Assalamualaikum
Ni cerita lama, masa awal tahun haritu. Aku ni tak pernah hiking, tapi suatu hari tu, kakak ngan abang aku ajak pegi hiking kat Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu. Disebabkan masa tu aku baru habis belajar dn banyak aktiviti lapang. So aku nak manfaatkan hari-hari aku dengan buat aktiviti produktif. Kononnya 2020 ni nak stay fit stay productive laa. Lagipun aku dah lama sangat nak hiking, so inilah masanya untuk kita kembali menyinar. Ewah.
Walaupun I ni pemalas, tapi I suka tau aktiviti outdoor camni :P
Aku tak ambil banyak gambar pun masa mendaki ni sebab well, nyawa aku masatu 50-50 je, nak ambil gambar pun tak mampu dah. So, tengok jelah mana yang ada ya.
Ini adalah gambar baru nak start mendaki. Masih awal lagi so muka semua okay je haha
credit |
Macam yang aku cakap tadi, aku ni tak pernah hiking ya. Dan menjadikan Bukit Kutu sebagai tempat hiking setelah sekian lama berehat adalah suatu kesilapan besar bagiku. Ini yang orang kata overconfident.
Untuk orang yang tak biasa hiking macam aku ni, sumpah aku kata trail hiking dia sakit hati gila xD Rasa macam nak terputus roh dari badan aku. Kawan-kawan aku yang pernah daki sini pun kata trail Bukit Kutu ni agak mencabar.
Korang tengok gambar kat atas ni, yang part panjat ikut akar kayu ni paling sakit sekali bagi aku sebab curam and time tu dah tak larat sangat, kena pulak panjat sambil berpaut kat akar-akar pokok ni. Aku maki je dalam hati, kenapa trail ni macam ni hahaha!
Untuk orang yang tak biasa hiking macam aku ni, sumpah aku kata trail hiking dia sakit hati gila xD Rasa macam nak terputus roh dari badan aku. Kawan-kawan aku yang pernah daki sini pun kata trail Bukit Kutu ni agak mencabar.
Korang tengok gambar kat atas ni, yang part panjat ikut akar kayu ni paling sakit sekali bagi aku sebab curam and time tu dah tak larat sangat, kena pulak panjat sambil berpaut kat akar-akar pokok ni. Aku maki je dalam hati, kenapa trail ni macam ni hahaha!
Sepanjang pendakian, aku adalah insan yang paling lembik dalam team kami haha malunyaaa! Banyak kali aku cakap kat diorang nak turun balik, biar diorang je yang hike sampai atas. Sebab masa tu aku penat sangat sampai nak termuntah. Rasa macam takleh teruskan. Time tu aku baru panjat 300++ meter tapi dah pancit gilaa sedangkan bukit kutu ni berketinggian 1090 Meter. Ko ghaseee?
Awal-awal pun dah pancit, taktaula selamat ke tak untuk sampai ke puncak xD
Motivation haritu memang kakak dengan abang aku sebab diorang gigih tarik aku, tolak aku dari belakang, bila aku dah penat macam nak pengsan diorang stop kejap. Ahaha susah betul menjaga warga emas yang sorang ni yerr.
Tapi penipuan diorang adalah setiap kali bila aku tanya,
"Jauh lagi ke?"
diorang akan jawab,
"Tak jauh dah, sikit lagi sampaila tu"
At the end, sampai kesudah-sudah tak sampai weyhh haha! Tapi itulah trick untuk bagi semangat kat kawan-kawan yang tak larat hiking sebenarnya. Jangan cakap jauh lagi, cakap dah nak sampai :p
Dah lama-lama panjat tu, Dalam ketinggian 600 meter something kot, ada batu besar yang orang selalu ambil gambar kat kawasan ni. Bila dah sampai sini, umpama dah lepas peak point pertama. Nak naik sampai puncak, kena hadap lagi 400 meter lagi. Tapi biasanya bila dah sampai kat batu-batu ni, jaranglah tak cuba naik sampai atas kan sebab dah dekat. Tapi ada jugak aku jumpa orang-orang lain yang dia kata tak mampu dah nak naik sampai atas.
Serious ya, ramai jugak orang yang muka dah barai sepanjang mendaki kat sini. Ada yang aku jumpa injured. Nampak tak betapa ganasnya Bukit Kutu ni.
Kat sini memang kitorang berehat lama gila sebab batu dia sejuk, and ambil gambar puas sebab pemandangan kat sini cantik. Rasa macam lagi semangat bila dah tengok kitorang mampu daki setinggi ni. Masa dah sampai sini, memang takdelah aku terfikir nak patah balik sebab sayang weh. Dah jauh daki haha.
Daki punya daki, bila dah nampak tugu ni, tandanya tersangat hampir nak sampai puncak. Tapi kena panjat tangga sikit. Bila kita tengah hiking ni, benda yang paling dibenci adalah tangga kot.
And finally, kita dah sampaii! Masa ni jangan cakap lega dia camne. Aku rasa bangga dengan diri aku sebab berjaya tawan bukit yang setinggi 1000 meter dalam keadaan trail dia yang takleh bawa bincang ni as first timer. Kitorang sampai puncak ni tepat pukul 12 tengahari dan total pendakian 4 jam. Dah sampai puncak ni, berehatla kat situ sejam untuk ambil-ambil gambar dan boost balik tenaga.
Standard masa untuk daki ialah 4 jam, turun 3 jam. Tapi sebab masa daki tu kan kitorang banyak rehat, itu yang jadi lambat sikit.
Kalau nak ambil gambar kat spot yang paling cantik, kena panjat sikit batu yang tersangat-sangat curam. Quite bahaya ya, silap langkah habis jatuh nanti.
Macam ni ya dia punya tangga tu. Boleh bayangkan tak betapa gayatnya nak panjat guna tangga yang macamtu? Aku risau gila tangga tu bergerak ke, patah ke hahah.
Aku yang suka tempat tinggi pun rasa gayat gila. Tak berani nak berdiri kat atas puncak batu ni. Hanya muat 2 orang sahaja. Menggeletar jugaklah aku nak naik sini, tapi for the sake of photo, kita sanggup jelah.
Dah habis duduk kat atas ni, kitorang pun kena turun sebab takut lewat. And yes, nak turun pun kamu harus menempuh lagi 4-3 jam ya. Aku fikir bila nak turun ni kuranglah sikit seksa dia. Ternyata seksanya sama seperti mendaki ya kawan-kawan..
Sebab Bukit Kutu ni curam, n kaki kita kena banyak brek sepanjang nak turun. Sakit gila kaki okey, nak terkehel rasa. Nak-nak pula kasut aku dah haus so banyak kali tergelincir persis seperti nangka busuk. Rasa nak meraung sebab banyak kali tergeliat.
Jumpa dengan hikers ni, borak-borak dengan diorang. Banyak tempat dah diorang ni pernah hiking sebab diorang ni join kelab hiking.
Sampai je bawah, terus kitorang celup kaki kat dalam air. Lega rasa weyy. Pastu rasa sayang pulak tak bawak baju untuk mandi sebab air terjun kat sini bersih dan sejukk. Tak ramai orang pulak tu. Kalau dapat berendam ni memang syiok habiss.
Dari pukul 8 pagi sampailah nak dekat pukul 4 tak makan benda yang mengenyangkan langsung. Lepas solat je terus shoot pegi Setia Alam nak makan nasi kambing sahara yang glemer ni. Masing-masing muka kelaparan dan makan persis monster. Sebabkan kitorang compang camping dan bushuk, kami duduk kat meja luar je jauh sikit dari orang lain xD
So kesimpulannya, adakah aku nak repeat Bukit Kutu ni lagi?
Jawapannya NO! Cukup sekali sebab sakit sungguh!
But if kalau orang nak ajak hiking lagi, aku memang berminat and i'm looking for more adventure!
Semoga staminaku bertambah kuat lepasni, takmo lembik-lembik dah hehe
Thanks for reading!