Sambungan dari entry ---> Tiananmen Square
| Dongsi Mosque |
Misi mencari makanan halal, tak lain dan tak bukan adalah perlu berdekatan dengan masjid. Sekaligus, boleh solat jamak zohor dan asar. Since kami dari Tiananmen west station, naik train dan turun di Dongdan Station (Line 1). Kemudian ambil train Line 5 dan turun di Dongsi Station.
Kalau tengok rupa dia, memang tak perasan ini adalah masjid. Sebab tak nampak minaret dari luar. Pintu bertutup separuh, pagar kat luar pun bertutup. Kitorang masuk ni dah serupa pencuri ye, slow je bukak pintu sambil terhendap-hendap haha. Lagipun masa tu belum zohor, takut tak boleh masuk pulak.
Masuk je di kawasan courtyard tu, nampak sorang pakcik tengah bersihkan kawasan masjid. Dia cakap bahasa cina, sambil tunjuk-tunjuk kat papan depan pintu tu seolah-olah nak cakap waktu solat belum masuk lagi. Aku pun cakapla nak tumpang Cèsuǒ (tandas). Terus dia tunjukkan tempat.
| di sebelah kanan tu adalah tandas |
Heaven gila bila toilet ni ada bidet! Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama kami pergi toilet di luar dari hotel dan jumpa bidet. Toilet awam diorang memang takde bidet tau.
| macam tandas kat surau-surau Malaysia. Ada 2 toilet (squat & tandas duduk). Belakang tu bilik mandi. |
Sedikit info, masjid yang pertama kali dibina pada dinasti Yuan (1356) ni boleh memuatkan sehingga 500 jemaah dalam satu masa. Selain masjid Niujie, masjid Dongsi ni pun terkategori sebagai salah satu masjid tertua di Beijing. Katanya disini turut menyimpan salinan Quran tulisan tangan sejak dinasti Yuan.
Senibinanya pun bercirikan chinese architecture seperti masjid-masjid yang lain. Yang bestnya masjid-masjid kat China ni, dia takde tangga tinggi-tinggi dan kebanyakkannya cuma satu tingkat sahaja. Sangat mesra warga emas!
Jom tengok suasana di sekitar masjid ni.
![]() |
| minaret |
| meownaret. Eh? |
| ruang solat |
| furry guardian |
![]() |
| ukiran cantik yang memenuhi segenap ruang masjid ni |
Lepas dah habis melawat masjid ni, kami nak keluar makan sementara tunggu azan zohor. Pakcik yang aku jumpa pagi tadi tu elok duduk depan pintu masjid sambil senyum-senyum. Dia macam nak ajak kami borak, tapi language barrier menjadi penghalang.
Aku tunjuklah gambar kedai makan halal yang jumpa kat tiktok tu nak bertanya arah, dia pun tak tahu. So kami jalan jelah straight dari masjid tu. Dan jumpa satu kedai halal makanan Xinjiang, dalam 5-7 minit berjalan kaki dari masjid.
Biasanya kalau nak cari kedai halal, aku akan tengok warna signboard hijau, atau yang bertulis tulisan Qingzhen 清真. Macam gambar atas ni, dia letak sign halal tu pada refrigerator kat dalam kedai pulak.
Kami perasan kedai ni halal pun sebab nampak stiker corak masjid kat cermin, haha.
Suasana dalam restoran masa tu tak ramai pelanggan. Harga makanan pun reasonable juga, itu yang order sorang sepinggan macam tak ingat dunia.
Masa ni, kami semua kelaparan yang amat sangat dan semua nak makan nasi. Jadinya, masing-masing order nasi berlauk tapi pilih different menu. Pastu tambah sikit sate kambing. Sekali bila makanan dah sampai, aduhhh garu kepala aku. Seriously lupa sangat porsi nasi kat sini membunuh! Sepatutnya satu pinggan boleh share 2 orang je..
| menung tengok portion nasi.. Ni lauk telur dan cendawan fungus |
| daging dan daun bawang |
| Ala-ala kari daging. Tapi kuahnya tak sepekat kari |
| sate kambing tercintah! |
| aku order yang ni. Lauk potato hiris |
| ayam dan capsicum |
Of course kami tak berjaya licinkan kesemua makanan. Lebih kurang 2 pinggan kot memang tak berusik langsung, terus tapau bawak balik. Then kami pergi semula ke masjid Dongsi tu untuk solat, sebelum bergerak ke destinasi seterusnya..
Akan bersambung di next entry







Menarik juga potato hiris tu.
ReplyDeletePotato kalau makan gitu saja je pun dah kenyang.. tambah pulak dengan nasi, double the kenyang
DeleteOi mak, besor portion nasinya. Nasib baik boleh bungkus bawa balik yang tak habis ya, Mazni. Heaven, jumpa public toilet ada bidet. 😁
ReplyDeletePastu kehulu kehilir la pegang nasi tu sepanjang perjalanan hahaha 🤣
Deletebyk btul nasi tu...dlu ingt masa pi china bila time makan wajib ada telur ..tp tula kebanyakan masakan tk pedas..ada antara kami yg siap bw sambal kentang pedas hehe
ReplyDeletebetul. yg kitorang makan ni kaler je merah2, tapi tak pedas langsung
DeleteBila dah lapar gitu lah.... memasing lupa diri.
ReplyDeleteahaha lupa orang kat sini makan nasi satu periuk!
DeleteWah! hebatnya..travel yang amat menarik..apatah lagi hal masjid di Cina..Bertuah dapat melihat budaya masyarakat di Negara lain..tahniah ya
ReplyDeletealhamdulillah, ada rezeki melawat negara orang
DeleteBanyak portion nasi tu...
ReplyDeleteCantiklah masjid ni. Seronok bila tengok ianya dijaga rapi
ada auntie cina muslim yg tolong bersihkan kawasan masjid ni jugak :D
DeleteApa? Ada bidet? Thanks for the sharing. Seronok dapat baca dan lihat perkongsian travel macam ni.
ReplyDeletekat masjid jela dapat jumpa tandas berbidet gini, haha
Deletesi bulus atas menara tu...
ReplyDeletenak jadi muazzin ke?
hehehe
meowazzin di atas meownaret 😂
Deleteportion nya terlalu banyak...
ReplyDeletekalau sy pun tapau bawa balik...
sedapnyaaa sate kambingggg
Memang tak mampu habiskan on the spot hahaha.
DeleteSate kambing kt sini semua sedap n murah!
I follow you number 1845, maybe follow back? https://fashionrecommendationss.blogspot.com/
ReplyDeleteThanks for dropping by! 😁
DeleteSingah lagi..alhamdulillah.
ReplyDeleteTerima kasih cikguu
DeleteAgaknya memang besar-besar portionnya kan Mazni. Memang tak larat nak habiskan tu. Waktu kami ke China dulu pun di meja hidangan banyak jenis lauk. Kalau sayur saja mesti sekurang-kurangnya ada tiga jenis!
ReplyDeleteNi pilih nasi goreng pun dah jenuh nak habiskan. Kalau order yg berlauk tu, entah macam mana nak habiskan
DeleteLah... potato hiris ke tu? Ingatkan spaghetti...
ReplyDeleteErrr... meow tu mesti la cakap bahasa cina kan? hhehehe
Nampak macam spagetti kan? Halus je hirisan potato tu.
DeleteMeow tu bisu, takdak dengar suara langsung haha
bestnya dpt visit masjid! dan double best bila jumpa tmpt makan halal yayyyy
ReplyDeleteNice sangat!
DeleteSedap x masakan dia? akak masa pi Guangzhou, portion makanan memang selambak macam pi menoreh...nak tak nak kena la mintak tapau..
ReplyDeletemakanan boleh diterima utk tekak melayu. cuma berminyak sikit. yg penting tak pedas!
Deletememang banyak, tak mampu nak habis semuaa
Cantik masjid lama di negara China. Elok dijaga.
ReplyDeleteUit…tingginya si bulu tu manjat 😁
Ooh..gitu cara hidangan nasi berlauk, lauk letak sekaligus dalam pinggan.
kena rajin maintain jugak tu. takut reputt.
Deletememang redha jela if makanan yang kitorang bawak balik tu boleh basi, sebab bercampu lauk kan. alhamdulillah balik rumah malam tu, masih boleh makan
Seni bina masjid diorang memang lawa. Diorang kekalkan ciri-ciri bangunan negara diorang.
ReplyDeletebetul tu. lagi bagus macamni patutnya, kekalkan unsur negara tapi selitkan nilai2 islam tu. tak semestinya semua jenis masjid nk kne berkubah ikut macam arab kan
DeleteCantiknyer masjid dia
ReplyDeletecantik wak :D
DeleteSedapnya nampak sate kambing tu. Best nya baca trip ni. Bagus sangat masjid setingkat saja kan, senang untuk semua especially tourist. Cantik senibina lama masjid. Area masjid mesti ada kedai halal kan.
ReplyDeletesuka masjid setingkat camni. takdelah mengah-mengah nk kena panjat tangga hehe.
Deleteada je kedai halal, tapi kami jumpa satu je. susah sikit nak cam sebab logo halal diorang guna aksara cina, kadang2 tak perasan
memang banyak sangat tu...tak mampu habiskan...
ReplyDeletekucing tu real ke? macam patung je kak linda tengok
Lebih2 tu tapau buat makan malam 😆 kucing tu real, tapi diorang penakutt
DeleteSekarang lebih mudah agaknya mencari makanan halal di Beijing yaaa.
ReplyDelete2012 January saya kesana , memang susah sangat. Dan akhirnya pakai prinsip 'yg penting bukan pork dan alkohol'
Memang rare ketemu toilet pakai bidet di China pula hahahahah. Bersyukurlah mesjid ini pakai air dalam hal membersihkan .
Tak terlihat seperti mesjid, ada sign lain tak , supaya kita tahu ini mesjid kalo nak kesana? Atau tertulis namanya di luar?
Makanan orang sana memang besar porsi. Agaknya kalau makan di China memang konsepnya sharing. 😄.
Dia tengok tempat jugak kak. Kalau berdekatan dgn area masjid, senang je jumpa restoran halal. Sebab masjid2 ni pun dah lama bertapak kat beijing 😁
DeleteTak payah isi2 air dalam botol lagi, boleh membuang dgn aman hahaha.
Memang tak nampak macam masjid.. mula2 saya ingatkan tu tokong tau. Ada bertulis sign, tapi semuanya dalam bahasa cina. Kami stop pun sebab maps berhenti kat sini.
Ya memang kena sharing 🤣 tak mampu nak habiskan sorang2!
Cantik masjidnya. Architecture deme memang molek ye. Persekitaran masjid pun bersih. Sakan pesan beriya ye memasing. Sate kambing tuh nampak 😋😋😋😋 sangat
ReplyDeletecantik architecture orang2 lama kan :D sate kambing tu benda wajib kalau cari makanan halal kat cina ni hehe
DeletePernah makan sate kambing tu kat Beijing kemudian terjatuh cinta la. Sedap.....
ReplyDeletesedap kan, juicy dan besar betul sate2 kt sana. kat sini saiznya kecik huhu
DeleteMemang cantik masjid nya.. kalau tak tau memang mencari cari di sekeliling mana masjid nya..
ReplyDeletebetul kalau ada masjid ada org islan dan akan ada makanan halal..
mula2 saya ingatkan tokong.. hahaha
Delete