20 Sept 2025

Bestfriend got married!

 

Cuti Malaysia baru ni, orang ramai berjalan sana sini. Maklumla cuti bersambung 4 hari. Aku pulak memenuhi undangan perkahwinan kawan dari zaman diploma, merangkap degree. Ni antara kawan rapat yang wajib akan jumpa tiap tahun walaupun dah habis belajar. Kami sama-sama duduk Selangor dan senang nak roger kalau pegi mana-mana :p

waww dah jadi puan lah!

Bulan 8 haritu, aku ada cerita pergi camping kat Hulu Langat sebab nak buat surprise untuk kawan yang nak kahwin kan? Ha inilah budaknya. Siapa yang tak baca lagi cerita camping yang tak berapa nak camping tu, boleh klik link ni --> Camping Moonkissed by The River

Tahun 2015, umur 18 kami masuk UiTM Shah Alam sebagai pelajar diploma Art & Design. Geng kami ni 8 orang totalnya terdiri dari Jiji, Liya, Nina, Adriana, Ainul, Arissa, Amni dan juga aku.

Kawan yang kahwin ni namanya Amni.

muka 18 tahun (2015) masa join pertandingan melukis sempena merdeka. Dapat tempat pertama dari belakang haha!
dinner as budak final diploma
And 10 years later, dapat berkumpul balik dengan kawan-kawan. Cuma Arissa je takde :(

Dipendekkan cerita, masa nak sambung degree tu cuma aku, Arissa, Amni dan Ainul je yang sambung course sama. Adriana pulak masih di dalam universiti yang sama, tapi ambil course lain. Manakala lagi 3 orang tu tak sambung degree.

Aku sayang je semua kawan-kawan yang 7 orang ni. Tapi sebab Amni kahwin pada tahun ke-10 perkenalan kitorang (2015-2025), so kita buat entry khas untuk dia la sebab rasa special pulak menjelang 10 tahun perkenalan. Bukan kita pilih kasih ye gaizz.

konvo diploma. lagi 2 orang ahli hilang
konvo degree. Tinggal 4 ketul ni je

Masa mula-mula kenal Amni, dia ni bertongkat tau. Bila tanya sakit apa, dia kata masa sekolah rendah dulu pernah lumpuh separuh badan. Sampai koma berbulan jugaklah. Lepas sedar dari koma tu, dia duduk atas kerusi roda je. Sejak dari sakit tulah Amni jadi pemegang kad OKU..

Lama-lama sikit tu, barulah dia mula pakai tongkat sebab dah boleh berjalan. Tapi kaki masih tak kuat sangatlah. Bila masuk degree, Amni masih lagi pakai tongkat. Tapi kadang-kadang dia buang je tongkat tu sebab member flex dah ada kaki baru a.k.a leg support lahh! Happy tengok progress budak ni!

muka bangga setelah berjaya panjat tangga ikonik UiTM Puncak Alam

Ingat lagi bulan September tahun lepas, Amni ajak aku teman dia balik kampung dekat Alor Setar. Nak pergi kenduri kahwin kawan dari sekolah rendah katanya. Aku pun ikutkan jelah walaupun duit nan hadoo, haha.

Amni baru lepas broken dan nak move on waktu tu. At the same time, dia tengah di fasa talking stage dengan husband dia. Diorang kenal ni pun sebab minat hobi mancing. Before nak jumpa for the first time tu Amni mintak pendapat aku. Dia macam tak yakin laki tu boleh terima atau tak, sebab Amni cakap dia ni kan tak sempurna, ada sakit.

Aku cakap jumpa jelah dulu. Kau cantik kot, ada minat yang sama dengan laki tu. Orang taknak kau, dialah yang rugi! Berapa bulan lepastu tengok diorang ni macam selalu je pergi berfishing sama-sama, kira onz letteww.

gambar was taken september last year kat menara Loqstaq. September tahun ni terus berstatus bini orang gitew!

Tuptup masa kitorang camping bulan 12 tahun lepas, Amni bagitau dia nak tunang bulan Februari. Dan 6 bulan selepas tu, beliau selamat bergelar isteri orang.

Kami happy gila bila Amni dah kahwin! She's the only anak tunggal umi dan ayah. Walaupun anak tunggal, tapi aku rasa hidup dia tak sunyi pun sebab silaturahim dengan pakcik, makcik, dan sepupu dia sangat kuat ye. Dapat pulak laki dia yang adik beradiknya sampai 7 orang total, meriah teruklah. 

my UiTM gurls

Kenduri kahwin dia jangan cakaplah gilang gemilang macam mana. Semua ahli keluarga bertungkus lumus nak jayakan majlis kahwin ni. Siap ada tentatif detail lagi untuk makesure semua timing tepat pada masanya. Nak nak pula, she is cucu sulung bagi belah umi. Confirmlah persiapannya all out teruks.

Untungnya Amni ada keluarga besar yang happening. Dah setanding dengan majlis Fattah Amin & Amira Othman tak? xD

sifat keguruan terserlah, the groom and bride baling coklat untuk budak2. Comel!

Masa hari sanding tu, punyalah ramai yang datang. Pukul 11.30 am tu parking dah hampir penuh, walhal dewan tu besar tau. Lihatlah penangan anak tunggal sorang yang diraikan ni, haha.

Makanan pun ada banyak pilihan dan semua sedap-sedap! Ada nasi kenduri, laksa, colek buah, bubur pulut, dessert, aiskrim, apam balik crispy. Paling rare, ada mushroom soup! 

Apapun, tahniah kepada Amni dan Zuqi. Semoga perkahwinan korang sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia sampai syurga. Kami percaya Zuqi boleh jaga Amni baik-baik!

Anyway, terimalah pantun 2 kerat yang buruk ni dari guwe,

Mula berkenalan dari kolam pancing,

Laaa tiba-tiba terpancing hati!

Selamat pengantin baru Amni & Zuqi!


49 comments:

  1. Wowwww.... bukan kaleng² minatnya tu.. tak sangka perempuan pun ada yang minat mancing.
    Semoga terus bahagia buat Amni & Zuqi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat dia mmng tak macam perempuan sangat haha.
      Aminnn!

      Delete
  2. Selamat pengantin baru buat mempelai

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat reunion balik. Wahhh sis nampak selempang pink. Menjadi idaman di UITM tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sebab semua ni bestie kita!
      haha alhamdulillah merasa pakai selempang waktu degree

      Delete
  4. Hebat pengantin lelaki, baling pancing terus tersangkut di hati pengantin pompuan hikhik...
    Tahniah buat kedua mempelai 🌹
    Semoga berbahagia selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancingan mengena 😜
      Terima kasih utk ucapan kak PH ❤

      Delete
  5. barakallahulaku utk amni dan zuqi...
    cantikkkk pelamin depaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wedding of the year kan, pelamin kena lawa!

      Delete
  6. ooo sama2 kaki pancing
    ngam sangat laa tuuu...
    betul laaa cari jodoh yg sekufu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jodoh sekufu. Pasni takyah gaduh nak pergi mana dah setiap weekend, pegi mancing je 🤭

      Delete
  7. sama cantik sama padan la amni dan pasangan... tahniah buat kwn awak tau... suka tgk persahabatan mcm ni... semoga ukhwah terjalin selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak mim. insyaAllah kitorang akan kawan sampai dah tua2 nanti :D

      Delete
  8. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sampai syurga.

    ReplyDelete
  9. Boleh buat drama ni kisah cinta dari aktiviti memancing. Moga bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  10. Semoga perkahwinan Amni dan suaminya kekal bahagia hingga ke syurga Jannatul Firdaus 🤲🏻 dan semoga persahabatan korang pun berkekalan jugak 😊 bukan senang nak kekalkan ukhwah bila masing2 dah ada komitmen dan kehidupan masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn! Setakat ni 2 out of 8 yg dah tukar status bini orang. Harap kami still boleh gather2 macamni jugak even semua orang dah berkeluarga nanti 😁

      Delete
  11. Jauh benor maksud pantun 2 kerat tu. Happy buat amni. Semuga bahagia berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi tak sync 🤣 aminn, terima kasih atas ucapannya

      Delete
  12. selamat pengantin baru utk kedua mempelai...bila pi weddinn kwn sama blajar dpt jmpa rmi yg lama xjmpa sronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada yg tak jumpa lebih dari 5 tahun 😁

      Delete
  13. Comel je pelamin dia... simple tak banyak warna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan unclee 😁 less colour utk pelamin, so that baju pengantin nampak menyerlah

      Delete
  14. 2015 masih 18 tahun, ya Allah muda sangaaaat lah mazni ini 😄😄😄. Usia 30 pun belum masuk yaaa.

    Memang jodoh tak kemana kan. Mau apapun kondisi, pasti akan bersatu

    Cantiiiik mempelai wanita 👍👍❤️. Saya doakan juga keduanya semakin diberi rezeki berkah, keturunan yang baik, dan langgeng hingga maut memisahkan saat tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda pada umur, tapi badan lesu memanjang macam nenek2 je kak fanny 🤣🤣

      Itulah jodoh kan? Muncul pada saat yg tak disangka-sangka. Usia perkenalan tak sampai setahun pun.

      Aminn. Terima kasih atas doanya kak fanny 💖💖

      Delete
  15. berseri2 pengantin tu! lps ni turn saper plakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan dah ada yang amik turn dah. yang penting bukan sayalah, ahakss!

      Delete
  16. Siapa sangka kan, minat yang sama dan berjodoh. Alhamdulillah...Tahniah untuk Amni & Zuqi, selamat pengantin baru. Semoga terus bahagia bersama sampai syurga. Aamiin...
    Kuat semangat Amni ni, banyak ujian dia. Anak tunggal dan cucu sulung, diraikan semeriah mungkin.
    Yeay, kita alumni UiTM SA. Tapi saya degree je situ, Diploma di UiTM Penang. Tahniah dapat dekan tu. Bukan student biasa-biasa ni.
    Semoga silaturahim yang terjalin antara kalian sentiasa dipelihara Allah SWT, diberkati dengan kasih sayang, keikhlasan, serta ketulusan hati. InshaAllah...Aamiin...
    Seronok ada kawan yang masih keep it touch dan selalu jumpa sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn terima kasih atas doanya kak fiza! amni memang kuat orangnya. lega umi dgn ayah dia finally ada orang boleh jagakan amni for the rest of her life hehe.

      saya duduk UiTM SA tu 1 sem masa diploma je, pastu terus pindah uitm puncak alam hehe

      Delete
  17. Siapa sangka kan, minat yang sama dan berjodoh. Alhamdulillah...Tahniah untuk Amni & Zuqi, selamat pengantin baru. Semoga terus bahagia bersama sampai syurga. Aamiin...
    Kuat semangat Amni ni, banyak ujian dia. Anak tunggal dan cucu sulung, diraikan semeriah mungkin.
    Yeay, kita alumni UiTM SA. Tapi saya degree je situ, Diploma di UiTM Penang. Tahniah dapat dekan tu. Bukan student biasa-biasa ni.
    Semoga silaturahim yang terjalin antara kalian sentiasa dipelihara Allah SWT, diberkati dengan kasih sayang, keikhlasan, serta ketulusan hati. InshaAllah...Aamiin...
    Seronok ada kawan yang masih keep it touch dan selalu jumpa sampai sekarang.

    ReplyDelete
  18. Itu la jodoh, Tuhan tentukan. Alhamdulillah, semoga silaturrahim antara Mazni dan kawan-kawan berpanjangan hendaknya walau pun sudah bertukar status. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah. Aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyaAllah. 10 years and still counting!
      terima kasih atas doanya kak nur <3

      Delete
  19. Selamat Pengantin Baru kepada Amni dan Zuqi. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah persahabatan udah sambut 10 tahun anniversary ye. Semoga berkekalan juga persahabatannya hingga akhir hayat. Meriah betul majlis kenduri anak tunggal ini ye. KSarie tumpang gembira membacanya. Semoga kenduri Mazni nanti meriah juga ye☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, know2 dah 10 tahun berkawan! amni anak tunggal, cucu sulung belah mak pulak, memang all out habis-habisanlah hehe. alamak, kenduri saya taknak jemput ramai2. kitonya jadi gugup bila ramai sangat mata memandang time sanding nanti hahaha

      Delete
  20. Jarang ada wanita minat memancing ni...best la share hobi yang sama...selamat pengantin baru buat Amni..tunggu Mazni plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amni ni harap je muka lembut, tapi minat hobi laki2. kumpul keretalah, suka 4WD la. sebab hobi rare tulah si suami terpikat, hehe
      aminn. semoga mazni jumpa jodoh jugak soon

      Delete
  21. Selamat pengatin baru buat Amni.teman UITM, banyak ujian di lalui tabah dan sabar dia hadapi..semoga dia bahagia hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu. alhamdulillah, bertemu jodoh dia

      Delete
  22. Panjang kisahnya, bestie forever sampai Jannah.
    Selamat pengantin baru buat pasangan mempelai.
    Seronok jika dapat semua sama berkumpul. attend kenduri sekali reunion gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull! ada kawan yg last jumpa masa konvo diploma 2018. tahun ni dia dtg amni kawen

      Delete
  23. Panjang kisah persahabatan Mazni, dari 8 orang tinggal 4 orang sambung degree.
    Semoga Amni dan Zuqi berbahagia hingga ke syurga. Meriah sungguh majlisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss, tinggal berempat sambung cpurse sama. lagi sorang fakulti lain
      meriah sangat majlisnya, anak tunggal perempuan kann

      Delete
  24. Adik² lagi nie...2015, kak Linda dah ada anak 2...Kikiki ..
    Tahniah Amni, semoga bahagia till Jannah...aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kitorang BBNU je kak 🤣
      Terima kasih doakan amni!

      Delete
  25. Terharu baca perjalanan hidup dia.. alhamdulillah kalau dah jodoh mmg tak ke mana kata org..
    semoga berbahagia hingga ke syurga amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. kitorang as kawan pun happy bila amni jumpa jodoh dia.
      terima kasih atas ucapannya :D

      Delete

Nak komen apa? silakan~