Assalamualaikum

Masa kecik dulu, kita semua ada cita-cita. Pergi sekolah pun cikgu selalu tanya apa cita-cita kita semua. Bila dengar jawapan daripada kawan-kawan, hebat-hebat sungguh impian diorang.
Ada yang nak jadi arkitek, doktor, cikgu, engineer, saintis, angkasawan, pilot, fashion designer, usahawan dan macam-macam lagi.
Kalau korang tanya aku, sebenarnya cita-cita aku ni asyik berubah-ubah. Maklomla tak tetap pendirian. Sekejap tu nak jadi pelukis, sekejap nak jadi pelukis komik, sekejap nak jadi cikgu. Tapi akhirnya aku memutuskan untuk menjadi cikgu, dan cita-cita ini paling lama aku pegang, hingga ke sekolah menengah.
Tapi lepas je aku naik tingkatan 4, 5 aku lebih ke arah seni. Yes aku minat dunia-dunia seni tapi at the same time aku masih kekalkan cita-cita nak jadi cikgu jugakk haha pening tak xD Dan lepas masuk universiti, memang course aku bukan dalam bidang perguruan pun sebab masa isi UPU tu maybe tak layak wahaha.
Walaupun sekarang aku dah bekerja di dalam bidang yang aku pelajari semasa di universiti, tapi bila teringat balik cita-cita masa dulu, macam kelakar pulak aku ni minat nak jadi cikgu ye. Lama pula tu aku simpan niat nak jadi cikgu ni. Tapi takpe, aku suka dengan kerja yang sekarang ni sebab at least tak rugi diploma dengan degree aku, walaupun pada asalnya ini bukanlah cita-cita aku sejak kecil.
Even sekarang tengah kerja pun, aku taktahu apa target aku di masa akan datang. Bila makin besar, makin kita taktahu sebenarnya apa cita-cita kita. Bunyinya macam orang yang takde arah tuju ._.
Apa pun tetap bersyukur dah dapat kerja yang kita suka. Sometime bila tengok orang lain, dia main kerja je apa-apa yang ada asalkan ada pendapatan. Zaman sekarang ni kebanyakannya orang bekerja sebab nak survive je.
Bila tengok kat twitter, ramai je anak-anak muda yang menganggur dan ada juga yang struggle cari kerja, ada yang tak kisah kerja dalam apa-apa bidang walaupun tak seperti yang diimpikan oleh diorang. Ada tu yang struggle sangat sampai buat side income jadi agen dropship, jadi penghantar makanan. Padahal belajar tinggi-tinggi kemain susah.
Betullah tu zaman sekarang ni kadang2 kita kerja hanya untuk survive. Kadang-kadang orang dah tak peduli dah pun terpaksa lepaskan cita-cita yang dia idamkan, asalkan ada kerja pun dah cukup. Cukuplah ada gaji dan boleh bayar segala komitmen, bagi duit kat ibubapa dan yang paling penting halolll wa fil toyyiban~ Rasanya mungkin impian setiap anak bila dah ada duit, nak bagi kat parents kan?
Mungkin sekarang ni tak dapat jadi cikgu, tapi soon boleh jadi cikgu kepada anak-anak kita kan. eh?
Apa cita-cita korang sejak kecil? Korang berjaya tak capai cita-cita tu? :D