Assalamualaikum
Kat Puncak Alam, ada satu restoran western yang boleh dikatakan kitorang suka lepak kat situ. Nama kedai tu West My Plate kat area Saujana Utama, Puncak Alam. Asyik-asyik makan kat medan Fasa 3 tu jekan, sekali sekala nak jugak makan western sedap-sedap.
Apa yang specialnya dengan kedai ni mestilah sebab makanannya sedap dan mengenyangkan. Paling suka dengan dia punya burger besar gedabak, untuk perempuan yang tak kuat makan boleh share 2 orang rasanya :p
Kat bun burger ni dia curah pulak dengan kuah cheese perghhh
Lihatlah kebesarannya. Recommended!
Oh btw, burger ni harga RM10! Pada aku agak berbaloi sebab puas makan!
Mushroom soup. Dalam RM5+ gitu.
Fish and chips RM 9 tak silap
Chicken chop with butter rice. Harga sorry tak ingat, tak lebih dari RM13
Chicken chop. Pun tak ingat harga, tak lebih dari RM10
Sizzling yee mee pun ada. RM 6++ atau 7
Yang ni rasa ayam dia aku suka! Harga dalam RM 12-13
spaghetti carbonara
Suasana dalam kedai pula tidaklah seluas mana, cuma alhamdulillah setakat ni kitorang datang makan meja sentiasa ada. Aku prefer duduk kat belah luar dari duduk bahagian dalam hehe.
Overall, makanan kat sini semua sedaap dan harga pula taklah mahal macam kafe hipster. Yang penting portion dia banyak tau! Student Puncak Alam atau sesiapa yang tinggal berdekatan dengan area Puncak Alam mungkin boleh try makan kat sini!
Thanks for reading!
Rate : 3/5
F-1-43, Jalan SP 11/3, Seri Pristana, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Buka setiap hari dari pukul 5 PM - 12 AM
Pergh cheese meleleh memang gabungan terbaik. I love adding cheese on anything lol.
ReplyDeletenurulrasya.com
me too! xD
DeleteAstaga ðŸ˜
ReplyDeletemengucap tengok burger besar tu ke tomo, hahaha!
Deletewowwwww mazni!!. sedapnyaaaa
ReplyDeletesedapp! xD
Deletewoa woa woa berkeroncong dah perut ni
ReplyDeletesedapnyaaaa wahhh harga pun berpatutan. nampak saiz portion pun boleh tahan :D
ReplyDeleteMenu yang sangat memukau jiwa...
ReplyDeleteperghhhhh
ReplyDeletetgok cheese dia mewah tu
sedap2