29 Nov 2018

Highlight oktober dan november


Assalamualaikum

Kisahnya, aku nak buat entry pasal "october recap" lah kononnya. Tapi bila fikir balik.. sekarang ni kita dah berada di penghujung november, rasa macam dah basi sangat kalau nak cerita pasal october kan.

Maka dalam entry hari ini, biarlah saya membebel sikit tentang kejadian menarik sepanjang tempoh aku menghilang dari dunia blogging ini. Ini ada je campur cerita october dan november, kita compile je dalam satu entry. Mungkin korang rasa entry ni macam tahpape tapi saja je nak update sebab taknakla blog saya ni nampak kosong saja. Pageviews aku dah jatuh menjunam sejak-sejak busy macam YB ni. Huaaaaaa!

Okay, mari kita berceritaaa

kejadian october

Sebenarnya october adalah bulan yang paling busy teramat dan bulan yang paling banyak aku menghabiskan duit lantaran kami semua banyak buat project dan selalu kena keluar untuk field work *nangis tepi bucu katil. Tapi takpalah, busy-busy pun okay juga. Adalah life juga kan dari duduk duduk saja

Dan tidak dilupakan juga, october adalah bulan kelahiran aku. Bermakna tahun ni aku dah 21 tahun! Ramai kawan-kawan yang wish birthday dan as usual, roommate saya Arissa memberikan saya teddy bear kecik yang pakai topi konvo. Family pula belanja makan. Semoga Mazni diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun umurnya meningkat.

Konvo day

Pada previous entry, aku ada cerita dah konvo untuk diploma. All sleepless nights, all tears, all tiredness dan segala pahit manis finally pays off. Daripada zaman diploma lah aku berjaya meningkatkan self-esteem sendiri. Dari zaman diploma lah aku berjaya up communication skills. Dari zaman diploma lah aku dah pandai berfashion sikit (haha). Dan dari zaman diploma lah, aku dapat kawan-kawan yang paling seronok dan aku takkan lupakan each of everyone of them. Terima kasih pada yang terlibat dalam mewarnai zaman diploma saya. Kita kenal since 18 tahun, dari zaman muka semua orang selebet baru habis sekolah, sampailah dah 21 tahun ni semua dah helok-helok belakaaa.

Boleh baca kat sini --> cerita konvo
tips konvo : janganlah pakai tudung bawal. habis berkemut kemut tudung aku sebab pakai mortar board tu

Classmate dah kahwin!

Baru je cakap dah konvo kan? Seminggu lepas konvo tu guess what..? Classmate aku dah kahwin! Rasa macam tak percayanya kita belajar sama-sama dari sem 1 sampai sem 5, kita membawang sama-sama dalam kelas dan kadang-kadang selalu balik naik ktm sekali. Since ini adalah first kawan aku yang kahwin, mestilah nak tengok kann.

Kitorang datang dari Puncak Alam. Perjalanan nak ke rumah pengantin tu pun makan masa 1 jam. Aapapun, tahniah kepada kawan saya Fauzi Azizul dan pasangannya Fatin Najihah. Semoga bahagia sampai akhir hayat!

info tambahan, pengantin lelaki ni juga merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan kompang 5 beradik so boleh subcribe on their youtube channel.


Pergi Muzium

Kan aku kata bulan 10 ni bulan paling banyak perabis duit kan? Sebabnya kitorang kena 2 kali buat field trip ke muzium untuk 2 subjek. Aku memang suka pegi muzium walaupun orang kata muzium tu bosan. Alang-alang dah lama tak pegi muzium, haruslah kami menggunakan kesempatan dengan sebaiknya.

Pastu kalau pegi muzium ni kan, gambar dia tersangatlah insta-worthy!

Islamic Art Museum Malaysia, Kuala Lumpur

Muzium etnik Melayu dan Maritim museum

Kejadian November

Petrosains

Rasanya sangat lama aku tak menjejakkan kaki ke Petrosains. Time sekolah rendah kira last timelah aku pergi situ. I love discovery place sebab boleh explore benda-benda menarik. Pergi sini dengan 3 orang rakan saya masa kerja kat DIY dulu. Lagipun dah lama tak jumpa dorang ni, kami plan nak pegi petrosains dah lama dah. Ini kira jalan-jalan sambil lepaskan rindu jugaklah :p

Normal price nak masuk sini RM 22 tapi kalau bawak student id cuma bayar 16 je. Dah masuk dalam tu, kau mainlah seberapa banyak yang boleh. Macam kitorang ni, semua benda kitorang cuba. Nak dekat 3 jam jugaklah duduk dalam tu.


Aku rasa worth it la kot main dalam ni sampai 3 jam. Banyak aktiviti menarik. Ada certain benda yang dah takda, ada juga yang dah buat pembaharuan. Dan ada tempat yang kena bayar jugak dalam ni, contohnya macam nak masuk bengkel lukis. Ahaha better aku main je benda lain yang free tu.

Bulan 10 dengan 11 memang antara hectic month jugaklah sebab sangat kelam kabut. But i enjoy every moment! Terutama bila jumpa dengan orang yang dah lama tak jumpa.

Sekarang ni tinggal lagi 2 minggu sebelum nak habis semester 4. Masuk je cuti sem ni aku terus praktikal 3 bulan *nangis tepi bucu katil Nak cutiii sebab sem ni penat sangat.. Tapi apakan daya..... Semoga baik-baik sajalah.

Itu jekot, thanks for reading!


6 Nov 2018

Dah konvo diploma!


Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihatkah? Dah lamanya aku tak menulis kat blog sendiri. 

Ini jelah ayaat mukadimah yang biasa aku bagi sebelum nak sampai ke main point entry kan. haha. 

Ok, main point untuk harini adalah.... Baca balik tajuk entry, SAYA DAH KONVO! Alhamdulillah, Mazni berjaya menamatkan diplomanya pada January 2018 yang memakan masa selama 2 tahun setengah. Pada bulan 10, yakni hari Isnin 2 minggu lepas (22/10/18) aku dah menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-89 di UiTM Shah Alam.

Rasa teruja tau bila first time konvo ni. Dengan bunyi gamelan nya lagi. Ahh that feel!

gambar preconvo masa ambil jubah


Tiba-tiba teringat pulak kata-kata cikgu BM masa nak SPM dulu. Kitorang excited sangat sebab ada majlis graduasi sampaikan masa cikgu masuk kelas pun kitorang sibuk buat video untuk majlis graduasi tu.

Pastu cikgu cakap...

"Alah awak semua ni beriya sangat nak graduasi, sekolah je pun. Graduasi yang paling bermakna sebenarnya masa awak ambil scroll kat universiti nanti".

Pastu aku pun macam terfikir, dapat ke aku ni grad kat universiti? Sebab dulu aku selalu fikir yang aku ni mungkin tak dapat masuk ke universiti. Aku ni budak kelas seni je, bukanlah antara kelas yang top-top masa kat sekolah dulu. Selalu jugaklah rasa rendah diri, huhu.

Tapi Alhamdulillah, berjaya jugak aku konvo dan mak abah sendiri pun dapat tengok anak dia naik pentas masa hari kejadian. Lagi-lagi aku ni rare sikit sebab kakak2 aku semua konvo degree (abang pun dah nak abis degree next year) so, aku sorang je yang takat ni konvo diploma. Adalah juga wakil diploma kan. Bolehla rasa bangga sikit, lol.

haritu agak panaslah jugak. bersesak-sesak tu perkara biasa

Aku dapat sidang petang dimana kitorang semua kena masuk dewan pukul 1.30. Memang tak suka dengan sidang petang sebab kalut fikir nak solat. Dahla masuk dewan tu memang kena sharp tau. Pastu bab nak parking kereta, kena parking luar UiTM. Tapi disebabkan aku datang awal, dapatlah parking kat dalam.


Gambar before masuk dewan. Belum dapat cert lagi, maka kita pegang sajalah bunga. Btw, cuma mak dengan abah je yang dapa attend konvo aku ni. Adik beradik lain semua tengah kerja, tengah belajar. Nasiblah kena konvo hari isnin, siapa je nak datang hahaha.


Gambar masa dalam dewan, lepas naik pentas. Yeayy!


Lepas habis istiadat tu, semua keluar je terus hilang daripada radar. Masing-masing cari family sendiri. Tapi sempat jugaklah kitorang satu geng ni berkumpul, ni pun tak cukup lagi 2 orang. Nak kumpul balik dengan kawan-kawan masa konvo ni memang payah sungguh, ada je yang tak complete semua :( Nak bergambar satu kelas pun.... Semua dah berkeliaran tak nampak siapa-siapa dah haha.

Kitorang sekelas dan serumah dari sem 1. Terlampau banyak kenangan, gila tak sayang diorang ni? Mujurlah 5 orang dalam gambar ni tengah sambung degree kat Puncak Alam juga. Hat sorang tu je terpisah sikit sebab dia degree kat Johor huhu.

Dan saya sangat gembira bila salah sorang geng kami berjaya dapat Anugerah Naib Canselor (ANC), iaitu grad dengan 1st class. Haraplah time degree nanti ni pun aku boleh pakai selempang pink macamtu jugak.


Last but not least. Mestilah ibu bapa saya yang paling banyak support dari mula-mula masuk diploma sampailah dah habis ni. Sekarang tengah degree pula. Harap degree ni aku boleh dapat yang lebih baik berbanding masa diploma dulu dan boleh balas jasa mak abah bila dah kerja nanti.


Sesungguhnya aku sangat suka dan rindukan zaman diploma ni. Terlalu banyak kenangan yang manis dan dikelilingi dengan kawan-kawan yang seronok. Mungkin di hari konvokesyen ni kita dah berpisah dan peluang nak jumpa sekali lagi tu agak payah disebabkan masing-masing duduk di lain-lain negeri. Walau dimana dan apapun yang korang semua buat, aku doakan masing-masing berjaya dalam kehidupan :)

i love you gaiss!


Thanks for reading!