Assalamualaikum
Masa bulan Julai haritu, aku ada share pengalaman ambil exam jawatan Pereka Gred B29 di UKM. Boleh baca KAT SINI. Seperti yang diperkatakan dalam entry tersebut, exam jawatan pereka di UKM diberi masa 8 jam untuk jawab 4 soalan. Yang harini aku dapat exam online SPA, masanya cuma sejam sahaja, dari pukul 10 - 11 pagi.
Aku ada google jugak soalan macam mana yang keluar untuk jawatan pereka ni. Of courselah soalan dia jenis bulat-bulat macam exam SPA yang biasa tu. Tapi bentuk soalan tu aku taktahu macam mana.
Ada 2 seksyen je yang perlu dijawab, Seksyen A dan Seksyen B. Untuk Seksyen A tu ada 30 soalan, Seksyen B pulak ada 20 soalan je.
Yang Seksyen A kena jawab soalan pengetahuan Am. Aku ada google bentuk soalan macam mana yang dikeluarkan. Pastu mak aii, dia tanya pasal perlembagaan, ekonomi, lantikan kerajaan lah apalah. Aku baca jelah semua tapi nak kata masuk otak tu taklah xD
Expect keluar pengetahuan Am macam tu jelah, rupanya takde pun.
Bukanlah takde langsung, ada juga selit sikit tapi macam 1 - 2 soalan gitu jee. Soalan yang banyak ditanya tadi pasal prinsip seni yang korang dah belajar masa kat sekolah tu, prinsip warna, reka letak, perisian apa yang digunakan untuk buat majalah. Nah bawah ni aku share sikit yang sempat aku snap tadi.
ada lagi soalan-soalan yang aku ingat,
- Apa yang membolehkan seseorang itu mendapat kerakyatan Malaysia?
- Jenis cetakan apakah yang sesuai untuk mencetak 500 helai kertas (option flexography, digital, offset, lithography)
- Apakah perisian yang digunakan untuk menghasilkan animasi 3D
- Bahan apakah yang selalu digunakan untuk cetakan 3D
- Apakah corak budaya artifak Malaysia?
- Warna CMYK adalah daripada cyan, magenta dan yellow. Warna ini digelar sebagai warna___?
- Ada soalan pasal warna sewarna (pendidikan seni visual), warna RGB, prinsip rekabentuk dalam seni
- Elemen realiti maya (Virtual Reality)
- Seni Lukis Moden Malaysia (Era Pluralis)
- Badan Berkanun atau Agensi yang bernaung di bawah Kementerian Komunikasi
Yang ni jelah antara yang aku ingat. Mana yang aku tak tahu tu google dengan sepantas mungkin dan terus dapat jawapan hahaha!
Btw, ini kali pertama aku jawab exam SPA yang banyak tak hentam jawapan xD Selama ni kalau jawab exam SPA selalunya ada Daya Penyelesaian Masalah, aku paling tak suka yang tu... Memang hentam je banyakk.
Kalau calon berjaya exam online ni, baru akan dipanggil ke Ujian Bakat. Ujian Bakat tu rasanya ujian yang kena buat design tulah. Lepas berjaya Ujian Bakat, barulah layak dipanggil ke temuduga. Fuhh banyak betul tapisannya xD
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang nak ambil exam bagi jawatan pereka di SPA. Aku ni pun tak tahulah macam mana lagi. Kalau lulus dan berjaya ke Ujian Bakat, aku update sini. Kalau tak update tu maksudnya tak luluslah hahah.
Thanks for reading!