29 Oct 2026

Summit attack gunung Merbabu


2 Jun 2026 - Selasa

Sambungan dari --> Mendaki gunung Merbabu - Campsite

Seawal jam 12.30 am aku dah bangun, cuci muka dan kumur gigi pakai air. Pagi-pagi lagi mas porter dah buat supper bebola pisang dengan nestum coklat pehh memang sedap!

Tengok orang lain slow-slow dah start summit attack
Kita yilek yilek supper dulu

Disebabkan summit attack Merbabu ni ambil masa 2 jam, kami start naik pukul 3.30 am sebab nak santai-santai je. Naik awal sangat pun buat apa sebab belum nampak view lagi. Timing tu pun just nice sebab tinggal sejam before azan subuh. Kita dah standby ambil wudhu siap-siap kat campsite, takdela seksa sangat menahan kentut hahaha.

Awalnya buat 4 layer baju sebab cuaca agak sejuk pagi tu, tapi tak sampai sejam berjalan aku dah bukak baju puffer sebab panas. So kalau naik Merbabu ni, tak payahlah beriya sangat buat layering tebal-tebal bagi korang-korang yang spesies Elsa Frozen macam aku ni :p

Melihat mereka yang sedang mengerah keringat

Walaupun dalam samar-samar kegelapan subuh, kami boleh nampak bayangan gunung Merapi yang terletak tak jauh sini. Bukan tu je, malah kami still boleh nampak bukit-bukau penuh kehijauan! Memanglah Merbabu ni terkenal dengan gunung yang penuh kehijauan.

Lush green~

Bagi aku trek dia pacak, tapi jelas dan kategori boleh bawa bincang. Dari campsite tu kita naik straight je sampai la jumpa kawasan yang agak lapang, pastu belok kanan terus naik sampai ke puncak. Layan je pacak tu sambil berzikir, tau tau sampai lah. 

Aku solat subuh kat kawasan lapang yang agak rata, kemudian sambung perjalanan. Honestly, banyak kali kitorang stop sepanjang summit attack ni sebab ralit ambil gambar! Lagi-lagi bila langit dah mula cerah. Ha korang tataplah gambar-gambar yang aku nak dump kat bawah ni yeps.

Hai Mount Merapi
sukalah tengok muka-muka diorang yang tengah struggle ni :p
Kaler baju kakak aku dah oleh sebati dengan rumput dah
dah macam sinaran syurga pulak backlight tu
Mighty Merapi~
Dengan kuasa bulan, aku akan menghukum mu!

Sakan je kitorang bergambar kan. Walhal belum sampai pun lagi peaknya. So guide pun cakap kita terus naik puncak dulu sebelum ramai orang. Yang lain-lain ni boleh ambil gambar otw turun. So Ayuh kita gerak.

Beratur macam lawatan sekolah laa ahakss
*Insert lagu Jurassic Park*
Bayang-bayang Merbabu!

Sebenarnya kat Merbabu ni ada beberapa puncak, iaitu Triangulasi, Kenteng Songo, puncak Syarif,  Ondorante serta beberapa lagi. Kesemuanya memiliki ketinggian yang berbeza tapi yang paling utama ialah puncak Triangulasi dengan ketinggian 3,142 meter dari paras laut (mdpl).

Done tawan gunung Merbabu!

Dari puncak Triangulasi ni, tak jauh pun untuk ke puncak Kenteng Songo. Ada ahli group kitorang yang rajin menapak sampai sana, tapi aku tak pergi pulak. Tetiba rasa menyesal sebab bukan jauh mana pun 10 minit tu. Sekaligus dapat tawan 2 puncak dengan panorama yang berbeza.

Biasanya yang naik via jalur Selo lah yang akan jumpa direct puncak Kenteng Songo ni.

Apapun, pemandangannya Subhanallah MasyaAllah cantik sekaliii. kami boleh nampak gunung Prau yang jaraknya 100km++ dari sini. Padahal masa kita naik Prau 2 hari sebelumnya, tak nampak pulak gunung Merbabu dari jauh ek?

Semua berjaya summit yeayy congats all!

Agak lama jugaklah kami duduk kat atas ni. Sekitar pukul 8.30 am gitu kita slowly turun sebab masing-masing dah puas buat content, bergambar. Ikutkan boleh sampai sekitar 30 minit - 1 jam je kalau non-stop turun ke campsite. Tapi mana mungkin non-stop kan, sekejap-sekejap tu ko stop lagi untuk ambil gambar :p

Merbabu ni sangat instagrammable tau. Memang rugilah kalau dah naik tinggi-tinggi tapi tak bergambar kat setiap spot viral. 


Masa turun, kitorang nampak sekumpulan manusia beratur kat tempat yang kelihatan merbahaya. Ah apa lagi, kita pun FOMO jugak nak bergambar kat situ. Nak sampai lagi entahlah bila kan. Selagi mana ada tempat cantik, jangan sia-siakan. Yang penting tahu jaga keselamatan.

Bak kata Akmal, "semua ni antrian yang menunggu masuk ke syurga"
Mas Gondrong dah standby jadi photographer
Mamat ni tengah galau. Pilihla kaler baju yang contrast dengan alam agar gambarmu cantik
Behind the scene vs result :p
adik aku tengah ketar ketir sebenarnya ahakss

Then jalan ke depan, jumpa lagi spot lawa yang menghadap direct gunung Merapi. Siap boleh baring-baring kat rumput lagi. Aduh banyak sangat gambar cantik-cantik yang aku terpaksa letak kat sini so korang layankan jelah~ Boleh jamu mata tengok benda hijau-hijau.

Baring cara orang kaya
Bunga edelweiss yang berlatarkan gunung Merapi
3 beradik dan 3 gunung
Ini dipanggil punuk sapi, salah satu formasi padang rumput ikonik di Gunung Merbabu. 
Close up sikit gunung Merapi
Jalan turun melalui pasir yang licin

Kalau ke Merbabu, korang kena make sure bergambar dengan pohon jomblo yang sangat ikonik di Jalur Suwanting ni. Walaupun kena beratur lama, tapi ku gagahi jua demi sekeping dua gambar kat sini. Pokok tu berdiri sendiri di tengah hamparan sabana hijau serta menghadap gunung Merapi. Seriously rugi sangat kalau dah naik Merbabu tapi skip bergambar kat pohon jomblo ni.

Adik akulah antara manusia yang rugi tu, KAH!

haa tulah pohon jomblo nya
Ini pompuan jomblo bersama pohon jomblo 
Memang pokok tu berdiri tunggal takde pokok-pokok lain pun disekitar
Sementara tunggu turn, dapat snap gambar gunung Sumbing, Sindoro dan Prau dengan kuasa 20x zoom
hamparan sabana yang menghijau, sejuk mata memandang
Sahira dah macam teletubbies pulak
Otw turun ke campsite menghadap open view yang cantik camni. Rasa taknak balik je..
Campsite yang kita dapat nampak dari atas
Laluan nak ke summit yang kita lihat dari campsite

Aku sampai campsite pukul 9.15 am. Then kemas-kemas barang sikit dan sempatlah tidur jap sementara tunggu yang lain-lain sampai. Guide cakap nak gerak around 10.30 am, so ada masa lah untuk rehat dan makan tengahari before turun. 

Next --> Kembali ke Basecamp & Jalan-jalan Malioboro

15 comments:

  1. Beautiful and captivating photos!!! Wow! Thank you so much for sharing!

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah lawaaa sangat 😍
    Lagi-lagi masa perubahan cahaya dari malam ke siang tu. Macam di alam lain.

    Tahniah Mazni dan adik, kakak dah berjaya sampai puncak Merbabu 👏🏽
    Seronok tengok adik-beradik berkongsi minat. Banyak yang boleh diborakkan bila sama-sama menua nanti 😀

    ReplyDelete
  3. Waduh cantik bangat ni... memang rugi kalau tak bergambar puas-puas kan

    ReplyDelete
  4. Hahaha bab ambil wuduk awal-awal sebab takut terbatal tu memang mencuit hati! 😂 Menarik pengalaman mendaki Merbabu waktu dinihari. Ingatkan kena pakai empat lapis baju sepanjang perjalanan, rupanya belum sejam dah berpeluh.

    ReplyDelete
  5. cantik btul permandangannya...best la posing kt dahan pokok tu

    ReplyDelete
  6. Dalam ramai2 tu ada tak nampak yang joget2 buat content tiktok?

    ReplyDelete
  7. Ralit tengok gambar2 atas gunung yang cantik2 semuanya 😍 Subhanallah, rasa kerdil je bila tengok ciptaan Allah yang Maha Hebat ni.

    ReplyDelete
  8. kagum sungguh sy dengan ciptaan Allah. Puncak gunung yg sgt indah. Terkenang kejayaan mendaki Gunung Kinabalu pd thn 1998 lepas..

    ReplyDelete
  9. Subhanallah cantik-cantik gambar yang diambil. Betul saya cuci mata tengok gambar-gambar yang ada.

    ReplyDelete
  10. Gambar perempuan jomblo dengan pohon jomblo memang win. Cantik sangat bila dari gelap timbul terang. SubhanAllah indah sungguh

    ReplyDelete
  11. Haihhh cantiknya la. Sekadar tengok gambar orang jela. Sendiri nak mendaki memang tak mungkin.

    ReplyDelete
  12. Baca sambil tgk gambar... jadi speechless tak tahu nak komen apa dah hahahaa... seriuss cantik view dari atas gunung ni.. memang berbaloi la kol 3.30 pagi dah kena bangun...

    ReplyDelete
  13. Memang tak mungkin saya kesana. Jadi bersyukuuuur sangat bisa lihat jelaaas foto2 cantik dari mazni 😍😍😍😍😍😍. Luar biasa , trutama merapi yang gagah banget 😍😍😍. Macam merinding juga. Teringat saat dia meletus dulu ..

    Hebat lah mazniii 😍😍👍.

    So next, nak naik gunung mana lagiiii 😍😍😍

    ReplyDelete
  14. Masyallahhh. cantik2 nya gambar.. manusia tegar namanya ni kan. kuat mendaki.

    ReplyDelete
  15. Subhanallah cantiknya view dari atas gunung ni Mazni. Thanks for sharing dan moga Mazni dapat share lagi. Bab menahan wuduk tu, alaaa kita nya badan berangin.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~