25 Sept 2020

Doa mencari kucing hilang

 Assalamualaikum

Bagi yang ada bela kucing, semestinya kucing tu dah jadi sebahagian daripada keluarga kita. Kucing tulah kawan, kucinglah tu umpama anak, tempat nak hilangkan stress. Bayangkan bila kita dah sayang betul dengan kucing kita, tiba-tiba dia hilang tanpa jejak dah beberapa hari tak balik rumah? Atau mungkin berminggu-minggu? Luluh hati empunya kucing ni. Tak sanggup wey!

Benda ni berlaku kat aku bulan lepas. Cuak wey kucing aku yang pantang kalau kita bukak pintu sikit, terus dia lari meluru pergi kat kita tiba-tiba dah takda. Sepanjang aku ada kucing, biasanya kalau kucing tak balik rumah seharian tu memang terus hilang.. Trauma aku hilang kucing tahun lepas pun masih teringat-ingat, ini baru nak merasa bela kucing balik takkan dah hilang.. Aku almost setahun tak berani bela kucing sebab tak sanggup kalau dia hilang lagi. Tapi masa bulan puasa tahun ni baru aku adopt kucing yang aku jumpa kat tempat kerja. Dia manja sangat, cair aku so terpaksa bawak balikk.

ni perangai dia masa mula2 jumpa aku. Gedik kan kacau orang buat kerja

Nama dia Sumi. Aku bagi nama ni sempena kucing aku yang hilang tahun lepas, Jelly. Jelly translate jadi melayu jadilah Sumi haha.

Okey berbalik pada kisah macam mana budak ni hilang, masatu kat Bangi memang tengah musim-musim hujan lebat. Kat Bangi ada beberapa kawasan sampai banjir. Air kat longkang memang mengalir laju. Aku ni risaula sebab Sumi ni baru beberapa bulan kat kawasan perumahan kitorang, dia tengah explore-explore kawasan. Tahu tak 3 hari straight dia tak balik rumah?!

Aku risau gila.. Makan apalah kucing aku, hilang kemana lah dia masatu. Tambah pulak mak aku cakap risau Sumi ni terjatuh kat mana-mana longkang dengan air deras tu. Aku positivekan jugak diri nanti dia balik jugak.

Disebabkan aku tak sanggup nak hilang Sumi, macam-macam aku buat. Setiap kali lepas balik kerja aku cari dia, goncang-goncang makanan sambil panggil-panggil dia, pergi bercakap dengan kucing lain kalau jumpa Sumi suruh dia balik (Cara ni ramai orang pakai n berkesan ya). So last sekali memang aku baca Surah Luqman ayat 16  lepas aku tengok kat Youtube ada ustaz ni share.

Ayat ni boleh juga dibaca kalau ada barang kita hilang. Baca dengan yakin sebanyak 3 kali selepas solat, dengan izin Allah, insyaAllah boleh jumpa apa yang kita hilang tu.


Since day 1 Sumi hilang, memang aku baca ayat ni. Selain tu, setiap kali lepas solat maghrib aku akan baca yaasin jugak and doa supaya Sumi balik. Aku memang banyakkan berdoa dan amalkan surah Luqman ayat 16 ni tanpa henti.

Masuk hari ketiga Sumi hilang tu, after solat subuh aku bukakla pintu tengok dia ada ke tak. Lepastu tengok dia elok je duduk dalam sangkar. Takde sakit-sakit ke apa. Terus aku lari pelukk dia!

Rasa macam goosebump sangat ayat ni. Mungkin orang kata setakat 3 hari tak balik rumah tu takda apa-apa kan. Tapi macam yang aku cakapp tadi, kebanyakkan kucing aku kalau lebih dari sehari tak balik rumah memang lepastu terus hilang. Sebabtu aku risau sangat kat Sumi ni.

And sejak dari tu, aku start pakaikan Sumi loceng. Sekarang ni asal dengar bunyi loceng je aku tahu Sumi ada kat luar. Heheh

nilah Sumi yang sekarang. Gambar kiri tu dia tengah pregnant, sekarang dh ada anak dah ibu muda ni. Hari-hari dilimpahi dengan makanan. Walaupun dah jadi mak-mak, tapi still nak manja2 dengan aku haha.

Kalau korang ada hilang barang-barang ke boleh cuba amalkan baca ayat n, ulang 3 kali dengan yakin yang barang kita tu boleh jumpa semula. Kalau Allah izinkan, maka jumpalah :)

Thanks for reading!