19 Aug 2025

Camping - Moonkissed by The River


Baru ni, aku pergi ke Moonkissed by The River sempena nak sambut Bachelorette party untuk kawan. Yang kelakarnya, tuan badan taktau pun aku ada sekali dalam plan ni sebab haritu dah bagitau dia tak dapat join. Entah berapa banyak lapisan penipuan yang kitorang bagi kat dia semata-mata nak menjayakan surprise ni. Kahkahkah!

Okay, sebenarnya nak cakap camping tu... macam tak sangatlah.. Sebab kami pilih penginapan style tiny house (ala-ala chalet gitu). Rumah ni boleh muat 6 orang dan harga per malam RM600. Harga ni dah include sekali dengan breakfast.

Melati tiny house. Ada 2 unit je untuk penginapan style rumah ni

Mula-mula kitorang nak ambil khemah style glamping igloo tu. Kononnya nakkan suasana camping lah. Tapi yang tu harganya RM800 dan tandas pun kena sharing. Baik ambil style rumah ni je sebab lagi privasi. Ada tandas dalam bilik, siap ada dapur proper with refrigerator lagi. Cutleries untuk memasak pun semuanya lengkap. 

Cuma yang slacknya kalau ambil rumah ni takde bayar deposit, terus kena bayar full. Kitorang ada nak cancel booking haritu, tapi pihak sana cakap hanya boleh postponed tarikh je, cancel tak boleh. So make sure confirm betul-betul if nak book tiny house ni.

muka-muka yang ready nak surprise member. Keknya rupa tak murni sungguh sebab dah cair dalam kereta hahaha

Dah habis surprise member, mestilah kita masuk sungai! 

Pada aku, sungai dia okay-okaylah. Taklah jernih sangat, tapi tak juga kotor. Kena berendam kat area air yang mengalir baru syok. Sungainya pun cetek je, sesuai untuk keluarga yang bawa anak kecil.

Kat sini pun ada jugak ikan-ikan kecil kalau nak memancing. Kawan aku dapatlah tangkap beberapa ekor anak ikan. Dah dapat ikan tak boleh masaklah pulak sebab kecik sangat saiznya punn.


Kami ada jugak keliling sekitar campsite ni. Selain ada glamping dan tiny house, sini jugak ada tempat untuk sewa tapak dan boleh bawa khemah sendiri. Rasanya kalau nak sewa khemah kat situ pun boleh juga cuma aku taktahu kira macam mana.

Ada juga fasilities macam kafe, tandas dan surau juga kat sini.


Malam tu, berkecah lah dekat dapur untuk BBQ pulak. Menu kami haritu nasi butter, ayam dan sosej bakar + sayur-sayur je. Takdelah beria sangat nak masak banyak-banyak sangat sebab kita pun berenam je. Masak banyak-banyak satgi tahu tak habis sebab yela, perempuan kanss :p

Biasa kalau bab-bab membakar pakai arang ni, perlukan orang-orang laki. Kalini rasanya macam first time pulak aku pergi camping with all girls dan bakar guna arang camni haha. Btw, kayu arang dan besi grill tu pun semua dah disediakan. Ais batu pun ada jugak. 

Sangat complete ye duduk kat rumah ni!

ayam before
ayam after. yumzz

Lepas dah makan, aktivitinya mestilah main game atau gossip-gossip gitu. Maklumla ada kawan yang aku tak jumpa nak dekat setahun. Dari jauh dia datang untuk surprise kawan kami yang dah nak kahwin ni. Kitorang main UNO dan buat challenge tiktok merapu apa entah. Budak-budak kaki tiktok nilah yang mengajar, kita taktau sangat trend-trend remaja ni :p 


Overall, aku enjoy je dengan campsite Moonkissed ni. Barangan semua hampir lengkap. Kawan kami yang diraikan tu pun suka dengan surprise ni, plus lagi happy bila dia dapat memancing ikan jugak. Tempat ni memang sesuai untuk datang dengan family

Instagram : Ig Moonkissed
Lot 2912, Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor


31 comments:

  1. Wah.. bestnya...tiny house tu berbaloi sangat dengan harga...

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau semua kelengkapan ada. Ngam la tu rm600 bahagi 6 rm100 je sorang. Syok jugak aktiviti dengan kawan2 camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pilih glamping igloo tu lagi up sikit harganya, tpi peti ais takde. Better lah ambil rumah terus kan

      Delete
  3. Syioknya bila dapat berkumpul macam ni apa lagi bila susah nak berjumpa. Lepas ni mesti susah nak kumpul camni lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya boleh lagi berkumpul camni even kawan2 dah kahwin 😁

      Delete
  4. pernah jugak camping kat sini masa family gathering company cik abang.. kitorang ambik site tapak khemah yang sebelah kanan tu.. kat sini air sungai dia ada port dalam sikit.. baru seronok nak berendam.. hehehe.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dalam tu dekat tmpt yg ada platform terjun tu kan? Haha saya tak mandi situ punn

      Delete
  5. Memang best lah tempat ni. Better la tiny house kan, sebab musabab tak yah sharing tandas nya. Yang ni antara faktor penting. Thanks for sharing Mazni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess. Pastu boleh melalak dalan rumah takde orang dengar sangat ahakzz

      Delete
  6. hahahahhah tergelak baca.....betul-betul surprise...nampak sejuk kawasannya...chalet pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha the bride to be siap buat group whatsapp camping lagi utk kawan2 yg lain tu. Padahal dia tktau kami berlima ni dah buat group lagi awal dari dia 🤣 masing2 dh berkenalan sesama sendiri dah

      Delete
  7. cantik tmptnya...nk plak ada sungai..best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla mama tisya plan pegi sini cuti merdeka nanti hehe

      Delete
  8. Lama tak berendam macam tu kat sungai... Sungai best sebab banyak pokok... redup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle mesti tk suka tempat ni sebab line sekejap ada sekejap takde. Haha!

      Delete
  9. tengok sungai tu . terbayang sejuknya dalam air. dah lama sangat tak mandi sungai. seronok dapat habiskan masa dengan kawan2. semoga ukhuwah terjalin berkekalan hendak Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berpeluh-peluh buat surprise utk kawan, mmg kena segarkan badan. Pukul 6 petang baru naik haha

      Aminnn!

      Delete
  10. Cantik menarik tiny house. Sesuailah kan dengan harganya.
    Rumah dah elok gitu, takpe kot sungai kurang menarik. Boleh habiskan masa dalam rumah.

    Ikan kecik tak buat masak ala-ala bilis goreng je? 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mandi pun petang masa hari sampai je. 2nd day tu jalan celup2 kaki dalam sungai jap pastu sambung tidur kt dalam bilik wahaha

      Kawan yg tangkap ikan tu nak bela sampai besar. Dia goreng nanti buat lauk kenduri :p

      Delete
  11. Seronok masuk hutan..ada sungai..ada tempat tinggal ..so stay di situ..boleh juga masak ..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti biasa bila camping, mesti kena main masak2!

      Delete
  12. Seronok dapat trip macam ni, dengan kawan-kawan anak dara only. Nampak kome sangat enjoy. Nanti dah kawin, susah sikit la nak camping macam ni. Tepi sungai, rumah pun cantik. Akak pun suka juga tempat-tempat macam ni. Dekat dengan alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha ada sorang tu bukan anak dara, bini orang :p
      takpe, dah kawin nanti kita kumpul sekali dgn husband masing2 hehe

      Delete
  13. https://madey09.blogspot.com/2025/08/segmen-gempak-melukis-dan-mewarna.html
    Jemput join ya dek..tak apa asah bakat..melukis poster ya..Salam singah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau ada masa saya join ya 😁

      Delete
  14. Sekarang memang trend ya suprise party untuk kawan yang nak kahwin. Last week Kak Widad dan kawan² pun buat surprise party tapi kat Acapella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time join bride to be party ni. Gegirls mmng suka mende2 camni ahakz

      Delete
  15. ok sgt la harga tu. lagi satu best tu bila dpt kumpul2 la kan.

    ReplyDelete
  16. Okayla harga utk 6 orang tu. Best bila dpt berkumpul dgn kawan2 😁

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~