17 Feb 2016

Kem kepimpinan survival


Assalamualaikum

p/s: segala gambar dikreditkan kpd- FACEBOOK IKP UITM SHAH ALAM

Pada 29/1-31/1 haritu, aku pegi kem kepimpinan. Nama penuhnya kem kepimpinan survival bangsa. Nampak gah sangat nama kem tu kan. Actually nama2 yang kena petik pegi kem ni dekan main pilih random je. Nama aku takde dalam list pun tapi aku ikut sebab kawan yg ajak. Nasib baik ada orang yang taknak pegi, so aku gantikanlah tempat depa. Rasa cam pendatang haram pun ada sebenarnya, hahahahaha!

Niat asal nak pegi kem ni sebab bosan duduk kolej tak buat apa. Kalau pegi kem boleh gak makan free. Maklumla jumaat, sabtu, ahad mana ada makanan kat kolej iolls ni.

Lagipun aku memang suka kem2 survival ni sebab aktiviti dia mesti best. So bila aku kata nak pegi kem survival ni, kawan aku pandang pelik. "Kau sanggup pegi kem macamtu? aktiviti lasak? muka hitam? badan berlecak?". Diorang fikir camni pun sebab masih trauma lagi dengan kem kesatria masa sem 1 haritu. Aku pun trauma gak dengan kem tu, haha.

Walaupun aku rasa kem survival kali ni mesti sama dahsyat atau lebih dahsyat daripada kem kesatria dulu, tapi entahlah memang naluri aku ni suka outdoor activities. So kita try jelah kan? Hebat kan akak cuba nasib kat kem-kem camni?

So sampai2 je kat kem, dia suruh kitorang duduk kat trak lori yang bahagian belakang tu. Tau tak macam mana gaya lembu yg duduk atas lori raya korban tu? Macam tulah keadaan kitorang.

So lepas dah sampai terus kitorang berkumpul, makan, solat, ada sesi ice breaking and create ahli kumpulan. Maka dari situlah kami dari fakulti FiTA, FSK, AD, ACIS, MUZIK & sport rec bergabung. Nasib baik aku sama group dgn classmate aku. Even dia laki pun, at least taklah aku sorang je dari fakulti AD dalam group tu kanss. 
nama group kami, Litho!

Masa hari jumaat tu cuma sesi ice breaking, dengar taklimat dan malam tu ada forum. So hari pertama ni dia cerita pasal kepimpinan jela. Masuk 2nd day baru kitorang buat aktiviti! Yang pasti, aktiviti dia semua best-best. Memang jadual hari sabtu tu penuh dengan aktiviti.

Pertama, kitorang buat water confident. Sebagai pencinta aktiviti air, aku memang suka benda ni. Boleh tahan extreme jugakla sampai aku terbalik dalam sungai tu :p Kitorang kena cross river tu sepanjang 1 km dgn pelampung. Memang syok sangat! Air pun laju je. Cuma kadang-kadang tu banyak kali tersekat dekat batu. Ada yang pelampung sampai bocor sebab terlanggar batu. Dan kaki lebam itu perkara biasalah.


After water confident ni dia bagi masa untuk rehat. Lepastu pukul 2-5 tu kitorang ada explorace! Yang ni memang sumpah penat sebab perjalanan kitorang untuk explorace ni semua 5km. Matahari pulak memang tegak atas kepala, so memang aku rasa kepala otak aku dah bergelegak sangat.Pegi pakai tudung hitam pulak tu.

Untuk explorace ni diorang bagi barang amanah yang kita kena jaga. So dalam otak aku masa tu, mesti diorang kasi telur and jaga jangan kasi pecah. Sekaliii, hamek kau kerusi dia bagi. Kitorang ingat dia gurau and fikir "kemon, tak lawak langsung kayy bagi kerusi". Tapi no kidding, memang dia kasi kerusi. Kitorang taktau nak gelak ke apa sebab ini 1st time pegi kem and barang amanah dia besar gedabak sampai begitu sekali.

So... Bermulalah misi explorace 5 km kamii!

Untuk station pertama, team aku dapat kat 'everest'. Tempat ni umpama memisahkan roh dari jasad. Memang curam gila nak naik bukit tu. Sampai termengah-mengah dah kitorang.

hahaha kesiannya depa..

Memula ingatkan salah tempat tau sebab sunyi gila takde orang pun kat situ. Bila dah sampai atas tu memang dah ada fasi yang tunggu. Dia punya checkpoint tu cuma kena jawab soalan pasal rukun solat dan asas2 solat je. Nasib baik soalan agak senang jugak. Maklumlah, tempat paling susah nak sampai harusla soalan senang, hehe.

Lepas dah selesai, kitorang pegi checkpoint kedua kat dusun. Kat situ kitorang dalam satu group kena pecahkan kpd 2 kelompok. 4 orang kena selesaikan game buka ikatan tali tanpa sentuh tali. Yang macam dalam running man tu. Yang selebihnya, kena buat huruf T menggunakan blok2 kayu yg dia bagi. Take time jugaklah nak solvekan benda ni.


Lepas dah siap game 1, kitorang kena minum..... air susu+soda+telur. Bau dia memang sedap macam vanilla. Rasa pun sebenarnya macam custard, tapi sebab aku tak suka makan telur mentah tu pasal yang aku rasa nak termuntah time minum air ni. Tak kacau betul2 pulak tu.

muka2 yg dah tak sabar nak minum air pelik, haha


Checkpoint seterusnya, kena menyanyi lagu uitm tapi lagu tu kita kena olah jadi kreatif. Ada 2 option, samada lagu uitm dihatiku atau lagu wawasan setia warga uitm. Ramai yang pilih wawasan setia. Nak jadikan lagu tu lebih kreatif kita kena ubah dia punya nada suara atau gunakan alam semulajadi sebagai background muzik. Macam contoh buat background muzik guna batu, percikan air. Alahai tenangnya bunyi. Sangat nature tau.

Macam group aku, kitorang tukar nada lagu jadi soprano bila part last2 sekali. Faci pun cakap "saya suka part yang last tu", haha. Walaupun time tu suara aku tengah serak macam rock kapak, gagahkan diri juga nak buat suara soprano :p Nasib baik suara kawan2 lain boleh cover suara kapak aku ni.

 Oh lupa nak cerita, sebelum sampai checkpoint menyanyi ni, kitorang kena kacau dengan anasir luar. Tujuan dia untuk melengahkan masa kami je, ciss! Setiap team kena actually.

Naik jambatan gantung best oi! Aku naik sampai 3 kali 

Dan malam tu pula, kitorang buat bendera malaysia. Setiap team kena lukis negeri2 yang berlainan. Yang paling stressnya, langsung takleh bercakap, langsung takleh bangun dari tempat duduk. Kalau nak bergerak kena mengesot je, haha. Bayangkan nak bincang dengan ahli group kena pakai bahasa isyarat ataupun tulis kat kertas je. Cuma ketua je yg boleh bercakap untuk bagi instruction. Siapa yang bercakap atau terbangun dari tempat duduk duduklah dalam penjara. Paling takleh tahan mulut siap kena selotape lagi... 


Time tengah lukis ni, fasi pegi tutup lampu. Dia nak tengok kerjasama kitorang untuk bagi 'nur' dekat kawan-kawan yg tengah melukis tu. Time ni aku sukaaa sebab etiba teringat lagu flashlight~ Romantik pulak main suluh2 lampu, aaawwww~

                              --------------------------------------------------------------
Hari terakhir kat sini, aktiviti last yang kitorang buat ialah spider web. Setiap team kena buat satu spider web yang paling kukuh. Lepastu angkat ahli yang paling berat dalam kumpulan guna spider web tu then kena lumba lari sampai garisan penamat. Dengar cam gila kan? hahaha. Alhamdulillah tapi boleh je angkat sebenarnya. Masing-masing kena sadokan dirilah!


Masa kitorang try angkat ayai, banyak gila tali yang terputus time tu. After dah repair balik tali tu, kali kedua baru boleh angkat tanpa sebarang masalah. Cuma tangan kau tu kena tahan pedih sikitlaa. 


Jarak lumba lari ni adalah dalam 50 meter gitu. Time tengah lari tu semua selipar tercabut, terlanggar makhluk dari team lain, bendera tercicir, ada yang tergolek, ada yang terjatuh sampai terhimpit orang lain. Yang kena himpit tu sangat kesiann.

Memang penat jugaklah spider web ni, tapi seronok sebenarnya main lumba2 dengan team lain. Group aku tak menang tapi emua team dapat hadiah even tak menang pun. Last masa aku pegi kem kesatria dulu, diorang tak bahagikan hadiah kat aku pun.. Sedih sangat sebab rasa macam tak wujud je dalam group tu. Sebab tu aku suka kem kali ni sebab team aku perasan akan kewujudan aku.

Last but not least, kem ni memang sangat sangat best sebab dapat kenal dengan bebudak dari course lain, dari uitm yang berlainan. Aktiviti pun menarik, faci semua baik2. Of course kalau ada kem survival macamni lagi aku nak join! Lantakla muka hitam ke apa kan asalkan seronok.


Thanks for reading!

17 comments:

  1. Menarik. Aktiviti banyak yang menarik. IM minat jugak outdoor tapi jarang join kem, selalu buat sendirian berhad. Hehe

    ReplyDelete
  2. salam, morning...
    bestnya, lama tak join kem. Dulu masa kolej ada juga join kem, tapi bila dah masuk sambung belajar ni, masih belum berkesempatan lagi,

    ReplyDelete
  3. perghh dulu masa pegi kem kitorang diberikan balloon untuk dijadikan barang amanah. banyak trick pulak tu . baru tau yang game2 amanah macam ni tak boleh bagi kat sesiapa even dekat cikgu2. tapi aktiviti lasak macam tu mmg no no lah. hahaha tak suka nak exercise sebenarnya :P

    ReplyDelete
  4. Bestnya... lama dah tak pergi kem macam ni. huhu

    ReplyDelete
  5. wahh.bestnya pegi kem. lama dah ni kita tak pergi kem.
    but seriously? barang amanah tu kerusi? first time dgr.:)

    ReplyDelete
  6. Dari cerita yang panjang tu nampak betapa happy Mazni join kem nie. Teringat masa study dulu. Bestnya...

    ReplyDelete
  7. Akak kalau kem macam ni akak tak suka. hahahahahaha. Lame saangat. Especially water confident tu. Memang tak confident habis sebab dari dulu tak suka water activity. Tapi, bila baca Mazni punya post, rasa best la pula.

    ReplyDelete
  8. Hahhahaha sama lah kita Mazni! Kadang join event dekat kolej ke hape sebab boring and nak makan free aje kahkahkah. Boring sangat duduk bilik tu nak keluar selalu tengah berjimat pulaks kan hahah.

    ReplyDelete
  9. Bestnya aktiviti yang mazni dapat buat. Aish, aktiviti lasak saya pun suka, cuma tak boleh buat :')

    Nanti kalau ada aktiviti best camni, bolehlah mazni share Kat blog :3

    ReplyDelete
  10. Best woo join aktiviti dekat u ni. Hikhik. Tak dek lah asyik nak keluar melepak aje lepas tu habis duit. Hahahaha !

    ReplyDelete
  11. bestnyaaa. kalau BV memang lambat sikit nak join aktiviti2 macam nie sebab pasif sangat. hahahaha, mesti ada geng, kalau takdak geng, memang mereput tepi sudut, malu nak bergaul ngan orang T^T

    ReplyDelete
  12. Wah, memang betul2 survival camp nih! Padat gak aktiviti2 nya :)

    ReplyDelete
  13. menarik!! akhirnay lepasi cabaran survival ya?

    ReplyDelete
  14. Saya suka part post ni , yang Air terjun dibawa arus sepanjang 1 kilometer , It's like an opportunity for a life time . haha Nice lah . and the unique things of this camp (from your post) of course , yangmereka suruh bawa kerusi dalam aktivit explorace . Serius macam nak gelak pon ada , mungkin sbb saya hanye membaca blog je kot , dalam situations spt kamu ni , rasenye nak gelak depan fasi pon tak berani kan . Silap2 kena denda . Weee . All the activities that you mention up there , "I really want to try it" , A life of experience being teenagers should be remembered , at least pergi kem sebegini dpt tambah slot memori . haha :D

    ReplyDelete
  15. Bestnya Mazni..akak suka aktiviti survival macam ni. masa study dulu la rajin pergi...aktiviti lebih kurang gini lah..tapi paling best mewah makan..hihi

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~