Assalamualaikum
Hari Sabtu last week (12/7/25), aku dengan kawan (Sahira) pergi hiking gunung Nuang yang terletak di Hulu Selangor. Kami ikut trip by Gerbang Explore (GEO) di Instagram.
Kalau korang jenis selalu hiking, mesti pernah dengar pasal Gunung Nuang ni. Ianya merupakan gunung yang terletak antara sempadan Selangor dan Pahang yang berketinggian 1,493 meter. Ada 2 jalan untuk mendaki Gunung Nuang ni. Trail yang mudah adalah naik via Janda Baik (7 km +- sehala) manakala yang susah melalui Pangsun (10 km +- sehala).
![]() |
groupchat dari awal ada berbelas-belas ahli, end up tinggal 6 peserta + 2 crew je |
Trip dengan Gerbang Explore ni memang ikut via Pangsun sahaja. Aku dah well aware yang treknya agak hazab, so.. let's give it a try. Untuk beginner, seeloknya ambil via Janda Baik lah sebab perjalanan lebih pendek dan tak susah.
Mula gerak dari entrance pukul 2.20 am. Pagi tu, ada lebih kurang 3-4 group je termasuk kami. So tentatifnya adalah daripada starting point ni, kita akan bergerak ke pintu rimba yang jauhnya 4.2 km, anggaran masa adalah 1 jam.
![]() |
only us in this pitch black hutans |
Jalan awal-awal ni santai je, banyak mendatar. Kita panggil dia jalan balak jelah ye. Tapi letih jugak sebab kat sini je dah berjalan 4 km macam tak berkesudahan. Nanti sepanjang jalan tu, kita akan jumpa dengan 6 pondok. Time balik nanti confirm mental dok mengira pondok, bila nak sampaii.
Macam biasalah, aku dan Sahira antara yang terkebelakang sambil ditemani oleh sweeper kami, Mira. Yang 5 orang budak-budak laju tu dah jauh kedepan, tinggallah kami 3 gadis comel ni di belakang huhu. Bapak seram ok sebab Nuang ni banyak jugak cerita mistiknya. Tapi alhamdulillah, takde benda-benda pelik berlaku sepanjang trip ni.
![]() |
stop kat pondok ke-4 |
![]() |
MGP kami merangkap crew GEO (Atiq) tengah mengajar kat tengah-tengah hutan |
Lepas dah menempuh jalan balak sejauh 4 km, akhirnya kami sampai di pintu rimba yakni pintu permulaan untuk melalui trek mencanak. Dari pintu rimba ni, kita akan ke Kem Lolo yang jaraknya lebih kurang 2 km dan mengambil masa sekitar 40 minit perjalanan. Kat kem Lolo ni lah selalunya orang akan berkhemah sebab ada sungai dan tapaknya pun luas juga.
Disini juga merupakan last water point sebelum ke kem pacat, so kami ambil wudhu kat sini siap-siap.
![]() |
rehat kat sini tak sampai 20 minit pun |
![]() |
inilah kem Lolo (gambar diambil masa otw turun) |
Di sini kita perlu merentasi 5 sungai yang arusnya agak deras. Cuaca pulak gelap, makanya please mind your step. Sebab tahun 2024 ada pendaki mati di sungai ni kerana kepala air. Sangat bahaya jika cuaca hujan, memang tak boleh lalu sini tau. Kami ni syukur cuaca elok je.
Perjalanan dari Kem Lolo nak ke kem Pacat ni cuma 2.3 km saja, tapi aku dan Sahira ambil masa 2 jam untuk sampai sini. Dia punya mencanak naik tu buat aku nak marah sebab langsung takde landai. Sepanjang naik ke Kem Pacat ni memang aku pancit teruk lah sampai dah buwek buwek rasa nak termuntah sebab penat sangatt!
Lagi mental bila dah tak nampak cahaya headlamp diorang yang ada kat depan tu, so kami taktau berapa jauh lagi kena menapak. At last, berhenti sekejap untuk solat subuh dekat tengah-tengah jalan ni. Rupanya dari tempat kitorang solat tu, naik atas sikit dalam 10 minit dah sampai Kem Pacat!
Patutlah tak nampak cahaya headlamp diorang, rupanya semua tengah sedap membuta, lol!
![]() |
suasana hutan yang misty dan mistik |
![]() |
inilah pacatnya. Pacat biru yang comel tapi takdak sebelah tangan. Euw puji diri sendiri! |
Disebabkan cuaca baru lepas hujan dan berkabus, perjalanan menuju ke puncak ni terasa sejuk sangat. Cuaca macam nilah yang kita mahu untuk mendaki!
![]() |
akar-akar cari gaduh |
![]() |
batu-batu ni pun ajak gaduh |
![]() |
supo jerangkung dah masing-masing panjat akar kayu ni |
![]() |
muka Sahira macam nak caruts, haha |
Apapun, dari Puncak Pengasih nak ke puncak Nuang ni perlu naik lagi 600m bersamaan dengan 40 minit ke 1 jam. Before sampai puncak, barulah nampak view pemandangan gunung-ganang di sekitar. Tu pun nampak sekejap jelah sebelum masuk semula ke dalam hutan dan this is the only open view sepanjang hampir 8 jam kami mendaki ye hahaha.
Maklomla gunung Malaysia kan, memang hutan banat sajalah sepanjang jalan.
![]() |
mungkin ini banjaran Titiwangsa sebab gunung Nuang ni kan dah masuk sempadan Selangor dan Pahang |
![]() |
Bila dah nampak tangga-tangga, ini bermakna dah hampir sampai. Kena redah dalam 5 atau 6 tangga |
![]() |
posing wajib setiap kali sampai mana-mana gunung, bergambar dengan papan tanda |
antara tarikan kat sini, tupai gemuk! |
Tak pernah hiking. Kalau hiking rasanya sesuku jalan dah pancit. Hihi. Kawan2 ramai hiking nampak dorg selalu share. Sampai puncak nampak view cantik mesti nikmat kan.
ReplyDeletekat Nuang ni tak berapa nampak view sangat kat puncak. tapi bila dah sampai atas tu, lega dia tak payah cakaplah hehehe
Deleteseronoknya dah sampai gunung nuang, cita-cita kakmieja dulu sampai skrg terkubur terus
ReplyDeleteBest jugak gunung ni sbb ada sungai. Tapi seksa jugaklah nak sampai atas tu 🤣
DeleteAlaa nape terkubur. Boleh lagi tu realisasikan
Mencabar stamina naik gunung tuharap semua ok lepas haiking ya
ReplyDeletesakit kaki 4 hari jugak cikgu hehe
DeleteMasya Allah!
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah dengan nikmat iklim khatulistiwa kita memiliki hutan hujan tropika yang hijau sepanjang tahun. Pemandangannya sangat indah dan mendamaikan walaupun nun jauh di dalam hutan.
Tahniah, dapat menakluk Gunung Nuang!
kelebihan hiking di gunung malaysia, terlindung dengan kanopi pokok. yg tak bestnya kurang view di sepanjang jalan
Deleteterima kasih!
kita suka entry ni, plus keluh kesah tu jadi kita baca sampai habis sambil tgk gambar.
ReplyDeletetuan asben sukalah xtvt mcm ni, dia selalu pergi dgn geng2 opisnya.
sekian daripada insan yg tak suka hiking, berkelah dan berkhemah.
boleh suruh tuan asben pergi nuang ni pulak
Deletesaya suka benda2 outdoor yg menyusahkan diri camni, haha!
seronok mendaki ni...cuma tak galak kan kepada mereka yang sakit lutut
ReplyDeletesaya pun kadang2 lemah lutut jugak. makanya kena pakai knee guard dan training sikit before naik gunung yg susah camni
DeleteAwal dah kena bertolak ya....Permandangan atas tu memukau. Nak naik memang azab sikit la...
ReplyDeleteikutkan plan asal nk gerak pukul 4 am, tapi sebab haritu ramai sangat orang, terpaksa gerak awallah
Deletegerak awal, turun awal gitu
Ya ampun! Rajinnya korang... Kalau uncle panjat katil je la....
ReplyDeleteJap... sini ada internet tak?Hehehehehe
ni kalau uncle takleh masuk ni, takde line internet tau!
DeleteTapi ada post 1,2,3,4,5,6…dst. Kalau terus jalan tanpa ada istirihat teruk. Tak apa, alam semula jadi memberikan pelajaran mengatasi tantangan
ReplyDeleteBetul tu. Menguji kesabaran pun ada juga hehe
Deleteselalu jugak dgr nama gunung nuang di dr update member yg kaki hiking... mencabar ye nk naik atas tu
ReplyDeleteKalau lalu ikut pangsun ni memang susah sikit compared to janda baik. Jauhh
DeleteNak gaduh sana, nak gaduh sini sampai juga ke puncak, terbaiklah Mazni :D
ReplyDeleteHahaha sambil naik sambil membebel kenapa gunung ni sedemikian rupa 🤣
DeleteAkak punya eldest sister punya tempat training ni, Gunung Nuang. Dia selalu keluar pagi-pagi buta naik gunung. Di Lumut ni, ada mini Nuang, iaitu Bukit 300. Akak naik Bukit 300 je la. Hehe.. Tahniah, Mazni, berjaya ke puncak Nuang, via Pangsun! 💪👏
ReplyDeleteWahh tempat training kat nuang ni, mesti dia selalu masuk ultra run kan? Hebatt
DeleteTerima kasih kak nur! 😆
Memang kalo mau naik gunung ni badan harus benar-benar fit, fisik dan mental, kalau gak kuat"bisa saja menyerah, apalagi suruh bangun tengah malam, aku milih tidur aja deh 😁
ReplyDeletemasa tengah panjat, rasa menyesal.. kenapalah menyusahkan diri naik gunung di pagi weekend yg indah ni 🤣
Deletetraknya sungguh menantang
ReplyDeleteWah kalau saya mah nyerah tu
Pemandangan yang indah
treknya agak mencabar bagi saya yg tidak terlalu fit ni
Deletekagum betul dgn semua yg fit utk jd climber/hiker! my batchmate ada sorang...aktif sgt panjat mcm2 gunung wpun tahun ni umur dh 48!
ReplyDeleteWahh hebat! Mesti dia nampak awet muda n bertenaga je. My goals tuu
Deletegunung nuang ni dah jadi tempat bermain lecture kita .. haha tapi via janda baik la.. teringin nak naik, tapi bila ajak member mula la dia bercerita kisah mistik. hmmm.. jom la mana tahu kita dapat hike sama2.. hihi
ReplyDeleteTula lepas saya balik tu, ada kawan dm panjang berjela pasal kisah mistik gunung nuang ni. Tapi lantaklerr, kita dtg sini nak hiking bukan nak cari makhluk lain hahaha
DeleteNext plan kitorg nak gi rajah. Tapi taktaula lipak ke tak :p
Difficulty tu 6/10 je?.. perghhhh... akak nengok pun dah pengsan.
ReplyDelete4km belum masuk hutan.. omakaihhhh.... salute.. salute
Bila dah masuk hutan nengok trail nya mencabar sangat tu... semua mencanak-canak...
Apa pun... pasti Maz happy aktiviti begini kan.. teruskan mencabar diri!
Memikirkan ada gunung yg lebih teruk dari ni, so kita rate medium hard je 🤣 lalu jalan balak 4km tu masa balik memang mental lah bila nak nampak tempat parking ni hahaha
DeleteHappy jugak walaupun rasa menyeksa diri hehe
Masyaa Allah 16 jam pendakian cukup hebat dah pada kak ana untuk stemina Mazni dan kawan-kawan, tapi bagus sangat ikut team yang dh berpengalaman dalam mendaki begini.. tahniah dik : )
ReplyDeletememang jauh perjalanan kak ana, sampai sakit2 lah kaki ni
ReplyDeleteterima kasih!
Masya Allah, liat Puncak Pengasih jadi rindu masa-masa mendaki gunung ciremai 2012 lalu.
ReplyDeleteKurang lebih tekstur jalanannya sama persis. Benar-benar menanjak dan banyak akar pohon sepanjang jalan
wahh lama sekali 2012. saya kalau laluan banyak akar ni memang cukup tak suka
DeletePendakian yang melelahkan, tapi sudah sampai puncak akan terasa puas memandang panorama yang indah.
ReplyDeletebenar sekali! sekaligus bangga dapat menaklukkan puncak ini buat pertama kalinya
Deletesis tak pernah join hiking.. stamina semput.. hehehe.. tapi dulu-dulu rajin jugak pergi camping outdoor.. bila la boleh pergi camping lagi ni? huwaa..
ReplyDeletedia kalau dah lama tinggal memang mudah semput. sekarang dah banyak tempat camping yg cantik2!
ReplyDeleteSyok nya Mazni naik gunung. Tumpang seronok tapi tak nak tumpang rasa penat tu hehe. Thanks for sharing tau. Cantiknya view dan foto.
ReplyDeletemarilah tumpang penat sekali xD
DeleteBagusnya. Mesti geng suka aktiviti outdoor ni. Saya tengok pun dah semput. 😅
ReplyDeletesukalah jugak. masa tengah naik tak habis2 menyesal. dah sampai atas terus tarik penyesalan tu hahah
DeleteHiking nya memakan waktu 8 jam ya Mbak dari start jam 02 am. Terbayang sangat letih dan track yang terakhir setelah hujan itu...ya ampun sangat menantang sekali. Terbayang tanah yang masih basah karena air hujan dan pastinya sangat licin...
ReplyDeleteSetelah sampai puncak, lupa ya Mbak segala kesusahan selama perjalanan...
Salam,
iya pak asa, tu pace santuy2 gitu. kalau laju boleh buat 5-6 jam saja
Deletebagi saya jalan tidak terlalu licin kerana hujannya turun hanya sebentar. kalau lama, pasti lebih teruk dan licin lagi
bff akak suka hiking..dh byk gunung die naik...bila smp puncak syok tu dpt tgk view yg cantik...yg penting wajib ootd tu
ReplyDeletedah bersusah payah naik sampai atas, wajib posing 10 ribu gambar, hehe!
Deletetrail berakar tu buat sy teringat bkt bohey dulang semporna... hehe
ReplyDeletewahh ingatkan bohey dulang tu trek dia santai2 bertangga. ada akar2 camni jugak ye?
Deletetangga tangga tu memang dah ada ya? waduhhh... dah mendaki kena panjat tangga pulaaa.... betul2 menekan perasaaan ni ;-)
ReplyDeletehaah sebab kalau takde tangga macam lagi susah je nak panjat.
Deletedulu masa kat rinjani, saya benci betul nampak tangga camni. kat nuang, tangga ni yang paling ditunggu-tunggu sebab tandanya dah nak sampai xD
Tahniah Mazni si pacat biru yang comel! 👏🏽
ReplyDeleteSeronok akak layan baca dan tatap gambar. Cantik akar berselirat tu, tapi kalau tersandung…haru 😆
Hebat orang muda sekarang semua main day trip. Akak dulu naik G. Datuk pun bermalam tau 😀
haha terima kasih kak ujie!!
Deletesaya pun tak suka akar! risau je kaki terperosok kat situ xD
ehh boleh ye camping kat datuk? saya baru tauu
Rasanya tak sanggup wak nak menghiking lagu ni
ReplyDeleteBaik kerja kebun gamaknya
berkebun pun keluar peluh juga wak :D
DeleteKak mazni, pacat itu artinya apa? Hewan pengisap darah saudara sepupu nya lintah itu ke? 🤣🤣🤣. Kalo betul, memang merinding saya langsung 😂😂. Banyak kah di sana, sampai diksh nama puncak pacar 🤣.
ReplyDeleteOkeeee, fineeee, lihat medannya macam tuh, saya menyerah dulu lah 😂😂. Rasa2nya nak lalu lewat janda baik pun masih ragu wkwkwkwk.
Apalagi start jalan malam. Dah lah mata saya minus, disuruh malam2 hiking, memang cari pingsan 🤣
iyaa saudara lintah, tapi pacat ni saiznya lebih halus macam cacing (cuma pendek dari cacing). saya pun taktahu kenapa namanya kem pacat, sebab elok je saya baring-baring dekat tanah tu tak nampak pacat punnn
Deletewkwkwkw kalau for newbie lebih elok naik via janda baik kak, 4 jam jeee :p jalan malam waktu hiking itu perkara biasa, headlamp kan ada xD
Kagum betul dengan orang yang boleh panjat gunung tinggi ni. Gigih amat.
ReplyDeletetapi boleh tahan pancit jugak saya kat sini :p
DeleteIndah ciptaan Allah..nak kena mendaki tu la..mencabar sungguh tgk..
ReplyDeletekaki saya ambil masa 4 hari baru pulih sepenuhnya hahaha
DeleteHiking dulu² je masa zaman sek...sekarang takde dah..tapi, macam syiokk je kan..tak nak mula, takot jatuh chenta...hahaha...
ReplyDeleteapa salahnya kalau jatuh cinta? :p boleh kurus ni hahaha
Deletenampaknya pendakian ke puncak Gunung Kinabalu lebih mudah drp Gunung Nuang ni...
ReplyDeletefinally ada pun yang komen macamni! betul, gunung kinabalu lagi senang dari nuang ni
DeleteAlhamdulillah berjaya hiking ke gunung yang ada dalam bucket list. KSarie tengok akar pokok yang berselirat itu pun udah ngeri😅Keep on sharing cerita hiking ye sebab best membacanya
ReplyDeletesyukur sampai jugak, tapi sekali ni jelah kot kalau ikut jalan pangsun xD
Delete