28 Jun 2026

JJCM di Ipoh - Suhaimi kafe & Canning Dimsum

 

*JJCM - Jalan-jalan cari makan

Weekend last week, pergi Ipoh bagi memenuhi undangan kahwin ex-officemate adik. Walaupun kawan kepada adik, tapi kitorang pernah hiking beberapa kali jugaklaa. Tu yang kenal tu.

Alang-alang ke Ipoh, tak sah la kalau tak foodhunting! Ipoh ni terkenal dengan makanan kopitiam, especially untuk sarapan pagi. Sudah di Ipoh, haruslah jadi morning person demi sarapan pagi kat kedai ala-ala kopitiam atau warung klasik.

Thanks to TikTok, jumpa pun kedai klasik yang sedap!

Suhaimi kafe cawangan Pekan Lama

Kafe ni buka pukul 8.00 am dan merupakan antara spot sarapan pagi yang glemer di Ipoh. Dia punya lokasi pun duduk strategik di tengah-tengah Pekan Lama Ipoh, dan walking distance je nak ke Concubine Lane.

Masa sampai tu, kedai belum penuh lagi. Selang 10 minit lepastu, sekejap je dah penuh.

Interior kedai ni yang vibes klasik-klasik

Pilihan makanan pulak memang khas untuk sarapan pagi jelah. Ingatkan kafe klasik camni ada makanan melayu jelah. Rupanya ada jugak terselit menu spageti. Dari segi harga, aku rasa murah dengan portion dia yang agak banyak tu.

Korang tengok jela senarai harga menu kat bawah ni. Lepas dah order, resit tu boleh bayar dulu di kaunter dan barulah mereka akan siapkan pesanan kita.


So kami order... Mee kari, mee kicap, roti bakar telur goyang, puding karamel, kopi butter, hot chocolate dan teh o lemon.


Semua makanan ni sedap sangattt! Aku order mee kari, kuah dia tu pekat dan sedap secukup rasa! Aku memang suka mi kari, so rekomen untuk korang try mi kari kalau datang sini. Isi tak kedekut, kenyang macam nak muntah hahaha. 

Mi kicap tu pun sedap. Rasa kicap dia lain sikit dari yang biasa makan, tak sure campur apa, tapi unik. Dia bagi semangkuk kecik kuah mi kari with toppings untuk dimakan dengan mi kicap. Kenyang tersandar jugak.

puding karamel sebagai pencuci mulut
Barulah terasa vibes kopitiam klasik :p

Total makan bertiga = RM51.50.
Overall, semuanya memang sedap. Masa menunggu makanan pun tidak terlalu lama walaupun kedai sentiasa ramai. Benarlah seperti di-review oleh orang ramai, ni antara kedai sarapan pagi yang sedap dan mesra poket di Ipoh ni. I will definitely visit again kalau datang Ipoh!

Suhaimi Pekan Lama
52, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Canning Dimsum

Memang teringin sangat nak makan Canning Dimsum ni sebab glemer. Baca review, orang cina pun kata dimsum kat sini sedap dan hampir setanding dengan dimsum version haram. Means betul-betul sedaplah :p

Nah logo halal besar-besar dia letak kat depan pintu

Anyway, kedai ni duduk di kawasan perumahan. Ada jugak kedai makan di deret-deret situ, antaranya New Hollywood yang terkenal tu. So memang penuh kereta jugaklah time nak cari parking ni. Kami parking agak jauh sikit dari depan kedai ni.

Sampai tu, akan diberi nombor dan tunggu giliran untuk masuk. Tak lama sangatlah menunggu, bawah 10 minit je.


Konsep makan kat sini, waiter akan datang bawak pelbagai jenis dimsum untuk kita pilih. Disebabkan kami masih kenyang lagi dengan makanan pagi tadi, order 6 jenis dimsum jela.

Prince range dia bermula dari RM7.90 untuk sebekas tu. Kami ambil inti scallop, har gow udang, tomyam ayam, salted egg prawn, dimsum warna bunga telang berinti udang dan dimsum goreng inti udang.

Suasana dapur yang tengah busy siapkan order

Semuanya sedap sangat. Tapi paling aku suka is salted egg prawn dengan abalone. Salted egg tu siap bungkus bawak balik lagi. Yang bagi aku kureng sikit, flavor tomyam ayam kot. Maybe sebab tak suka rasa pedas-pedas tu.

Harga makanan kat sini tidaklah terlalu rahmah sangat ye. Dimsum paling murah pun harga RM7.90. Rata-rata pilihan yang kami ambil ni berharga RM8.90.. so do the maths laa haha.

Tula, ambil banyak lagi dimsum inti udang, kan dah mahal!

Ada jugak pau, cheng cheong fun atau menu-menu selain dimsum dan masih kategori menu ringan-ringan je.


My personal review, dimsum dia sedap! Cuma harga jelah tak sedap mana. Nasib baiklah kitorang datang sini masa tengah kenyang, so taklah tamak sangat order banyak jenis dimsum. Ni order 9 jenis je harga dah RM100+ termasuk air, kalau order banyak risau muflis je nanti.

Ada cawangan Canning Dimsum ni baru dibuka kat Bangi ni. Nanti senanglah if aku nak repeat lagi bila tengah kaya :p

Canning Dimsum Ipoh
1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Canning Dimsum Bangi
Plot 4, Pusat Komersial Damai Unik, Lot 9-11, Lot 78736, Persiaran Kemajuan, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


38 comments:

  1. Nanti dah betul² menetap dekat Tronoh. Baru la boleh playing tourist dekat Ipoh..hihihi

    ReplyDelete
  2. JJCM Ipoh. Teringin hendak tahu mi kicap ini rasa bagaimana sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba makan mi kicap. Yg kat kedai suhaimi ni sedap!

      Delete
  3. yg penting logo halal terpampang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuu. Baru orang yakin nak makan sini

      Delete
  4. ishhh kalau tahu sy pegi kafe ni berbanding oldtown tu
    makanan pun nampak sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oldtown is common. Next time datang ipoh datangla sini hehe

      Delete
  5. Kat area Perak memang banyak kedai kopitiam gini. Kakcie memang suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perak kan tempat orang2 lama. Banyakla kopitiam klasik :p

      Delete
  6. Replies
    1. Inti dalam udang. Kulit je kaler biru sebab celup dgn bunga telang

      Delete
  7. Akk kalau singgah ipoh pun mesti makan mi kicap. Kat tempat lain tak teringin pulak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. mi kicap dengan ipoh ni dah macam specialty pulak kan xD

      Delete
  8. Lovely photos! It looks like a wonderful time!

    ReplyDelete
  9. Nampak best pulak Suhaimie kafe tu. Boleh la cuba lain kali. Canning Dimsum tu dah pernah cuba, ok la konsep unik harga dimsum pun berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. rasa nak repeat lagi hehe
      kalau kat bangi plak dia sediakan troley ala ikea tu utk pelanggan pilih dimsum

      Delete
  10. aritu bff akak pi ipoh pn singgah shuhaimi cafe tu...canning dimsum tu slalu juga tgk org share...skarang dh ada kt bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memamg glemer suhaimi kafe ni.
      kalau rindu canning dimsum ipoh boleh gi kat bangi. dekat sangat dgn rumah saya

      Delete
  11. Dia punya 'sedap sangattt!' tu sampai ada 3 huruf T dan satu tanda seruan. Komfom sedap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga pun tak mahal mana ditambah dgn rasa yg sedap, memang berbaloi!

      Delete
  12. Pernah pergi Suhaimi Kafe kat cawangan lain, dah beratur tapi diorang sediakan kerusi kat luar. Tak sanggup nak tunggu, angkat kaki jalan ke bangunan sebelah, makan kat mamak 😁
    Masih tertanya-tanya cemana rasa kopi butter... oo ada kaki ayam, mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada kat cawangan lain rupanya :D kedai ni mmng kena datang awal kalau tknak beratur hehe
      saya pestime rasa kopi butter kat terengganu. rasa pahit masin sedap jugaklaa

      Delete
  13. Sedapnyaaa food hunting dekat Ipoh! Suhaimi Kafe tu memang nampak klasik gila vibes dia. Portions pun nampak banyak. Canning Dimsum pulak walaupun 'harga tak berapa nak rahmah', tapi kalau sedap dan berbaloi apa salahnya kan, sekali-sekala self-reward! Akak pergi tahun lepas kalau tak salah..pergi bertiga...rasa macam nak repeat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan mi kari tu sampai penuh perut. tak mampu nk hirup kuah dia sampai habis :p
      sedap canning dimsum tu. isi udang dia tak kedekut!

      Delete
  14. tulisan saya saat trip ke ipoh nov 2025 sampai skr blm turun lagi hahahahahahaha..

    saya makan juga di canning dimsum ini, sukaaaaa sangattttt... berdua saja dengan raka, dan habis 99 ringgit hihiihi... bnayak sangat yg kami pesan agaknya... tapi tak menyesal lah...

    yg suhaimi blm coba lagi.... memang teringin nak ke ipoh balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha faham sangat bila ada banyak entry beratur di draft tu xD

      dimsu dia memang sedap. tak menyesal juga makan walaupun bagi saya agak mahal. lagi2 sekarang ada bukak branch baru dekat rumah, nanti senang nak repeat.

      suhaimi tu kena try! dia pun duduk kat pekan lama which tourist spot kat ipoh :D

      Delete
  15. Suhaimi Cafe tuh memang port viral untuk breakfast. KSarie pernah makan sekali. Bak kata Mazni makanannya ada rasa dan harga mesra poket. Canning Dimsum itu memang tidak boleh buat sebab harga agak T20 walaupun dimsumnya ada banyak pilihan dan sedap. Baru tau dia dah ada cawangan di Bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak repeat lagi, tapi jauh pulakk.
      dimsum dia mmng banyak pilihan yg sedap2 cawangan bangi ni baru bukak beberapa minggu lepas kalau tak silap :D

      Delete
  16. Menarik ni boleh try nanti singgah Ipoh especially dimsum tu

    ReplyDelete
  17. Tak sah kalau tak foodhunting. Mesti! Saya pun kalau foodhunting mencari di TikTok sebab lagi latest gitu. Apa yang menarik di kopitiam ni tableware dia mengikut tema klasik kopitiam.
    Dimsum tu memang sedap tapi tu lah harga tak mesra poket sangat. Sesekali boleh lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiktok memang banyak membantu especially utk foodhunting dsn travel!

      Delete
  18. Akak pernah lalu depan Suhaimie Cafe tu, waktu itu kami jalan kaki pergi Concubine Lane. Hairan la, sebab kenapa ramai sangat orang dekat cafe tu. Sedap, rupanya. Hehe.. Itu la, sejenis jalan jer, tak buat carian dulu, cafe mana best.
    Yang dimsum tu, akak belum pernah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun.lepas saya merayap kat area concubine lane, tak perasan pun kafe suhaimi ni. Padahal dekaat dah

      Delete
  19. Tak silap Taman Canning tu berdekatan dengan rumah Atuk saya dulu kat Ipoh Garden. Suhaimi Kafe ni tak pernah pergi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaj kereta gak kat area taman canning tu sbb kawasan rumah orang + ada canning dimsum dengan new hollywood kafe yg viral tu

      Delete

Nak komen apa? silakan~