26 Aug 2021

Kerana virus, hilang segalanya

Assalamualaikum

Gambar tiada kena mengena

Minggu lepas, aku ditimpa musibah yang aku rasa agak dahsyat. Laptop aku masuk virus ransomware dan virus tu sangat bahaya. Semua file aku dalam laptop ni corrupted, langsung tak boleh buka. File Jpeg, PDF, Words, music atau apa-apa file yang aku dah save, formatnya dah bertukar jadi hoop

Okay contohnya, aku ada gambar dan biasanya kalau gambar dia akan save file as jpeg kan? (eg: Gambar1.JPG) Tapi bila virus ni masuk laptop, file tersebut akan jadi macam ni, (Gambar1.jpg.hoop). Dan paling best sekali, masa virus tu masuk laptop aku, hardisk kesayangan aku yang simpan bermacam khazanah pun terkena sekali. 

Dalam hardisk tu ada beribu-ribu gambar dari zaman aku sekolah sampai degree, video yang aku edit sendiri, gambar dengan family masa pergi melancong, gambar dengan orang yang aku sayang, dan file kerja work from home pun ada dalam tu. And zzuuppp! Hilang camtu je.

Untuk laptop tu aku redha je sebab nasib baik dalam laptop tu takde benda-benda penting. Tapi dalam hardisk tu memang paling koyak sebab semua benda dalam tu penting pada aku. Mati akal gila masa jadi camtu. Rasa marah kat diri sendiri sebab cuai.........

Aku menangis macam orang gila cari mana-mana kedai yang boleh selamatkan hardisk tu. Semua kedai yang aku tanya, semua cakap memang tipis harapan nak recover balik corrupted file tu. Tapi aku ada hantar kat satu kedai ni, dia je yang ambil hardisk tu untuk check. Taktaula diorang boleh tolong recover balik atau tak, tapi masih berharap........... Sekarang still ada dengan diorang lagi, tapi taktaulah :')

Mungkin bagi sesetengah orang anggap file hilang masuk virus tu benda biasa, tapi tak bagi aku. Sebab kali ni bukan biasa-biasa. Virus ramsomware ni daripada hackers, dan diorang dapat semua data-data aku.


Benda paling takut adalah ada orang dapat masuk instagram aku, dia tukar profile picture, follow entah siapa-siapa. Berderau darah aku. Aku terus private instagram, tukar semua password yang link dengan google account. Bila aku check kat gmail, ada suspicious activity yang guna google account aku. 

Password google account semua kena tukar. Semua password yang aku pernah buat autosave kat google ni aku delete dan tukar. Sangat scary..... Nasib baik tak pernah autosave password bank dekat google ni. 

Tapi account YouTube aku tak dapat diselamatkan. Kena suspended sebab hackers tu upload video yang langgar YouTube punya guidelines. Bila check kat gmail trash, baru perasan ada orang comment dekat YouTube aku untuk video yang aku tak pernah upload. Bawah ni adalah salah satunya.


Ni last activity yang dapat detect kat YouTube aku. Lepastu terus kena suspended

Maka tamatlah riwayat YouTube saya yang mempunyai 350 subscriber serta 5 video yang gigih di-edit sendiri walaupun tak pandai buat video ni :'D Nak reupload balik, semua video-video tu aku simpan dekat hardisk yang kena virus tu. Entahlah duniaaaa.

Ni kalau blog aku tiba-tiba terdelete, lagi pedih gila kot.

Bukan laptop aku je diserang virus, badan aku pun kena serang dengan virus covid ni. Aku dahlah ada pergi tempat kerja sekejap sebab nak ambil balik file baru untuk WFH. Tapi syukur orang sekeliling semua negative, even family aku pun semua negative. Ujian besar tahap tertinggi sungguh sepanjang minggu lepas. Sampai langsung tak boleh bersangka baik dah :'D 

Aku selalu rasa setiap benda yang aku buat tak pernah dipermudahkan, rasa cam tak adil kenapa jadi kat aku. Negative mood dah datang. Tapi bila bukak sosial media, tengok ramai lagi orang alami benda yang sama. Malah yang lebih teruk pun ada. Tapi tak bermakna aku nak invalidate rasa sedih aku hanya semata-mata tengok orang lain punya ujian tu lagi teruk. Cuma sekadar rasa bersabar jelah dan jangan terlalu salahkan takdir untuk semua yang jadi ni.

Aku cam okay sikit lepas kakak aku dah reset balik laptop ni, dah selamat. Kawan aku sudi menadah telinga dengar je luahan hati, diorang tolong aku punya kerja masa tengah serabut. Pastu ada kawan kirim makanan sebab aku kuarantin takleh keluar rumah. 

Yang sekarang ni aku hidup je macam biasa~ Pasal hardisk kesayangan aku tu.... Kita tunggu jelah kot-kot ada keajaiban ke kan. Apa pun semoga brain fog after covid nanti tak teruklah, aku ni dahlah blur memanjang, kena brain fog taktaulah jadi macam mana pulak

Thanks for reading!

3 Aug 2021

Kimono Project untuk Olimpik Tokyo 2020

 Assalamualaikum

Aku ternampak orang share kat twitter yang Jepun menghasilkan kimono untuk setiap negara yang mengambil bahagian dalam olimpik #Tokyo2020. Sebagai orang yang sukakan arts and culture, memang aku sukalah benda-benda yang camni hahah. 

Aku usha la semua design kimono tu, semuanya lawa-lawa! Corak-corak pada baju tu melambangkan identiti dan budaya bagi sebuah negara tu.

Kredit picture

Lebih 200 kimono dihasilkan oleh sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk projek ini. Organisasi tersebut yang bernama Image Oneworld melancarkan KIMONO PROJECT dari 2014. Projek ni mula dihasilkan pada tahun 2017 dan siap pada tahun 2021.

Bertahun jugalah diorang start buat Kimono Project. Tapi disebabkan covid-19, Jepun tak dapat gunakan kimono ni untuk Olimpik Tokyo yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2020. Walaubagaimana pun, projek ini telah berjaya dihasilkan sepenuhnya dan kesemuan 213 kimono ini merupakan custom made design. 

Mastermind di sebalik Kimono Project ini merupakan seorang designer Jepun yang bernama Yoshimasa Takakura dan anggaran harga bagi sehelai kimono ini bernilai 1 million yen!

Okay, jom tengok design-design kimono ni!

Australia

philippines
Canada
Croatia. Lawa betul corak ni
Egypt. Ni pun style
Hungary
Lithuania
Republic of Mali
Republic of Madagascar
Republic of Angola
New Zealand
Nepal
Morocco
Dan negaraku tercinta, Malaysia!
Kenya
Ireland
Indonesia
Brunei Darussalam
Italy
Korea
Djibouti
French Polynesia
Islamic Republic of Mauritania
Kiribati. Ni really minimal dan kemas!
Kyrgyz
Mauritius
Mongolia
Niger
Pakistan. Ya Tuhan cantiknyaa
Palestine
Puerto Rico
Republic of Suriname
Rwanda
Saint Lucia
South Africa. Ni pun lawa!
Sri Lanka

Taipei
Tajikistan. Vibrant!
Thailand
Tunisia
Tuvalu
United Arab Emirates
Uruguay
Uzbekistan. Rasanya ni paling fav kot, buat design shawl pun cantik ni haha! Tapi memang negara yang ada stan-stan kat hujung ni lawa-lawa designyaa

So inilah dia separuh design yang ada, nak share semua memang idokler. Kalau nak tengok banyak lagi, boleh ke KIMONO PROJECT. Memang orang Jepun ni kreatif betul bila jadi tuan rumah olimpik, ada je benda-benda yang menarik perhatian.