapat esaimen hujung2. Aku sampai pening dan memang terlalu penat untuk minggu tersebut.

Antara buku nota yang aku hasilkan untuk subjek entrepreneurship (ETP), subjek yang aku tak berapa suka sebab belajar pasal bisnes, haha.


Terlalu banyak sangat fikir untuk sem ni sampai mental breakdown. Dan sem ni jugak aku cepat baran, sikit-sikit ada je benda yang tak kena sampaikan aku rasa nak mengamuk untuk semua perkara. Hahaha senang citer, sem ni aku agak teruk sikitlah T__T 

Maafkanlah aku Ya Allah.

Sama macam previous sem, aku mestilah harapkan result yang terbaik sebab aku dah usaha sedaya upaya. Tapi bila tengok betapa liku-liku dan sangat the very last minute untuk sem ni, aku jadi tak yakin. Tapi dalam hati nak jugak score cuma taktau subjek apa yang aku boleh target tu hm. Pastu yang sedihnya, dahla temuduga aku untuk pinjaman pelajaran gagal tau. Adik aku je diluluskan haha.

Apapun, kena redha awal-awal sebab aku sendiri tau macam mana prestasi aku untuk sem ni, huhu. Apapun, semoga segalanya dipermudahkan untuk aku nak intern nanti, 2 minggu je dari sekarang ...

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca.