26 Jan 2019

Jalan-jalan free di KL


Assalamualaikum

Perasan tak, bila kita duduk kat negeri sendiri sebenarnya tak banyak pun tempat yang kita dah explore. Kita lebih berminat nak explore tempat/negeri orang lain berbanding tempat sendiri. Alasan yang paling selalu didengari, "alahh KL ni sejengkal je dengan aku, bila-bila masa pun aku boleh pegilah" Tapi benda yang paling dekat tulah yang sampai kesudah kita tak jejak-jejak pun lagi, lol. #ThisIsSoMe

Oleh itu, aku rasa macam nak 'playing tourist' di KL tapi masalahnya aku tengah sengkek takde duit tau. Ada hati pula nak berjalan-jalan di kotaraya.

Eh hellooo apa ingat kat KL ni mahal-mahal belaka ke? Ada je tempat-tempat free okayy. Keje kau jalan jee, takyah keluar duit pun nak masuk tempat-tempat ni.

Aku pegi dengan kawan naik MRT je. Lagi cepat. Tempat first yang kitorang pegi ialah Taman Eko Rimba, Bukit Nenas. Nak kesini dengan MRT, turun kat stesen Pasar Seni, pastu dari Pasar Seni tu ambil LRT ke Dang Wangi ataupun ambil monorail ke Bukit Nenas. Yang ni memang kena jalan sikitla. Oh btw, Taman Eco tu bebetul duduk dekat Menara KL. 

Bagi pejalan kaki macam aku ni, nak sampai ke lokasi kejadian sangatlah penuh dengan liku-liku kehidupan. Belum apa-apa lagi dah pancit weeyy hahaha lemah betulla. Kena jalan kaki dekat 2 km pastu naik pulak bukit ya ampunnn padahal ada jalan shortcut kitorang tak perasan.


Apa yang menariknya kat Taman Eko Rimba ni ialah sebab ia salah satu hutan simpan yang tertua di KL. Nama lain dia jugak orang gelar "Forest in the city" sebab duduk kat tengah-tengah bandar. Selalu kalau datang KL kita gelar hutan konkrit, masuk kat taman ni okaylah, ada jugak hutan asli yang udaranya segar tak macam kat luar sana tu haha. Eloklah dia simpan hutan-hutan macamni untuk jaga environment.


Rasanya yang jadi tarikan kat sini sebab ada canopy walk. Setinggi berapa tingkat entah aku pun tak sure. Tapi dia punya jambatan tu ada retak-retak sikit, aku nak pijak pun seram. Alhamdulillah masih selamat. 

Bagi siapa yang pemalas nak trekking, naik jambatan gantung ni je ibarat kau dah keliling satu hutan ni. But us do both. Rugilah dah jalan jauh-jauh tapi sekadar tengok hutan ni dari atas canopy walk je. Inilah punca ketibas lol :p


Kat dalam ni jugak ada Taman Herba mini, pastu ada spesies pokok-pokok yang bernama aneh, dan selebihnya jalan2 kecil untuk trekking. Boleh dikatakan kitorang dah pusing satu hutan ni ambil masa 1 jam je.

Dan jangan lupa pergi information centre dia untuk dapatkan aircond. Eh?

mati terkejut. arwah baik orangnya

Masa keluar dari Eko Rimba ni baru pukul 11. Disebabkan masih terlalu awal lagi, alang-alang nak pegi semula ke LRT Pasar Seni kita pusing-pusinglah kat situ sekejap. Sebenarnya haritu ada viral kat twitter pasal Pasar Seni ni ada jual fresh flowers yang murah-murah. Saja nak usha harga bunga ni kononnya nak bagi hadiah untuk mak, padahal dalam hati niat nak beli untuk diri sendiri (lol) pastu beli tak reti jaga, pastu mati. Motif menyeksa bunga? (lol sekali lagi)


Tapi serious bunga kat sini memang murah-murah tau. sejambak banyak macam kat dalam gambar tu harga dalam belas-belas hingga ke RM 20++ je. Paling aku geram bunga baby breath yang comel tu harga tak sampai 30 punn.

bunga tulips yang aku pegang ni dalam RM 20-30 camtu

Habis cuci mata tengok bunga kitorang pegi jalan-jalan pulak kat Petaling Street. Percaya tak kalau aku kata yang aku tak pernah pergi sini? Heleh padahal macam downtown biasa je, tempat nak shopping-shopping. Sini kalau malam-malam ramailah orang, tengahari aku datang ni sipi-sipi je sebab panass. I love the CNY vibes, cantik dengan hiasan tanglung.


Kalau datang Pasar Seni ni pergilah singgah Central Market. Taktaulah macam mana haritu aku boleh tak teringat yang Central Market ni duduk kat Pasar Seni.. Alah ruginya tau

Petang tu memang aku dah plan nak gi Bank Negara Museum. Dari Pasar Seni ambil MRT turun kat Bandaraya. Pastu keluar-keluar stesen tu dah nampak SOGO ha apalagi, masuk dalam tu pegi cari makanan. Lepas makan baru gerak pegi BNM. Macam biasa, ada jalan shortcut tapi kitorang gi ikut jalan jauh sebab google maps berperangai keji. 

Elok-elok 3 minit berjalan kaki jadi 9 minit lak.

in love with their architecture

and not to forget, their interior design too

BNM ni ada 4 tingkat. Kat sini dia ada ceritakan sejarah macam mana terbentuknya logo kijang kat duit Malaysia, siapa orang pertama yang buka bank Malaysia, ceritakan pasal saham, kejatuhan ekonomi, Islamic finance dan macam-macam lagilah sejarah yang ada. 

Aku teringin nak pegi sini lepas dari kelas Curatorship. Classmate kitorang buat research pasal tempat ni dan aku nampak macam best je tengok tempat yang penuh duit ni hahaha! Sejak dari kelas curatorship tu aku rasa macam lebih menghargai muzium-muzium/gallery yang ada kat Malaysia. Lecturer aku kata muzium/art gallery ni selalu tak dapat sambutan public. Selalunya orang-orang seni atau orang yang minat sejarah je selalu datang tempat gini. Lect kata "kalau bukan kita siapa lagi yang nak hargai galeri-galeri kat Malaysia ni"

So guys, apa kata kalau ada masa terluang trylah pergi muzium. Masuk free takyah bayar pun. Boleh dapat additional information jugak untuk benda yang kita tak pernah tahu sebelum ni. Lagipun muzium ni cantik dan paling penting banyak spot menarik untuk bergambar :p #igers


galeri lukisan. Banyak guna media oil pastel

Dan ada satu level yang dipenuhi dengan simpanan duit daripada zaman-zaman lama. Ada saiz duit yang daripada sekecil tahi hidung hinggalah sebesar anak gajah. Duit yang besar anak gajah tu duit zaman purba. Orang dulu punya duit pakai batu ja, takda ukiran-ukiran kat duit lagi zaman tu.


yang ni duit daripada kerajaan raja2 lama. Kebanyakan duit diukir nama sultan. detail tau walaupun size duit tu kecik



inilah duit paling kecik. Kecik macamtu pun mampu lagi nak ukir logo kijang dan nama sultan kat atas duit tu. Btw ini pakai real emas tau


ni replika duit zaman purba. Real size dia lagi besar daripada ini.


Haa yang ni aku suka tengok sebab ni evolusi duit kertas Malaysia dari zaman dulu sampailah duit yang kita pakai sekarang. Tengok saiz duit-duit dulu besar nauu.

Kat sini bukan ada pasal duit Malaysia je, duit-duit dari luar negara pun ada jugak. Even duit lama dari negara-negara lain pun ada jugak.

The best part is taking lot of pics! Baru ku tahu yang orang dok amek gambar sotkaba besar ni ada kat muzium ni rupanya. Kalau nak lebih colourful, masuk terowong duit yang ada kat section kanak-kanak. Terowong tu penuh dengan duit sampai aku rasa nak pecahkan je!




Itu je kisah berjalan-jalan dari pagi sampai petang ni. Walaupun berjalan sampai sakit-sakit kaki tapi rasa berbaloi sebab banyak gak tempat yang kitorang pegi. Duit pun cuma guna untuk makan dengan train je hehe jimatt.

Thanks for reading!



1 Jan 2019

Ayam FatCat Bangi viral


Assalamualaikum


Bangi penuh dengan makanan yang enak. Pegi jelah seksyen mana-mana pun sentiasa je ada makanan sedap-sedap tak pun cafe hipster. Haritu kat twitter ada orang viralkan pasal stall FatCat ni. Sebelum ni pun memang aku teringin je nak makan ayam ni tapi selalu susah nak beli sebab stall ni bukak malam sahaja dari pukul 8 malam sampai 12 atau sampai ayam tu habislah. Tutup hari rabu.

FatCat Bangi ni terletak di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kalau siapa orang bangi, nak cari stall dia senang je. Dekat dengan Red Wok yang kedai steamboat tu, pastu masuk kiri yang ada banyak-banyak kedai tu. Stall FatCat ni betul-betul duduk kat depan laundry dan berdekatan dengan KK Mart. Tapi nak tunggu tu lama sikitlah. Paling kurang pun dalam sejam tunggu giliran. 

Nah kat bawah ni aku sertakan gambar daripada google maps. Tapi kalau korang tak familiar dengan kawasan bangi, boleh je waze "Fatcat bangi".




Apa yang specialnya dengan FatCat Bangi ni ialah, diorang buat ala-ala korean fried chicken dengan harga yang murah dan isi yang padatt! Ada 3 perisa, iaitu honey lime, spicy lime dan spicy. Aku cuba semua perisalah. Kat sini pun ada jual chicken chop tapi tak belilah pulak.

Ni senarai harga bagi ayam-ayam tersebut

SET A - 6 PCS CHICKEN + FRIES (RM 7)
SET B - 10 PCS CHICKEN + FRIES (RM10)

Chicken Chop
Small - RM 7
Large - RM 10

Agak-agak aku ambil yang mana? Mestilah yang set 10 pcs tuuu xD Berbaloi tau 10 ketul ayam siap kentang dapat harga RM 10 je. Tempat lain mana nak dapat harga camni. Memang kenyang giler lah haha.

Spicy

Honey Lime

Spicy Lime

Aku suka perisa spicy dengan spicy lime tu. Pedas dia agak sesuai dengan lidah saya yang manja ni. Memang puashati makan ayam FatCat ni. Ni pun kitorang makan 4 orang, ingatnya sorang tu dapat sekotaklah, tapi tak habis weyy. sambung makan lagi sekotak setengah untuk esok.

Sebab aku memang suka korean fried chicken, so rate aku bagi 5/5 kerana kuantiti yang memuaskan dengan harga yang berbaloi dan rasa pun sedap jugak. Sape-sape orang bangi-kajang-putrajaya bolehla try ayam ni hihi.

Btw selamat tahun baru! semoga tahun baru ini kita menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya dan berjaya achieve apa yang dah di target untuk 2019 ni :D

**UPDATE HARGA

Harga dah lain sikit tau. Sekarang kena beli kentang asing. Boleh tengok senarai harga kat bawah ni. Apapun, aku masih support FatCat chicken!


Thanks for reading!