Assalamualaikum
After a months, baru berkesempatan nak tulis cerita pasal trip pegi Pangkor. Tarikh kitorang pegi ni 4/9/2015-6/9/2015. Trip ni memang akan buat setiap tahun untuk department printing dan bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah antara junior dan senior, ewahh. Macam kitorang ni budak part 1 dengan part 2 je yg pegi. Yang part2 lain tu dah pernah pegi sebelum ni.
Semua kena berkumpul kat depan kolej Seroja tepat pukul 7.30. Dia kata pukul 8 pagi bas dah gerak, so jangan lambat. Kitorang punyalah bangun mandi pukul 5.30, terpacak kat depan tu pukul 7.30. Sekali bas jalan pukul 9 jugak. Cehhh
Lepas dah amek kedatangan, dah makan sarapan barulah boleh naik bas. Aku diamanahkan untuk pegang hamper so sepanjang perjalanan memang kena jaga hamper aku baik-baik, yg lain2 tu jaga hamper dia sendiri. Susah tau, dahla beratt. Sampai terkoyak-koyak dah plastik hamper kitorang tu. Ni member punya pasallah ni pegi volunteerkan nama aku untuk angkat hamper. Nama orang dia letak, nama dia sendiri tak letak, wahaha.
Dalam pukul 9 pagi camtu bas pun bertolak dengan gembiranya. Kat dalam bas tu lecturer dah bahagikan siap2 nombor van utk 10 orang. Sebab aku dengan kawan yang sorang ni duduk depan dan jauh dengan kengkawan yang lain, so kitorang dapat satu van dengan classmate laki. Meriah sangatla van tu dengar dorang bising. Kitorang ni dahla pendiam huahuahua.
Sepanjang naik bas takde papepun. Ramai orang tidur, so aku pun tidur jelah sekali. Bila dah sampai Perak baru bangun. Dahsyat ngatt.
-----------------------------------------------------------------------------
Lokasi pertama yg kitorang pegi lepas sampai Ipoh ialah cari kedai makan dan tempat solat dulu. Lecturer bagi RM6 untuk duit makan tengahari, so telah berlaku penjimat disitu. Aku pegi solat dulu baru makan. Masjid dia besar sangat. Tapi lupa apa nama masjid tu, yang pasti lokasinya di tengah-tengah bandar Ipoh. Dekat dengan area mahkamah dan muzium. Masjid warna putih.
Lepas dah solat (jamak asar sekali), kitorang terus pegi PNMB atau nama panjangnya Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Baca nama pun dah tau tempat ni pasal apa kanss, of courselah untuk budak2 printing macam kitorang ni.
Kitorang sampai PNMB ni dalam pukul 4 something kot. Sebab sampai Ipoh tadi pukul 3, plus makan solat lagi. Kalau ikutkan sepatutnya kena datang lebih awal daripada tu, tapi sebab pagi tadi bas bertolak lambat, so sampai pun lambatlah. hehe
kredit: google |
Bawaklah pegi lawatan ke apa, time nak dekat2 exam jugak baru kitorang faham printing tu apa. haha xD #IniSikapYangTidakPatutDicontohi #TerukPunyaPerangai #StudyLastMinute
Lepas dah habis melawat PNMB ni kitorang singgah UiTM Seri Iskandar untuk makan malam. But sadly tak sempat amek apa-apa gambar kat sana sebab bateri phone dah mampus. Tulah main phone lama sangat dalam bas. Dah tau powerbank takde jangan dikacaulah phone itu -__-
Lepas ferry dah datang, masuk je terus sambar kerusi kosong. Sebab lupa nak letak beg kat depan, so... Aku terpaksa duduk berhimpit dengan beg besar dan hamper di seat yang sempit..
Dalam 20 minit tersepit dalam ferry tu, sampailah rombongan kami ke Jeti Pangkor. Pastu terus naik van pegi rumah penginapan. Kitorang stay 1 malam kat Seagull beach Village. Kalau bilik kitorang ni boleh muat 6 orang satu bilik. Lokasi pun dekat dengan pantai jugak! Oklah tempat penginapan ni. orang yg uruskan homestay ni pun baik2 semuanya!
Dalam PNMB ni memang panas. Tempat ni pun kira macam kilang jugalah. Dengan mesin-mesin lagi. Pehh haba dia tak menahan sungguh. Sedap bila masuk bilik2 yang ber-aircond jelah. Kat situ baru kitorang borak2 lama sikit dengan pekerja sana. Dia ceritakanlah basic yg kena tau dalam printing, peluang pekerjaan, macam mana diorang berurusan dgn customer, cerita zaman2 dia belajar dulu. Time tu baru sel2 otak aku dah berhubung sikit. Sikit jelah.. hahaha
Dah pukul 5.30 petang, kilang ni pun nak tutup dah. Sebelum kitorang nak balik pihak PNMB bagi goodies sikit. Haa aku selalu pakai botol ni bawak pegi kelas sebab senang. Lagipun dah lama nak botol camni!
vapur bottle atau nama yg kitorang panggil "vape". Loll |
Kafeteria kat uitm seri iskandar ni murah gila! Sepinggan nasi goreng(penuh satu pinggan) RM1 je. Ya Allah seronok gila warga seri iskandar weyy! Pastu pekerja kafeteria dia baik sangatt. Sebab time orang lain makan, kitorang solat dulu. So bila kitorang datang nak makan, makanan semua dah habis. Pakcik kat kafetria tu suruh kitorang amek apa je yg kitorang nak makan kat situ tu. Dia siap buatkan jus tembikai fresh penuh satu jug lagi. Orang lain mana dapat layanan macam kitorang ni hahaha! Terima kasih pakcik! :)
Untuk penginapan malam tu pulak, kitorang sewa rumah teres yg areanya dekat dgn uitm SI. Yang lelaki duduk rumah depan kitorang je(line ketiga). Esok pagi nak kena pegi uitm SI lagi untuk sarapan. Haa yang rumah ni sewa rumah teres setingkat je. Ada 3 bilik. Dan yang paling dahsyat sekali, satu rumah duduk 37 orang. Campurlah budak part1 dgn part2. Aku dgn kawan aku tidur mana? Kat ruang tamu, atas lantai. HAHAHAHA!
kredit: google
-----------------------------------------------------------------------
On the next day 5/9, lepas sarapan kat uitm SI, terus gerak pegi jeti Lumut. Weheeee~ Last aku datang Pangkor masa umur 5 tahun. So perasaan dia tu macam baru pertama kali datang Pangkor jugaklah kiranya~ memang teruja habis.
menunggu ketibaan tan sri ferry |
Dalam 20 minit tersepit dalam ferry tu, sampailah rombongan kami ke Jeti Pangkor. Pastu terus naik van pegi rumah penginapan. Kitorang stay 1 malam kat Seagull beach Village. Kalau bilik kitorang ni boleh muat 6 orang satu bilik. Lokasi pun dekat dengan pantai jugak! Oklah tempat penginapan ni. orang yg uruskan homestay ni pun baik2 semuanya!
Dah sampai2 tu terus makan, solat. Pukul 3 dia dah suruh kita berkumpul untuk aktiviti. Masa ni ada jalinan ukhuwah dgn senior part 2 dan pemilihan kumpulan. Kali ni dia nak perempuan yg jadi ketua so team aku dengan sebulat suaranya suruh aku yg jadi ketua.
Lepas dah buat aktiviti dalam dewan homestay tu baru kitorang gerak pegi pantai. Jalan kaki je. Serupa macam rombongan bangla baru balik kerja pun ada, hahaha!
Bila sampai pantai ni punyalah teruja ambik gambar. Bersih jugaklah air laut dia.
Kat pantai ni kitorang buat sukaneka je. Jalan itik sambil kepit belon, sambut belon air, campak belon air kat team sebelah, balut kawan jadi mumia, buat binatang guna pasir. Semua aktiviti seronok kecuali jalan itik sambil kepit belon tu....
Dah senja tu, kitorang semua balik homestay. Ye, dgn baju basah lencun tu kitorang balik jalan kaki sampai homestay haha. Malam tu pulak, ada buat BBQ parteyhhh!
Seriously memang sedap gila! Makan tu sampai tak pandang kiri kanan dah. Sampai jari terluka masa nak bukak kulit ketam pun tak perasan dah. Punyalah rakus seorang makhluk yg bernama Mazni ni :p Kalau dah nampak ketam memang macamnilah jadinya~
Lepas dah makan tu ada penyampaian hadiah untuk acara sukaneka tadi. Team kitorang dapat nombor 3! Akulah yang kena amek hamper kat depan tu. Rasa macam retis pulak bila ada orang amek gambar kita, malu i taww. eh menyampah.
Dalam pukul 10 tu kitorang keluar jenjalan kat gerai2 area tepi pantai tu. Takde apa sangat pun tapi sedaplah jalan malam2 tu sebab breezy je~
*********************************************************************
So last day kat Pangkor ni, kitorang pegi snorkeling, nak berkawan dengan ikan! Yang ni memang aku eksited sebab 1st time aku buat snorkeling. Selama 18 tahun hidup dan dah banyak kali pegi pulau2 yang cantik.. Baru kali pertama sis ini ber-snorkeling...
Nak snorkeling ni kitorang kena pegi pulau Giam dulu. Tak jauh pun. Naik bot sekejap je sampai. Kat situ memang Subhanallah! Air biru jernih sangat2. Tapi aku tak sempat nak amek gambar :( Time tu eksited sangat nak snorkeling sampai phone dibiarkan je dalam beg. Last2 nyesal sebab tak amek gambar..
kredit: google |
Masa sampai je Pulau Giam tu, kitorang diberi latihan snorkeling. Kena pakailah goggle dengan baju pelampung apa semua tu. Pastu kitorang kena try selamkan diri dalam air. Honestly, aku ni jenis yg takleh tahan nafas lama sangat dalam air tapi kena try jelah kan. Lepas dah diberi latihan tu baru pandai nak menyelam. So ikan, wait for me!
Kitorang diberi 3 ekor udang kering utk umpan ikan. Time nilah nak berbaik-baik dengan ikan! Ikan2 tu serious lawa ngatt. Apa ke nama ikan yg belang2 hitam kuning tu? Haa ikan tulah yg kitorang jumpa. Bila tunjuk je umpan tu terus ikan2 datang serbu. Rasa macam idola pulak. Lulz.
Time snorkeling tu banyaklah dramanya. Sebab rombongan kitorang ni ada dalam 70++ so sempit sikitlah sebab nak kena berenang kat satu kawasan yg sama. Dengan pengunjung lain lagi. Time tu adalah yg terlanggar orang sana, tersepak orang sini, tersplash air kat orang lain, terpusing-pusing, goggle kabur sampai tak nampak apa, ada yang tak reti berenang, kaki tersekat kat batu karanglah. Ekceli, aku pun salah sorang dari mangsa diatas, heheh.
Aku ni jenis yang kalau tengah berendam kat laut memang gelabah bila kaki tak capai tanah. At least mesti kena ada benda untuk dipaut. Tu pasal yang asyik duduk tepi batu besar tu je. Pastu satgi masa tengah snorkeling, angkat2 kepala dari air je tengok dah jauh dari batu besar tu. Pegi balik kat batu tu, menyelam kat situ je. Dasar pemikiran tak maju, asyik duduk bawah batu je. lol.
Trip ni memang awesome! Ni trip yang paling best aku pernah pegi sepanjang tahun ni. Seronoklah pegi dengan kawan-kawan camni, bukan selalu :) Lagipun tahun 2015 ni memang aku tak banyak keluar bercuti pun. Yang ni jelah yang paling menyeronokkan setakat ni hahahaa.
Thanks for reading!
#Jangan lupa klik2 iklan kat sidebar tu okay? Semoga dimurahkan rezeki! Hehehehe :B
Best gillew okeyyy... Haha Meriah2.. Vape pun vape laa :P
ReplyDeleteAmboi.. Banyak betul drama.. Nasib baik tak kuar drama jumpa jodoh masa snorkeling hahahaha - KTC
pengaruh vape berleluasa skrng ni. lihatlah anak muda dh terpengaruh :p
Deleteaip aip jodoh2 tk mainla hahaha
mmng seronok!
ReplyDeletesaya pun selam tak selam je cik akak, space nak berenang sempit hihi
Bestnyaaa pergi Pangkor mandi laut. hehe. Akk suka snorkeling. Best tgok ikang! haha
ReplyDeletesaya pun suka! lawa2 sangat ikan kat sana! rasa cam tak puas je snorkeling haritu huhu
Deletebila la boleh merasa gi pulau ni.. huhu.. uitm mazni mahal ke? akak masa duk puncak alam dulu dapat jugak harga nasi goreng seringgit.. selagi boleh sumbat, sumbat sampai penuh.. hehe
ReplyDeletemahal gakla kak u_u nasi goreng kampung kt kafeteria kolej pun smpai rm3++ gakla. seriouslah? yeayyy seronoklah saya nk pindah palam nnti. makanan murah hahaha! :p
Deletesiapakah yg tertanam di dlm pasir tu! haha
ReplyDeleteatas permintaan tuan punya badan :p dia yg nak sangat kena tanam hahahah!
DeleteWah bestnya dapat pergi Pangkor. Zumal belum pernah sampai lagi ^-^
ReplyDeletehighly recommended klau nak dtg pangkor. bnyak juga aktiviti boleh buat kat sini :D biasanya dtg pangkor buat family daylah
DeleteInsha Allah jika ada rezeki akan Zumal pergi... teringin sangat ^-^
Deletewah! cantiknya pantai dia, tak sabarnya nak ke pangkor!
ReplyDeletenak pegi pangkor ek? hihi happy holiday!
DeleteSeronoknya baca pasal trip ni! Rindu laut! Rindu nak pergi pulau-pulau dekat Malaysia ni. Makanan pun semua nampak sedap. *nangis bawah selimut*
ReplyDeleteGambar-gambar yang Mazni tangkap pun cantik juga! :)
mesti kak farah dh lama tak pegi area2 laut. kat sana banyak gunung ngan tasik je kan? nnti balik malaysia ajaklah family pegi laut hihi :D
Deleteyeayy senpai puji hahaha! :p terima kasih! <3
Bestnyaaaaaa pergi ramai ramai. Jeles ni jeles hm.
ReplyDeleteHaritu lect ada ajak keluaq dari kmk tapi kami malas buat kertas kerja haha.
kitorang pegi pangkor ni pun dlm keadaan ditimbuni kerja jugaklah hahaha! pastu bila balik pangkor tu stress manjang sbb nk kena siapkan keje :p
Deletehai...yaya datang dari Jom Kita Sembang Bersama 35 Blogger...salam perkenalan dari Yaya Cendana :)
ReplyDeletemohon komen murni di
http://www.yayacendana.com/2015/10/asean-musical-extravaganza-2015-matic.html#comment-form
terima kasih ^_^
Seronoknya cuti-cuti pangkor! Suka tengok biru air laut tuh, cantik!
ReplyDeletekan kann~ air laut kat pulau mmng biru2 ^^
DeleteKalau akak ni,..mesti berendam sampai kecut! Hihihi
Deletecantik kan pulau pangkor :)
ReplyDeleteyup lawa :)
Deletehehehe...Pangkor mmg best pun...cuma kak sally tak pernah g jugak...masa snorkeling kat langkawi pun sama...tetiba takut bila kaki x jejak tanah
ReplyDeleteHahaha samalah kite :p tpi sebenarnya kt kawasan yg dlm tula yg pling bnyk ikan huhu
DeleteBestnyaaaa tak pernah lagi snorkeling T.T
ReplyDeleteAhaha ini pun 1st time xD klu x pegi trip ni x merasalah nk bersnorkeling bagai ni
DeleteKalau Zumal yang tak tahu berenang memang tak ada harapan nak snorkeling
DeletePerghhhh.. bestnya dapat makan angin T_T Siap pergi snorkeling lagi. Tapi yang dasyat ada game balut kawan jadi mumia, lol. Aktiviti jenis apakah itu, kekeke. Dah lama x jalan2 bercuti, kalau ada trip pon... trip pergi Jusco dgn kawan2. Hehehe
ReplyDeleteSaya rasa game balut mumia tu aktiviti biasa klu pegi pantai. Sbb dulu buat family day kat pantai pon ade jugak main balut2 mumia ni :p
DeleteAmboi pegi jusco dgn kawan hehehe. Saya ni sekarang dh jarang keluar dgn kawan. Even tgh cuti pun hahaha!
bestnyaaa pergi pangkor. farah yang duduk perak ni pun tak pernah pergi haih T.T
ReplyDeletehehe pangkor dekat je xD
Deletebest nya.. tiba-tiba teringat zaman kak aiza muda-muda dulu dengan kawan-kawan baik..
ReplyDeletennti kalau saya dh kerja mcm kak aiza pun msti teringat-ingat zaman dgn kawan2 cmni huhu
Deletewah.. bestnya.... hehe. eh eh.. singgah di uitm seri iskandar ye.. tmpat sy study dulu .. hehe
Deletehai kak senior! hehehe :D
Deleteperghhhh best gilaa dapat pergi trip dengan batch-mates?? hehehe... cantiknya pulau~~
ReplyDeletefakulti kitorng mmng buat trip ni tetiap tahun xD best!
Delete