Assalamualaikum.
Salam Ramadan yang ke-17. Cepatnya masa berlalu, tahu-tahu dah half Ramadan kan?
Maklumlah harini cuti umum Nuzul Quran, pagi tadi aku merajinkan diri lah pergi dengar kuliah Subuh kat masjid. Topik pagi ni ialah Orang Yang Rugi Ketika Berpuasa. Bak kata penceramah, orang lain asyik cakap pasal kelebihan berpuasa jekan. Jika ada kelebihan, mestilah akan ada ruginya jugak kan untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.
Okay let's straight into the point!
3 golongan yang sia-sia berpuasa
Tidak menjaga lidah
(Misalnya mengumpat, bercakap perkara yang sia-sia, foul language)
Tidak menjaga pancaindera dari melakukan maksiat (mata, lidah, hati)
Tengok benda-benda yang tak sepatutnya
Menahan diri dari perkara yang halal, tapi berbuka dengan yang haram
- Zat makanan yang haram (dah berpuasa seharian, tiba-tiba berbuka minum arak?)
- Berbuka dari hasil sumber yang haram (contohnya beli makanan berbuka puasa guna duit rasuah, etc)
- Asap (orang lain berbuka makan makanan, dia berbuka sedut asap rokok yang dah difatwakan haram tu)
Selain itu, ustaz juga share 15 ciri orang berpuasa yang rugi, iaitu
- Tidak bersahur (ada barakah dalam sahur tau. Sesungguhnya Allah & para malaikat berselawat kepada orang-orang yang bersahur)
- Bangun sahur tapi tidak tahajjud (tahajjud adalah antara solat yang kita paling dekat dengan Allah)
- Bangun sahur tapi tidak berdoa (antara waktu yang mustajab untuk berdoa)
- Bangun sahur tapi tidak meminta keampunan
- Orang yang tidak melewatkan sahur dan bersegera ketika berbuka (Nabi Muhammad always bersahur ketika 30 minit sebelum masuknya waktu subuh)
- Orang yang berbuka tanpa tidak berdoa (antara waktu mustajab ketika berdoa, kerana doanya tidak ditolak.)
- Menghabiskan waktu siang dengan tidur
- Orang yang tidak membaca al-Quran sepanjang berpuasa
- Tidak bersedekah
- Tidak beribadah dengan maksima
- Orang yang meninggalkan solat fardhu (Dah penat-penat puasa tapi solat fardhu tinggal? Padahal itu yang lebih wajib. Bahkan solat fardhu lebih besar pahalanya berbanding solat tarawih)
- Orang yang tidak solat tarawih
- Orang yang tidak solat sunat rawatib dan dhuha
- Orang yang tidak mengikuti solat sunat tarawih sehingga selesai witir
- Tidak iktikaf di masjid 10 malam terakhir (khusus untuk lelaki)
So itulah inti pati kuliah subuh pagi ni. Honestly, banyak sungguh yang aku kurang. Rasa bagaikan ditembak-tembak dengan fakta perit, haha. Memasuki 15 malam yang terakhir ni, marilah kita cuba merebut peluang yang ada dengan memperbanyakkan ibadat. Mudah-mudahan kita tidak mensia-siakan Ramadan tahun ni.
Thanks for reading!
Terima kasih perkongsiannya
ReplyDeletesama2 wak
DeleteTerima kasih, atas perkongsian. Insya-Allah, saya pun nak cuba baiki mana yang kurang.
ReplyDeleteSama2 lah kita perbaiki utk jadi lebih baik :D
DeleteAsap tu ramai yg terasa tu!
ReplyDeleteHaha betul! Tapi sayang tak ramai jemaah lelaki pulak time tu. Biarlah yg merokok tu malu sikit bila ditegur oleh ustaz
Deletesalam nuzul quran..MZ singgah sini tp waktu mlm dah ni..gigih bukak blog jap sblm zzzz
ReplyDeleteSaya kalau malam2 mmg tak lalu nk bukak blog sangat, gigihnya MZ!
DeleteMasih berbaki Ramadan...jom pulun amal sebanyak yamg mampu
ReplyDeleteSemoga tetap istiqamah walaupun dah habis ramadan
DeleteSesungguhnya bila baca, ammi antara org yg rugi tu. Allahhhhhh
ReplyDeleteSaya pun ammi :(
DeleteThanks for sharing 🌹
ReplyDeleteMost welcome PH 🥰
DeleteThanks for sharing this.. Moga manfaat.
ReplyDeleteSama2, semoga kita rajin beramal
Deleteterima kasih atas perkongsiannya...ya, banyak lagi yang kurang...lagi2 tang tahajud tu..Allahuakbar
ReplyDeleteSebagai seorang yg paling tak tahan bangun pagi2 buta, saya sedikit terkesima huhu
DeleteSalam Nuzul Quran.. semoag kita tidak tergolong dlm golongna yg mensia siakan puasa..
ReplyDeleteAmin2 insyaAllah
DeleteYa Allah, masih banyak sangat yg saya jaraaaaang lakukan 😔. Sesekali kalo rajin iyalah. Tp ntah kenapa banyak malas atau lupa nya 😔. Memang merugi....
ReplyDeleteTx for sharing kak. Semoga jadi trigger buat kita semua utk rutin lakukan
Sama2 lah kita perbaiki diri. Kadang sering lupa kita ni hidup utk Allah, tapi kenapa ibadah buat ala kadar jekan :(
DeleteKejapnya masa berlalu. Ramadan semakin hampir ke penghujungnya.
ReplyDeleteSekarang dah habis ramadan, terasa rindu dah
DeleteKejapnya masa berlalu. Ramadan semakin hampir ke penghujungnya.
ReplyDeletebln puasa ni ladang pahala. kumpullah selagi boleh thn dpn belum tentu jumpa lg ramadan atau x
ReplyDeleteBetul kak anies. Kalau tak boleh buat semua, at least jangan tinggal semua. Buatla mana yg mampu
Deleteyg abaikan ni, hanya dapat lapar dan dahaga je...
ReplyDeleteUhuk2 taknak jadi camtuu
DeleteTerima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeleteSama2 😁
Delete