Assalamualaikum
Disebabkan ramai sangat orang bercerita pasal hari raya mereka, aku pun nak share jugaklah. Maklomla setahun sekali je beraya. Tapi jujur kata, raya tahun ni memang tak berapa meriah, walaupun semua adik beradik abah balik beraya belah perak tahun ni. Barangkali sebab tak banyak beraya kat rumah relatives tahun ni? Huaaaa T__T
Apapun bersyukur sebab kampung memang full house sangat raya tahun ni. Of courselah opah yang paling gembira sekali!
Dan inilah aktiviti raya yang kitorang wajib buat setiap tahunn
Bakar lemang is a must! Biasanya barisan laki-laki yang tolong bakar lemang ni. Rendang pun ada buat jugak tapi lupa nak amek gambar. Hari raya kat kampung haruslah kena air tangan sendiri gituu.
Family portrait yang hanya boleh dapat setiap 2 tahun sekali. Tahun lepas ada separuh keluarga beraya belah mertua, tahun ni semua beraya kat kampung perak so memang kira lengkaplah 1 keluarga hehe. Ni pun ada lagi yang tak cukup sebab diorang datang lambat.
Inovasi terbaru, tripod kerusi! Disebabkan kamera ni takde tripod maka kita rembat kerusi makan je. Gigih tak gigih jugakla aku si photographer ni nak kumpulkan semua orang. Tunggu diorang nak ready je amek masa 5 minit.
family sayeeeee |
Kes dah datang rumah, tapi tuan rumah pulak keluar beraya. HAHA
Tahun ni macam kurang sikit makan lemang mahupun ketupat, makan dekat 2 buah rumah je. Aku lebih berminat sambar kuih raya daripada lemang2 ni. Tapi tak mampu nak menolak kalau tuan rumah sediakan mee yang bersup. Picky sangat kan :p Ampun tuan rumah, yang penting saya masih menjamah kuih raya.
OOTD baju raya. Bella ammara x minimalace. Ini baju raya yang paling mahal yang aku pernah beli. Janganla kecam saya, dah lama sangat teringin baju ni, memang berdikari beli pakai duit sendiri je tau.
Kalau siapa pernah baca entry raya tahun lepas korang kenal kot dengan kucing tu :p Gambar kanan ni pulak saja nak tunjuk yang anak muda tetap dengan gadget masing-masing biarpun di hari raya. Ngaku jelah korang pun comfirm camni jugak kannn?
So, camne raya korang tahun ni, best tak? Sharelah sikitt
Thanks for reading, selamat hari raya!
Meriah raya tgk baju lawa2
ReplyDeleteahaha berkat menabung
DeleteKenapa tak best raya tahun ni. Kan semua orabg berkumpul?
ReplyDeletemaybe sebab tahun ni saya beraya kat kampung sekejap je. raya ke-3 dah balik selangor. biasanya duduk kampung sampai raya ke-5
Deletebestnya beraya ramai2 di kampung macam nie.
ReplyDeleterindu pulak nak beraya di kampung dengan cousin2 :D
selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin ye mazni :)
hehe seronok sbb masak ramai2. duit raya pun dapat jugak :p
DeleteBV tak beraya kat kampung?
selamat hari raya maaf zahir dan batin jugak BV :D
Bestnya, kita dah lama tak rasa semua tu. Lemang pun beli je. haha. Selamat hari raya btw.
ReplyDeletei'm so grateful sebab masih ada kampung lagi TT
Deleteselamat hari raya!
bestnya semua orang berkumpul kat kampung. Kampung ai semua kosong sebab dah besar masig-masing beraya tempat lain
ReplyDeletebtw, selamat hari raya!
tak best kan bila semua dah besar, suasana kampung jadi sunyi je..
Deleteselamat hari raya too!
saya pun lebih prefer makan kuih2 raya je hahaha rendang2 ni saya mmg tak berapa minat,tapi makan jugaklah sikit kan tu pun sbb mak paksa hahaha
ReplyDeleteselamat hari raya mazni! maaf zahir & batin :)
haha bukan apa, bila dah banyak sgt makan lemang rendang ni jadi muak pulak xD
Deleteselamat hari raya!
bestnyaa family kitorang tak pernah buat lemang. selalu beli je.
ReplyDeletelol mazni banyak baju lawa2 <3
kitorang sebab family ramai, hehe
Deletehaha thanks xD
rindu nak beraya masak2 lemang tu semua. Sejak atuk nenek dah takde, balik kampung masa hari raya je... jadinya takde la rasa sangat persiapan nak raya tu. haha sbb keluarga moden, duk beli yg dah siap je. haha adoi.
ReplyDeletehanisamanina.com
alhamdulillah saya masih mengekalkan tradisi lama hehe :p
Deletemeriahnya raya :) cantik baju raya tu
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
terima kasih :)
DeleteGambar family is a must! Bestnya bakar lemang! Siqah dah lama tak ada aktiviti membakar lemang. Tahun ni memang tak jumpa lah dah nama pun raya kat bandar. Ketupat daun palas pun tak jumpa tahun ni.
ReplyDeletememang langsung takde org jual2 eh? mesti sunyi je bandar time hari raya tu
DeleteMeriahnya raya, kiteorang tak pernah buat lemang, kalau nak makan beli je. Ketupat sahaja bikin sendiri ;)
ReplyDeleteOklah tu ketupat buat sendiri, ada juga air tangan dri rumah hehe :D
DeletePernah bakar lemang time raya memang memenatkan!
ReplyDeleteTapi puas lah sebab dapat makan lemang sedap dan banyak haha.
Selamat Hari Raya! :D
Penat kann, tambah pulak dgn cuaca panas2 ni
DeleteSelamat Hari Raya!
tak best sebab ada exam kan? ahahhaa. main agak je lah. hihi
ReplyDeleteselamat hari raya mazni! maaf salah dan silap sepanjang kita berkenalan. hihi
Tak best sbb tak beraya banyak rumah T_T lagipun sekarang tgh cuti sem kak hehe
DeleteSelamat hari raya jugak :D
Selamat Hari Rayaa Mazni ๐
ReplyDeleteSelamat hari raya kak nani ๐๐
DeleteBestnya ada gambar satu family. Family saya jenis tak suka bergambar. Kalau bergambar jugak kira langgar tradisi keluarga hahaha :')
ReplyDeleteSelamat hari raya! :)
Haha apetu langgar tradisi keluarga ๐ sayangnya tak bergambar ramai2, setahun sekali je awaknya huhu
DeleteSelamat hari raya too! :D
Kira meriah juga ni. Seronoknya bakar lemang sendiri. Akak selalu makan lemang beli je. Tahun ni tak dapat makan lemang :(
ReplyDeletemeriah jugakla sbb semua balik kampung, cuma tak banyak beraya je huhu.
Deletekenapa tak dpt makan lemang? :(
Bestnya bakar lemang...saya tak pernah ada pengalaman tu...mesti seronok kan menunggu lemang tu masak...hihihi
ReplyDeletelama jugaklah nak tunggu lemang masak hehe
Delete