13 May 2015

Who are you (school 2015)


Assalamualaikum

*KLIK *KLIK *KLIK (bantu klik xD)

Haa harini nak story sikitlah pasal drama yang aku tengah tengok ni. Rasanya dah lama gila tak buat review pasal KDrama ni kan. Aku akan review kalau aku rasa cerita yang aku tengok ni best, haha! Tapi yang ni cerita pasal school life. Aku tengok cite ni pun sebab minat dengan budak pompuan tulah, Kim Soo Hyun. First tengok dia berlakon dalam cite The strange houskeeper tu. Dia memang ade bakat dalam berlakon.


plot

Watak utama dia ialah 2 beradik kembar. Sorang Go Eun Byul(kakak), sorang lagi Lee Eun Bi. Diorang ni dah takde parents. Yang si kakak ni ade orang bela jadi anak angkat dan tinggal kat Seoul, adik dia pulak duduk kat rumah anak yatim kat Tongyeong. Start dari situ diorang terpisah.

Eun Bi ni pendiam time kat sekolah. Dia selalu kena buli dengan Kang So-Young, budak dari seoul yang pindah ke Tongyeong. Tapi dia tak bagitau kat orang2 dalam rumah anak yatim tu yang dia mangsa buli. Classmate dia pun teruk dan buat tak kisah je bila dia kena buli.

Berbeza dengan kakak dia, Go Eun Byul ni pelajar yang glamour kat sekolah. Dia belajar kat Private school yang terkenal kat Seoul. Si Eun Byul ni selalu dapat markah tinggi kat sekolah, cantik dan ade ramai kawan. Selain tu, dia ni dari kecik kawan dengan Han Yi-an, swimmer sekolah yang terkenal gila. Eh muka laki ni kan macam Jungshin CNBlue sikit hahaha!

Satu hari, sekolah Eun Byul buat trip ke Tongyeong. Masa trip tu tiba2 Eun Byul hilang dan kawan2 dia yang lain taktau dia pegi mana. Pada masa yang sama, Eun Bi ni pulak nak bunuh diri dengan terjun dari jambatan sebab stress kena buli. Tapi kakak dia datang selamatkan dia.

Lepas beberapa hari, Eun Bi ni bangun dari hospital dan dia kena amnesia, tak ingat apa2 tentang diri dia. Mak Eun Byul ingat Eun Bi ni anak dia, so Eun Bi pun mula hidup sebagai kakak dia.

Setakat ni baru episode 6 je yang dah keluar. Cerita ni agak confuse sikitlah. Banyak persoalan yg belum terungkai lagi. Ada orang kata kakak dia dah mati masa selamatkan adik dia tu. Tapi dia mati sebagai nama Eun Bi. Taktaulah yang mati tu betul2 kakak dia or tak sebab takde tunjuk pun macam mana dia mati tu. Tau2 dah ade kubur, hahahaha.

Rating: 8/10

Moral of story: Jangan suka2 buli orang lain sebab kita taktau tindakan kita boleh menyebabkan mangsa buli mengalami tekanan perasaan yang melampau sampai sanggup bunuh diri. Uuuuu....

Thanks for reading! :D


42 comments:

  1. drama ini banyak persoalan setiap episode..itu yang best..buat kita nak lebih tngk^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. nak tau sangat sape yg slalu takut-takutkan eun byul tu ><

      Delete
  2. wah..menariks..leh layan ni..sbb Ayu memang tgh cari cita apa nak tgk sbb tunggu Girl Who can See Smell punya episod baru..m acih sbb share.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye pun tgh tengok girl who see smell tu. saya kalau tgok drama terus tengok banyak2, hehe

      Delete
  3. Mana yg macam Jungshin! hahahaha...

    Kak Sally tak tgk lagi...rasanya lepas hbs ni baru start tgk...nak tunggu Orange Marmalade & Producers keluar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi cnblue laju je ehhh hahaha! muka laki tu mmng sama sikit mcm jungshin, org lain pun ckp cmtu tau

      cite ni baru je start :D

      Delete
    2. tau...episode 6 dah kan...akak belum sempat nak tgk...hihihi...nnt laa...tau, akak perasan budak yg iras jung shin tu

      Delete
    3. hensem kannn? xD

      Delete
  4. drama ni tak tengok lagi.. hehe.. currently downloading kill me heal me & birth of a beauty.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru start tengok drama ni semalam, terus tengok dari ep. 1-6 tu :p

      kill me heal me sye dah tengok. birth of a beauty tu belum lagi tapi ramai kata cite tu best

      Delete
  5. ingatkan kim soohyun buah hati ai.. hehehe.. dah lama x tgk drama korea.. nnt nak tapau buat stok after cuti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kim soo hyun yg alien tu takde dlm cite ni. saya pun lama jugak tak tengok drama yg baru2, selalu tengok running man je.

      Delete
  6. Zumal pernah jadi mangsa buli rasa nak tengok drama tu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan kt org yg jadi mangsa buli ni..

      Delete
    2. Zumal sampai taruma jumpa pembuli tu

      Delete
    3. trauma tu mestilah. saya mmng tak suka pembuli sbb diorang ni tahpape sebenarnya. nak buli org yg muka2 baik, org lemah. saja tunjuk diri tu hebat

      Delete
  7. Akak busy sampai tak sempat nak layan drama sekarang ni. Sobsssss T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya layan semua drama2 ni sbelum nak masuk U bulan depan, huhu T__T

      Delete
  8. Tak tengok lagi cerita nih TT^TT

    mmg dalam list.. uhuhuhu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula saya tak penah listkan cite ni utk ditengok
      tpi adik saya yg recommendkan, layan jelah xD sekali tengok best pulak

      Delete
  9. dah lama tak layan korean dramas. demam dah makin surut ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok kdrama ni pun sebab bosan, haahaha

      Delete
  10. yeahhhh tengok jugakkk!!

    best aih drama ni. mula mula cam blurr pasal plot story dia, but sekarang dah fall in love with this drama. weeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun blur gak memula. pelakon2 dlm cite ni semua best! hehe

      Delete
  11. Dah lama tak layan Korean drama. Tak tahu nak pick up cerita yang mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa tengok the girl who sees smells sekali tau. Cite tu best gila! Hahaha

      Delete
  12. Citer sekolah2 camni syok gak layan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah cite pasal perangai budak2 skola je. Scene cintan cintun takde sangat :D

      Delete
  13. terus hati melonjak2 nak tengok..

    ReplyDelete
  14. thanks for reviewing mazni!! suka jgak kat kim soohyun.. rasa berbelah nk tgok or tak... tp lepas mazni review..ckp best.. nk tgok gak ahh..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome! budak tu mmng pandai main watak, tu yg saya suka. hihi tengoklah. hero2 dia hensem tau :p

      Delete
  15. suke tgk poster dia. baru tgk poster dah cantik. tp citer korea x berape minat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... saya pun suka tengok poster dia

      Delete
  16. Cerita apa ni Mazni? Tengok gambar macam best hehe kalau heroin lawa selalu best HAHAHHA sejenis suka tengok perempuan cantik memang camni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok sndiri baru faham, haha. tpi so far cerita ni bestlah. saya suka watak eunbi yg memula penakut gila last2 jadi berani bila jumpa ngan budak yg slalu buli dia masa kt sekolah lama dulu. tapi budak ni baru 16 tahun kottttt. lawa gila+matang ><

      Delete
  17. Pelakon tu mmg best! Saya x prnh tgk drama ni lagi tapi, yang pelakon perempuan tu ada berlakon jdi watak tmbhn dalam sensory couple. Dahlah cantik, insekyo kita ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, tpi sedih dia mati dlm sensory couple tu. budak ni dh banyak sgt berlakon dlm drama2. dia ni kira mcm park shin hye jugaklah, sbb dia berlakon dari kecik

      Delete
  18. belum tengok lagi but teringin nak tengok sebab ada sungjae XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka tengok watak dia dlm cite ni. nakal tapi baik ahahah xD

      Delete
  19. akak baru dload sampai epi7 tp x tengok lagi.. usually akak tnggu citer habis airing baru mula tngk..
    biar ketinggalan sket drpada dok trtunggu2 next episode..

    aaaaa akak suka Sungjae =) hehehe..

    ReplyDelete
  20. Akak tak mnat mane kpop dik.. Jd akak tak lyn hehe sorry

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~