Baru ni, aku pergi ke Moonkissed by The River sempena nak sambut Bachelorette party untuk kawan. Yang kelakarnya, tuan badan taktau pun aku ada sekali dalam plan ni sebab haritu dah bagitau dia tak dapat join. Entah berapa banyak lapisan penipuan yang kitorang bagi kat dia semata-mata nak menjayakan surprise ni. Kahkahkah!
Okay, sebenarnya nak cakap camping tu... macam tak sangatlah.. Sebab kami pilih penginapan style tiny house (ala-ala chalet gitu). Rumah ni boleh muat 6 orang dan harga per malam RM600. Harga ni dah include sekali dengan breakfast.
 |
Melati tiny house. Ada 2 unit je untuk penginapan style rumah ni |
Mula-mula kitorang nak ambil khemah style glamping igloo tu. Kononnya nakkan suasana camping lah. Tapi yang tu harganya RM800 dan tandas pun kena sharing. Baik ambil style rumah ni je sebab lagi privasi. Ada tandas dalam bilik, siap ada dapur proper with refrigerator lagi. Cutleries untuk memasak pun semuanya lengkap.
Cuma yang slacknya kalau ambil rumah ni takde bayar deposit, terus kena bayar full. Kitorang ada nak cancel booking haritu, tapi pihak sana cakap hanya boleh postponed tarikh je, cancel tak boleh. So make sure confirm betul-betul if nak book tiny house ni.
 |
muka-muka yang ready nak surprise member. Keknya rupa tak murni sungguh sebab dah cair dalam kereta hahaha |
Dah habis surprise member, mestilah kita masuk sungai!
Pada aku, sungai dia okay-okaylah. Taklah jernih sangat, tapi tak juga kotor. Kena berendam kat area air yang mengalir baru syok. Sungainya pun cetek je, sesuai untuk keluarga yang bawa anak kecil.
Kat sini pun ada jugak ikan-ikan kecil kalau nak memancing. Kawan aku dapatlah tangkap beberapa ekor anak ikan. Dah dapat ikan tak boleh masaklah pulak sebab kecik sangat saiznya punn.
Kami ada jugak keliling sekitar campsite ni. Selain ada glamping dan tiny house, sini jugak ada tempat untuk sewa tapak dan boleh bawa khemah sendiri. Rasanya kalau nak sewa khemah kat situ pun boleh juga cuma aku taktahu kira macam mana.
Ada juga fasilities macam kafe, tandas dan surau juga kat sini.
Malam tu, berkecah lah dekat dapur untuk BBQ pulak. Menu kami haritu nasi butter, ayam dan sosej bakar + sayur-sayur je. Takdelah beria sangat nak masak banyak-banyak sangat sebab kita pun berenam je. Masak banyak-banyak satgi tahu tak habis sebab yela, perempuan kanss :p
Biasa kalau bab-bab membakar pakai arang ni, perlukan orang-orang laki. Kalini rasanya macam first time pulak aku pergi camping with all girls dan bakar guna arang camni haha. Btw, kayu arang dan besi grill tu pun semua dah disediakan. Ais batu pun ada jugak.
Sangat complete ye duduk kat rumah ni!
 |
ayam before |
 |
ayam after. yumzz |
Lepas dah makan, aktivitinya mestilah main game atau gossip-gossip gitu. Maklumla ada kawan yang aku tak jumpa nak dekat setahun. Dari jauh dia datang untuk surprise kawan kami yang dah nak kahwin ni. Kitorang main UNO dan buat challenge tiktok merapu apa entah. Budak-budak kaki tiktok nilah yang mengajar, kita taktau sangat trend-trend remaja ni :p
Overall, aku enjoy je dengan campsite Moonkissed ni. Barangan semua hampir lengkap. Kawan kami yang diraikan tu pun suka dengan surprise ni, plus lagi happy bila dia dapat memancing ikan jugak. Tempat ni memang sesuai untuk datang dengan family
Lot 2912, Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor
Wah.. bestnya...tiny house tu berbaloi sangat dengan harga...
ReplyDeleteTula. Siap lengkap dgn semua benda 😆
DeleteBestnya kalau semua kelengkapan ada. Ngam la tu rm600 bahagi 6 rm100 je sorang. Syok jugak aktiviti dengan kawan2 camni.
ReplyDeleteKalau pilih glamping igloo tu lagi up sikit harganya, tpi peti ais takde. Better lah ambil rumah terus kan
DeleteSyioknya bila dapat berkumpul macam ni apa lagi bila susah nak berjumpa. Lepas ni mesti susah nak kumpul camni lagi kan
ReplyDeleteHarapnya boleh lagi berkumpul camni even kawan2 dah kahwin 😁
Deletepernah jugak camping kat sini masa family gathering company cik abang.. kitorang ambik site tapak khemah yang sebelah kanan tu.. kat sini air sungai dia ada port dalam sikit.. baru seronok nak berendam.. hehehe.. ^^
ReplyDeleteYg dalam tu dekat tmpt yg ada platform terjun tu kan? Haha saya tak mandi situ punn
DeleteMemang best lah tempat ni. Better la tiny house kan, sebab musabab tak yah sharing tandas nya. Yang ni antara faktor penting. Thanks for sharing Mazni.
ReplyDeleteYess. Pastu boleh melalak dalan rumah takde orang dengar sangat ahakzz
Deletehahahahhah tergelak baca.....betul-betul surprise...nampak sejuk kawasannya...chalet pun cantik
ReplyDeleteHaha the bride to be siap buat group whatsapp camping lagi utk kawan2 yg lain tu. Padahal dia tktau kami berlima ni dah buat group lagi awal dari dia 🤣 masing2 dh berkenalan sesama sendiri dah
Deletecantik tmptnya...nk plak ada sungai..best juga
ReplyDeleteBolehla mama tisya plan pegi sini cuti merdeka nanti hehe
DeleteLama tak berendam macam tu kat sungai... Sungai best sebab banyak pokok... redup!
ReplyDeleteUncle mesti tk suka tempat ni sebab line sekejap ada sekejap takde. Haha!
DeleteOK... kensel... Hahahaha
Deletetengok sungai tu . terbayang sejuknya dalam air. dah lama sangat tak mandi sungai. seronok dapat habiskan masa dengan kawan2. semoga ukhuwah terjalin berkekalan hendak Nya.
ReplyDeleteDah berpeluh-peluh buat surprise utk kawan, mmg kena segarkan badan. Pukul 6 petang baru naik haha
DeleteAminnn!
Cantik menarik tiny house. Sesuailah kan dengan harganya.
ReplyDeleteRumah dah elok gitu, takpe kot sungai kurang menarik. Boleh habiskan masa dalam rumah.
Ikan kecik tak buat masak ala-ala bilis goreng je? 😄
Saya mandi pun petang masa hari sampai je. 2nd day tu jalan celup2 kaki dalam sungai jap pastu sambung tidur kt dalam bilik wahaha
DeleteKawan yg tangkap ikan tu nak bela sampai besar. Dia goreng nanti buat lauk kenduri :p
Seronok masuk hutan..ada sungai..ada tempat tinggal ..so stay di situ..boleh juga masak ..alhamdulillah
ReplyDeleteaktiviti biasa bila camping, mesti kena main masak2!
DeleteSeronok dapat trip macam ni, dengan kawan-kawan anak dara only. Nampak kome sangat enjoy. Nanti dah kawin, susah sikit la nak camping macam ni. Tepi sungai, rumah pun cantik. Akak pun suka juga tempat-tempat macam ni. Dekat dengan alam.
ReplyDeleteahaha ada sorang tu bukan anak dara, bini orang :p
Deletetakpe, dah kawin nanti kita kumpul sekali dgn husband masing2 hehe
https://madey09.blogspot.com/2025/08/segmen-gempak-melukis-dan-mewarna.html
ReplyDeleteJemput join ya dek..tak apa asah bakat..melukis poster ya..Salam singah
InsyaAllah kalau ada masa saya join ya 😁
DeleteSekarang memang trend ya suprise party untuk kawan yang nak kahwin. Last week Kak Widad dan kawan² pun buat surprise party tapi kat Acapella.
ReplyDeleteSaya pun first time join bride to be party ni. Gegirls mmng suka mende2 camni ahakz
Deleteok sgt la harga tu. lagi satu best tu bila dpt kumpul2 la kan.
ReplyDeleteOkayla harga utk 6 orang tu. Best bila dpt berkumpul dgn kawan2 😁
ReplyDelete