Assalamualaikum
Bila sampai kat Natural Bridge ni memang nak menangis tengok dia punya view sebab lawa sangat2! Ekceli view kat sini mengingatkan aku masa pegi Uluwatu, Bali dulu sebab duduk kat area cliff dan tepi laut. Sis iz eksited sebab view camni memang takde kat negara sendiri T__T Nak nak pulak time kitorang mai sini takde orang, so memang sakanlah aku dok berlari sana sini, posing maut, amek gamba dari pelbagai sudut, haha.
Apa yang aku suka kat sini, of courselah sebab dia tepi laut. Rock formation kat cliff ni pun sangat unik. Kalau nak tau, Australia memang banyak rock formation yang unik terutama kat western australia nilah, tempat yg penuh dengan nature. Kalau you guys nak tengok banyak nature, silalah mai ke WA okay! :D
adakah ini dandelion? |
Burung tu kesian, asyik kena tolak dgn angin sampai hilang kawalan. Akibatnya, habis dia dok masuk dlm gambar aku -__-
The view is really magnificinet!! Ni kalau menjerit kat sini memang best gila aih, suara bergema-gema satu alam. Terutama kalau jerit nama orang tersayang~ eh eh, haha kbai!
Actually time snap gambar ni, aku pegi cari posisi maut keluar dari laluan trail.. Maklumlah, teruja sangat amek gambar sampai dah duduk kat tepi cliff pun engko tak kisah dah. Tak perasan ada tempat lookout kat depan sana.
Ok jom jalan pegi ke landasan yang benar :p
Actually time snap gambar ni, aku pegi cari posisi maut keluar dari laluan trail.. Maklumlah, teruja sangat amek gambar sampai dah duduk kat tepi cliff pun engko tak kisah dah. Tak perasan ada tempat lookout kat depan sana.
Ok jom jalan pegi ke landasan yang benar :p
aku baca castle 'love', bukan 'cove'. Bila belek2 balik gambar ni baru perasan nama dia castle cove. Pikir cinta je kan? Rabun sangat ;-; |
The view from lookout
Busynya photographer warna pink tu sampai nak kena handle 2 kamera, haha
K, jom gerak pegi ke natural bridge pulak!
luasnya indian ocean |
Haa ini dia natural bridge..
credit; cuti perth |
Ni kali kedua aku tengok gerbang laut. Masa pegi Bali dulu dapatlah tengok, cuma tak puas hati sebab tak dapat amek gambar :( La ni baru puas hati sebab dapat amek gambar banyak2 hihu.
Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada batu kat atas ni dah runtuh sebab faktor2 semulajadi. Hakisan tak silap aku, sorry sebab tak ingat detail dia. Batu2 camni selalunya tempat yang paling glamour ada dekat Melbourne.
Ok jom balik. Bye natural bridge!
Lepas dah puas tengok-tengok laut kat sini, kitorang terus gerak pegi tempat menginap. Takdela jauh sangat pun dari natural bridge ni sebab duduk dalam kawasan Kalbarri jugak. Tapi sepanjang jalan road kat sini memang cantik gilalah, banyak nampak laut je. Sebab tu namanya indian ocean drive.
Ni beach yang dekat dgn apartment kitorang. Syok aih apartment tepi pantai je uolls!
Sampai dahhh!
yg atas tu rumah kitorang
Ok, cukup untuk luar.. Dalam camne?
Tak pernah melepak kat luar balcony ni sebab malas nak angkat kerusi tu. Lol dasar baloq!
Tandas dia pun cantik and bersih sangat tapi sorry lupa lak amek gambar. Overall, memang apartment ni selesa gila! Harga per 1 night Uncle Saf kata dalam $200. Pehh mahai gak ah.. Nama pun apartment, macam rumah kan. Tapi memang tak tipu, duduk sini memang best. Semua keperluan yg ada sama macam guest house Hj. Yon kat Marangaroo tu.
Kalau time malam duduk kat sini memang sejuk. Dalam bilik memang takde aircond pun tapi sejuk sebab sea breeze~ Time summer, waktu malam pun sejuk jugak. Memang nikmat betullah time nak tidoq tu weyy!
Lepas dah sampai apartments, malam tu duduk bilik je sebab penat sangat, tak rasa macam nak pegi mana-mana pun. Uncle Saf ada ajak pegi tangkap ketam, sebab kat sini memang ada banyak ketam. Ketam okay, ketam. Favourite aku. Tapi si village people 2 orang yg berlagak macam orang bandar ni taknak ikut pulak.
Dah last2 minute tu kakngah aku kata dia nak pegi tengok camne cara orang tangkap ketam. Bila masing2 dah ubah fikiran nak ikut, maka uncle pun telah pergi meninggalkan kami berdua. Haa padan muka, sombong sangat takmo ikut kan? Duduk rumah, tengok tv, main wifi jelah.
Tapi masa uncle balik tu tak nampak pula ketamnya... Taktaulah ni bukan musim ke, atau ketam dah simpan dalam kereta, atau uncle tak pegi pun tangkap ketam tu. hehe..
Ok, sekian dulu untuk 1st day di Kalbarri, sambung dalam entry lain pulak. Thanks for reading!
Cantiknya suasana kat sana, bersih je kan...
ReplyDeleteSubhanallah! Nganga dan terbeliak mata tengok gambar. Breathtaking!
ReplyDeleteGambar awesome sangattt! Loved!!! <3
ReplyDeleteSubhanallah.. cantiknye pemandangan.. mmg pandai amik gambar.. nice giler..
ReplyDeletecantik laaaa tengok tempat ni..
ReplyDeleteWahh lawanya.. Apartment dia pun kalah hotel tu! Syoknya bila nk merasa pi Australia ni *_*
ReplyDeletelama dah tak makan ketam..
ReplyDeleteHi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
ReplyDeletekalau akak... xnak balik dh... jelesnya~~ cantik scenery dia!!
ReplyDelete