Assalamualaikum
21/2/2018 - Selasa
PREVIOUS ENTRY (AKIHABARA)
PREVIOUS ENTRY (AKIHABARA)
Hari ketiga, kami pergi ke Gunung Fuji, gunung yang paling menjadi kebangaan Jepun. Sebenarnya kitorang bercadang nak naik Romantic Train untuk perjalanan ke mount Fuji tu, tapi train tu cuma ada satu trip je untuk sehari dan kitorang pula gerak lambat dari rumah, maka melepaslah nak naik Romantic train tu.
Kalini kami naik train yang lain sikit iaitu, Limited Express Train (Kaiji). Di bawah ni aku sertakan jadual perjalanan yang kami naiki untuk ke Mount Fuji tu.
Train dia selesa dan time tu pun tak berapa ramai sangat orang dalam gerabak. Ambil masa lebih kurang 55 minit nak ke Fuji. Sampai saja di Otsuki Station tu, terus kami naik pula Fujikyu Railway. Walaupun sedih tak dapat naik Sakano Romantic Train tu, tapi suasana dalam Fujikyu Railway ni pun okaylah, nampak jugak klasik-klasiknya sikit. Lantai train ni pakai kayu.
Oh btw, dalam train ni penuh dengan orang jugak.
sesampai di Yoshida Station, kitorang kena tunggu bas pula. Kat sini diorang ada bagi day tour pass yang memang valid untuk berjalan seharian di kawasan Fuji ni. Kalau pass tu hilang memang alamatnya menangislah kena tinggal, so jagalah pass tersebut baik-baik.
Perhentian pertama yang di Saiko Iyashi Nemba. Dekat sini ada traditional old village yang . Menurut apa yang aku baca kat Japan Guide, sebahagian daripada kampung ni telah musnah akibat tanah runtuh pada tahun 1966. Kampung ni sekarang telah diubahsuai jadi kedai souvenir, restoran, galeri selepas dah melalui proses baikpulih.
Apa yang best kat sini, selain dapat tengok rupa kampung klasik Jepun, kat sini jugak betul-betul menghadap Gunung Fuji! Inilah antara pemandangan Fuji paling cantik yang kitorang dapat snap gambar sebelum kena tutup dengan awan, sobs.. Btw dapat ambil gambar satu family berlatarbelakangkan Mount Fuji dan old villages ni. Arigatou ojisan yang tolong offer nak ambilkan gambar tu! Pandai wey dia ambil gambar, nampak cantik!
Dah sampai Fuji, mestilah terkenal dengan epal Fuji kan. Kitorang belilah jugak epal ni walaupun harga dia agak mahal (maklumla tempat tourists). Alah rasanya macam epal biasa jugak je, cuma saiz dia besar sikit je dari saiz epal biasa.
Cara bakar ikan zaman dulu-dulu, mengancam beb aroma dia tu. Sekor ikan dia jual 700 yen, kitorang nak beli makan sharing-sharing tapi bas dah sampailah pulak. So selamat tinggal ikan yang enak...
Disebabkan kat sini kami hanya diberi masa selama satu jam saja, lepastu rushing naik bas pergi ke tempat yang seterusnya pula.
Yang mende ais ni tak turun sebab bukan station kitorang. Tapi serious lawa oiii, macam duduk kat negara Frozen pulak. Ni pun curi2 keluar bas jap untuk ambil gambar, haha.
Dan masa kat Fuji ni, ini adalah kali pertama kitorang merasa pijak salji! Tapi salji kat sini tinggal ciput jela, at least dapat gak merasa kan. Dalam banyak tempat kat Tokyo yang kitorang pergi, sinilah kawasan yang paling sejuk sampai aku rasa darah nak terpercik-percik keluar dari jari xD Hidung masing-masing dah merah, tangan dah beku, kulit kering. Hot pack pun sampai habis kitorang guna tapi tak cukup.
Ini Lake Kawaguchiko
Cakap pasal Lake Kawaguchiko ni, biasanya kat sini tempat yang paling glemer orang ambil gambar cantik yang berlatar belakangkan Mount Fuji dengan lake ni, tapi aku tak jumpa pula kat mana tempat orang selalu ambil gambar tu. Since Lake ni besau, adalah station-station yang tertentunya. mungkin kitorang tak turun kat station yang the best spot orang selalu bergambar tu kot.
Tapi kalau duduk kat mana-mana pun bukan nampak pun Mount Fuji ni. Memang bukan nasib kitoranglah nak dapat view yang cantik haritu. Elok datang sini masa musim panas atau musim bunga, memang korang boleh nampak puncak gunung tu kalau cuaca menginzinkan.
Lepas dah solat, kitorang terus naik bas pukul 3.15 petang tu dan kembali semula ke Otsuki station dan pulanglah ke Tokyo. Perjalanan yang sangat jauh untuk harini, balik rumah makan, pastu tidur sebab esoknya nak kena bangun awal pagi nak pindah ke tempat lain pulak.
look, my fingers turning reedddd. macam sausage pulak dah. Akibat gatal nak sentuh salji tu.
Thanks for reading!