Cuti Malaysia baru ni, orang ramai berjalan sana sini. Maklumla cuti bersambung 4 hari. Aku pulak memenuhi undangan perkahwinan kawan dari zaman diploma, merangkap degree. Ni antara kawan rapat yang wajib akan jumpa tiap tahun walaupun dah habis belajar. Kami sama-sama duduk Selangor dan senang nak roger kalau pegi mana-mana :p
![]() |
waww dah jadi puan lah! |
Bulan 8 haritu, aku ada cerita pergi camping kat Hulu Langat sebab nak buat surprise untuk kawan yang nak kahwin kan? Ha inilah budaknya. Siapa yang tak baca lagi cerita camping yang tak berapa nak camping tu, boleh klik link ni --> Camping Moonkissed by The River
Tahun 2015, umur 18 kami masuk UiTM Shah Alam sebagai pelajar diploma Art & Design. Geng kami ni 8 orang totalnya terdiri dari Jiji, Liya, Nina, Adriana, Ainul, Arissa, Amni dan juga aku.
Kawan yang kahwin ni namanya Amni.
![]() |
muka 18 tahun (2015) masa join pertandingan melukis sempena merdeka. Dapat tempat pertama dari belakang haha! |
dinner as budak final diploma |
![]() |
And 10 years later, dapat berkumpul balik dengan kawan-kawan. Cuma Arissa je takde :( |
Dipendekkan cerita, masa nak sambung degree tu cuma aku, Arissa, Amni dan Ainul je yang sambung course sama. Adriana pulak masih di dalam universiti yang sama, tapi ambil course lain. Manakala lagi 3 orang tu tak sambung degree.
Aku sayang je semua kawan-kawan yang 7 orang ni. Tapi sebab Amni kahwin pada tahun ke-10 perkenalan kitorang (2015-2025), so kita buat entry khas untuk dia la sebab rasa special pulak menjelang 10 tahun perkenalan. Bukan kita pilih kasih ye gaizz.
![]() |
konvo diploma. lagi 2 orang ahli hilang |
![]() |
konvo degree. Tinggal 4 ketul ni je |
Masa mula-mula kenal Amni, dia ni bertongkat tau. Bila tanya sakit apa, dia kata masa sekolah rendah dulu pernah lumpuh separuh badan. Sampai koma berbulan jugaklah. Lepas sedar dari koma tu, dia duduk atas kerusi roda je. Sejak dari sakit tulah Amni jadi pemegang kad OKU..
Lama-lama sikit tu, barulah dia mula pakai tongkat sebab dah boleh berjalan. Tapi kaki masih tak kuat sangatlah. Bila masuk degree, Amni masih lagi pakai tongkat. Tapi kadang-kadang dia buang je tongkat tu sebab member flex dah ada kaki baru a.k.a leg support lahh! Happy tengok progress budak ni!
![]() |
muka bangga setelah berjaya panjat tangga ikonik UiTM Puncak Alam |
Ingat lagi bulan September tahun lepas, Amni ajak aku teman dia balik kampung dekat Alor Setar. Nak pergi kenduri kahwin kawan dari sekolah rendah katanya. Aku pun ikutkan jelah walaupun duit nan hadoo, haha.
Amni baru lepas broken dan nak move on waktu tu. At the same time, dia tengah di fasa talking stage dengan husband dia. Diorang kenal ni pun sebab minat hobi mancing. Before nak jumpa for the first time tu Amni mintak pendapat aku. Dia macam tak yakin laki tu boleh terima atau tak, sebab Amni cakap dia ni kan tak sempurna, ada sakit.
Aku cakap jumpa jelah dulu. Kau cantik kot, ada minat yang sama dengan laki tu. Orang taknak kau, dialah yang rugi! Berapa bulan lepastu tengok diorang ni macam selalu je pergi berfishing sama-sama, kira onz letteww.
![]() |
gambar was taken september last year kat menara Loqstaq. September tahun ni terus berstatus bini orang gitew! |
Tuptup masa kitorang camping bulan 12 tahun lepas, Amni bagitau dia nak tunang bulan Februari. Dan 6 bulan selepas tu, beliau selamat bergelar isteri orang.
Kami happy gila bila Amni dah kahwin! She's the only anak tunggal umi dan ayah. Walaupun anak tunggal, tapi aku rasa hidup dia tak sunyi pun sebab silaturahim dengan pakcik, makcik, dan sepupu dia sangat kuat ye. Dapat pulak laki dia yang adik beradiknya sampai 7 orang total, meriah teruklah.
![]() |
my UiTM gurls |
Kenduri kahwin dia jangan cakaplah gilang gemilang macam mana. Semua ahli keluarga bertungkus lumus nak jayakan majlis kahwin ni. Siap ada tentatif detail lagi untuk makesure semua timing tepat pada masanya. Nak nak pula, she is cucu sulung bagi belah umi. Confirmlah persiapannya all out teruks.
Untungnya Amni ada keluarga besar yang happening. Dah setanding dengan majlis Fattah Amin & Amira Othman tak? xD
![]() |
sifat keguruan terserlah, the groom and bride baling coklat untuk budak2. Comel! |
Masa hari sanding tu, punyalah ramai yang datang. Pukul 11.30 am tu parking dah hampir penuh, walhal dewan tu besar tau. Lihatlah penangan anak tunggal sorang yang diraikan ni, haha.
Makanan pun ada banyak pilihan dan semua sedap-sedap! Ada nasi kenduri, laksa, colek buah, bubur pulut, dessert, aiskrim, apam balik crispy. Paling rare, ada mushroom soup!
Apapun, tahniah kepada Amni dan Zuqi. Semoga perkahwinan korang sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia sampai syurga. Kami percaya Zuqi boleh jaga Amni baik-baik!
Anyway, terimalah pantun 2 kerat yang buruk ni dari guwe,
Mula berkenalan dari kolam pancing,
Laaa tiba-tiba terpancing hati!
Selamat pengantin baru Amni & Zuqi!
Wowwww.... bukan kaleng² minatnya tu.. tak sangka perempuan pun ada yang minat mancing.
ReplyDeleteSemoga terus bahagia buat Amni & Zuqi.
Minat dia mmng tak macam perempuan sangat haha.
DeleteAminnn!
Selamat pengantin baru buat mempelai
ReplyDeleteterima kasih utk ucapan!
DeleteSeronoknya dapat reunion balik. Wahhh sis nampak selempang pink. Menjadi idaman di UITM tu.
ReplyDeleteseronok sebab semua ni bestie kita!
Deletehaha alhamdulillah merasa pakai selempang waktu degree
Hebat pengantin lelaki, baling pancing terus tersangkut di hati pengantin pompuan hikhik...
ReplyDeleteTahniah buat kedua mempelai 🌹
Semoga berbahagia selamanya
Pancingan mengena 😜
DeleteTerima kasih utk ucapan kak PH ❤
barakallahulaku utk amni dan zuqi...
ReplyDeletecantikkkk pelamin depaaaa
Wedding of the year kan, pelamin kena lawa!
Deleteooo sama2 kaki pancing
ReplyDeletengam sangat laa tuuu...
betul laaa cari jodoh yg sekufu...
Alhamdulillah jodoh sekufu. Pasni takyah gaduh nak pergi mana dah setiap weekend, pegi mancing je 🤭
Deletesama cantik sama padan la amni dan pasangan... tahniah buat kwn awak tau... suka tgk persahabatan mcm ni... semoga ukhwah terjalin selamanya
ReplyDeleteterima kasih kak mim. insyaAllah kitorang akan kawan sampai dah tua2 nanti :D
DeleteSelamat pengantin baru. Semoga berbahagia sampai syurga.
ReplyDeleteterima kasih atas ucapan kak!
DeleteBoleh buat drama ni kisah cinta dari aktiviti memancing. Moga bahagia selamanya.
ReplyDeleteterima kasih atas doanya kak mulan :D
DeleteSemoga perkahwinan Amni dan suaminya kekal bahagia hingga ke syurga Jannatul Firdaus 🤲🏻 dan semoga persahabatan korang pun berkekalan jugak 😊 bukan senang nak kekalkan ukhwah bila masing2 dah ada komitmen dan kehidupan masing2.
ReplyDeleteAminn! Setakat ni 2 out of 8 yg dah tukar status bini orang. Harap kami still boleh gather2 macamni jugak even semua orang dah berkeluarga nanti 😁
DeleteJauh benor maksud pantun 2 kerat tu. Happy buat amni. Semuga bahagia berkekalan.
ReplyDeleteBunyi tak sync 🤣 aminn, terima kasih atas ucapannya
Deleteselamat pengantin baru utk kedua mempelai...bila pi weddinn kwn sama blajar dpt jmpa rmi yg lama xjmpa sronok
ReplyDeleteBetul tu. Ada yg tak jumpa lebih dari 5 tahun 😁
DeleteComel je pelamin dia... simple tak banyak warna
ReplyDeleteKan unclee 😁 less colour utk pelamin, so that baju pengantin nampak menyerlah
Delete2015 masih 18 tahun, ya Allah muda sangaaaat lah mazni ini 😄😄😄. Usia 30 pun belum masuk yaaa.
ReplyDeleteMemang jodoh tak kemana kan. Mau apapun kondisi, pasti akan bersatu
Cantiiiik mempelai wanita 👍👍❤️. Saya doakan juga keduanya semakin diberi rezeki berkah, keturunan yang baik, dan langgeng hingga maut memisahkan saat tua.
Muda pada umur, tapi badan lesu memanjang macam nenek2 je kak fanny 🤣🤣
DeleteItulah jodoh kan? Muncul pada saat yg tak disangka-sangka. Usia perkenalan tak sampai setahun pun.
Aminn. Terima kasih atas doanya kak fanny 💖💖
berseri2 pengantin tu! lps ni turn saper plakkk
ReplyDeletetahun depan dah ada yang amik turn dah. yang penting bukan sayalah, ahakss!
DeleteSiapa sangka kan, minat yang sama dan berjodoh. Alhamdulillah...Tahniah untuk Amni & Zuqi, selamat pengantin baru. Semoga terus bahagia bersama sampai syurga. Aamiin...
ReplyDeleteKuat semangat Amni ni, banyak ujian dia. Anak tunggal dan cucu sulung, diraikan semeriah mungkin.
Yeay, kita alumni UiTM SA. Tapi saya degree je situ, Diploma di UiTM Penang. Tahniah dapat dekan tu. Bukan student biasa-biasa ni.
Semoga silaturahim yang terjalin antara kalian sentiasa dipelihara Allah SWT, diberkati dengan kasih sayang, keikhlasan, serta ketulusan hati. InshaAllah...Aamiin...
Seronok ada kawan yang masih keep it touch dan selalu jumpa sampai sekarang.
aminn terima kasih atas doanya kak fiza! amni memang kuat orangnya. lega umi dgn ayah dia finally ada orang boleh jagakan amni for the rest of her life hehe.
Deletesaya duduk UiTM SA tu 1 sem masa diploma je, pastu terus pindah uitm puncak alam hehe
Siapa sangka kan, minat yang sama dan berjodoh. Alhamdulillah...Tahniah untuk Amni & Zuqi, selamat pengantin baru. Semoga terus bahagia bersama sampai syurga. Aamiin...
ReplyDeleteKuat semangat Amni ni, banyak ujian dia. Anak tunggal dan cucu sulung, diraikan semeriah mungkin.
Yeay, kita alumni UiTM SA. Tapi saya degree je situ, Diploma di UiTM Penang. Tahniah dapat dekan tu. Bukan student biasa-biasa ni.
Semoga silaturahim yang terjalin antara kalian sentiasa dipelihara Allah SWT, diberkati dengan kasih sayang, keikhlasan, serta ketulusan hati. InshaAllah...Aamiin...
Seronok ada kawan yang masih keep it touch dan selalu jumpa sampai sekarang.
Itu la jodoh, Tuhan tentukan. Alhamdulillah, semoga silaturrahim antara Mazni dan kawan-kawan berpanjangan hendaknya walau pun sudah bertukar status. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah. Aminn...
ReplyDeleteamin insyaAllah. 10 years and still counting!
Deleteterima kasih atas doanya kak nur <3
Selamat Pengantin Baru kepada Amni dan Zuqi. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah persahabatan udah sambut 10 tahun anniversary ye. Semoga berkekalan juga persahabatannya hingga akhir hayat. Meriah betul majlis kenduri anak tunggal ini ye. KSarie tumpang gembira membacanya. Semoga kenduri Mazni nanti meriah juga ye☺️
ReplyDeletetulah, know2 dah 10 tahun berkawan! amni anak tunggal, cucu sulung belah mak pulak, memang all out habis-habisanlah hehe. alamak, kenduri saya taknak jemput ramai2. kitonya jadi gugup bila ramai sangat mata memandang time sanding nanti hahaha
DeleteJarang ada wanita minat memancing ni...best la share hobi yang sama...selamat pengantin baru buat Amni..tunggu Mazni plak...
ReplyDeleteamni ni harap je muka lembut, tapi minat hobi laki2. kumpul keretalah, suka 4WD la. sebab hobi rare tulah si suami terpikat, hehe
Deleteaminn. semoga mazni jumpa jodoh jugak soon
Selamat pengatin baru buat Amni.teman UITM, banyak ujian di lalui tabah dan sabar dia hadapi..semoga dia bahagia hendaknya
ReplyDeleteterima kasih cikgu. alhamdulillah, bertemu jodoh dia
DeletePanjang kisahnya, bestie forever sampai Jannah.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat pasangan mempelai.
Seronok jika dapat semua sama berkumpul. attend kenduri sekali reunion gitu.
betull! ada kawan yg last jumpa masa konvo diploma 2018. tahun ni dia dtg amni kawen
DeletePanjang kisah persahabatan Mazni, dari 8 orang tinggal 4 orang sambung degree.
ReplyDeleteSemoga Amni dan Zuqi berbahagia hingga ke syurga. Meriah sungguh majlisnya.
ahakss, tinggal berempat sambung cpurse sama. lagi sorang fakulti lain
Deletemeriah sangat majlisnya, anak tunggal perempuan kann
Adik² lagi nie...2015, kak Linda dah ada anak 2...Kikiki ..
ReplyDeleteTahniah Amni, semoga bahagia till Jannah...aamin
Haha kitorang BBNU je kak 🤣
DeleteTerima kasih doakan amni!
Terharu baca perjalanan hidup dia.. alhamdulillah kalau dah jodoh mmg tak ke mana kata org..
ReplyDeletesemoga berbahagia hingga ke syurga amin..
tula.. kitorang as kawan pun happy bila amni jumpa jodoh dia.
Deleteterima kasih atas ucapannya :D