20 Jun 2025

Spring Raya : Niujie Street, syurga makanan halal di Beijing

 Assalamualaikum

Sambungan dari --> Dari KLIA ke Beijing

Malam tu, kami pergi ke Niujie Street. Daripada Beijing Railway Station (Line 10) - turun di Changchunjie (Line 2). Lepastu ada naik bas juga, cuma aku lupa apa nombornya, ahakz. Peta metro boleh rujuk di sini --> Metro Maps.


Orang Islam yang datang ke Beijing mesti akan masukkan Niujie ni dalam list sebab tempat ni merupakan the largest Muslim community in Beijing. Komuniti Muslim disini terdiri daripada kaum Hui dan jumlahnya 249,000 ribu pada tahun 2010 di sekitar Beijing ni (sumber wikipedia). Maka tak hairanlah disini sangat mudah cari makanan halal atau berjumpa dengan komuniti muslim. Di area Niujie ni penuh dengan halal street food, ada kedai jual daging-daging segar yang halal, ada masjid dan paling best sekali, ada pasaraya halal! Jom tengok apa produk-produk halal yang dijual kat pasaraya tu.

Yang ada logo NJ biru hijau ni adalah pintu masuk pasaraya. Selepas tu akan naik escalator turun ke bawah pula
ayam ready to eat, harga murah!
ada sosej dan pek daging ready to eat jugak
mie segera yang ada logo halal

Rupanya nak cari makanan halal di China ni tak susah mana pun. Korang cari je logo (清真) QingZhen yang bermaksud 'suci dan bersih', maka ianya adalah halal. Kat sini mereka tak boleh pakai tulisan halal dalam bahasa arab, maka kita kenalah ingat dua bentuk tulisan 清真 ni untuk mana-mana produk makanan mahu pun bila cari restoran.

tembikai kecil comel!
buah beri-beri yang paling mahal disini harganya tak sampai RM25 pun. Nak menangis ye dapat makan strawberi 2 pek besar camni dengan harga yang murah!
dia letak strawberi macam tu je, tak takut ke kalau Mazni angkut bawak balik semua ni?
hmm dumplings boleh main cedok-cedok je gais.....

Apa yang aku perasan, kat sini memang banyak sangat produk yang berasaskan daging dan lamb tapi harganya murah sangat! Aku rasa di Beijing ni terlalu banyak daging lah. Bayangkan kami selalu beli lamb skewers yang super panjang dan sedap tu dengan harga 10 - 15 yuan je?? Kalau makan mee tarik pun isi dagingnya banyak!

Anyway, bukanlah semua makanan dalam pasaraya ni halal. Ada yang tidak bertulis logo 清真 tu, kena tengok ingredients dia lah sama ada selamat di makan atau tidak. Kami akan elak ambil makanan yang ada fat, preservatives atau gelatin.

lihatlah kebesaran keropok ni. Tapi takde logo QingZhen so tak belilah pulak
ini menarik perhatian aku sebab packaging dia macam pencuci sabun Daia perisa violet, haha
semacam sayur jeruk.... 
pastry dan hot food ready to eat!

Masa datang hari pertama tu agak lewat dalam pukul 8pm lebih, pasaraya nya tutup pukul 9pm. Patutlah pekedai kat situ pandang kami atas bawah je, time nak tutup kedailah sibuk customer ni datang tilik-tilik barang, haha. Sorry bang, kak. Saya baru sampai Beijing. Lupa nak check pasaraya tutup pukul berapa.

Kedai-kedai makanan di luar sana pun sunyi sepi je, biasanya penuh orang tau. Tapi sempat juga kami beli snek-snek halal yang ada di pasaraya ni. Pembayaran semuanya cashless dengan menggunakan Alipay, wechat pay atau kalau kita ada Tng e-Wallet, boleh bayar guna tu je.

Jom tengok suasana di luar ni ada apa pulak!

Niujie ketika malam
bila siang penuh manusia cari street food

Sebenarnya banyak kali jugak kami pergi ke Niujie ni walaupun jarak dari hotel hampir 20 minit by car. Kira jauhlah kan? Kami kalau datang sini ulang-ulang beli beef shao bing, lamb skewers je lah sebab tu je senang nak order. Air buah ke, bubble tea, pastry atau bao-bao yang viral kat tiktok tu tak merasa pun sebab taktahu kedainya yang mana satu.

Dan masalah komunikasi juga salah satu puncanya lolz.

a must try beef shao bing! Daging dia well seasoned, juicy dan dimasak dengan sempurna. Harga lebih kurang RM5 je you all.
lamb skewers yang bersepah sepanjang street tu. Pilih je nak beli kat kedai yang mana. Harga semuanya 10 - 15 yuan.

Lepas habis beli makanan, kami pun pulang semula ke hotel. Tiba-tiba jalan balik macam lebih dekat pulak daripada nak datang tadi sebab tak perlu naik bas.

Kami ambil train Guang'anmennei (line 7) - Caishikou (line 4) - Xuanwumen to Beijing Railway Station (line 2).


Tamatlah hari pertama kami yang tak reti duduk diam seharian ni. Daripada flight Malaysia pukul 2 pagi, sampai Beijing pukul 12 pm, kemudian travel pergi hotel sampai pukul 5 pm, lepas maghrib dah keluar pergi Niujie ni pulak. Tak sempat nak tidur pun.

Dah kalau namanya travel, mana mungkin kami akan biarkan masa terbazir camtu je kan? Mesti nak kena keluar berjalan jugak walaupun penat. Hari pertama nilah masanya untuk explore public transport, tengok gelagat orang local dan merasai musim spring yang suhunya 10 celsius waktu malam.

Baru hari pertama, tapi boleh tahan jumlah steps kami berjalan seharian. Di sini sangatlah banyak berjalan kaki sama macam di jepun dan Korea. Patutlah orangnya sihat-sihat belaka. Walaupun macam nak patah kaki aku berjalan, tapi bila berjalan dengan cuaca yang sejuk camni jadi tak kisah pulak. Lagi-lagi bila pokok cherry blossom tu boleh tengok tepi jalan je.

Stay tuned for next entry!

40 comments:

  1. Jadi di Niuje itu mudah menemukan makanan yang halal ya Mbak. Rupanya banyak juga kaum muslim tinggal disana.
    Kereta yang Mbak naik sangat bagus dan dibagian dalamnya demikian bersih dan rapi. Suka saya melihatnya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, disini memang kawasan orang islam. Tak susah nak cari makanan di beijing ni
      Public transport di china memang bersih

      Delete
  2. Comel je tembikai. Nampak fresh semua buah2an tu geram je tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wonder pulak rasa tembikai kecik tu macam mana sbb harganya agak mahal sikit

      Segala jenis beri tu memang geram saya tengok.. merah2 semuanya!

      Delete
  3. meriah betul pilihan mknnnya!! best la travel jln2 lihat negara org esp kalau cuaca sejukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sikit berjalan bila cuaca sejuk, badan pum tak bau bacin walaupun kita berjalan hampir 5km haha

      Delete
  4. Wah, syurga makanan ni. Macam-macam ada. Bagus juga pergi ke tempat yang ramai komuniti orang Islam. Nak cari makanan halal pun senang. Tudiaa tak sempat nak rehat, berjalan terus-terusan. Puas hati pun dapat berjalan-jalan kan. Seronok dalam penat gitu. Rugi kalau duduk rehat saja. Pergi tempat orang kena explore, baru best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata rasa nak beli je semua makanan. Tapi kitorg ni pergi bawa nasi ready to eat dari malaysia pulak, tak boleh nak membeli sakan sangat 🤣

      Delete
    2. Oo patutlah. Nanti membazir pula dan penat-penat bawa dari Malaysia tak makan pulak kan.

      Delete
    3. ya betull. lesson learned kalau gi china kawasan ramai muslim ni, tak payahla bawak makanan beria sangat

      Delete
  5. Baca ni teringat pulak tiket yg burn masa pkp hari tu.. kalau x dh jejak kaki di china

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh dia tak ganti dalam bentuk points atau boleh tukar tarikh ke? Sebab masa covid dulu kami patutnya pegi sabah tahun 2020, tpi dia refund dlm points gitu, tahun 2022 baru dpt guna

      Delete
  6. Banyak benda menarik. Kalau saya masuk sini, pasti berpinar-pinar mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, harga barang2 dalam ni pun tak mahal sangat. Memang macam nk beli semua makanan

      Delete
  7. Senang la ada tanda halal tu kan?

    Cuma nak kena ingat tulisan tu la pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah pun ingat tulisan tu, hari kedua dah hafal dah uncle 🤭

      Delete
  8. Banyak barang menarik dalam pasaraya tu, yek. Pastries dia pun menggoda. Nampak macam cinnamon roll gambar ketiga. Ayam sedia dimakan dijual dalam paket camtu je? Wah... telan ailio tengok gambar lamb skewers. Bestnya, berjalan dalam cuaca sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pastries tu ada kek jugak, geram je rasa nak beli!
      Tapi ayam atau daging yg ready to eat tu rasa dia masin sikit. Processed food kan hahaha

      Delete
  9. Merah-merah strawberi. Manis tak?
    Betul itu kalau cuaca nyaman seronok jalan jauh walaupun penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis yakmattt 😭😭 memang besar dan merah strawberry kat sini

      Delete
  10. bestnya 😍😍....tak pernah sampai beijing lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semoga sampai suatu hari nanti!

      Delete
  11. Ah sudah nak kena ingat dan hafal logo perkataan suci dan bersih tu huhuu..
    Pastry tu menggoda sangat huhu.. Di bandar bandar besar di China mmg agak mudah nak cari makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat wallpaper kat phone, kalau lupa je tengok balik 🤣
      Betul, kat yunnan, shanghai, guangzhou pun ada banyak makanan halal jugak kan

      Delete
  12. Best nya Mazni ke Beijing, thanks for sharing. Nak sangat pergi sana tengok Great Wall. Lamb skewers tu aduiii sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tengok one of seven wonders of the world 😁 beijing memang best, bandar penuh sejarah!

      Delete
  13. rambang mata nak pilih ni
    kalau perut lapar rasanya semua nak beli hahaha...

    suasana dlm train tu buat sy teringat train kat shenzhen...
    lebih kurang je train nya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau boleh nak je beli semua benda, tapi mengenangkan kitorg bawak makanan dari malaysia pulak. Patut tak payah bawak makanan pun takpe

      Train diorg bersih jugak kan?

      Delete
    2. train & station mmg bersih
      tp toilet...
      allahu rabbi...
      trs x jadi nak masuk
      hahahaha

      Delete
    3. Tapi haritu saya pergi toilet dia kan mcm okay lagilah. Tak nampak taik berciciran pun. Cuma toilet dia style takde pintu gitu jela hahaha

      Delete
  14. yg ramai2 dok cari makanan tu org tempatan ke.... pelancong?
    pagi2 dah ramai ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu gambar masa tengahari sebenarnya hehe.

      Lebih banyak locals berbanding pelancong

      Delete
  15. Pernah ke Beijing tahun 2009 dulu. Niujie St....teringat masjid Niujie yang kami pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada singgah masjid tu jugak, tapi masa kami datang tu masjid renovate

      Delete
  16. Kena perati tulisan tu betul² lah ni.
    Hamboiii.. label keropok tu taknak kalah... dah rupa pelakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasall. Beli ayam ready to eat to pun ada gambar artis cina. Tapi halal ayamnya

      Delete
  17. Ayam RTE pun ada ya, siap halal lagi. Senang sungguh gini.
    Banyak pilihan makanan halal, rambang mata nak cuba itu ini. Mazni pergi ramai, bolehlah beli macam-macam try makan sorang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan dalam ni banyak yg halal. Ayam RTE tu murah sangat!
      Masalahnya beli makanan sepesen je. Tak shaobing, lamb skewers. Punyalah banyak makanan yg kitorang tak try huhu

      Delete
  18. Wahhhh bestnya besar gedabak dan fresh strawberry dia murah-murah...gerammm. Lamb skewers dia menggodanya. Nak kena menabung nampak gayanya sebab nak makan-makan dekat Beijing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah ceri dia pun sedap, tapi masam skett. Memang kena foodhunting kalau datang beijing ni

      Delete

Nak komen apa? silakan~