2 Oct 2025

Spring Raya : Dongsi Mosque & Halal Xinjiang Food

 

Sambungan dari entry ---> Tiananmen Square

Dongsi Mosque

Misi mencari makanan halal, tak lain dan tak bukan adalah perlu berdekatan dengan masjid. Sekaligus, boleh solat jamak zohor dan asar. Since kami dari Tiananmen west station, naik train dan turun di Dongdan Station (Line 1). Kemudian ambil train Line 5 dan turun di Dongsi Station.

Kalau tengok rupa dia, memang tak perasan ini adalah masjid. Sebab tak nampak minaret dari luar. Pintu bertutup separuh, pagar kat luar pun bertutup. Kitorang masuk ni dah serupa pencuri ye, slow je bukak pintu sambil terhendap-hendap haha. Lagipun masa tu belum zohor, takut tak boleh masuk pulak. 

Masuk je di kawasan courtyard tu, nampak sorang pakcik tengah bersihkan kawasan masjid. Dia cakap bahasa cina, sambil tunjuk-tunjuk kat papan depan pintu tu seolah-olah nak cakap waktu solat belum masuk lagi. Aku pun cakapla nak tumpang Cèsuǒ (tandas). Terus dia tunjukkan tempat.

di sebelah kanan tu adalah tandas

Heaven gila bila toilet ni ada bidet! Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama kami pergi toilet di luar dari hotel dan jumpa bidet. Toilet awam diorang memang takde bidet tau.

macam tandas kat surau-surau Malaysia. Ada 2 toilet (squat & tandas duduk). Belakang tu bilik mandi.

Sedikit info, masjid yang pertama kali dibina pada dinasti Yuan (1356) ni boleh memuatkan sehingga 500 jemaah dalam satu masa. Selain masjid Niujie, masjid Dongsi ni pun terkategori sebagai salah satu masjid tertua di Beijing. Katanya disini turut menyimpan salinan Quran tulisan tangan sejak dinasti Yuan.

Senibinanya pun bercirikan chinese architecture seperti masjid-masjid yang lain. Yang bestnya masjid-masjid kat China ni, dia takde tangga tinggi-tinggi dan kebanyakkannya cuma satu tingkat sahaja. Sangat mesra warga emas!

Jom tengok suasana di sekitar masjid ni.

minaret
meownaret. Eh?
ruang solat
furry guardian

Dari luar pun dah cantik, apatah lagi kalau masuk dalam kan.

Oh, selain berfungsi sebagai tempat ibadat. Kat sini juga ada library yang menempatkan manuskrip Quran, hadis dan sebagainya. Kebanyakannya manuskrip di sini berusia 200 hingga 300 tahun lamanya. Tapi yang paling valuable, adalah manuskrip Quran yang mencecah 700 tahun. (credit: english Beijing)

Library nya mungkin di sebelah kiri atau kanan ruang solat. Tak sure if pelawat biasa boleh masuk atau tak, sebab pintu nampak berkunci je.

ukiran cantik yang memenuhi segenap ruang masjid ni

Lepas dah habis melawat masjid ni, kami nak keluar makan sementara tunggu azan zohor. Pakcik yang aku jumpa pagi tadi tu elok duduk depan pintu masjid sambil senyum-senyum. Dia macam nak ajak kami borak, tapi language barrier menjadi penghalang.

Aku tunjuklah gambar kedai makan halal yang jumpa kat tiktok tu nak bertanya arah, dia pun tak tahu. So kami jalan jelah straight dari masjid tu. Dan jumpa satu kedai halal makanan Xinjiang, dalam 5-7 minit berjalan kaki dari masjid.

Biasanya kalau nak cari kedai halal, aku akan tengok warna signboard hijau, atau yang bertulis tulisan Qingzhen 清真. Macam gambar atas ni, dia letak sign halal tu pada refrigerator kat dalam kedai pulak. 

Kami perasan kedai ni halal pun sebab nampak stiker corak masjid kat cermin, haha.

Suasana dalam restoran masa tu tak ramai pelanggan. Harga makanan pun reasonable juga, itu yang order sorang sepinggan macam tak ingat dunia.

Masa ni, kami semua kelaparan yang amat sangat dan semua nak makan nasi. Jadinya, masing-masing order nasi berlauk tapi pilih different menu. Pastu tambah sikit sate kambing. Sekali bila makanan dah sampai, aduhhh garu kepala aku. Seriously lupa sangat porsi nasi kat sini membunuh! Sepatutnya satu pinggan boleh share 2 orang je..

menung tengok portion nasi.. Ni lauk telur dan cendawan fungus
daging dan daun bawang
Ala-ala kari daging. Tapi kuahnya tak sepekat kari
sate kambing tercintah!
aku order yang ni. Lauk potato hiris
ayam dan capsicum

Of course kami tak berjaya licinkan kesemua makanan. Lebih kurang 2 pinggan kot memang tak berusik langsung, terus tapau bawak balik. Then kami pergi semula ke masjid Dongsi tu untuk solat, sebelum bergerak ke destinasi seterusnya..

Akan bersambung di next entry

48 comments:

  1. Replies
    1. Potato kalau makan gitu saja je pun dah kenyang.. tambah pulak dengan nasi, double the kenyang

      Delete
  2. Oi mak, besor portion nasinya. Nasib baik boleh bungkus bawa balik yang tak habis ya, Mazni. Heaven, jumpa public toilet ada bidet. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu kehulu kehilir la pegang nasi tu sepanjang perjalanan hahaha 🤣

      Delete
  3. byk btul nasi tu...dlu ingt masa pi china bila time makan wajib ada telur ..tp tula kebanyakan masakan tk pedas..ada antara kami yg siap bw sambal kentang pedas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. yg kitorang makan ni kaler je merah2, tapi tak pedas langsung

      Delete
  4. Bila dah lapar gitu lah.... memasing lupa diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha lupa orang kat sini makan nasi satu periuk!

      Delete
  5. Wah! hebatnya..travel yang amat menarik..apatah lagi hal masjid di Cina..Bertuah dapat melihat budaya masyarakat di Negara lain..tahniah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, ada rezeki melawat negara orang

      Delete
  6. Banyak portion nasi tu...
    Cantiklah masjid ni. Seronok bila tengok ianya dijaga rapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada auntie cina muslim yg tolong bersihkan kawasan masjid ni jugak :D

      Delete
  7. Apa? Ada bidet? Thanks for the sharing. Seronok dapat baca dan lihat perkongsian travel macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat masjid jela dapat jumpa tandas berbidet gini, haha

      Delete
  8. si bulus atas menara tu...
    nak jadi muazzin ke?
    hehehe

    ReplyDelete
  9. portion nya terlalu banyak...
    kalau sy pun tapau bawa balik...
    sedapnyaaa sate kambingggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak mampu habiskan on the spot hahaha.
      Sate kambing kt sini semua sedap n murah!

      Delete
  10. I follow you number 1845, maybe follow back? https://fashionrecommendationss.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Singah lagi..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Agaknya memang besar-besar portionnya kan Mazni. Memang tak larat nak habiskan tu. Waktu kami ke China dulu pun di meja hidangan banyak jenis lauk. Kalau sayur saja mesti sekurang-kurangnya ada tiga jenis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pilih nasi goreng pun dah jenuh nak habiskan. Kalau order yg berlauk tu, entah macam mana nak habiskan

      Delete
  13. Lah... potato hiris ke tu? Ingatkan spaghetti...
    Errr... meow tu mesti la cakap bahasa cina kan? hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam spagetti kan? Halus je hirisan potato tu.
      Meow tu bisu, takdak dengar suara langsung haha

      Delete
  14. bestnya dpt visit masjid! dan double best bila jumpa tmpt makan halal yayyyy

    ReplyDelete
  15. Sedap x masakan dia? akak masa pi Guangzhou, portion makanan memang selambak macam pi menoreh...nak tak nak kena la mintak tapau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan boleh diterima utk tekak melayu. cuma berminyak sikit. yg penting tak pedas!
      memang banyak, tak mampu nak habis semuaa

      Delete
  16. Cantik masjid lama di negara China. Elok dijaga.
    Uit…tingginya si bulu tu manjat 😁

    Ooh..gitu cara hidangan nasi berlauk, lauk letak sekaligus dalam pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin maintain jugak tu. takut reputt.

      memang redha jela if makanan yang kitorang bawak balik tu boleh basi, sebab bercampu lauk kan. alhamdulillah balik rumah malam tu, masih boleh makan

      Delete
  17. Seni bina masjid diorang memang lawa. Diorang kekalkan ciri-ciri bangunan negara diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lagi bagus macamni patutnya, kekalkan unsur negara tapi selitkan nilai2 islam tu. tak semestinya semua jenis masjid nk kne berkubah ikut macam arab kan

      Delete
  18. Sedapnya nampak sate kambing tu. Best nya baca trip ni. Bagus sangat masjid setingkat saja kan, senang untuk semua especially tourist. Cantik senibina lama masjid. Area masjid mesti ada kedai halal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka masjid setingkat camni. takdelah mengah-mengah nk kena panjat tangga hehe.
      ada je kedai halal, tapi kami jumpa satu je. susah sikit nak cam sebab logo halal diorang guna aksara cina, kadang2 tak perasan

      Delete
  19. memang banyak sangat tu...tak mampu habiskan...
    kucing tu real ke? macam patung je kak linda tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih2 tu tapau buat makan malam 😆 kucing tu real, tapi diorang penakutt

      Delete
  20. Sekarang lebih mudah agaknya mencari makanan halal di Beijing yaaa.

    2012 January saya kesana , memang susah sangat. Dan akhirnya pakai prinsip 'yg penting bukan pork dan alkohol'

    Memang rare ketemu toilet pakai bidet di China pula hahahahah. Bersyukurlah mesjid ini pakai air dalam hal membersihkan .

    Tak terlihat seperti mesjid, ada sign lain tak , supaya kita tahu ini mesjid kalo nak kesana? Atau tertulis namanya di luar?

    Makanan orang sana memang besar porsi. Agaknya kalau makan di China memang konsepnya sharing. 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tengok tempat jugak kak. Kalau berdekatan dgn area masjid, senang je jumpa restoran halal. Sebab masjid2 ni pun dah lama bertapak kat beijing 😁

      Tak payah isi2 air dalam botol lagi, boleh membuang dgn aman hahaha.

      Memang tak nampak macam masjid.. mula2 saya ingatkan tu tokong tau. Ada bertulis sign, tapi semuanya dalam bahasa cina. Kami stop pun sebab maps berhenti kat sini.

      Ya memang kena sharing 🤣 tak mampu nak habiskan sorang2!

      Delete
  21. Cantik masjidnya. Architecture deme memang molek ye. Persekitaran masjid pun bersih. Sakan pesan beriya ye memasing. Sate kambing tuh nampak 😋😋😋😋 sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik architecture orang2 lama kan :D sate kambing tu benda wajib kalau cari makanan halal kat cina ni hehe

      Delete
  22. Pernah makan sate kambing tu kat Beijing kemudian terjatuh cinta la. Sedap.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan, juicy dan besar betul sate2 kt sana. kat sini saiznya kecik huhu

      Delete
  23. Memang cantik masjid nya.. kalau tak tau memang mencari cari di sekeliling mana masjid nya..
    betul kalau ada masjid ada org islan dan akan ada makanan halal..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~