Assalamualaikum
5/2/2016 (Friday) DAY 1
Lepas seminggu balik dari kem, minggu depannya terus bertolak pegi Perth. Rindu kat kem pun tak hilang lagi tau dak, hahaha.
Alkisahnya, sebelum nak pergi Perth ni memang banyak rintangan yang berlaku. Sampai aku dengan kakak rasa macam dah taknak pegi pulak trip ni. Tapi Alhamdulillah everything went well. Semua benda yang kitorang rancang akhirnya tercapai jugak. Oh lupa, partner trip kali ni cuma aku dengan kakngah berdua je. Ni pengalamanlah merasa travel 2 orang. Sebelum ni selalu travel satu family terus.
Masa bulan 8 last year, actually family aku pegi perth jugak. Sepatutnya kitorang berdua ikut sekali, tapi tiket terpaksa biar je camtu sebab aku ni dahla baru masuk universiti, takkan nak ponteng kelas sampai seminggu pulak kan. Si kakngah ni pulak ada FYP, Memang idoklah dia nak pegi melancong. Maka disitulah bagaimana cara kami kena tinggal. End.
So, kitorang pun tukarlah tarikh flight masa CNY. Sebab time tu jelah yang dua ketul beradik ni tengah cuti. Tapi nak tukar tarikh tu kena bayar lagi RM400++ laa. Airasia bukan macam MAS boleh tukar tarikh ikut suka-suka. Ini pun kira nasib baik boleh tukar, sepatutnya tak boleh tau.
So, kitorang pun tukarlah tarikh flight masa CNY. Sebab time tu jelah yang dua ketul beradik ni tengah cuti. Tapi nak tukar tarikh tu kena bayar lagi RM400++ laa. Airasia bukan macam MAS boleh tukar tarikh ikut suka-suka. Ini pun kira nasib baik boleh tukar, sepatutnya tak boleh tau.
makanan time pegi, chicken teriyaki. Balik kimchi chicken. Dua2 sedap! *thumbs up* |
Flight dalam 5 hours gakla. Patutnya flight pukul 8, tapi kena delayed pukul 10 sebab ada orang sakit. Sampai sana pukul 4.11 pm, sama je waktu dengan Malaysia. Suhu masa tu 37 celcius. Kitorang datang time summer okay, so tahap kepanasan dia tu sampai kau tak nampak awan langsung like seriouslyyy. Memang takde awan. Aku dari atas flight tu dah macam, "waduh malas gilaaaaa, panasnyaaaaaa". Tah kenapa masuk je bumi Australia tu memang macam tak eksited pun. Jauh beza perasaan dia dengan masa pegi Korea 3 tahun lepas :') Faktor cuaca barangkali..
sunny hott |
Sampai2 je terus tuan rumah datang jemput kitorang. Hj.Yon dengan aunty Ilah. Kitorang stay kat rumah ni 6 hari. Sangattt selesa. Dah nama pun rumah, so apa benda yang ada kat rumah korang, kat guest house ni semua adaaa. Memang macam rumah sendirila. Dapur, pinggan mangkuk periuk, mesin basuh baju, semua ada! Buat berat luggage je kitorang bawak traveller cooker dengan iron TvT Towel pun dah disediakan.
Sepanjang duduk sana, kitorang rajinla membasuh sebab time summer baju cepat kering! Sidai pakaian warna hitam, 2-3 minit dah kering. yang seluar jeans 10 minit gitu kering dah. Nak masak telur kat luar rumah pun boleh sangat dah ni~ Jimat gas.
excuse my face.. ni muka time nak balik. dah hitam terbakar |
Ada meow jugak tapi ni kucing jiran sebelah yg selalu lepak sini.
berlagak betul Putih ni T__T |
ni baik sikit |
So for malaysian, kalau nak sewa kat sini sangatlah boleh. Area rumah ni kat Marangaroo, jarak nak pegi ke Perth City tak sampai 20 minit pun.
Ini emel hj. Yon, sebarang pertanyaan boleh tanya beliau :)
hj_yon@hotmail.com
So 1st day tu tak buat apa2 pun lepas sampai. Cuma malam tu kitorang keluar pegi city centre sebab nak beli sim kad. Terlupa beli kat airport tadi. Mostly kedai banyak yang dah nak tutup. Sebab kat sana kedai memang tutup awal. Pukul 5/6 dah tutup. Even pasaraya pun. Kalau hari Jumaat je dia buka lama sikit sampai pukul 9. Tapi sim card tu kitorang dapatlah cari sebab kedainya tutup pukul 9, yay.
Ini adalah view Perth City dari South Perth. Malam2 tengok memang cantik sebab lampu warna-warni. Cuma time kitorang datang ni dah lewat sangat nak dekat2 pukul 10, Banyak lampu yang dah kena tutup. Time yang paling cantik tengok city ni waktu malam dalam pukul 7 hingga 8 gitu.
Time berjalan malam2 kat city ni memang sejuk weh. Ingatkan kalau musim summer dari pagi sampai ke malam bahang, tapi malam dia sejuk macam kat London, hahaha. Actually ada nama street kat setiap kawasan city ni, tapi aku ingat 1 street je, Hay Street. Pasai nama dia senang nak ingat.
Office hour diorang habis pukul 3-4. Bila semua pekerja dah balik, malam tu cleaner pun start cuci satu bangunan pejabat. So, semua lampu kat setiap floor diorang bukak, Bila kita tengok dari jauh nampak cantik sangat. Ada gambarnya, tapi itu entry last day nanti eh, hahaha.
Itu je untuk 1st day dekat Perth. Nantikan entry seterusnya kat location yang paling penuh dengan nature things! Sampai sekarang takleh move on lagi dengan tempat tu. See ya!
Thanks for reading!
*Waktu siang lebih panjang. 5.30 dah sunrise, azan subuh pukul 4.30. Pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8.
* Apa yg aku suka pasal summer ni, baju cepat kering, lighting nak amek gamba terbaek! :p
seronoknyaaaa~ i wish satu hari dpt jejak kaki dkt sana. susah tak nak cari makan?
ReplyDeletetak susah sangat pun. banyak je kedai halal. kalau nk masak sendiri pun ada kedai daging, fish market yg halal kat perth ni :)
Deletebest lah mazni dpt pergi. tengok gambar dalam blog ni pun takpe. hehee
ReplyDeletebest sangat, hehe :D
Deletefewitt. boleh tahan guesthouse dia. letak gambar banyak2 utk cuci mata
Deletehahaha okay :p next entry
Deletebest nyer melancng dikk.. akak ntah bila nk jejak kaki kat ausie ni pon xtauu :)
ReplyDeleteni pun 1st time saya pegi Oz. InsyaAllah ada rezeki nanti kak dapat pegi Oz :)
Deletewahhhh bestnyaaa :D
ReplyDeletemenanti entry seterusnya dah nie. hehehhe
hehe sabar2, masih dlm draft :p
Deletebestnyaaa. gambar pun cantik2. tak sabar nak baca next entry!
ReplyDeleterasa bersemangat pula baca komen2 camni. hehe tunggu ye!
DeleteMazni mazni mazni qila ada crush dkt sydney!!!! Errrrr nnt jom gi lagi sekali nk tak ke oz? Hihihi. Anyway im so so so so damn happy that u finally updated ur blog okay!! Pls la sambungan ugh. Full details pls. Loving it ok sumpah. Hihi best best! Nnt qila nk ajak kakak qila la hehe hj_yon@gmail haha dah terhafal gituw
ReplyDeleteamboi sapetu qilaaa? :P cepat je dh ade crush dgn mat salleh eh, hahaha. Melbourne jom qila, kite dh jatuh cinta dgn oz! T__T haha sorry lately jarang update blog, sbb sebelum ni xde cerita sgt pun nak share kat sini! tp style saya ni jenis yg suka update entry seminggu sekali :p
Deletepegi perth dgn kakak, sewa rumah kt situ k, hahhahaa
Pergi berdua je? Ingatkan pergi satu family.
ReplyDeletekes kena tinggal ni, tu pasal pergi berdua je hahaha
DeleteKENAPA RAMAI SANGAT ORANG MELANCONG NI??????????? HUWAAAAAAAAAA NAK IKOTTTTTT
ReplyDeleteuwaaaaaa dah lama teringin nak melancong tapi tak berani kalau takde parents XD kali terakhir melancong gi indon je haritu hahaha. tak sabar nak tunggu update pasal tasik pink tu hoho
tulah, rasa tak yakin gak pegi berdua dgn kakak. tpi nasib baik kitorg amek tour guide. tasik pink tu selang lagi 2 entry, hehehe :p
Deletewaaa seronoknyaaaa pergiiiii perth! xD
ReplyDeletexD
DeleteUiii, dah lama tak datang sini. Datang2 dah ke perth dah awak! Jelesss. Hihi~
ReplyDeletehehe sorry jarang update blog sebelum ni. alhamdulillah, merasa gak pegi ostolia :D
DeletePerth eh...mmg sana kalau panas, malampau gila degree diaa..hahahaha...seronok berjalan berdua?
ReplyDeleteMemang sangat. Tu yg kena sunburn teruk tu T__T hehe seronok!
ReplyDeleteSeronok betul mazni !! >< jeles jeles
ReplyDeletehahaha :p
DeleteGambar yang paling captured perhatian akak, gambar langit. Siang dan malam cantik!
ReplyDeleteTime summer mmng langit lawa2 sangat :D
DeleteLapang hati tengok langit cantik macam tu :)
DeletePatutlah gambar lawa lawa dekat ig, ke Perth rupanyaaa. Bestnyaa :D
ReplyDeleteHehehe lawa time pegi perth haritu jela :p skrng x dah, haha
Deleteuntunglah dia.. untunglaa hahaha tapi seyes best kalau dah dapat stay kat rumah rather than you duduk hotel.
ReplyDeleteHotel mostly bnyk yg mahal pastu xleh masak dlm bilik lak tu. Klu duduk rumah nk masak, membasuh, semua boleh
Deletebestnyaaaa jenjalan lagiiii
ReplyDeleteHehe alhamdulillah
DeleteNampak tenang je suasana dekat sana
ReplyDeleteCantiknya view memalam kat Perth tu yer
ReplyDeleteview dri bandar mmng lawa dgn lampu warna-warni
DeleteRindu Perth... He he he...
ReplyDeleteehehe hai.. akak datang korek entry nak cedok tips =P
ReplyDeletesimpan da emel haji yon.. kotla berminat lepas ni.
email da pakcik tu.. rasanya @hotmail.com kot sbb akak hntr kat gmail dia kata email tu xdak.. plus pakcik ni x balas2 lagi.. kena cari bekap lain..
ReplyDeletehaah hotmail, sorry sangat tersilap bagi! klau dia reply lambat, boleh cuba email isteri uncle, jamilahyon@gmail.com :) kalau aunty ilah lambat reply email akak ke apa, nnti saya boleh ws dia
DeleteSaya pon pernah duduk kat situ sewa :D sgt selesa!
ReplyDeleteSaya pon pernah tinggal di rumah 2. best sgt. selesa. :D kteorg masak tomyam. senang je nk dpt bahan makan kat sana :D
ReplyDeletewahhh tak sangka jumpa jugak org yg kenal hj yon ni! :D kann best kann! selalu beli barang halal kat mirrabooka kan? hihi
DeleteSalam. Blh bg contact ws hj yon? Going to perth this mac 2017.
ReplyDeleteini number hj yon - (+61419409067)
DeleteAssalam... berapa ye rate utk semalam?
ReplyDeletewasalam, dalam 80 AUD gitu :)
DeleteSalam Mazni, akak nak tanya sewa homestay hj yon ni bape rate nye ye?
ReplyDeleteif kite nk sewa 2 bilik pun consider sewa whole house ke?
wassalam, dalam 80 AUD per night. haah, dikira whole house juga :)
Delete